|
Wardah- Haikal
Wafiyyah- Zafran...hehe
Baru habis baca buku Ryana...heroin dia nama Wafiyah gak....best
allamanda Post at 5-4-2010 09:14 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Yup memang best....lagi best masa baca di blog....bila jadi novel dah banyak kena potong
mungkin tak mo terlebih page kut![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Yup memang best....lagi best masa baca di blog....bila jadi novel dah banyak kena potong
mungkin tak mo terlebih page kut![](static/image/smiley/default/titter.gif)
qimi08 Post at 5-4-2010 10:39 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Betolla kak...saya pun notice byk citer yg saya baca kat blog best...bila jd novel..cam kureng sket...versus pun kat blog lg best compare kat novel.. |
|
|
|
|
|
|
|
Betolla kak...saya pun notice byk citer yg saya baca kat blog best...bila jd novel..cam kureng sket...versus pun kat blog lg best compare kat novel..
allamanda Post at 5-4-2010 14:44 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Betui tu akak pun setuju.. mcm citer 'pergilah air mata' tu bila dah jadi novel mcm tak berapa umphh... debaran n keterujaan tu dah kureng... tak tau la orang lain mcm mana....:re: |
|
|
|
|
|
|
|
Sakura ku... ari ni tak dak n3 ka... puas dah kak kuar masuk kuar masuk sampai dah fenin![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi klu Kak Su aka Noor Suraya...kat blog ke...kat novel ke...dua dua best....tlg promote buku kak su nie... |
|
|
|
|
|
|
|
salam
maaf semua. hari ini dilanda kesibukan yang amat sebab dateline makin dekat tak bole nak masuk sangat ke sini.....
entry dah ada...nak menaip tu yg tak sempat lagik tuh...
kak qimi,
Wardah-Haikal ker? hehehehe saya tak fikir macam tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
kak qimi,
Wardah-Haikal ker? hehehehe saya tak fikir macam tuh....
Sakura ni buat akak rajin nak buat speku ni ha ha ha...
Tak apa ambil masa ......bila free letak le n3 pelajaran tu yg utama...
Cuma menulis ni kena rajin2 (klu free) sbb takut lama2 tinggal skil menulis/berkarya tu hilang |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi klu Kak Su aka Noor Suraya...kat blog ke...kat novel ke...dua dua best....tlg promote buku kak su nie...
allamanda Post at 5-4-2010 18:28 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Me.... dulu dan selamanya..."kipas2 x mati" noor suraya.....![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
131# qimi08
Ya saya pn. Mmg tak bolh miss buku kak sue. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada hero lain ke tuk Wardah nie...sakura busy lagi ke...
Untuk kak qimi ngan aina...byk2 buku kak su...yg mana satu paling best.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tuan rmh.... oh tuan rmh.... ada org tak ni? akak mai nak baca cerita....masih bz lagi ke?
klu free rajin2 le update ye...takut nanti akak yg dah tua ni kena ulang baca balik![](static/image/smiley/default/tongue.gif)
sbb lupe jln cerita..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ada hero lain ke tuk Wardah nie...sakura busy lagi ke...
Untuk kak qimi ngan aina...byk2 buku kak su...yg mana satu paling best....
allamanda Post at 7-4-2010 12:22 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Semua novel dia best bagi akak le x pengaruhi sesiapa...
Paling akak suke "Nyanyian Tanjung Sepi" terbitan Creative Enterprise...
Best novel , best seller.... sayang 1,000 sayang creative x reprint lagi...![](static/image/smiley/default/cry.gif)
Kak sue ada kelebihan sendiri setiap novel dia berbeza watak...jalan cerita kak su suka kaitkan watak dlm novel
dan novel seterusnya...membuat kita rasa seolah-olah watak itu hidup.
Akak buat koleksi semua novel kak sue terbitan Creative dan juga Jemari Seni.
Pembaca yg dah baca novel kak su tentu tahu camner bahasa kak su.... Munshi Dewan Bahasa n Pustaka.
Cite rasa berbeza ...ada yg blh terima ada yg x blh..... tepuk dada tanyer selere sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua novel dia best bagi akak le x pengaruhi sesiapa...
Paling akak suke "Nyanyian Tanjung Sepi" terbitan Creative Enterprise...
Best novel , best seller.... sayang 1,000 sayang creative x re ...
qimi08 Post at 7-4-2010 13:38 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Samala kita....in fact itulah buku pertama kak su yg saya baca..dan saya terus jatuh cinta dgn semua buku dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Samala kita....in fact itulah buku pertama kak su yg saya baca..dan saya terus jatuh cinta dgn semua buku dia...
allamanda Post at 7-4-2010 14:52 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Byk nak diceritakan tapi kita dah salah masuk rmh ni he he he x pasal2 page sakura naik |
|
|
|
|
|
|
|
bila cik tuan umah nak sambung cerita ekkk..lama dah tunggu nih..![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
***************
Menjelang dua petang, Wardah dan Haikal sudah terpacak di hadapan bilik Pengarah Urusan Best One Holdings, dengan debaran hebat menyentak dada masing-masing. Haikal sepi, merenung pintu bilik dengan wajah yang jelas mengambarkan perasaan cemas yang melanda dirinya. Wardah juga sepi, tapi debaran yang melanda bukan kerana bimbang memikirkan sesi temuramah mereka, tetapi lebih menjurus pada Wafiyyah. Dia mengerling Haikal dan lelaki itu masih statik, merenung pintu tanpa bersuara sepatah pun. Hampir tergelak dia melihat telatahnya.
"Dah ready ye?" Rose, PA kepada Pengarah muncul di belakang, mengejutkan mereka berdua dari lamunan. Gadis manis berambut ikal mayang itu melemparkan senyuman mesra. "Dato' dah tunggu. Jemputlah masuk,"ujarnya lagi, ramah. Sejuk hati Wardah sejenak. Sambil mengucapkan terima kasih, Haikal mengetuk pintu dan memandang Wardah. "Good luck dear,"
Wardah tersenyum tipis. Kedengaran suara lantang di dalam, meminta mereka masuk. Dengan ucapan bismillah, Wardah melangkah masuk, mengekori Haikal. Debaran yang melanda semakin hebat, dan buat seketika dia lupa pada Wafiyyah. Fikirannya, mindanya, perasaannya kini hebat melata di segenap pelusuk pejabat Dato' Hamzah, Pengarah Urusan Best One Holdings.
Setapak melangkah ke dalam, mereka berdua disaji dengan pemandangan yang cukup indah. Menara Berkembar Petronas berdiri gagah di hadapan mata, berkilat-kilat dipanah cahaya matahari. Kelihatan begitu gah sekali. Bilik yang cukup luas, dengan pengudaraan yang cukup nyaman, membuatkan dia terpana sejenak. Entah mengapa, sejuk hatinya seketika.
"Assalamualaikum Dato'" tergugah dirinya bila Haikal menyuakan salam. Dia mengarahkan pandangan ke hadapan bilik, di mana berdirinya seorang lelaki separuh abad yang tinggi, berpakaian lengkap korporat sedang memegang fail hitam, memandang mereka dengan penuh kemesraan. Dato' Hamzah?
"Waalaikumsalam," lelaki itu tersenyum seraya menyambut salam Haikal dan mengangguk ke arahnya. "Duduklah,"
Hatinya yang diheret gelisah sedari tadi serta merta menjadi tenang melihat kemesraan yang terpampang di wajah Dato' Hamzah. Haikal menarik kerusinya untuknya dan membuatkan dia tersipu sejenak.
"So...awak berdua staf dari Unit Penerbitan ya?" Dato' Hamzah ramah memulakan perbualan.Haikal dan Wardah serentak mengangguk. "Saya dah dimaklumkan mengenai sesi temuramah ini, dan Encik Iskandar pun ada mention pada saya mengenai terbitan edisi bulan ni,"
Wardah menebarkan pandangan ke seluruh bilik, membiarkan Haikal menjawab pertanyaan. Bilik Pengarah Urusan ini serba sederhana, menggunakan perabot kayu kebanyakkannya dan nampak klasik dengan ukiran tersendiri, terutama pada set kerusi dan almari fail. Matanya tertampan pada potret bersebelahan almari fail di kanan bilik. Potret keluarga Dato' Hamzah. Agak tersembunyi kedudukan potret tersebut, mungkin hanya untuk tatapan empunya bilik sahaja. Dia menajamkan pandangan, menatapi potret berkenaan. Dato' Hamzah kelihatan agak tampan dengan baju melayu hijau muda dan bersongkok, duduk di atas sofa dan diapit oleh seorang wanita yang sebaya dengannya, juga berbaju kurung dan bertudung hijau, yang dirasakan oleh Wardah isteri kepada Pengarah Urusan berkenaan. Dibelakang mereka berdua, berdirinya dua lelaki yang agak muda dan seorang gadis manis bertudung, juga kelihatan agak muda dibandingkan dengan dua lelaki yang mengapitnya.
"Keluarga saya," suara Dato' Hamzah memecah lamunannya. Dia tersipu lagi, menyedari yang tingkahlakunya diperhatikan. "Gambar ni diambil masa raya dua tahun lepas, anak semua balik," semakin ramah Dato' Hamzah bersuara dengan senyuman masih meniti di bibir. Wardah dan Haikal sekadar mengangguk perlahan. Dato' Hamzah memandang potret keluarganya dan tanpa disuruh dia mula bercerita, "Anak lelaki saya, yang sulung sebelah kiri tu, doktor. Baru balik dari Ireland awal tahun ni. Jarang melekat kat rumah, asyik kat hospital je. Doktor la katakan...saya tak kisah asalkan dia dapat berbakti, cuma umminya je yang kadang-kadang merungut sebab dia selalu tak ada. Yang nombor dua tu, belajar lagi kat UK. Bakal doktor juga. Cuma yang bongsu tu je yang masih belajar kat Jordan, dan yang tu jugalah harapan saya untuk mewarisi syarikat ni," Dato' Hamzah kembali memandang mereka berdua. "Yang sulung dua orang tu bukan tak boleh business, cuma mereka berdua lebih minat perubatan,"
Suara Dato' Hamzah seakan terngiang di telinganya. Fikirannya mula melayang, menatap wajah anak kedua Dato' Hamzah itu. Nampak seperti tinggi, dengan wajahnya yang cukup tenang dan ada lesung pipit di pipi kanannya. Belajar di UK? Kenalkah dia pada Wafiyyah? |
|
|
|
|
|
|
|
Jeng2 siapa kah gerangan anak dato' Hamzah tu.... (pssst ni ke Robin Hood) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|