CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: petola

Jgn belajar agama tinggi2 nanti gaduh... Tun M

  [Copy link]
 Author| Post time 10-8-2010 12:45 PM | Show all posts
kenapa jika berselisih pendapat di dalam agama dikata bergaduh, berpecah-belah?
tetapi berselisih  ...
hzln Post at 10-8-2010 10:04


selin, bagi aku duduk mencangkung tepi longkang barang setengah jam nak pikir kenapa boleh jadi cam tuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2010 12:50 PM | Show all posts
taklaa...dia tak kata isle politik mesia ni semata2....dia kata umat islam seluruh dunia...cuba  ...
C.K Post at 10-8-2010 12:37


umat isele syiah n sunnah ka?itupong sbb politik kaahn?kot mana2 pong sbb politaik lah hat pecahbelahkan....tp agama pulok hat jd mangsa.kalu byk2 pendapat pong kalu pandai fiqh iktilaf, takkan jauh tesimpang pong pebezaan tuh....usul dia tetap sama..nih kalu dh jd mazhab pelik2 n jauh dr akidah nih pasai politaik jah asainya...salah satunya amengok lah..bg haku tuh satu mazhab pasai amalkan konsep zionism
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2010 12:56 PM | Show all posts
Itu betul. Zaman dahulu org bijak pandai agama ini juga merupakan bijak pandai dlm sains & tekno ...
a_gen2 Post at 10-8-2010 11:58


pada saya sebab dulu ilmu tidak dipecah2 menjadi bidang2 atau disiplin2 tertentu... semuanya satu...
jadi ilmu pada waktu itu semua gabung sekali...

lama2 antaranya sebab kehendak sekularisme ilmu mula dipecah2 dicompartmentalised jadi perbagai cabang dan disiplin...
ilmu agama satu lubang sains tabii satu lobang sains sosial satu lobang lain
kedian pecah2 lagi sains pun ada fizik biologi kimia dll
kedian fizik misalnya pecah2 lagi jadi macam2 ikut pengkhususan
akhirnya agama dan sains dah tak jumpa lagi face to face... malah agama dianggap musuh sains dan gitu jugak sebaliknya..

sebab itu integrasi kedua2nya perlu dlm pendidikan islam.
kalau adapun yg saya nampak sekarang ni ia cuma sekadar dipelajari bersama2... misal pendidikan integrasi agama sains tapi bersifat luaran saja
ia tidak digabung secara lebih mendalam dari segi falsafahnya atau sudut pandangannya
akhirnya agama tetap agama sains tetap sains... simbiosisnya tak ditekankan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 11:05 PM | Show all posts
Sara tak tau kenapa TT buat tajuk mcm tu...
tapi itu cara pemikiran dia dan cara dia menanggap apa yg diperkatakan
nak buat mcm mana, setiap org ada pandangan sisi masing2

-------------------------------------------------------------------------

Imbangi ilmu agama, duniawi - Dr. M

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
[email protected]

SEREMBAN 9 Ogos - Umat Islam dinasihat supaya lebih bijak mengimbangi penguasaan ilmu keagamaan dengan duniawi dalam usaha memacu kemajuan negara tanpa menjejaskan perpaduan di kalangan masyarakat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, dalam zaman serba moden sekarang, umat Islam perlu lebih berdaya saing menguasai bidang-bidang berkaitan khususnya sains dan teknologi bagi membantu melonjakkan tahap kemajuan negara.

"Umat Islam patut mengetahui dan mempelajari perkara asas fardu ain tetapi jangan lupa bahawa penguasaan ilmu lain seperti sains, perubatan, perundangan dan lain-lain juga tuntutan fardu kifayah dalam Islam.

"Ini amat penting kerana kita sudah jauh ketinggalan daripada perubahan ilmu dan penemuan teknologi baru yang berlaku setiap hari," katanya.

Beliau berucap pada Syarahan Perdana Sempena ulang tahun ke-10 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai dekat sini, hari ini.

Syarahan tersebut dihadiri kira-kira 5,000 mahasiswa selain pensyarah USIM termasuk Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir meminta umat Islam di negara ini supaya bersatu walaupun berbeza fahaman politik.

Menurutnya, umat Islam perlu mengelak daripada perpecahan seperti yang berlaku di kalangan kaum Arab apabila munculnya puak Syiah dan Sunnah Wal Jamaah.

"Mereka ini sanggup berbunuhan antara satu sama lain gara-gara memiliki pendapat dan fahaman berbeza tentang ajaran Islam," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 11:33 PM | Show all posts
Betul la ckp tun m tu,kita tak perlu ramai manusia cam tuan guru nik aziz bin nik mat..sorg pun cuku ...
FaithNoMore Post at 9-8-2010 18:05



    one is too many already.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 11:38 PM | Show all posts
Sara tak tau kenapa TT buat tajuk mcm tu...
tapi itu cara pemikiran dia dan cara dia menanggap apa  ...
mysara Post at 10-8-2010 23:05



    anya rasa the idea is to promote a holistic individual......itu yang anya faham dari apa yang diperkatakan....unless one is bend on interpreting what is being said through his and his perspective alone.....if that is so...then it is in fact true that "Kalau 1.6 bilion umat Islam di dunia ini pandai agama dankesemuanya bertaraf ulama, perpecahan yang lebih teruk akan terjadikerana masing-masing akan membuat tafsiran yang berbeza mengenai Islammana yang lebih baik seperti yang terjadi ke atas golongan Sunni danSyiah.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2010 12:04 AM | Show all posts
bila dah pandai agama, boleh laa kita majukan bisnes arak...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2010 12:09 AM | Show all posts
jadi jgnlah belajar agama tinggi2... nanti gaduh

kalau nak jugak kenalah pilih sorang jer satu kampung...
dgn itu pecah belah dan gaduh2 dpt dielakkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2010 10:03 AM | Show all posts
selama nie dia orang ikut ker apa ulama ckp...atau ikut kepala sendiri jer...
menjad Post at 10-8-2010 09:10


Ulamak sendiri pun tak reti nak ikut ulamak lain punya cakap. So...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 10:07 AM | Show all posts
Stephen Hawking banyak buat penemuan sains yang membuka minda ramai orang

adakah umat islam berterus-terusan nak terima bulat bulat fakta/teori sains dari minda seorang Ateis ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 10:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by cikilala at 11-8-2010 10:51

Kalo dah diri sendiri pun tak cukup ilmu agama didada

jangan plak tempelak org lain supaya terus jahil
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 12:00 PM | Show all posts
Ayat2 Tun walau simple tpi dalam maksudnya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 12:06 PM | Show all posts
masih ramai jugak yg suka bawak hadis dhoif/palsu negara china tu
C.K Post at 10-8-2010 10:32 AM


hadis dhoif lain, hadis palsu lain
hadis dhoif ialah hadis2 yg ada kelemahan dr segi perawi, sanad atau matan
manakala hadis palsu pula merupakan hadis yg sememangnya direka cipta
hadis dhoif ni kemungkinan drpd nabi, kemungkinan bukan drpd nabi
hadis palsu totalnya bukan dr nabi
kalau nak letak hadis dhoif, kita kena bagitau bahawa ini hadis dhoif supaya org tahu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 12:06 PM | Show all posts
Tun bab2 agama ni tak berapa pandai sangat...di kalangan menteri2 UMNO pun, siapa yg pandai agama? t ...
ifanonline Post at 9-8-2010 20:25


Toksah la judge org tua tuh macam2...yang sah die da 2 kali diberi penghormatan dpt masuk Kaabah, semua tuh takkan terjadi kalau Allah SWT tak izinkan....kite nie?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 12:09 PM | Show all posts
hadis dhoif lain, hadis palsu lain
hadis dhoif ialah hadis2 yg ada kelemahan dr segi perawi, sa ...
DTECCONAN Post at 11-8-2010 12:06 PM


aku tak kata pon hadis dhoif dan palsu menda yg sama cuma hat aku maksudkan disitu..nabi soh belajar sampai ke cina nung...ada hat kata dhoif ada hat kata palsu...tu pasal aku nak senang aku tuleh dhoif/palsu (tanpa quote) sebagai penjelasan
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 12:11 PM | Show all posts
kalau tak ada kesimbangan dlm ilmu dunia dan agama jadilah mcm kes ada org bunuh org lepas tu bunuh diri sendiri, ataupun jadi menteri kesihatan buat seks bebas, takkan pun ada yg kata berbogel itu seni

yg ilmu dunia terlalu tinggi pula agama jauh jadilah mcm golongan2 sibilais
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2010 12:15 PM | Show all posts
aku tak kata pon hadis dhoif dan palsu menda yg sama  cuma hat aku maksudkan disitu..nabi soh belajar sampai ke cina nung...ada hat kata dhoif ada hat kata palsu...tu pasal aku nak senang aku tuleh dhoif/palsu (tanpa quote)  sebagai penjelasan
C.K Post at 11-8-2010 12:09 PM


jadi, tak salah sebenarnya kalau kita nak bawa hadis dhoif asalkan kita bagitau yg tu hadis dhoif
yg haram kalau kita bawa hadis palsu dan kata itu hadis
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 12:23 PM | Show all posts
Adagak yang jahil tak tahu bahawa hadis suruh belajar sampai keChina tu palsu.....prrrrrrpfffftght

Bodo tak leh diajar......prrrrrrrpffffftght
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 12:30 PM | Show all posts
http://pondoktampin.16.forumer.com/viewtopic.php?t=22

Sebenarnya, hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Rabi? di dalam Musnadnya pada Bab Menuntut Ilmu dan kelebihannya hadis bernombor 18. (lihat al-Rabi? bin Habib bin Umar al-Basri, Musnad al-Rabi?, cetakan Dar al-Hikmah : Bayrut, 1415H, tahkik Muhammad Idris, juz 1 m/s 29)

Hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam Syuab al-Iman, hadis bernombor 1663. (lihat Abu Bakar Ahmad bin Hussein al-Baihaqi, Syuab al-Iman, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Bayrut, Cet Pertama, 1410H, tahkik : Muhd Sa?id Basyuni Zaghlul, juz 2 m/s 253). Hadis ini juga disebut di dalam Musnad al-Bazzar bernombor 95. Akan tetapi al-Bazzar menolaknya dengan menarafkan sebagai palsu. Atas alasan Abi ?Atikah merupakan perawi yang tidak dikenalinya. (Abu Bakar Ahmad bin Amru al-Bazzar, Musnad al-Bazzar, Muassasah Ulum al-Qur?an : Bayrut, Cet Pertama, 1409H, tahkik : Dr Mahfuz al-Rahman Zainullah, juz 1 m/s 75)

Hadis ini juga disebutkan oleh Abi Syujak Syarawaih al-Hamazani di dalam Firdaus bi Ma?tsur al-Khitab bernombor 236. (lihat al-Hamazani, Firdaus bi Matsur al-Khitab, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Bayrut, Cet Pertama, tahkik: Muhd Sa?id Basyuni Zaghlul 1986M, juz 1 m/s 7

Soalnya, apakah para ulamak yang meriwayatkan hadis ini dan mengabadikan di dalam kitab karangan mereka boleh kita kategorikan sebagai pemalsu hadis. Masya Allah, jikalau Tuan Mufti tetap berpendapat sedemikian ternyata Tuan Mufti tidak menguasai seni ilmu hadis. Maksudnya ialah keupayaan dalam memahami kedudukan hadis, kecacatan hadis dan feqh al-Hadis itu sendiri. Justeru, apakah nilai disebalik MA dan PHD hadis yang tuan miliki.

Sekarang marilah kita sama-sama menelusuri perbincangan tentang status hadis ini. Imam Abd Rauf al-Munawi di dalam Fayd al-Qadhir Syarh Jami? al-Saghir ketika membuat ulasan terhadap hadis ini mengatakan : ?Al-Baihaqi mengatakan matannya (hadis ini) masyhur akan tetapi isnadnya dha?if. Dan diriwayatkan daripada (beberapa) sanad yang lain yang sempurna kedudukannya. Manakala Ibn Abd al-Barr di dalam kitabnya Fadhl al-Ilmi (Kelebihan Menuntut Ilmu) meriwayatkan hadis ini daripada Jaafar bin Muhammad al-Zaghuni daripada Ahmad bin Abi Suraij al-Razi daripada Hamad bin Khalid al-Khayyath daripada Tharif bin Salman bin ?Atikah daripada Anas ?Ad daripada Muhammad bin Hasan bin Qutaibah daripada Abbas bin Abi Ismail daripada Hassan bin ?Athiyyah al-Kufi daripada Abi ?Atikah daripada Anas.

Bagi saya, apa yang dijelaskan oleh Imam al-Munawi ini hamper sama nadanya dengan kenyataan Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Lisan al-Mizan (Ibn Hajar al-Asqalan, Lisan al-Mizan, Muassasah al-A?lami: Bayrut, Cet ke-3, 1986M, juz 6 m/s 304)

Al-Munawi meneruskan ulasannya : ?Dan Ibn Hibban mengatakan hadis ini hadis yang bathil yang tidak ada sumbernya berdasarkan hujjah bahawa al-Hassan (perawi hadis ini) merupakan perawi yang dhaif. Manakala Abi ?Atikah (merupakan seorang) perawi yang munkar. Dan di dalam kitab al-Mizan dijelaskan bahawa riwayat Abu ?Atikah daripada Anas diperselisihkan tentang namanya dan periwayatannya adalah dhaif sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi.

Imam al-Sakhawi pula dan lain-lain ulamak mengatakan : ?Hadis ini dhaif berdasarkan kepada dua faktor. Dan Ibn Hibban mengatakan hadis ini hadis yang bathil yang tidak ada sumbernya. Manakala Ibn al-Jauzi menarafkan ia sebagai hadis yang direka. Dan kami memilih atau menuruti pendapat al-Mizzi (Imam al-Hafiz Jamaluddin al-Mizzi yang mengatakan bahawa hadis ini diriwayatkan dengan beberapa riwayat dan apabila dicantumkan dengan sebahagian riwayat yang lain kemungkinan ia mencapai standard hadis hasan. Dan al-Dhahabi mengatakan di dalam Talkhis al-Wahiyat bahawa hadis ini diriwayatkan dengan banyak riwayat. Sebahagian bertaraf waahiyat (amat lemah) dan sebahagiannya sholeh? (baik).? (Abd Rauf al-Munawi, Fayd al-Qadir Syarh Jami? al-Soghir, Maktabah al-Tijariah al-Kubra : Mesir, Cetakan Pertama, 1306H m/s 543 juz 1)

Tidak cukup dengan keterangan di atas, marilah kita sama-sama meneliti pula apa yang dikemukakan oleh Imam al-Ajlouni di dalam kitabnya Kasyf al-Khafa? li Muzil al-Ilbas Ketika membahaskan hadis ?Menuntut ilmu satu kefardhuan bagi setiap individu muslim? beliau mengatakan : ?Hadis riwayat Abi ?Atikah (pada awal lafaznya) Tuntutlah ilmu walau sehingga ke negeri China dan keduanya (lafaz akhir)? terdapat beberapa komentar. Ibn Abd al-Barr juga meriwayatkan daripada Anas dengan riwayat yang banyak. Tetapi keseluruhannya mempunyai kecacatan dan tiada hujjah padanya dari sudut isnad menurut pakar hadis.?

Katanya lagi : ?Menurut al-Bazzar hadis ini diriwayatkan daripada Anas dengan sanad-sanad yang amat lemah. Dan yang paling hasannya ialah apa yang diriwayatkan oleh Ibrahim bin Salam secara mar***** daripada Anas. Dan tidak diketahui orang yang meriwayatkan daripada Ibrahim bin Salam kecuali Abu ?Asim. Manakala pada perbincangan hadis bab (Bab Ilmu) telah dikemukakan riwayat-riwayat daripada Ubai, Jabir, Huzaifah, al-Hussein bin ?Ali, Ibn Abbas, IbnUmar, Ali, Ibn Mas?ud, Abu Hurairah, ?Aisyah, Um Hani? dan lain-lain. Ringkasnya (menurut kami) ialah berdasarkan apa yang ditakhrijkan oleh al-Iraqi terhadap kitab Ihya? Ulumuddin karangan al-Ghazali??

Selanjutnya al-Ajlouni mengulangi pendirian al-Baihaqi terhadap hadis ini. Di samping itu, beliau mengemukakan pendapat Imam Ahmad terhadap hadis ini berdasarkan apa yang dinukilkan daripadanya Ibn al-jauzi di dalam Ilal al-Mutanahiyah dengan katanya : ?Hadis ini tidak tsabit sesuatupun berkaitan dengan hadis bab menurut pandangan kami.?

Katanya : ?Dan demikian juga pandangan Ishaq Ibn Rahawiyah dan Abu Ali al-Nesyaburi. Manakala Ibn al-Solah mengisyaratkannya sebagai hadis masyhur yang tidak bertaraf sahih. Dan pendapat ini diikuti oleh Imam al-Hakim. Akan tetapi al-Iraqi mengatakan sesetengah ulamak hadis mentashihkannya dengan beberapa isyarat sebagaimana yang dijelaskan beliau dalam ulasan beliau terhadap Ihya? Ulumuddin.

Katanya lagi : ?Imam al-Mizzi pula mengatakan : ?Isyarat hadis ini mencapai status hasan sebagaimana yang didapati di dalam Maqasid al-Hasanah. Manakala Ibn Hajar al-Asqalani di dalam al-Lali? selepas meriwayatkan pelbagai riwayat dari Ali, Ibn Mas?ud, Anas Ibn Umar, Ibn Abbas, Jabir dan Abi Said mengatakan bahawa pada hadis ini terdapat beberapa pandangan.? (Syeikh Ismail b Muhammad al-Ajlouni, Kasyf al-Khafa? li Muzil al-Ilbas, Cet ke-4 Muassasah al-Risalah, Bayrut, 1405H, tahkik Ahmad al-Qallasy m/s 56-57 juz 2)
Kesimpulannya, berdasarkan keterangan di atas jelaslah kepada kita bahawa hadis : ?Tuntutlah ilmu walau ke negeri China ? diriwayatkan dengan banyak riwayat. Sebahagian dari riwayat tersebut berstatus dhaif. Akan tetapi apabila dihimpunkan dengan beberapa riwayat yang dhaif dan didatangkan dengan beberapa syahid (kesaksian) yang lain riwayat dhaif tersebut akan mencapai status hasan.

Manakala beberapa riwayat yang bertaraf amat lemah dan berstatus munkar atau palsu ditolak oleh para ulamak sebagai hujjah dalam kelasnya. Hal ini diputuskan berdasarkan kepada kedudukan kedudukan perawi dalam sanad-sanad yang tersendiri sebagaimana yang diperjelaskan di atas. Dan ketentuan ini amat mudah difahami bagi mereka yang mendalami ilmu hadis. Sayangnya Mufti Baru kita menggunakan metodologi bersifat hukmi semata tanpa tafsili. Iaitu dengan menghukum hadis ini palsu secara total. Apakah ini sati estetika ilmiah yang boleh dikongsi bersama?.

Di samping keterangan menerusi kitab-kitab di atas, banyak lagi keterangan yang boleh dinukilkan di sini melalui beberapa kitab. Antaranya melalui kitab al-Kamil fi Dhua?fa al-Rijal, al-Majruhin,Ttarikh al-Baghdad, al-Tadwin fi Akhbar Qazwin, Kasyf al-Dzunun, Abjad al-Ulum dan lain-lain. Namun penulis menyingkatkan perbincangan untuk memberi focus perbincangan kita. Tetapi penulis tidak teragak-agak untuk menghuraikannya secara lebih lanjut jika keadaan memerlukan.

Selain keperihalan sanad, marilah kita menganalisa sedikit tentang kedudukan matannya. Matan hadis ini adalah jelas berstatus masyhur sebagaimana penjelasan Imam al-Baihaqi. Tidak cukup dengan itu, para ulamak tidak lupa untuk menghuraikan matan hadis ini. Buktinya, Imam Al-Ajouni ketika menukilkan huraian al-Baihaqi dengan katanya : ?Hadis ini (menuntut kita) untuk mempelajari ilmu yang bersifat umum yang mana seseorang tidak patut jahil mengenainya. Ataupun ia bermaksud satu tuntutan menimba ilmu-ilmu yang bersifat khusus. Atau yang dimaksudkan dengan tuntutan ?Menuntut ilmu satu kefardhuan bagi setiap individu muslim? sehingga seseorang itu mampu melaksanakan tuntutan yang memenuhi keatas dirinya??


sebab itulah orang suruh belajar, tambahkan ilmu didada
kalau ada yg kata hadis tu palsu, cari maklumat lagi betulkah hadis tu palsu
kata intelektual, bila ada berita kena kaji elok2
bila sendiri tak kaji, nak kata org lain bodoh tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 12:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by C.K at 11-8-2010 12:35
Adagak yang jahil tak tahu bahawa hadis suruh belajar sampai keChina tu palsu.....prrrrrrpfffftght ...
Maideen. Post at 11-8-2010 12:23 PM


melalui sudut bacaan aku pon...ramai yg kata tu hadis batil (palsu)...cuma sekelompok kecil je kata dhaif malah dhaifnya itu adalah lemah...aku pon jadi terpikir...kanke sifat nabi itu adil dan saksama...sudah pasti nabi bukan seorg yg pilih kasih...jauh sekali nak galakkan umat dia belajar kat tempat/daerah sekian2 kan?sedangkan bumi ni luas dan menuntut ilmu pon luas yg mana tidak tertakluk kepada china sahaja

pada aku nak jadikan motivasi untuk diri dia sniri tu takde hal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.061422 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list