CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Suke-dono

Jom Kongsikan Jdrama Yang Paling Akhir Anda Tonton

[Copy link]
 Author| Post time 8-4-2022 01:15 AM | Show all posts
chesfa2 replied at 7-4-2022 02:03 PM
Thanks!!! Patut sepesen jer, lokasi lak lain2. Buat penat musykil jap dengan pengetahuan geografi  ...

Ha tu lah tu...semua drama mesti ada apartment camni utk golongan B40 jepun...lagi satu mcm flat PPR tu "Danchi" pun kdg2 ada jugak pesen sama la lebih kurg mcm flat PKNS kat Shah Alam nuu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2022 02:40 AM | Show all posts
Sebenarnya dah beberapa hari habis tgk cerita ni...baru nak review

Judul: Mystery to Iunakare
Episod: 12
Tahun disiarkan: 2022
Stesen/Saluran: Fuji TV



Sinopsis:
Kisah tentang pelajar universiti, Kunou Totonou yang secara tidak sengaja menjadi suspek kes pembunhan rakan sekelasnya. Walaubagaimanpun, beliau berjaya membuktikan dirinya tidak bersalah melalui kemahiran psikologi sekaligus membawa kepada pendedahan dalang sebenar kes berkenaan. Semenjak dari itu, Kunou dan pihak polis sering berkejasama dalam menyelesaikan beberapa kes misteri.

Lakonam:
Suda Masaki sbg Kunou Totonou
Itou Sairi sbg Furomitsu Seiko
Onoe Matsuya II sbg Ikenoto Yuto
dan byk lagi artis letop2 jadi pelakon jemputan

My review:
Drama ni sgt2 menarik dan boleh membuatkan penonton tak puas dan nak tgk lagi kerana cara pembahagian episod dia agak lain dari yg lain (tu yg dia drag sampai 12 episod tu)....penontan tak rasa setiap episod tu berulang...sebab setiap kes walaupun independent ada juga kaitan dgn kes2 yg lain...selain dari itu misteri2 yg ditonjolkan jugak amat2 unik dan bukan yg biasa kita tgk dalam drama penyiasatan yg lain....nak cerita byk pon tak boleh takut potong stim kpd sesiapa yg belum tgk...so sampai di sini sahaja my review kali ni...




Oh lupa watak Kunou lakonan Suda ni pun menarik dan unik.



Gambar pinjam dari MDL


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 09:12 AM | Show all posts
paling latest dh abis tgk is Doctor X.. Abis smua 7 season dh tgk.. mula2 tgk sorg je, last2 hubs pn tersangkut tgk skali.. Ayat femes from cite ni "Watashi, Shippai Shinai No De!" - meaning I never fail.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2022 12:47 AM | Show all posts
gigihadid replied at 8-4-2022 09:12 AM
paling latest dh abis tgk is Doctor X.. Abis smua 7 season dh tgk.. mula2 tgk sorg je, last2 hubs pn ...

Oh thanks sebab kongsikan review uols! Nanti I letak kat index page depan.

So dalam semua season DoctorX yg mana satu uols rasa paling best?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2022 01:37 AM | Show all posts
I tgk drama ni lepas Mystery to Iunakare...

Judul: Oi Handsome!
Episod: 8
Tahun: 2022
Saluran: FujiTV



Sinopsis:
Sebuah drama ringan tentang keluarga Ito yang terdiri daripada Gentaro dan isterinya Chizuru, serta anak-anak perempuan mereka iaitu Yuka, Rika, dan Mika. Rika sudah berkahwin dan menetap di Osaka, manakala dua lagi anak mereka tinggal bersendirian di Tokyo. Apabila anak-anak menghadapi masalah Gentaro akan memberikan kata-kata nasihat....sambil membuat muka yang "poyo".

Pelakon:
Yoshida Kotaro sbg Ito Gentaro
MEGUMI sbg Ito Chizuru
Kinami Haruka sbg Yuka
Sakuma Yui sbg Rika
Takeda Rena sbg Mika




My review:
Drama ni takda apa yg special namun sesuai utk tontonan santai. Keluarga Ito ni menarik, sebab dia punya bonding tu best dan anak2 pun rapat gila dgn mak bapak. Dalam masa yg sama keluarga ni tak nampak fake dan buat2. Setiap daripada anak2 ni ada masalah dalam perhubungan tapi berkat kebijaksanaan Gentaro sebagai bapak mithali, beliau dapat memberi kata2 hikmah kepada anak2nya...

Watak ibu dalam drama ni pun bagus...dah macam supermom dapat menguruskan rumah dan suami dgn baik...anak2 turut menjadikan ibubapa mereka sebagai idola utk sebuah perhubungan suami isteri yg baik....


Walau mcm mana pun drama ni bergenre slice of life...so di episod akhir tidak akan ada kesimpulan ttg masalah diorg...tapi kehidupan diorg jadi lebih baik dari sebelumnya...

Drama ini juga disertakan dgn jenaka2 ringan...namun bukanlah yg membuatkan penonton pecah perut


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Suke-dono replied at 8-4-2022 01:07 AM
Uols boleh cam DP ni erk? Hehe aritu ada tgk first 2 episodes je...tapi malas nak download torrent ...

Harap ada fans oguri, suda ke gakki sudi sub. Menarik gak cite ni. Nak teruskan tengok raw memang tak ah. Banyak nak kena invest bila tengok taiga. Asadora boleh diuruskan lagi, banyak episod tapi 13-14 minit/episod jer selepas ditolak intro

Last tengok pasal sakamoto ryoma, info pasal bakumatsu period, samurai, okada izo masih fresh baru lepas tengok rurouken
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Suke-dono replied at 6-4-2022 11:40 PM
Kamakura-dono belum ada sub lagi kot...rasanya la...sebab sub bergantung pada siaran kat TV Hawaii ...

Sub kat TV Hawaii tu ada extra penerangan tak, fansub selalu explain dalam warna lain pasal wordplays, puns yang karakter dalam cite buat, yang natives dan orang tau bahasa jepun jer paham
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Suke-dono replied at 8-4-2022 01:15 AM
Ha tu lah tu...semua drama mesti ada apartment camni utk golongan B40 jepun...lagi satu mcm flat P ...

Danshi-danchi. Kena fokus tengok cite jepun, takleh sambil2 buat benda lain. Kang diorang cakap pasal boboi shounen, saya ingat diorang cakap pasal rumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2022 01:35 AM | Show all posts
chesfa2 replied at 17-4-2022 01:17 PM
Harap ada fans oguri, suda ke gakki sudi sub. Menarik gak cite ni. Nak teruskan tengok raw memang  ...

Ramai tak berani nak sub takut kena kutuk kalau salah info... mcm masa mula2 EcoTV buat sub utk Seiten dulu lah...ada mcm2 komen negatif...yg paling pedas kat Dramacool punya komen tu...sebab katanya EcoTv konfius antara Shogun dgn pihak Istana...


Oh mmg sengaja dia bagi Sato Takeru watak Izo tu nak kasik kait mengait...rasanya release Rurouken pun tahun yg sama dgn Ryomaden kan?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2022 01:56 AM | Show all posts
chesfa2 replied at 17-4-2022 01:24 PM
Sub kat TV Hawaii tu ada extra penerangan tak, fansub selalu explain dalam warna lain pasal wordpl ...

Takda extra penerangan biasanya dan mcm tak ada sgt puns dan reference pon dalam taiga kecuali drama Idaten je lah setakat ni havoc nak mampus...

Kalau dari segi sejarah dan politik pon takda jugak penerangan dari subtitle...tapi drama taiga biasanya mmg didatangkan sekali dgn penerangan secara narration....kdg2 kat Travelogue pun dia ada selit2 info penting jugak (termasuk spoiler... walau watak tu belum mati lagi setakat episod tu)

Jgn mcm Ryomaden sudahlah...abis translater dia dok hurai segala benda...padahal setgh benda tu penonton kena interpret dari lakonan kot


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2022 02:11 AM | Show all posts
chesfa2 replied at 17-4-2022 01:30 PM
Danshi-danchi. Kena fokus tengok cite jepun, takleh sambil2 buat benda lain. Kang diorang cakap pa ...

Itu lah masalah bahasa yg guna suku kata ni...byk perkataan sama bunyi, tapi makna lain sampai boleh jadi modal lawak/misteri dalam drama/filem dorg...haha


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2022 02:39 AM | Show all posts
Ni drama tipikal jepun yg fokus kpd niche....dalam kes ni "rumah tumpangan" usang. Rasanya standard je drama ni setiap episod dua watak utama akan bermalam dekat rumah tumpangan yg dah agak usang....jenis drama yg leks2 chill2...yg kasi merit kat drama ni ialah rumah tumpangan yg diorg singgah mmg betul2 wujud kat Jepun...dan drama ni eye opener jugak pasal biasanya Jepun sering digambarkan sbg cantik dan bersih...rumah2 tumpangan ni bersih tp condition dia ya ampun mmg kampung.com lah dan sesetghnya mmg "barai" abis...mcm satu hostel kat Port Dickson yg Rotary Club tu kalau ada yg pernah singgah (tak sure masih ada atau tak)...ala2 gitu lah


Tajuk drama: Nihon Boro Yado Kiko
Episod: 12 (30 minit)
Tahun: 2019
Stesen: TV Tokyo




Sinopsis: Mengisahkan Haruko yg mewarisi Agensi Artis dari mendiang bapanya, ingin mempopularkan semula artis sendu naungan agensi tersebut yg bernama Sakuraba Ryuji. Haruko bercadang membawa Ryuji ke pelusuk daerah2 di Jepun utk membuat persembahan secara tour kecil-kecilan sekaligus mendekatkan Ryuji dgn peminat. Dalam proses tour ini mereka akan singgah di rumah2 tumpangan yg usang di Jepun....kerana Haruko adalah seorang gadis yg obses dgn sesuatu yg usang dan antik.

Lakonan: Fukugawa Mai sbg Shinomiya Haruko, Takahashi Kazuya sbg Sakuraba Ryuji



Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chesfa2 at 24-4-2022 01:50 PM
Suke-dono replied at 18-4-2022 01:35 AM
Ramai tak berani nak sub takut kena kutuk kalau salah info... mcm masa mula2 EcoTV buat sub u ...


Ahhaha nak tengok kenshin lawan guna katana, tapi binge sampai abis sebab kisah ryoma, yataro dan izo lebih menarik

rasanya release Rurouken pun tahun yg sama dgn Ryomaden kan?


Ryomaden dulu kot. Latar masa rurouken, selepas perang toba-fushimi, ryoma dah terkorban

Edit: ryomaden released dulu, 2010. RK - 2012

TV Hawaii tu ada app ker? Cam best jer cenel ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Suke-dono replied at 18-4-2022 01:56 AM
Takda extra penerangan biasanya dan mcm tak ada sgt puns dan reference pon dalam taiga kecuali dra ...

Havoc cam unubore deka? Poster idaken menarik. Dalam list-to-watch. Sume cite2 kudokan tulis, memang kena tengok, masa jer tak berapa sesuai

Btw, mengata narrator ke writer ryomaden? banyak kali gak dia kasi spoiler masa narrate.bestfriend ryoma ada kat poster saka ue di page sebelah
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Suke-dono replied at 18-4-2022 02:39 AM
Ni drama tipikal jepun yg fokus kpd niche....dalam kes ni "rumah tumpangan" usang. Rasanya standard  ...

Weyyyyy tengok cite2 JP kat mana? Stream ke download ke? Kat netflix tak banyak, mostly dah tengok. Jumpa no activity kat apple tv, kena rewatch sebab tak paham diorang buat lawak
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
tengah follow cite latest kimutaku tajuk Mirai e no 10 Count..cite pasal former boxer champion jadi coach kat high school
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak latest sgt tp mmg melekat dlm jiwa. Drama ni  

Cerita psl post partum depression. 9/10 lah bgi i.

Satu lagi drama, cold case. Ada 3 season stakat ni. Semua season best. Ada episod2 yg mengair jgklah air mata. N ada episod yg dia tema yg jrg japan nk tonjolkan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 03:52 PM | Show all posts
ada sesaper dah hbs tgk The Journalist ke kt Netflix?
cerita ttg journalist dan corupt gomen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.124764 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list