CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Padah UPSR Dimansuhkan- Murid Darjah Enam Ramai Tak Minat Nak Belajar, Siap Upah Kawan Suruh Siapkan Kerja Sekolah

[Copy link]
Post time 10-2-2024 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 10-2-2024 02:32 AM
aku paling pantang bila cgu tapau satu klas TP 3  satu klas lg TP4.. yg terpilih je ada laa dpt TP ...

Khensssstttttt

Tah la. Kesian bebudak yang dapat cikgu2 gini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa makpak, netizen jgk yg suruh mansuh upsr, pt3 sbb xmo exam nt bdk stress, nt org banding2..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2024 02:12 PM | Show all posts
I nak tanya ttg bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik, masih English ke atau BM atau dwibahasa? Ketinggalan betul I ttg sistem pendidikan sekolah Malaysia. Berubah2 cepat sangat. Singkatan2 perkataan u all guna tu pun I tak tau apa benda. Baca je lah...   he he he..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2024 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ejans replied at 10-2-2024 10:02 AM
Sama je skang xde exam pun
Org dok compare anak siapa naik stageee
No diff uffff

Owh ye ke?? Mcm dkt sini parents yg anak rajin naik stage @ jd wakil sana sini sinun deols mendiva group diarg je. Kalau yg nan hado jeling pun tak nak. Dr segi emosi tu ok ler sikit. Tp dikalangan family sy mmg dah masuk generasi ke 3 tetap sama dr dulu. Ko duduk ceruk mana pum tetap tak terselamat. Sepantas kilat berita tersebar nak2 dek opah uwan tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2024 06:47 PM | Show all posts
Suchi replied at 22-6-2023 09:08 PM
Skrg cikgu takleh denda budak, bila ada yg tak siapkan keje sekolah. Cikgu akan listkan nama anak  ...

"Bab membaca bagai ni mmg mak pak kena usaha keras skit laa...."


Pepatah mengatakan, tak dipecahkan ruyung manakah dpt sagunya". Zmn ini mana2 makayah yg bekerja akan memberi alasan balek kerja dah penat, housework menanti, mana lagi diner kena disediakan, jadi tak ade masa nak ajar anak atau cek homework sekolah anak.  Begitukah?


Bab belajar ni, rasanya anak2 memang kena dipaksa atau sekurang2nya ditanamkan minat membaca sejak awal lagi. Tanamkan minta mereka kpd buku2 bergambar dn kenalkan kpd mereka abjad2 A,B, C,/1,2,3 serta kad2 Alif, Ba, Ta. Kalau sedari awal mereka  dibiarkan bermain shj, alah bisa tegal biasa sajalah.
Soal pembelajaran hari ini sangat2 mencabar bagi kanak2 dn murid2 sekolah dgn adanya telefon pintar. Anak2 kecil yg belum tadika pun sudah terdedah dgn cerita2 katun di i'net dan cite2/kesah2 yg mengkhayalkan dn tidak mendidik.  Pengaruh begitulah yg membuat anak2 tak lagi berminat untuk bersekolah apalagi nak buat homework yg bagi mereka membebankan otak fikiran.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2024 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
PBD ni akan berjaya kalau cikgu competent mengajar. Bila dia competent, dia akan berani bagi markah jujur. Dia boleh jawab kalau budak tu dapat  TP6, sbb dia yakin budak tu memang layak.
Dia pun boleh jawab kalau budak tu dapat TP1, sbb dia dah buat mcm2, gali potensi, tapi budak tu masih belum capai tahap minimum
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2024 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 10-2-2024 06:47 PM
"Bab membaca bagai ni mmg mak pak kena usaha keras skit laa...."




Pada saya, kak Nolya, tanggungjawab mak bapak mendidik. Sediakan persekitaran kondusif untuk anak belajar. Beli keperluan untuk anak2 supaya dia dapat fokus belajar. Disiplinkan anak, kat rumah kawal gajet.

Mengajar matapelajaran, tanggungjawab cikgula. Kalau makbapak educated, bolehla selit2 mengajar. Tapi, kalau mak bapak kerja kampung, cikgu ajar lebih kurang, lepas tu harap makbapak nak ajar kat rumah pulak? Mak bapak pun belajar setakat SRP, mcm mana nak ajar anak.

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2024 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 10-2-2024 05:51 PM
Owh ye ke?? Mcm dkt sini parents yg anak rajin naik stage @ jd wakil sana sini sinun deols mendiva ...

Kelas anak meols ada grup wasap guru2 dan ibu bapa. Setiap kali ada hari anugerah, cikgu kelas mesti up gmbar student yg cemerlang dlm kelas anak meols. Ada lah sorg je parent ni like gmbar tu. Situ dah nampak kan reaksi mak pak yg anak x dpt apa2 anugerah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2024 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
teen_angelJB replied at 22-6-2023 08:50 PM
Setujuuu..
Sekarang yg xde exam pun nk bnding..br darjah 2 kottt...
Sibuk tnye dpt no bape..

Pendapat aku xde hal pun atuk nenek nak tanya. Itu menunjukkan diorang ambil berat. N tanya cucu pula depan mak bapa. Lg bagus. Kadang mak bapa leka x peduli pelajaran. Bila atuk nenek tny, kalau anak tu lemah, mak bapa pun sibuk sikit cari tusyen ke apa untuk anak. Xde la biarkan budak tu ketinggalan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2024 03:39 PM | Show all posts
Nurul8001 replied at 11-2-2024 10:45 AM
Pada saya, kak Nolya, tanggungjawab mak bapak mendidik. Sediakan persekitaran kondusif untuk anak  ...

Saya tak menafikan pndpt Nurul, tapi dlm keadaan kelam kabut parents  hari ini, ada hal2 yg boleh kita bincangkan untuk kebaikan bersama. Khususnya parents terlalu sibuk bekerja mencukupkan nafkah, banyak hal anak2 yg terlepas pandang.  Untunglah anak2 yg ada parents yg masih mau mengambil beratkan ttng pembelajaran dn pencapaian anak2, ttpi, spt kata Nurul, parents yg tidak berdaya saing akademik mereka sendiri pun, payah nak beri tunjuk ajar atau bantu anak2 buat homework.  Setakat peringkat sek. rendah, bolehlah juga diajar membaca, mengira, ttpi kalau sudah di peringkat menengah, parents mengalah dn kelas tusyenlah jawabnya.

Saya pernah giat dgn PIBG sek. anak dulu, saya sumbangkan khidmat tusyen mengajar anak2 kelas belakang BI dn matematik.  Memang malang sekali anak2 melayu kita tak tau bercakap BI langsung. Tanya, kat rumah tak baca buku BI ke? Mereka kata 'tidak'.  Di rumah atau di sekolah tak ade lawan untuk bercakap BI. Therefore, murid2 trs tidak terlatih menggunakan bahasa trs. Hal begini tentu kita tak dpt nak salahkan sesape.

Maka sukalah saya sarankan to all the young mothers today, ajarlah anak2 kalian BI sejak dini.  Mulakan dgn pengenalan kalimat2 pendek spt "come here, No, Tq, How are U, Good, Shoes,..... etc".  Biasakan anak2 dgn kalimat2 ringkas agar terpantak ke dlm telinganya: "Good night, I luv U, Where is ur book, Please close the door, etc. Nyanyi bersama the Nursery Rhyme dn parents ceritakan kesah yg berkaitan.  InsyaAllah, lama kelamaan anak2 tak akan terasing dgn BI trs. Sbg rujukan, anak saya, saya galakkan membaca buku BI 'Peter n Jane' terbitan Ladybird. N it helps a lot.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2024 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 11-2-2024 10:56 AM
Kelas anak meols ada grup wasap guru2 dan ibu bapa. Setiap kali ada hari anugerah, cikgu kelas mes ...

Mmg la tak syok walaupun cikgu tu mungkin nak berkongsi je. Kadang parents ni dah cuba mcm2 utk anak cuma takde rezeki. Camner nak tumpang happy. Ada pula kalau yg cikgu tu kongsi mmg apa2 aktiviti mmg org yg sama jer terpilih mcm takde muka lain lg tak le. Menyampah
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2024 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
fish replied at 9-2-2024 09:41 AM
ikut sekolah. mcm sekolah anak aku tahap 1 pun ada exam. sekolah anak buah aku takde.
tp exam tu t ...

Ni mcm anak aku. Sekolah rendah mmg ada ujian. Masa darjah 6 dia bawak balik paper english dia 100% tapi TP dia tahap TP3 je. Alasan cikgu dalam kertas sbb anak aku x aktif dalam kelas, pendiam dan x boleh mengajar kawan² lain.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2024 07:53 PM | Show all posts
Edited by nolya at 11-2-2024 07:58 PM

Untuk mententeramkan keadaan, barangkali parents boleh ambil pendekatan 'ramah mesra' bersama2 dgn parents yg lain.  Andaikata ada lah pertanyaan drp kekawan atau famili ttg pencapaian anak2 kita sedangkan kelulusan anak tak mesra gred, katakan 'Alhamdulillah, dia telah berbuat yg terbaik walaupu tak setinggi gunung harapan. InsyaAllah, masih ada masa untuk perbaiki, cuma kena lebih rajin dn gigih lagi.'

Kpd sekalian ibu2, sabarlah bila berdepan dgn pertanyaan drp keluarga esp. ttng kejayaan anak2 dgn peperiksaan mereka. Jgn cepat tersinggung/berasa hati d kita harus faham, setiap anak itu tak sama tahap pandai dn pencapaiannya. Esp ketika anak menghadapi peperiksaan besar, SPM umpamanya, mereka blj, pergi tusyen tapi kalau sudah segitu markahnya, setakat lulus, pasrahlah seadanya, tak perlu dibentak2.
Lainlah jika anak tu memang jenis pemalas, tak nak blj, tak bersedia untuk peperiksaan, gagal tu memang ditempah.  Anak2 harus diingatkan bahawa untuk menghadapi peperiksaan penentu masa depan atau ke IPT, persediaan harus dibuat ketika di Ting.4 lagi.
Kelulusan SPM itu nanti yg akan dpt menentukan ke arah mana kursus yg akan diikuti selanjutnya, jurusan apa dn IPT mana. Tidak cemerlang dlm akademik, jgn lupa kita ada kursus vokasional yg boleh diikuti. Asal jgn putus asa.

Berat tugas parents di zmn ini demi mewujudkan sesempurna bahagia dn jaya. Anak2 harus diberi pengertian agar tidak mengecewakan ibubapa dn keluarga kerana tak selamanya ibubapa akan sentiasa ada di samping. Hidup yg mendatang, tak siapa yg tau namun bangunkan semangat  anak2 untuk sediakan payung sebelum hujan. Selebihnya, kpd Allah kita berdoa dan kpdNya kita berserah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2024 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Buatlah upsr semula...barulah cikgu skolah rendah ni bersungguh mengajar....ni ramai yg bisnes & main socmed pulak
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2024 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 11-2-2024 07:07 PM
Ni mcm anak aku. Sekolah rendah mmg ada ujian. Masa darjah 6 dia bawak balik paper english dia 100 ...

Ye utk PBD mmg nasib2 je chuols.
Mcm ada sorg bdk cina dlm kelas anak meols dia leh kira ribu2 guna jari je. Cikgu terang2 bgtaw lat kelas bdk ni dpt TP6 sbb kebolehan dia tu. Sedang kan 2 kali cikgu buat ujian bdk tu tak dpt top 3 pon. Anak meols yg 13-9 terkial2 kira dpt no 1. Anak meols cikgu bg PBD TP4.

Utk PBD ni pokok pangkal nya kalau cikgu tu terhibur dgn perangai anak kita tu maka dpt la tinggi. Tapi mujur UASA ada. Tp meols tgok markah je tak tgok TP sbb TP mcm kes anak chuolss la 100% dpt TP3
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2024 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 lebih minat nk jadi influenza. Dia tau tak di sebalik tu ada team yg produce video tu?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2024 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 11-2-2024 10:48 PM
Ye utk PBD mmg nasib2 je chuols.
Mcm ada sorg bdk cina dlm kelas anak meols dia leh kira ribu2 gu ...

Ahahaha maknanya cikgu tak terhiburlah yer dgn anak iols sbb dalam kelas banyak diam je. Pendidikan seni dia pun tp3 saja padahal dia mmg ada bakat melukis. Kalau rate pbd ni atas aktif x aktif budak dalam kelas iols mampu hemm jelah. Tapi iols mcm chuols jugak tgk markah paper exam yg anak² ni bawak balik. Kat situlah iols dpt chk mana yg lemah diaorg ni.

Tapi takpelah dia masuk sekolah menengah ni feedback cikgu cikgu dia alhamdulillah okay. Dan terkejut sbb dia boleh score math subjek yg iols paling lemah dulu. Tapi BM, Sejarah dia sangatlah x memberasangkan. Dua subjek penting ni dia lemah.

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
FlexyFox replied at 10-2-2024 02:12 PM
I nak tanya ttg bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik, masih English ke atau BM atau dwibahasa? ...

Yg tau ikot sekolah. Kalau sekolah tu ada dual language programme subjek2 tu diajar dalam english itupun pada anak anak yg pilih nak masuk DLP. Sekolah anak iols takde ler pulak DLP ni so semuanya dalam BM.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 02:13 AM | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 12-2-2024 01:05 AM
Yg tau ikot sekolah. Kalau sekolah tu ada dual language programme subjek2 tu diajar dalam english  ...

Oh, TQ. Kerap sangat berubah2 I tak tau dah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2024 11:14 AM | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 11-2-2024 07:07 PM
Ni mcm anak aku. Sekolah rendah mmg ada ujian. Masa darjah 6 dia bawak balik paper english dia 100 ...

kan... nak mengajar dlm kelas tu kena depan2 cikgu, bg cikgu nampak agaknya @ kena menunjuk @ membodek.
bila dirumah, anak aku biasa je ajar kwn2 dlm group whatsapp diorg, aku biasa je check tengok apa diorg bualkan.
dia biasa ingatkan homework apa kena buat, kdg2 kwn minta nota yg tak sempat salin di whiteboard, tanya mcmana nak buat, mcm2 laa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.042667 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list