|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: INTEGRITY REVEALS BEAUTY
[Copy link]
|
|
page 7 |
|
|
|
|
|
|
|
Budak lelaki jatuh tingkat 12 kondo stabil
Gambar hiasan.
GEORGE TOWN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang terjatuh dari bilik tidur utama, tingkat 12 sebuah kondominium di Lebuh Tunku Kudin, Gelugor, di sini semalam kini berada dalam keadaan stabil. Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, kanak-kanak berkenaan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta untuk pemerhatian selama 48 jam. ”Menurut keluarga mangsa, dia dalam keadaan stabil dan kini berada di ICU untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan parah setelah terjatuh dari bilik tidur utama, tingkat 12 sebuah kondominium di Lebuh Tunku Kudin, Gelugor.
Siasatan pihak polis mendapati, mangsa ditemui oleh neneknya berusia 63 tahun yang juga penjaganya di tingkat tujuh bangunan terbabit. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/27/budak-lelaki-jatuh-tingkat-12-kondo-stabil/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hujan lebat di utara sehingga tengah hari
Gambar hiasan.
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri di utara negara sehingga 12 tengah hari ini. MetMalaysia memaklumkan, negeri yang terlibat adalah Kedah di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda. “Keadaan yang sama dijangka berlaku di Perak (Kerian dan Larut, Matang Dan Selama) melibatkan angin kencang dan hujan lebat,” katanya.
Sementara itu, cuaca buruk ini turut menjejaskan kawasan di Pulau Pinang dan Perlis. Walaubagaimanapun, kawasan sekitar Lembah Klang diramal mengalami cuaca cerah dan baik pagi ini. Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam)yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/27/hujan-lebat-di-utara-sehingga-tengah-hari/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rumah merah diserbu, tawar ‘khidmat’ wanita serendah RM40
Anggota polis melakukan pemeriksaan di salah sebuah 'rumah merah' semasa serbuan dijalankan sekitar Jalan Petaling dan Lebuh Pudu, semalam.
KUALA LUMPUR – Hanya serendah RM40, itu antara bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan khidmat seks wanita warga asing di sekitar Jalan Petaling dan Lebuh Pudu, di sini. Selain menawarkan harga murah, premis yang terkenal dengan jolokan ‘rumah merah’ itu berselindung di sebalik bangunan usang dan ‘dikawal’ oleh pintu besi. Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral itu terbongkar selepas sepasukan polis mengadakan Op Noda #KLStrikeForce itu dijalankan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kuala Lumpur bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 10 malam tadi di dua premis berasingan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, semasa serbuan dilakukan beberapa pelanggan disyaki warga asing yang cuba masuk ke dalam premis terus melarikan diri selepas melihat kehadiran polis. Jelas beliau, pasukan serbuan terpaksa memotong pengunci premis untuk masuk sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan. “Pemeriksaan di dalam premis mendapati, seramai 10 wanita warga Indonesia berusia lingkungan 20 hingga 30-an telah ditahan selain rampasan kondom, botol minyak pelincir, tisu serta wang tunai. “Siasatan awal mendapati kegiatan pelacuran di premis yang mula beroperasi bermula pukul 5 petang itu mengenakan bayaran sekitar RM40 hingga RM50 bagi khidmat seks wanita terbabit,” katanya. Difahamkan, kedua-dua premis tersebut adalah ‘port’ lelaki warga asing untuk melampiaskan nafsu. Tambah Rusdi, siasatan lanjut mendapati wanita berkenaan disyaki masuk sebagai pelancong serta menjalankan kegiatan pelacuran jalanan secara ‘freelance’.
Kata beliau, pihaknya akan merujuk kepada pihak Jabatan Imigresen (JIM) bagi pemeriksaan lanjut tentang status dan pergerakan keluar masuk semua wanita itu ke Malaysia. Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/27/rumah-merah-diserbu-tawar-khidmat-wanita-serendah-rm40/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lee Zii Jia belum mahu mengalah
ZII JIA berikrar untuk kembali beraksi di Jepun dan China nanti bagi mencerahkan peluang mara ke saingan Jelajah Dunia Akhir nanti.
PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia masih menyimpan hasrat untuk melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir yang akan berlangsung di Hangzhou, China Disember depan. Bagaimanapun, tugasnya tidak mudah apabila perlu melakar keputusan terbaik dalam baki kejohanan musim ini bagi memastikan kedudukannya dalam kelompok lapan teratas ranking Jelajah Dunia terus selamat. Pemain No. 7 dunia itu berkata, ia adalah sasaran terkini yang ditetapkan selepas gagal mempertahankan kejuaraan pada kejohanan Terbuka Arctic di Vantaa, Finland dua minggu lalu apabila terkandas di suku akhir. “Seperti saya katakan sebelum ini, buat masa sekarang saya hanya mahu melayakkan diri ke kejohanan Jelajah Dunia Akhir. Oleh itu, saya perlu tampilkan aksi terbaik di Jepun (Kumamoto Masters) dan Shenzhen (China Masters).
“Itu adalah sasaran buat masa ini,” katanya yang baru sahaja menerima RM100,000 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) atas kejayaan meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu. Pada ketika ini, bekas juara Asia dan All England itu berada dalam landasan terbaik untuk melayakkan diri ke Jelajah Dunia Akhir apabila menghuni kedudukan kelima ranking Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Terdahulu, Zii Jia terpaksa menarik diri daripada menyertai Terbuka Denmark di Odense selepas mengalami kecederaan buku lali ketika berdepan Koki Watanabe dari Jepun pada Terbuka Arctic. “Dalam tempoh setahun setengah bersama jurulatih Wong Tat Meng, banyak perubahan positif dapat dilihat. Buat masa sekarang, tidak ada sebarang perubahan. Sekiranya ada, saya akan beritahu anda,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2024/10/27/lee-zii-jia-belum-mahu-mengalah/
|
|
|
|
|
|
|
|
Dewan Rakyat: 3R, ‘bank scam’, kerugian FashionValet dibangkitkan esok
GAMBAR HIASAN.
PETALING JAYA – Kesalahan 3R ‘Race, Religion & Royal’ (kaum, agama dan raja), isu berkait kerugian ‘bank scam’ serta kerugian Fashion Valet antara yang akan dibincangkan pada sidang Dewan Rakyat esok. Menerusi Aturan Urusan Mesyuarat yang dipaparkan pada laman web Parlimen, Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr. Siti Mastura Muhammad bertanyakan soalan kepada Menteri Dalam Negeri berhubung garis panduan dan perincian untuk kerajaan mengklasifikasikan sesuatu isu itu sebagai kesalahan 3R. Beliau turut meminta menteri menyenaraikan jumlah kes 3R yang disiasat dan didakwa di seluruh negara dalam tempoh bermula Disember 2022 sehingga September tahun ini.
Berhubung isu ‘bank scam’, Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen meminta Menteri Kewangan menyatakan statistik terperinci berkenaan kerugian dialami oleh pemegang akaun bank akibat daripada ‘bank scam’. Ia meliputi kerugian sekitar tahun 2021 hingga 2024 selain soalan, sama ada langkah-langkah baharu seperti penggantian OTP dan ‘kill switch’ berkesan untuk mengurangkan kerugian tersebut. Mengenai FashionValet, Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah yang telah dilabur ke syarikat e-dagang tersebut oleh Khazanah, Permodalan Nasional Berhad dan jika ada Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).
Bee Yin turut meminta menteri menjelaskan tentang jumlah kerugian akibat penurunan nilai dan penjualan saham FashionValet. Terdahulu, media melaporkan FashionValet, sebuah syarikat e-dagang dalam industri startup Malaysia yang ditubuhkan pada 2010 dijual dengan harga rendah kepada firma pelaburan tempatan, NXBT Partners dalam ‘fire sale’. FashionValet diasaskan oleh pasangan suami isteri, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzarudin Anuar, dilaporkan bermula sebagai platform untuk menjual barangan fesyen sebelum ia melancarkan dua jenama dalaman, dUCK dan Lilit, sebagai sebahagian perniagaan yang diumumkan pada 2022. Perkara lain turut dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat esok ialah bilangan pengusiran yang dilakukan antara 1 Januari hingga 14 Oktober tahun ini, mengikut pecahan umur, jantina, kewarganegaraan dan status Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).
Soalan tersebut akan ditanyakan oleh Ahli Parlimen Bakri, Tan Hong Pin kepada Menteri Dalam Negeri, malah beliau turut bertanyakan langkah diambil oleh kerajaan untuk memastikan pengusiran ini tidak melanggar prinsip nonrefoulement. Ahli Parlimen Wang Maju, Zahir Hassan turut meminta Menteri Dalam Negeri berhubung perancangan dan strategi kerajaan untuk mendapatkan data kewujudan warga asing tanpa izin di Malaysia serta jumlah pemegang kad UNHCR serta tanggungan mereka. Soalan-soalan lain yang turut diajukan oleh Ahli Parlimen lain antaranya berhubung isu kewarganegaraan anak melibatkan ibu warga Malaysia, peningkatan harga diesel selepas pemansuhan subsidi, isu-isu keselamatan di kawasan sempadan Sabah, kerugian cukai kerajaan akibat aktivti pertaruhan haram, keselamatan siber susulan teknologi kecerdasan buatan (AI). – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/27/dewan-rakyat-3r-bank-scam-kerugian-fashionvalet-dibangkitkan-esok/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Budak 5 tahun rentung dalam kebakaran 38 rumah di Tawau
Keadaan sebahagian rumah yang hangus dalam kebakaran di di Lorong Jati, Kampung Kinabutan, Batu 5 Jalan Apas, Tawau, tengah malam tadi. Foto Facebook PERKALAS
TAWAU – Seorang kanak-kanak lelaki ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan 38 buah rumah di Lorong Jati, Kampung Kinabutan, Batu 5 Jalan Apas, di sini, tengah malam tadi. Dalam kejadian pukul 12.10 tengah malam itu, mayat kanak-kanak terbabit ditemui kira-kira pukul 4.50 pagi selepas operasi pemadaman tamat. Difahamkan, sebahagian besar penghuni tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan dokumen penting dan barangan berharga ekoran api marak dengan cepat selain kedudukan rumah yang rapat. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.55 tengah malam. Jelasnya, sepasukan 27 anggota bersama pegawai kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar. “Kebakaran tersebut melibatkan 38 buah rumah di kawasan seluas kira-kira 1.57 ekar dan pasukan bomba telah menjalankan operasi pemadaman menggunakan air dari jentera dan sumber air terbuka.
“Terdapat seorang mangsa kanak-kanak lelaki berumur lima tahun ditemui rentung pada jam 4.50 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Jemishin berkata, api dapat dikawal pada jam 2.28 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 6.06 pagi tadi. Tambahnya, tindakan pemadaman yang dibantu dibantu Pasukan Bomba Sukarela Titingan dan agensi lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan polis berjaya menyelamatkan lebih 68 rumah berhampiran. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/27/budak-5-tahun-rentung-dalam-kebakaran-38-rumah-di-tawau/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Que Haidar, Linda Jasmine bercerai
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]Spekulasi status rumah tangga Que Haidar terjawab apabila beliau mengesahkan bercerai talak satu dengan isteri, Linda Jasmine, pada 2 Julai lalu. - Foto IG official_lindajasmine
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
PUTRAJAYA: Spekulasi status rumah tangga Que Haidar terjawab apabila beliau mengesahkan bercerai talak satu dengan isteri, Linda Jasmine, pada 2 Julai lalu. Biarpun sudah membawa haluan sendiri, Que atau nama sebenar, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 45, memberitahu, mereka masih menjalin hubungan baik. "Allahuakbar, Alhamdulillah itu (perceraian) yang Allah tentukan... Itu yang Aturkan. Saya minta semua doakan yang baik-baik untuk saya dan Linda. Tetapi kami masih baik, tiada siapa yang mahu bercerai. "Mungkin ini yang terbaik, kami masih berkawan demi anak-anak. Perceraian kami berlaku pada 2 Julai lalu," katanya ditemui pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.
Ditanya mengapakah tidak menghebahkan lebih awal berita perceraian itu, pelakon filem Ophilia itu menyifatkan perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsi. "Perkara berkaitan perceraian adalah sangat peribadi dan bukannya untuk dibanggakan. Jadi lebih baik kita simpan sendiri, doa yang baik-baik dan saling menyokong antara satu sama lain. "Maksudnya apa sahaja yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak dan anak-anak. Tidak ada benda yang perlu diuar-uarkan atau dikongsi," ujarnya. Mengulas punca perceraian, Que yang memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Drama Terbaik ASA 2024 melalui drama Lebai Sampan, dilihat agak keberatan untuk menjelaskannya. Bagaimanapun, Que menyifatkan apa yang berlaku adalah suratan takdir dan keputusan itu dibuat dengan cara baik. "Hubungan kami berlangsung dengan baik dan tiada perbalahan berlaku. Apa yang boleh dikatakan kami sudah tiada persefahaman. "Keputusan ini juga dibuat secara sepakat. Alhamdulillah anak-anak juga menerima keputusan kami ini dengan matang," katanya. Que dan Linda yang juga guru seni tari dan tenaga pengajar program realiti, Akademi Fantasia (AF) mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 15, dan Tengku Cleopatra Haidar, 12 tahun.
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=post&action=reply&fid=144&tid=5376927
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Panik, tak sedar cucu rentung'
[size=14.399999618530273px]Penduduk mencari barang yang mungkin dapat diselamatkan daripada sisa kebakaran rumah mereka di Lorong Jati Kampung Kinabutan Batu 5 Jalan Apas, Tawau tengah malam tadi. - Foto NSTP / Abdul Rahemang Taiming.
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
TAWAU: "Kami semua panik kerana keadaan gelap selepas bekalan elektrik terputus sejam sebelum kebakaran, tak sedar cucu masih berada dalam bilik." Begitu luah Mohd Tahir Nabil, 70, datuk kepada kanak-kanak lelaki 5 tahun yang ditemukan rentung dalam kebakaran di Lorong Jati, Kampung Kinabutan Batu 5, Jalan Apas, dekat sini, tengah malam tadi. Mohd Tahir berkata, ketika kejadian semua 13 ahli keluarganya termasuk isteri, anak dan enam cucu berada di rumah dan ada yang sudah nyenyak tidur. "Saya terkejut apabila terdengar suara jiran menjerit dari luar rumah mengatakan rumah terbakar sebelum melihat api marakdi bahagian hadapan tangga rumah."Saya bersama anak dan menantu mengejutkan ahli keluarga dan membawa cucu menaiki kenderaan yang di parkir berhampiran lorong rumah ke kawasan selamat. "Malangnya, kami tidak sedar cucu tiada bersama kami. Rupa-rupanya dia masih ada dalam bilik tingkat atas," katanya ditemui di lokasi, hari ini.
Katanya, dia cuba meredah api untuk menyelamatkan cucunya, namun api marak dengan terlalu cepat dan memusnahkan keseluruhan struktur rumah papan itu dalam tempoh kurang sepuluh minit. Sementara itu, jiran mangsa Haniah Arif, 56, berkata dia sempat mendengar suara mangsa meminta tolong namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaan api marak, selain bahang panas dan keadaan gelap. "Sebelum kejadian saya tidak boleh tidur kerana ribut dan angin kencang menyebabkan ada antara atap rumah penduduk di sini mengeluarkan bunyi bising seolah-olah mahu tercabut. "Tidak lama selepas itu, bekalan elektrik pula terputus hampir sejam sebelum kebakaran berlaku menyebabkan penduduk menjadi panik. "Kejadian kebakaran ini adalah yang kedua selepas kali pertama pada Ogos 2013 yang turut memusnahkan lebih 30 buah rumah," katanya. Dalam kejadian jam 12.10 tengah malam, sebanyak 40 rumah hangus menyebabkan sebahagian besar penghuni tinggal sehelai sepinggang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau (BBP) Jemishin Ujin berkata seorang budak lelaki lima tahun ditemui rentung pada jam 4.50 pagi. Katanya, dalam operasi pemadaman itu pihaknya dapat menyelamatkan lebih 68 buah rumah berhampiran sebelum operasi ditamatkan pada jam 6.06 pagi tadi.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1316418/panik-tak-sedar-cucu-rentung
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah pertama tumpu pendidikan anak autistik bakal dibina di Mukim Pulai
[size=14.399999618530273px]Sekolah pendidikan khas yang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada murid autistik dirancang dibina di mukim Pulai, Johor Bahru. - Foto hiasan NSTP
[size=14.399999618530273px]
JOHOR BAHRU: Sekolah pendidikan khas yang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada murid autistik dirancang dibina di mukim Pulai di sini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin, berkata cadangan pembinaan sekolah bagi anak-anak autistik pernah disuarakan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada akhir tahun lalu. Justeru, beliau berkata pengumuman pembinaan sekolah itu pastinya menjadi 'hadiah' terbaik kepada Ibu bapa khususnya di Johor yang mengharapkan anak-anak istimewa tidak tercicir daripada aspek pembelajaran dan pengurusan kendiri. "Segala perancangan terperinci mengenai sekolah ini akan dimaklumkan pihak Kementerian Pendidikan (KPM)," katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 baru-baru ini mengumumkan pembinaan dua sekolah baharu murid berkeperluan khas di Tuaran, Sabah dan Johor Bahru, Johor membabitkan kos RM300 juta.
Sekolah di Johor Bahru bakal menjadi sekolah pertama yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada pendidikan untuk autistik.
Sementara itu, Pengarah Klinikal IndeBrain Occupational Therapy Solutions, sebuah pusat terapi anak-anak istimewa, Siti Noraisikin Mohd Jazuli berkata pembinaan sekolah berkenaan amat diperlukan memandangkan peningkatan jumlah kanak-kanak autistik di negara ini. Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah kanak-kanak autistik menunjukkan peningkatan drastik dalam tempoh 10 tahun terakhir dengan tahun lepas sahaja merekodkan 53,323 orang didiagnosis menghidap autisme. Siti Noraisikin berkata, antara kerisauan utama ibu bapa adalah kekurangan kemudahan untuk anak-anak istimewa mendapatkan pendidikan di sekolah terutama dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). "Di Malaysia terdapat pusat perkembangan awal bagi memenuhi keperluan anak istimewa ini terutama anak-anak autistik, namun isu utama selalunya adalah melibatkan kewangan kerana kos bagi menghantar anak-anak ke pusat perkembangan swasta agak tinggi berbanding menghantar ke sekolah aliran perdana. "Oleh itu, kami menyambut baik pengumuman menerusi Belanjawan 2025 ini dalam menyediakan kemudahan dan memberi keutamaan kepada anak berkeperluan khas," katanya. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1316425/sekolah-pertama-tumpu-pendidikan-anak-autistik-bakal-dibina-di-mukim
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Taburan hujan memuncak Disember - MetMalaysia
[size=14.399999618530273px] Foto fail BERNAMA (2024)
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Hujan akibat monsun timur laut dijangka memuncak pada Disember ini dan jauh lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, berdasarkan ramalan, kadar taburan hujan meningkat lebih banyak dalam tempoh berkenaan. "Ini disebabkan oleh fenomena El Nino yang berlaku tahun lalu. "Dengan monsun timur laut dijangka bermula awal bulan depan dan berterusan sehingga Mac, kami menjangkakan hujan lebat sepanjang tempoh ini," katanya kepada New Sunday Times.
Beliau berkata, berdasarkan ramalan, Terengganu dijangka menerima lebih daripada 1,000 milimeter (mm) hujan pada waktu kemuncak di bulan Disember. "Kami juga menjangkakan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah akan terjejas secara langsung kesan fenomena monsun timur laut."
"Biasanya, sepanjang tempoh ini, hujan lebat berterusan dan boleh berlaku selama beberapa hari, terutama di negeri-negeri pantai timur serta Sabah dan Sarawak." katanya Hisham menambah keadaan itu mungkin boleh menyebabkan banjir dan beliau menasihatkan mereka yang tinggal di kawasan yang mudah banjir supaya membuat persediaan awal dan sentiasa berwaspada terhadap amaran cuaca buruk. "Amaran ini boleh dilihat melalui portal jabatan di www.met.gov.my atau melalui aplikasi mudah alih myCuaca," katanya Beliau berkata, kemas kini juga boleh diperoleh melalui media sosial jabatan atau talian hotline di 1-800-22-1638. Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Nor Hisham Mohammad menasihatkan orang awam yang tinggal di kawasan mudah banjir mengambil perhatian sebarang hebahan dan pengumuman pihak berkuasa. "Jika arahan pemindahan sudah dikeluarkan, lakukan segera." "Jika anda tidak berada di rumah ketika itu, pergi ke kawasan yang lebih tinggi dan elakkan melalui tempat yang mempunyai arus kuat." "Ketika banjir, orang ramai dinasihatkan tindak meredah air yang naik dengan berjalan kaki atau menaiki bot. Elakkan menyentuh wayar atau kabel yang jatuh," katanya, yang turut menasihatkan ibu bapa tidak membiarkan anak-anak mereka bermain di sungai, longkang atau lombong ketika banjir. Beliau menasihatkan pemandu supaya tidak melalui kawasan yang banjir. "Berpatah balik jika boleh. Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan itu, tinggalkannya, dan pergi ke kawasan yang lebih tinggi. "Kami menasihatkan orang ramai supaya mengambil berat mengenai jiran tetanga dan membantu kanak-kanak, warga emas serta golongan kurang upaya,"katanya Beliau juga mengingatkan jika rumah sudah dinaiki air, elakkan masuk ke dalam rumah kerana ada bahaya tersembunyi dalam air banjir yang keruh.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1316443/taburan-hujan-memuncak-disember-metmalaysia
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1316443/taburan-hujan-memuncak-disember-metmalaysia
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MCMC bekerjasama dengan 3 pihak luar negara tangani cabaran penjagaan kesihatan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalinkan kerjasama strategik dengan tiga pihak luar negara bagi menangani cabaran penjagaan kesihatan. Pihak berkenaan ialah Agensi Pembangunan dan Perdagangan Amerika Syarikat (USTDA), Suruhanjaya Pelaburan dan Perdagangan Australia (Austrade), serta Suruhanjaya Tinggi British (BHC). MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan, kerjasama itu diumumkan di Pavilion MCMC 'Future Healthcare Frontier', hari ini, sempena Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2024. "Disifatkan sebagai pencapaian signifikan dalam landskap penjagaan kesihatan negara, kerjasama itu dicapai untuk menangani peningkatan penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis dan 'hypercholesterolemia', peningkatan populasi warga emas, serta penjagaan kesihatan yang terhad di kawasan luar bandar," menurut kenyataan berkenaan.
MCMC menjelaskan, perkhidmatan penjagaan kesihatan pada masa hadapan berdepan cabaran getir kerana demografi warga emas di Malaysia dijangka hampir menyamai populasi orang muda pada 2040.
"Di kawasan luar bandar, keadaan infrastruktur tidak mencukupi serta kekurangan profesional perubatan melebarkan lagi jurang yang telah lama wujud.
"Justeru, kerjasama itu bertujuan merapatkan jurang dengan memanfaatkan teknologi serta kepakaran maju dari Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom bagi meningkatkan kualiti penyampaian penjagaan kesihatan kepada semua rakyat Malaysia," katanya. MCMC percaya pembabitan USTDA, Austrade serta BHC itu akan mempercepatkan penerapan penyelesaian terkini dan membawa kepakaran global bagi menggalakkan inovasi, merangsang pertumbuhan serta menarik pelaburan langsung asing. Usaha itu sekali gus akan menjadikan Malaysia destinasi pelancongan kesihatan terkemuka, sambil memperkukuh ekosistem penjagaan kesihatan tempatan. Menurut MCMC, langkah itu juga selari dengan pelancaran teknologi 5G oleh syarikat telekomunikasi yang membuka peluang untuk mengembangkan sektor teleperubatan dan mengintegrasikan peranti kesihatan boleh pakai. "Kemasukan peneraju penjagaan kesihatan antarabangsa ke dalam pasaran Malaysia juga akan memacu kemajuan tempatan dengan memperkenalkan teknologi terkini melalui penyelesaian yang inovatif. "Hasilnya, peningkatan kepakaran ini akan menggalakkan hospital swasta meningkatkan perkhidmatan mereka, sekali gus menjadikan sektor penjagaan kesihatan lebih kompetitif pada masa depan," menurut kenyataan itu lagi. MIH Megatrends 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, telah menarik lebih 4,000 peserta termasuk profesional kesihatan, peneraju industri, pegawai kerajaan, pelabur dan orang awam yang ingin meneroka trend terkini dalam membentuk masa depan penjagaan kesihatan. Acara itu dianjurkan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama KPJ Healthcare dan rakan strategik MCMC. Turut hadir pada majlis pengumuman Kolaboratif MIH Megatrends itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, dan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1316352/mcmc-bekerjasama-dengan-3-pihak-luar-negara-tangani-cabaran
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak kaji potensi haba lautan jadi sumber tenaga hijau
[size=14.399999618530273px]Tan Sri Abang Johari Abang Openg. - Foto Ihsan UKAS
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
KUCHING: Satu kajian khusus akan dijalankan bagi mengenal pasti kebolehlaksanaan penjanaan tenaga daripada haba lautan di Sarawak. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata hasil kajian itu akan memastikan proses penukaran tenaga haba lautan (OTEC) menjadi satu lagi sumber tenaga hijau. "Selain gas, hidro dan solar ada lagi sumber lain boleh dimanfaatkan untuk menjana tenaga hijau di Sarawak. "Saya mahu Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki) serta Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk menjalankan kajian iaitu mengenai potensi haba lautan untuk menghasilkan tenaga," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-85 Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) malam tadi. Majlis itu dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Abang Johari berkata, beliau amat berharap agar penyelidikan itu berjaya kerana menjadi hasrat Sarawak untuk mempelbagaikan sumber tenaga hijau. "Ini adalah sumber baharu dan jika penyelidikan itu berjaya, maka Sarawak akan mempunyai lebih banyak sumber tenaga hijau," katanya. Menurutnya lagi, negara lain kini melihat Sarawak sebagai contoh dalam peralihan tenaga hijau dengan penggunaan teknologi baharu. "Minggu lalu, saya dijemput oleh kerajaan Singapura untuk memberikan ucaptama mengenai peralihan tenaga hijau. "Kerajaan Singapura melihat Sarawak di barisan hadapan dalam melaksanakan penjanaan tenaga hijau," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1316408/sarawak-kaji-potensi-haba-lautan-jadi-sumber-tenaga-hijau
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tun M nasihatkan orang jangan makan berlebihan, elak obesiti
[size=14.399999618530273px]Mahathir Mohamad
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan semua orang supaya tidak terlalu mengikut selera makan yang hanya cenderung membuatkan seseorang itu obesiti. Itu komen beliau ditanya mengenai rahsia beliau awet muda dan kekal sihat meskipun usianya 99 tahun tanpa masalah berat badan dan sangat diketahui umum sebagai seorang yang sentiasa menjaga pemakanan. Negarawan yang pernah dua kali berkhidmat sebagai Perdana Menteri turut berkata, seseorang itu cukup bernasib baik apabila dapat mengelak daripada ditimpa penyakit membawa maut seperti kanser. "Anda mungkin cukup bernasib baik sekiranya tidak perlu menderita atau menghidap sebarang penyakit yang membawa maut seperti kanser. "Meskipun pada masa sekarang penyakit jantung boleh dirawat termasuk saya juga dirawat, tetapi yang penting ialah mengelak obesiti, makan banyak atau makan berlebihan. "Saya beritahu kepada orang ramai, berhenti makan walaupun makanan itu enak, yang mungkin suatu tabiat susah dilakukan pada permulaan," katanya ketika muncul dalam podcast istimewa 'Coffee with Ryan' siaran Pusat Perubatan Prince Court, semalam. Dr Mahathir muncul bersama isterinya, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali dalam temubual yang dihoskan Pakar Perunding Gastroenterologi di Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr Ryan Ponnudurai. Pada 15 Oktober lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat mengalami jangkitan saluran pernafasan selepas mengalami batuk. Beliau mendapat cuti sakit selama 10 hari dengan IJN menyatakan bekas Perdana Menteri itu mendapat jangkitan saluran pernafasan bawah (lower respiratory tract infection). Mengenai bagaimana beliau berjaya menangani kehidupan penuh tekanan, Dr Mahathir mengakui sebagai seorang yang mementingkan masa dan sentiasa aktif bergerak. "Anda perlu aktif. Jika anda tidak melakukan apa-apa dan berbaring sepanjang masa anda tidak akan sihat selamanya. "Orang ramai juga harus kekal aktif dan menggunakan otak mereka sepanjang masa untuk kekal berfungsi. "Sama juga dengan otot anda, jika anda tidak menggunakannya, ia akan mengecut," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1316475/tun-m-nasihatkan-orang-jangan-makan-berlebihan-elak-obesiti
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|