|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: HEALING AND LOVE
[Copy link]
|
|
To say that i was so wrong |
|
|
|
|
|
|
|
Copy Paste Public Health Malaysia
Kita semua manusia biasa, tak lepas dari kesilapan. Ada kalanya, tindakan atau keputusan yang kita buat tersasar, meninggalkan kesan yang hanya kita yang tahu betapa beratnya. Namun, setiap dari kita punya harapan yang sama—semoga Tuhan menutup aib dan kekurangan kita, serta mengurniakan kekuatan untuk terus bangkit.
Kepada mereka yang merasa terbeban oleh kesalahan lalu, ketahuilah bahawa ini bukan akhir perjalanan. Hidup ini penuh dengan peluang kedua, dan setiap langkah ke hadapan adalah ruang untuk memperbaiki diri dan menjadi lebih baik.
Semoga kita terus diberi perlindungan dari aib, hati yang tenang untuk menerima kekurangan, dan kekuatan untuk terus melangkah. |
|
|
|
|
|
|
|
Copy Paste Public Health Malaysia
Di bawah langit yang tenang, bulan sabit yang bersinar ditemani dua bintang yang setia – melambangkan hati kita yang mungkin penuh luka tetapi tetap berusaha untuk bersinar. Begitulah kadangkala perjalanan kesihatan mental kita, sunyi dan gelap, namun tetap ada cahaya kecil yang setia, memberi kita kekuatan untuk bertahan.
Malam adalah ruang untuk kita berbicara dengan diri sendiri, mendengar suara hati yang kadangkala terabai di siang hari. Di saat orang lain lena, kita berpeluang untuk perlahan-lahan menyembuhkan diri, memahami luka yang tersembunyi, dan memberi ruang kepada diri untuk bernafas.
Kepada diri sendiri, terima kasih kerana masih bertahan.
Malam ini, biarlah kita berjanji pada hati untuk terus bertahan dan bersabar. Kerana dalam setiap luka yang ada, tersembunyi kekuatan yang luar biasa – kekuatan untuk bangkit semula, perlahan-lahan, satu malam pada satu waktu.
Kerana dalam sunyi malam, kita belajar menghargai diri sendiri – tanpa perlu dilihat sesiapa. |
|
|
|
|
|
|
|
Copy Paste Public Health Malaysia
Kita semua tahu betapa si suami berusaha keras setiap hari demi keluarga. Tapi, kadang-kadang mereka juga perlukan ruang untuk jaga diri dan lepaskan penat.
Izinkan suami anda luangkan masa untuk diri sendiri—pergilah memancing, jumpa kawan-kawan, main game kegemaran, atau bersenam di gym. Biarkan mereka segarkan diri dengan aktiviti yang mereka suka.
Beri green light kepada mereka untuk mencari ketenangan dalam aktiviti kegemaran mereka, kerana pada akhirnya, suami yang tenang dan bahagia akan kembali kepada keluarga dengan lebih kasih sayang dan kesabaran.
Jagalah diri mereka, kerana mereka juga perlu ada untuk diri sendiri sebelum mereka ada untuk kita.
Dan ketahuilah, suami yang diberikan ruang untuk jaga diri, akan lebih menghargai dan sayang keluarga mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Copy Paste Public Health Malaysia
Bercampur baur rasa sebak, bangga, dan harapan untuk kesihatan kita semua ???? ..
Bila difikirkan, berapa ramai daripada kita yang terdedah kepada bahaya asap rokok, walaupun sekadar menikmati hidangan di restoran?
Menjelang tahun depan, semua restoran di bawah PRESMA akan menghentikan penjualan rokok sepenuhnya. Ini bukan sekadar satu keputusan perniagaan, tetapi satu langkah BERANI untuk melindungi kesihatan rakyat, satu pengorbanan demi generasi yang akan datang.
Ini adalah langkah kecil, tetapi besar maknanya untuk kesihatan awam—dan lebih penting lagi, ini bukan hanya tentang polisi, tetapi tentang keprihatinan.
Buat yang membaca, langkah ini bukan sekadar angka atau statistik, ini untuk kita—untuk ibu yang sedang makan bersama anaknya, untuk datuk yang menghirup udara di meja sebelah, untuk anda dan saya.
Perlahan-lahan, tetapi pasti. Ini kejayaan kita semua |
|
|
|
|
|
|
|
Petua orang dulu dulu yang paling senang is letak tomato dalam peti ais, bila dah beku sapu kat muka… this may sounds weird but here i told you this petua untuk skin glowing & hilangkan jerawat works wonder ???????? |
|
|
|
|
|
|
|
Nah i share sekali steps dia if korang nak buat:
1. Basuh dulu tomato tu
2. Simpan dalam peti ais (kat tempat beku) and biar sehari
3. Ambik and potong dua. Guna sebelah je
4. Gosok kat muka 15 minutes
5. Biarkan sejam then cuci muka macam biasa |
|
|
|
|
|
|
|
Ok ada lagi satu tips best. Kalau kita jadikan tomato as masker boleh cerahkan kulit gak tau.
Tapi kena blends dulu pastu jadikan as ice cube. Someone i know dia amalkan benda ni pastu skin dia bersih gila, satu parut pun takda ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Petua bibir pink semulajadi yang ramai tak tahu (function ye):
1. gosok bibir dengan berus gigi
2. sapu madu kat bibir before tidur
I suka try petua orang dulu sebab mostly menjadi. No 1 tu feeling dia besttt gila rasa puas gosok |
|
|
|
|
|
|
|
Tips rambut cantik paling simple (ni ikut petua orang dulu dulu la): basuh rambut dengan air beras
Nanti rambut jadi cantik and sihat je. Pasni kalau basuh beras jangan buang air dia okie |
|
|
|
|
|
|
|
Emas sentiasa mahal. Mengikut zamannya.
Zaman atuk nenek kita 1 gram RM35, atok kata mahal. Zaman mak kita 1 gram RM180, pon mak kata mahal.
Harini zaman kita 1 gram RM380, tetap kita rasa mahal. Percayalah, nanti akan datang kita mungkin 1 gram RM500, pon kita kata mahal. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|