|
3 OGOS 2012: RAMALAN satu kegoncangan kuat berlaku di bumi????
[Copy link]
|
|
Reply cm_puding
black_flag Post at 11-5-2011 17:18
...... ramai kat sini konpius tu masa akan berlakunya kiamat atau sbg permulaan/perintis kepada kiamat2 besar...... drpd pembacaan aku, ramai ulama berpendapat kiamat berlaku selepas 1500 thn Rasulullah wafat bermakna masa tuh semakin hampir kepada kita tapi masa sebenar hanya Allah yg tahu. Rasulullah pernah memberitahu pada kita tentang tanda2 kiamat kecil dan juga 10 tanda2 kiamat besar. Semua tanda2 kiamat kecil telahpun berlaku sekarang hanya tunggu tanda2 kiamat besar sahaja. Adakah kita mengkaji turutan2 kiamat besar tersebut, bagaimana ia terjadi satu-persatu, apa yg menyebabkan kabut (Ad-dhakan), apa yg menyebabkan imam mahdi, dajjal dan nabi isa muncul dan seterusnya. Andaian sebuah komet yg akan menghentam bumi tak perlu ditolak cuma masa sahaja yg menentukan mungkin bukan 2012 tapi 20-30 tahun lagi pusingan kalendar islam. Kesan hentaman komen ini yg menyebabkan kabut dan kemarau berpanjangan dan munculnya dajal utk memberi bantuan kemungkinan ada kaitannya andai berlaku.
Ya, dajjal itu hidupnya 40 hari di muka bumi ini, tapi 1 hari ada yg bersamaan 1 tahun, 1 hari ada yg bersamaan 1 bulan jadi kita tak tau jumlah sebenar dia hidup...... dan masa pemerintahan nabi isa adalah yg paling aman hingga bayi boleh hidup dengan binatang buas..... bila bumi dimusnahkan (sangkakala ditiup)....? ada pendapat mengatakan selepas pemerintahan nabi isa, jangka hayat bumi ada 100 tahun, pada masa ini manusia kembali mungkar dan Allah akan mengeluarkan api yg akan menhalau manusia ke tempat pengumpulan manusia seluruhnya. |
|
|
|
|
|
|
|
ALLAH sahaja yang MAHA MENGETAHUI APA YANG BERLAKU DI LANGIT DAN DI BUMI,.!!!~
Semoga kita terus insaf dan memperbanyakkn amal ibadat,.!!~ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 122# fieeda87
website mana ada org jual bra? |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum warah matullah
Hanya Allah yang Maha Kuasa dan Dialah yang mengetahui segala yang ada di langit dan dibumi.
Percaya tak klo perkara yg terjadi dalam forum ni sebnarnya mmg dah diceritakan?
bukan pasal isu hadith, isu ramalan, isu kiamat tp pasal percanggahan pendapat, pertengkaran dan mencabar kebenaran...
sorry klo sy menyinggung, sy bukan nabi yg pandai cakap lembut2 tp saya cuba jadi org yg lembut dlm berkata2 dan menyampaikan nasihat. kerana iman saya sepanjang yg saya tahu mmg kecik sgt. Even apa kitab pun sy tak pernah baca selain dari al quran.
Tp saya percaya Rasul pernah pesan, ilmu yang sedikit tetapi diamalkan akan banyak kebaikan berbanding ilmu yg banyak tp tak diamalkan... hmm sy tak tahu menggunakan apa2 hadis dan dalil... just gunakan ayat dalam al quran yg ada firman Allah dan Sabda rasul.
ok first saya gunakan maklumat yg saya dapat dari ADIK DAN AL QURAN.
Terjemahan surah al baqarah, Ustaz harun din bgtau... dlm terjemahan tu ada diceritakan salah satu golongan yg masuk neraka
adalah golongan yang berlawan tentang ilmu islam.. sori sy tak hebat nk susun ayat tp dari apa yg diterangkan sy tak fhm kenapa
perlu ada golongan yg pandai agama dan kemudian mereka bertentang sesama sendiri tentang kefahaman agama islam lalu dimasukkan ke neraka. lastly sy dipertemukan dgn kejadian serupa, (guess yurself) .
waktu selepas tamatnya pemerintahan sahabat nabi, Puak khalifah sudah mula bercanggahan pendapat, sedangkan sewaktu pemerintahan Saidina Abu Bakar pun dah mula dorg persoalkan byk perkara.
Kerana kewafatan Rasulullah adalah tanda2 kecil kiamat, beerti bermula dari situ kita sedang menuju ke akhir zaman, sehingga lah sekarang, kenapa juga nabi Isa berpesan pada umatnya akan adanya nabi terakhir iaitu penutup segala nabi, dan Saidina Abu Bakar bermuram dan bersedih bila Rasulullah wafat hanya kerana beliau berkata, maka terputuslah wahyu Allah ke bumi.
Nabi juga berpesan Al Quran adalah panduan utk sekalian umat dengan sebab itu JUGA , Saidina Abu Bakar memulakan gerakan mengumpulkan ayat2 al quran untuk panduan kerana beliau juga risau selain byknya ahfiz al quran mati syahid tetapi juga byk org islam yg berpaling tadah dan menjadi murtad kerana kurangnya pengetahuan, jadi usaha itu yg dianggap paling baik dalam pemerintahannya, Setelah Al Quran dikumpulkan, barulah kita mempunyai panduan yang tersusun.
Ustaz Harun din juga berpesan, apabila kita bercanggah pendapat dan bersalah faham, kembalilah kepada Al Quran, jadi thats why
all this time Im still stick to that, kerana nabi juga berpesan begitu.. Alhamdulillah
berkenaan dgn isu kiamat... mmg sahabat byk bertanya tentang itu, tetapi Rasulullah tidak pernah memberi tarikh tepat tentang sesuatu perkara itu berlaku. kerana tiadalah dalam pengetahuannya tentang tarikh2 tersebut, cuma beliau diberi sedikit pengetahuan tentang tanda-tanda yg dapat disampaikan kepada kita untuk kita bersedia bukan kerana ramadhan dah dekat tp bersedia sebagai umat islam, dari setiap minit untuk kita beriman pada Allah, bukan bersedia dari segi makanan , kalendar, ceramah or etc but dari segi amalan, pengetahuan dan kewajipan kita sbg umat islam. pernah seseorang bgtau sy, jagalah solat, bila kita jaga solat, Allah jaga kita.
mengapa harus dirisaukan tentang bencana yg BAKAL menimpa jika BENCANA yg dah komform menimpa kita ni taknak dirisaukan.
BENCANA yg komform tu ialah dosa2 kita, seksa kubur dan hari akhirat. baik kita risaukan tentang hukuman yg akan di beri sebagai balasan setiap dosa kita. seperti sy, sy juga risau akan direndam di dalam api bara neraka kerana meninggalkan solat.
Sedangkan Saidina Abu Bakar juga bersedih kerana risaukan tentang dosa2 beliau, hanya setelah didoakan oleh Rasulullah S.A.W. dan dikhabarkan bahawa Saidina Abu Bakar akan masuk ke syurga barulah beliau gembira. tetapi sewaktu beliau ingin memilih pengganti beliau iaitu umar al khattab, beliau ditanya, jika Allah bertanya kepadamu kelak mengapa memilih saidina umar apakah jawapan mu, beliau juga risau tetapi beliau menjawab Akan aku jawab, aku memilih lelaki yg terbaik di kalangan kita.
Rasulullah juga memberitahu jika iman abu bakar ditimbang pasti melebihi iman semua umat islam.
Dari mana Rasulullah mendapat pengetahuan berikut? dari wahyu Allah. kerana beliau seorang nabi. dan mampu kah kita untuk mengetahui pelbagai perkara seperti yg diceritakan di atas? kita hanya mampu mengetahui sesuatu yg diberitahu kepada kita...
Ayat pertama diturunkan kepada nabi ialah - bacalah... beerti Allah mahu nabi membaca al quran yg diajarkan oleh jibril dan itu juga bermakna kita harus membaca al quran untuk mengetahui apa yg Allah dah siapkan untuk kita. jadi bacalah....
Mengapa Allah jadikan nabi camtu? buta huruf dan Allah suruh jibril ajarkan nabi? sedangkan Allah boleh buat nabi tu jadi pandai dalam sekelip mata je... itu adalah kerana Allah ingin mengajarkan kepada kita, jika kita tidak mengetahui sesuatu hendaklah kita belajar dan bacalah al quran untuk panduan, no execuse kerana nabi pun pergi belajar and kita ni sapa pulak lebih mulia dari nabi tanak baca quran? jadi dalam quran dan dipertunjukkan pada kita tentang tanda2 hari kiamat dan bukanlah tugas kita untuk mark tanda2 tu dgn tarikh or kisah2 yg bakal terjadi. kerana kita mmg tak tahu, dan takkan tahu tentang apa2 yg akan terjadi walaupun satu saat ke hadapan kita, kerana kita manusia. hanya jika dikehendaki oleh Allah maka barulah kita tahu. jika ditanya bagaimana kita tahu kiamat ada tanda dan berlaku pada hari jumaat? jwpan ada dalam quran. dan bila ditanya camne kita tahu akan jadi camni n camtu pada hari camni dan hari camtu? (guess what..)
nabi sewaktu menghadapi sakaratul maut, ketika baginda merasakannya baginda berkata kepada jibril tentang kesakitannya walaupun Allah memerintahkan malaikat izrafil supaya melakukannya dengan kasih dan kelembutan. sedangkan nabi apabila sudah berlaku barulah beliau tahu keadaannya. Sedangkan Allah boleh jadikan perkara itu berlaku sebaliknya tetapi mengapa? kerana untuk kita belajar.. yg tiada sesiapa boleh tahu keadaan sesuatu hal sebelum ianya berlaku. even tanda2 bila nabi diangkat menjadi rasul juga tidak diketahuinya... sedangkan abu bakar juga tidak tahu bila nabi wafat akan ada golongan nabi palsu. beliau juga tidak tahu dipemerintahan beliaulah yang akan meruntuhkan kerajaan rom dan kerajaan parsi, sehinggalah beliau memenangi peperangan itu dengan kerana beliau terpaksa menentang mereka kerana mereka memberi perlindungan kepada golongan nabi palsu. jadi siapa kita untuk tahu sesuatu yg belum berlaku dan tidak di beritahu dalam al quran... mengenai tanda2 itu adalah supaya kita mengambil iktibar dan menyampaikan kepada yg lain.. kerana menyampaikan itu adalah sifat nabi...aka eloklah kita balik pada apa yg diberitahu oleh al quran...
dan dari apa yg sy sampaikan ini adalah satu informasi yg sedikit berkenaan dengan pengetahuan. para sahabat sekali2 tidak pernah mendahului sesuatu perkara tanpa di suruh oleh nabi. apa yg ditinggalkan itulah yg diikut. ikutilah cth dari saidina abu bakar. kenapa sy pilih? kerana dialah satu2nya manusia biasa yg dipilih oleh rasul sebagai teman. bukan takde cth yg plg baik, ada je cuma sy ambil dia sebagai cth kerana saya manusia dan takkan jadi macam nabi, tp abu bakar manusia biasa dan beliau berusaha untuk menjadi seperti itu bukan kerana beliau dah tahu beliau akan masuk syurga... tak dapat jadi cam dia tp mengikuti cth2 peribadi dia... dia tak pernah mendahului sesuatu yg tak pernah disuruh oleh nabi dan Allah. jadi biarlah kita jadi pandai tp jgn memandai-mandai... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada org kata tentang ramalan...
mmg dalam quran dah bgtau di akhir zaman mmg byk org jadik peramal dan suka meramal
so nak heran lagi??
pada org yg bertanya tentang ramalan kaji cuaca tu.. tu bukan lah ramalan sebnarnya...
tu cuma jangkaan..
ramalan kaji cuaca mereka bukan meramal bila nk hujan...
tp mereka mengkaji kemungkinan sesuatu perkara berlaku dengan perkara yg sudah terjadi dan ada didepanmata... cth dorg kaji taburan huja setahun untuk tahu bulan apa akan byk hujan berdasarkan kajian terdahulu yg dibuat melalui perkara yg telah berlaku...
cth lagi, mak selalu kata, jgn main kat jalan nt kena langgar..
persoalannya, camner mak kita tahu kita akan dilanggar?
jawpan, kerana byk org dilanggar di jalanraya kerana terdapatnya kereta2 yg laju dan lalu disitu dan terdapat kemungkinan pemandu tu tak sedar kita or kita tak sedar ada kereta tu lalu... so berkemungkinan kita akan dilanggar, jadi mak kita pesan berdasarkan hal2 yg pernah berlaku...
jadi patut ke kita pesan...
minggu depan kiamat k so nt prepare la pe yg patut...
persoalan, betul ke? mana kau tahu.. sebelum ni punya kiamat mmg camtue ker?
kawan-kawan, sedarlah setiap minit kita ke depan dan terus ke depan dan terus menuju kepada hari kiamat, dan kerana itu jugalah nabi berpesan bahawa mati itu dekat kerana setiap masa kita akan jadi lagi tua dan tua dan mati...
dulu sy suka citer tentang mesin masa doraemon tue.. mmg best klo ada kan...
smpilah sy terbaca kisah imam (apa tah nama dia lupa, tp dia femes juga)
dia tanya anak murid dia, pe yg plg jauh dari kita... mcm2 dorg jawab, tp jawpan dia ialah
masa lalu
kerana pe pun yg kita buat, pe pun yg kita lakukan kita takkan dapat kembali ke masa lalu.. so thats why i drop the time machine things..
so berbalik pada tanda2, ini juga termasuk dlm hal2 yg kita dah tahu...
tp kita seolah2 tak tau mana nk ditumpukan...
so back to basic... al quran |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 128# surfinv
salam bro,
thanks for sharing... aku amat senang dgn tulisan bro.... anyway, jgn lupa yer...kiamat tuh ari jumaat...nih bukan ramalan |
|
|
|
|
|
|
|
ahhahaah ko perli aku ke sang pertala huhuhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
surfinv,
saya tertarik dengan penyampaian anda .. this is the way cara dakwah sebenarnya .... dengan cara berhemah, dan down to earth ... bukan dengan cara mendabik dada cakap ' aku adalah terbaik sebab aku banyak kaji pasal kiamat ',
tapi pasal huru hara 15 ramadhan tu .. aku rasa diorang banyak terpengaruh dengan cite 2012, atau pun kalendar apa ntah tu ... pelik, masing² dok takut dengan illuminati, tapi tak takut plak pasal buat dosa ... kalau ada iman hatta seperti kulit bawang pun, bukan senang nak terpengaruh dengan dakyah menyesatkan, melainkan tiada iman dalam diri ... maka bak kata surfinv, back to basic je, iaitu Al-Quran |
|
|
|
|
|
|
|
itulah fitnah akhir zaman....
kita kenalah kuat dari segi basic
klo berdiri pun tak betul camner nak berlari plak...
sy taklah pandai mana... ada juga perkara betul dorg cakap
just maybe cara penyampaian tu tak berkesan
saya just menyampaikan apa yg sya tahu dan sharing dgn others...
kita klo nak bgtau sesuatu mestilah bersandarkan pada perkara2 tertentu
cth klo bg tuduhan kena ada bukti,
klo nk kahwin kena ada tuk kadi, saksi
klo nak sembahyang kena ada wuduk
pokoknya pe pun kita buat dlm hidup ni
kena ada sandaran sebab kita takkan buat sesuatu tu tiba2 jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 132# surfinv
setuju sgt dgn pendapat awk ni..apa2 pun al-quran lah sumber rujukan terbaik...dan selagi jam berdetik dan terus berdetik..sbenarnya kite semakin menghampiri kiamat... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by darkcloud at 14-5-2011 22:27
apa dlm al-Quran kata petanda2 mengenai hari kiamat? cer citer..
adalah sikit2 pasal Dajjal tp tak banyak.. melainkan gambaran2 rupa neraka dan syurga..
tp dalam hadith banyak.. kita umat ahli sunnah wal-jamaah.. islam itu al-quran dan sunnah.. ingat ye, ini penting bagi mereka yg lupa dan tak tahu.. Islam itu Al-Quran dan Sunnah.. dua tu tak boleh di pisahkan... dr mana dpt sunnah? dari hadith2 nabi.. sbb dalam al-quran tak cerita semua tp boleh terdapat dlm hadith nabi.. Al-Quran itu kata-kata Allah.. Hadith dan sunnah itu kata-kata Rasulullah saw..
kita merujuk petanda-petanda kiamat drpd kata-kata Rasulullah saw.. sebab dlm al-Quran memang tak ada..
tarikh tepat hari Kiamat mmg lah takda dlm hadith.. bukanlah bodoh sangat org islam ni.. tapi diceritakan banyak petanda dan ada kronologi kiamat.. tak percaya takpa.. tapi akan tiba 1 hari nanti (ini dari hadith soheh) Ketika satu bala tentera yg berjalan kaki mengejar sorang pemuda di satu tempat.. tiba2 bala tentera itu sekaligus hilang di telan bumi.. ketika peristiwa saat itulah seluruh umat manusia waktu tu teringat akan hadith ini, lantas seluruh manusia terbangun menyedari pemuda itu adalah Imam Mahdi yg sebenar.. ini cerita dari hadith Rasulullah saw.. |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.budakislam.com/uncate ... ra-15-ramadhan-2012
INI JAWAPAN DARI JAKIM
“Walaikum salam….
Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do’if Jiddan atau Maudu’. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas
Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A’lam Nubala’ ; “Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat. Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.
Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).
Wallahu a’lam…semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya…
Wassalam…
Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah,
P.P (T.T)
29 Julai 2009″
SUMBER : goldazone86 dan sahabat interaktif |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by black_flag at 15-5-2011 16:09
Assalamualaikum semua,dua ari lepas aku dah nekad dah malas nak berforum seperti di advice oleh bini aku.Tapi aku terpanggil sekali lagi utk tengok apa yg telah terjadi,and especially bila aku tengok posting bro surfiny(anyway cite pasal Rasulullah n saidina Abu Bakar tu bagus) aku rasa tahap pemaham kita semua dlm Islam adalah dlm kategori yg sgt merbahaya(boleh menyebabkan akidah terpesong,maksudnya terkeluar dr islam).Dan bila aku belajar pasal Dajjal aku semakin hari aku dpt rasa yg memang betul,dia diberi keistimewaan(termasuk pengikutnya yahudi)membuatkan kita semua tertidur,Rasulullah pernah bersabda
Daripada Abu Said al-Khudri radiallahu anhu berkata, Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.
Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?
Nabi saw menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka?
(Hadis riwayat Imam Muslim)
Bro tahap pemahaman kau dlm Islam aku rasa memerlukan bimbingan(tlg cari guru).Aku selalu berdakwah dgn Org Kristian,bermacam2 jenis kristian aku kaji n temui,sampai ada yg sembahyang sujud pun ada(idol aku'sheikh Ahmad Deedat).Apa yg aku nak bagi tau kat sini adalah,apa yg pertama aku bagitau kat diaorg(yg tlh diprogram dr kecik)tentang konsep ketuhanan.Aku bagi tau yg bila dia percaya Tuhan,dia kena percaya yg tuhan x leh ckp ngan manusia(biasa),so tuhan hantar nabi,so bila nabi wafat nabi tinggalkan kita buku,yg akan menyelesaikan masalah manusia didunia dan menyelamat manusia di akhirat.Pastu aku start debate pasal keaslian buku,dan sejarah yg kita ini semua adalah dr Nabi Ibrahim.......dan aku bagitau diorg yg"we are same but why we are different"
So sekarang aku berhadapan dengan saudara seagama yg dikatakan same program but different hard ware.Bagi aku senang saja utk pemasalahan kau ni bro,kena gi belajar,n pls jgn mandai2 membahayakan org lain.Sebab ini bukan normal talk ini religous talk(very dangerous).
Firstlly biar aku betulkan konsep kau yg bleh dikatakan 50% complete.Konsep tersebut adalah kita perlu berbalik kpd Al-quran,yg tu 100% betul,but overall x complete cos hadith nak campak mana bro(pas ni kalau ada yg ckp aku pulak yg campak hadith memang bangang laa mamat tu)Kau kena tau Islam ni special dr agama lain cos Kitab Al-quran adalah himpunan kata2 dr Allah,so bila kau percaya Allah kau kena percaya Nabi Muhammad,then kau kena percaya hadith(kau nak masuk dlm golongan anti hadith kerrrr?).Kalau kau dah gatal sgt nak cakap pasal kiamat kau kena tau yg 10 tanda besar kiamat adalah dinyatakan didalam hadith. Dari Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab dan terakhir adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia menuju Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)
Bro meh aku ajar kau skit,susah jugak nak kena ajar yg .... x bertempat ni,cikgu pon marah anak murid dia kan sorry,dah memang .... pon.kalau kau nak tau Rasulullah pun marah(x de dlm Al-quran)Kau kena tau yg Hadith ni adalah huraian dr Al-Quran.Contohnya bila Allah ckp pasal org Islam ni kena selalu suci,Rasullulah yg sambung huraiannya dlm hadith kalau semua nak masuk dlm Al-quran,kau bayang sendiri laa tebal mana jadinya.
Sekarang ni pasal kau ckp"jadi dalam quran dan dipertunjukkan pada kita tentang tanda2 hari kiamat dan bukanlah tugas kita untuk mark tanda2 tu dgn tarikh or kisah2 yg bakal terjadi. kerana kita mmg tak tahu, dan takkan tahu tentang apa2 yg akan terjadi walaupun satu saat ke hadapan kita, kerana kita manusia. hanya jika dikehendaki oleh Allah maka barulah kita tahu"Pasal mark tanda tu dah dibuat oleh para sahabat dan dihimpun didalam kitab2 terdahulu,kita cuma tlg baca je n tlg laaaaa start berfikir skit,sekarang pasal tarikh atau kisah2 yg bakal terjadi,pun telah di beritakan didalam Hadith daif dan sahih,soooo whattt!!!!!yang kau melalut pasal kita memang x tau n takkan tau tu utk kau sorang yg x bukak hadith,kau sendiri mengakukan?
Perhatian disini aku khabarkan utk semua yg bagi aku kurang ajar kpd agama Allah ni tlg Diam atau bertanya kalau x tau,JGN GATAL MULUT.
Punca benda ni semua aku rasa disebabkan oleh Hadith Daif yg menceritakan kejadian yg bakal berlaku 2012.Meh aku cite skali lagi kat korang(sket je k,yg lain check blik posting lama aku)Keistimewaan kitab Al-Fitan ini diakui oleh Imam2 Mujtahid,sekarang ni aku rasa kalau ada yg sampai tahap imam mujtahid ni x sampai 2 org silap x de pun.Tahap diaorg ni x perlu mazhab,kita yg bangang ni jgn laa plk ckp x perlu mazhab.Kitab ini jugak dipakai oleh ramai penulis yg menulis pasal kiamat ni,dan buku diorang x diharampun oleh mana2 kerajaan kecuali kerajaan Israel.Sebab tulisan mereka adalah dr hurain hadith,Antara penulis yg famous diasia yg memakai kitab Al-fitan ini ialah Amin Muhammad Jamaluddin(best seller+35,000)buku Huru Hara Diakhir Zaman.Muhammad Alexander penulis best seller YakjujMakjuj,Abu Fatiah Al-Adnani best seller Dajjal Muncul Dari Khurasan.itu baru skit yg dari asia,belum lagi benua lain yg menghurai didlm buku meraka berdasarkan kitab Al-Fitan.
Kenapa,dan apa yg special sgt psl kitab Al-Fitan ni.Disini aku sertakan Perawi Hadith2 Fitan
Huzaifah binYaman
Pernah tanya secara khusus kpd Rasulullah perihal fitnah dan keburukan
Abu Hurairah
Pernah didoakan secara khusus oleh Rasulullah agar tidak lupa dgn apa yg pernah ia dengar dr beliau
Abdullah bin Amru bin Ash
Penulis hadith nabi sehingga beliau menghafal apa yg tidak dihafal oleh sahabat lain
Kat dlm kitab ni ada banyak perawi hadith,berdasarkan kajian JAKIM nama yg diberikan oleh mereka adalah Abdul wahab sahaja,macam mana dgn 3 org diatas.Korang kena tau yg hadith dlm kitab ni putus kat tengah,tapi perawi yg ada sgt dekat dgn Rasulullah.Dan yg paling penting korang kena tau Nuaim bin Hammad ni adalah salah seorang guru Imam Bukhari,beliau pun x de ckp hadith ni palsu(dasyatnye korang bleh ckp hadith ni palsu),kau nak tau dlm kitab Al-Fitan ni apa yg Rasulullah nak bagitau beli aje buku Amin Muhammad Jamaluddin(best seller+35,000)buku Huru Hara Diakhir Zaman.Jgn laa plk korang ckp aku ni terpengaruh dgn buku ni plk,penat nanti aku nak jawab.Kalau aku nak list kat sini buku yg aku baca nanti x de keje lain laa plk.
Ada sorang mamat ni(cm_puding)(nasib baik aku x panggil seekor)dok ckp aku sibuk pasal illuminati,bukan nak sibuk psl ibadat laa apa laa bla..bla,Bila kita tau yg 30 Dajjal yg dilepaskan sebelum Dajjal sebenar dilepaskan,kau kena tau la apa dia buat ,baru laa kau boleh jaga2.oooh kau nak bagitau aku yg kau dah jaga2 dah,ok kau dah tau apa yg di kaji oleh para ilmuan islam tentang the Dajjal most dangerous weapon,jawapan dia berdasarkan hadith adalah riba,kau tau apa Rasulullah bersabda pasal riba,manusia di akhir zaman jika dia berkata dia tidak terlibat dgn riba dia terkena debu riba.Hah!!! kau nak ckp apa,tlg check speach Sheikh Imran hosien ni http://www.youtube.com/watch?v=61uY5w79Ru8.Kau tau x mcm mana Kamal Attaturk mampos,kau tau x cmana diorg tnam mayat anjing tu(x diterima bumi),pas tu kau tau x Khalifah terakhir kita(Turki Utmaniyah) telah digulingkan oleh Anjing Freemasonary ni,Illuminati laa tu WEEEIII sxxxjjjkxxxxxboxxxx!.Kan Rasulullah bersabda"aku akan memberitahu kepada kalaian tentang Dajjal,yg tidak diberitahu oleh nabi2 lain sebelum ku,DIA BERMATA SATU,DAN TUHAN MU BUKAN BERMATA SATU"(lebih kurang cam ni laa bunyainya)Pas tu bukti apa lagi kau nak pasal Illuminati yg terang2 pakai logo satu mata.So kita kena kenal laa musuh kita,cos bila aku kaji pasal diorang ni tingkat keimanan aku improve,dan itu adalah bukti2 karasulan Nabi Muhammad kita yg memberitakan kemunculan dan kehancuran yg mereka bawa(dah ni ramalan ke apa plk?)
Ni ada yg sesat lagi kurang ajar ni,aku x tau laa mamat ni islam ke kafir,dah la nak ckp pasal Islam Ada gambar babi plk tu(tirjibic)(nampak x moral masyarakat kita ni dah jahanam).Bro tirjibic lu ni kalau nak jampuk org tgh sembang tlg check dulu posting lama kitaorang(baxxxxxbxxbetullah),issue Dr Fahd Salman ni dah clear dah.Dia bagi pendapat saja,dia pun x berani kata hadith ni PALSU,Dan dia bukan Imam Mujtahid.
kepada sang pertala,wah happy lu bila ada org tlg bagi fact yg kena dgn dgn selera nafsu kau ye.Skg aku dah pangkah dah mamat surfniv kau nak ckp apa.Bertanya laa dulu kalau x tau,jgn laa sibuk konon nak sound org kalau kau dah terang2 salah(x de dalil).Cam bro Dark Claoud cite"tak caye x pe"ikut kan ati aku,dari ari tu lagi aku nak ckp camtu tapi aku pikir org disekeliling mereka2 yg ego ni,habis org kat keliling kau susah disebabkan kata2 kau.Org ckp elok x nak dengar(daxxxxxnanashxxxx)
Ramai Ust,Ulama dan pendakwah Islam menggunakan perkataan Bodoh,kepada org yg memperlekehkan hukum Allah,jadi aku rasa kalau aku berkasar skit dlm konteks ni x salah,cos banyak sgt yg nak mandai2 n x reti bahasa,pas tu kata kat kita plak tu.
So semua ini adalah ramalan dan peringatan dari Rasulullah,kenapa aku ckp ramalan cos benda x jadi lagi.Pas tu tlg laa gi beli buku Huru hara di akhir zaman,kat dlm tu ada diceritakan pasal mcm yg akan terjadi,yg baru terjadi pun ada pasal Saddam,nak tau kena beli. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by black_flag at 15-5-2011 15:55
Kepada sahabat ku semua,hendaklah ada sabar pd diri kida dlm mencari keredhaan Allah,jgn cepat melatah.Tanda2 telah tersedia,lagipun kita kena beriman dgn hari kiamat,camman nak beriman,mula2 kena takut,bila kita takut barulah yakin.Kalau x takut jadilah kita mcm org Kristian nak gi sembahyang Hari Ahad pun Malas(dah lah x yah sujud,ambik air sembahyang pun tak)So bila kita dah ada benda2 tu bukak la Al-Quran Dan Hadith.Nak paham lagi baca la buku pasal kiamat yg aku bleh ckp kat sini semuanya adalah huraian dr kitab Allah dan Rasulnya.
Dan sememangnya tidaklah sama orang Yang buta dan orang Yang melihat, dan juga tidaklah sama orang-orang Yang beriman serta beramal soleh dengan orang Yang melakukan kejahatan. (Meskipun hakikat ini jelas nyata, tetapi) sedikit sangat kamu beringat dan insaf.” (al-Mu’min: 58)
Nak ke kita ni termasuk dlm golongan durjana diatas,
(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah Yang tersebut di dalamnya) Bahawa Sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang Yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.” (Ibrahim: 52)
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (al-Ahzaab: 21)
“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).” (al-Baqarah: 165)
“(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.” (Ali ‘Imran: 138)
"Adakah sama orang-orang Yang mengetahui dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (az-Zumar: 9)
So penerangan kat sini bila dah percaya Allah,percaya Al-Quran kena lah percaya Nabi yang membawa kalam Allah tersebut.Kenalah kita baca amanat dan huraian darinya,kenalah kita faham,kalau x nak percaya simpan je dlm hati.Nak ke kita masuk neraka sebab benda ni,sedangkan amalan lain kita ok.Jgn la kita memperlekehkan Imam2 sebelumnya,sebab kalau nak dibandingkan ilmu diorang ni ngan kita cam langit ngan bumi,kitab karangan mereka pula kalau disusun dan jatuh atas kepala kita nescaya matilah jawapannya.
"Adakah sama orang-orang Yang mengetahui dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (az-Zumar: 9)
So kita hidup ni kena slalu mencari,cos bila kita mencari,kita telah dekatkan diri kita dgn Allah,jadilah kita org2 yg berakal sempurna.Bila aku ckp yg tahap pemahaman kita dlm Islam adalah dlm kategiri merbahaya,kita kena tau yg kadang2 kita secara x sengaja membelakangkan/memperduakan/menyekutukan Allah(syirik)tapi sengaja atau tidak jawapan dia adalah NERAKA.
"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar". (al-Luqman: 13)
Rasulullah pernah bersabda"Al-Quran diakhir zaman hanyalah utk dilagukan bukan utk difahami"disebabkan kita bercakap pasal kiamat dan ramai pendapat percaya pembuka kepada kiamat besar adalah Ad-Dukhan(surah Ad-dukhan)so kpd mereka yg nak belajar dan beriman kpd hari kiamat boleh lah start mencari berpandukan Al-quran dan dirujuk kpd hadith Kepada yg suka bercakap tapi tak tau apa yg dicakapkan,mulalah amal dengan menjaga kencing(korang kencing berdirikan?)nak tau cammnan kencing yg betul email me,berdehem saja x cukup bang oii,cos ada lagi x keluar skit lagi air kencing bila kita start berjalan(bohong yg ckp x de).Kena tau ye kalau kita kena air kencing satu hari amalan kita x diterima,kan jauh kita dgn Allah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
tq and minta maaf lah ye saudara blag flack (dah dua kali minta maaf)
aku bersyukur, alhamduillah, aku igtkan pengetahuan aku ni adala dalam 1% je tp ko rate smpi 50% hahah tak sangka aku tinggi betul..
hmm first thing aku bukanlah nak bertandingkan, lgpun ni bukan pertandingan or kuiz yg dpt hadiah..
klo ko nak pangkah aku berkali2, nak rite pun aku tak kisah, klo ko nak pangkah undi pun lagi la aku tak kisah...
bukan dapat hadiah kan? haha lgpun watpe aku nk bersaing dgn ko, terang2 aku ni takpandai...
n lgpun tak tau pulak aku rasul ada suh kita blajar smpi kita ni jadik hebat lg dari org lain...hmm
saidina abu bakar juga org yg hebat kerana di tak penah bgtau org pekara2 baik dia buat.. org tahu kerana dari action dia sendiri..
and dia pun selalu membenarkan apa yg rasul cakap, dan menyebarkan agama islam, tp tak pulak dia marah bila org tak percaya.
tak pulak dia drop org lain hanya kerana dia pandai dan dia sahabat nabi...
lgpun tak sesuai klo perbincangan yg lebih berat ttg agama ni dibincangkan secara macam ni klo kat masjid or majlis ilmu sesuailah kan...
and sory (3x) lah klo ko terasa, setahu aku, aku tak usik mana2 pihak dan tak pulak aku suruh sumer org folow pe aku cakap (macam setengah forumer kan) aku lebih kpd third person... and bagus juga ko org yg pandai dan byk ilmu...
boleh lah di salurkan pengetahuan tu kpd org lain, maybe cara penyampaian ko tu tak berapa bagus. tpi tu
takde masalah kan ke boleh belajar, hmm taktaulah klo ko malu nk blajar dr org yg tak sepandai ko...
n utk pengetahuan sumer org... betul kata black clag klo tak tau jgn cakap...
aku bgtau back to basic iaitu al quran - bukan aku yg bgtau tp itulah yg aku baca dan yg aku dgr dari imam2 , ustaz2, penceramah2 agama, buku2 ilmu... dan tak pulak aku kata, aku menolak hadith? ada ke? jgn fitnah kengkawan...takpelah aku maafkan...
aku tak pun cakap pasal hadith kerana aku takut tersalah.. sbb aku bukan pandai.. dan tak pulak bermakna aku tolak apa yg disampaikan oleh nabi... saidina abu bakar adalah my idols, so dia sentiasa membenarkan apa yg nabi cakap, so dah tentu aku pun sama...dan minta maaaf (4x) juga klo ko rasa si sang pertala or sapa2 pun bersetuju dgn aku kerana pe yg aku cakap ni nk 'pangkah' ko.. aku tak knal dorg... dan dorg tak knal aku... so tu tepulang dorg nk sokong or setuju apa2...takde pulak aku suh dorg isi paper borang persetujuan hmm maybe perasaan ko je kan...
yela, kan ke ko dah dua kali wat comeback ke thread ni.. maybe ko marah pe aku cakap kot.. hmm yelah2 sory k (5x)
hmm klo aku ni leh ajar org lain or cakap fakta2 cam ko dah tentulah aku ni leh jadik ustaz kan.. tp hakikatnya takde pun..
jgnlah ko nak marah2... n bak kata ko sendiri jgnlah melatah huhu
marah itukan sifat syaitan... bukannya mati klo kita cakap elok2...
lagpun kita nk bg nasihat dan menyampaikan perkara yg baik..
kan ke rasul pesan supaya bersabar dlm mengerjakan ibadah....
jadi ko kenalah bersabar dgn feedback org... sbb org2 disni dah tentulah tak sepandai ko..
kita nk ajar org kenalah lebih bersabar dari org tu sendiri... barulah benda yg kita nak ajar dan sampaikan tu lebih berkat
dan dipermudahkan Allah.. nabi pun kena baling batu kot.. takkan ko kena lahar pun marah...hehe
basic teaching je...
yela yela, aku berminat sebnarnya dgn apa yg ko nak smpikan... cuma maybe ko bleh mula spesifikkan perkara2
yg ko dah belajar kat kitorg.. snang di baca dan senang pula difahami...itu lebih baikkan...
senang juga aku tahu pe yg aku tak tahu... boleh ke? ke ko marah juga...takpe klo dorg tanak baca, aku baca...ok?
jgnlah merajuk smpi tanak masuk thread , ko ada ilmu, jadi ko ni sumber ilmu,
pe jadi klo sumber ilmu tu hilang dan tanak ajar? rasul kan pesan, sampaikanlah pesan aku wlo satu perkara...
aku cuma tahu satu pekara je so aku smpikan lah juga.. ko tahu mcm2 jadi ko bleh smpikan lebih dari satu pekara...
cuma jgnlah kita persoalkan tahap keimanan org lain, cth ko ni tak betul, ko ni dah salah.. dulu waktu dorg sembah berhala, nabi pun ajak masuk islam elok2.. dgn ceritakan kebesaran islam.. takde pulak dia marah2 dan citer ttg keburukan org2 lain..
kan ke tak elok bila kita dedahkan aib org... dan tak elok juga klo kita ni menyakiti org lain... so kdg2 tu kita terlepas cakap dan
terlebih geram bila org tanak dgr pe kita cakap malah pertikaikan pulak pe yg kita cakap... hmm tulah cabaran...
ok deal?
Assalamualaikum...
p/s: tlg jgn sokong aku....aku tak pandai... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by surfinv at 16-5-2011 13:15
n post ko kat 138 tu je aku suka...
damai skit hati baca....
rasul pesan
jgn lawan cakap dgn org bodoh nanti sakit hati
jgn lawan cakap dgn org pandai nanti kita diperlekehkan |
|
|
|
|
|
|
|
dulu, waktu aku mengaji kat masjid, aku baca buku pasal dialog imam dgn kristian...
aku pun tanyalah macam2 kat ustaz aku merangkap imam...
jwpn dia senang je... bismillah pun tak setel, camner nak baca al fatihah...
hmm besar maknanya... lgpun klo minum isi air cukup2 sudahlah, klo isi byk2 nt kan tumpah...
kwn2 kita klo nk percaya apa org cakap kenalah tgk org tu dulu, camner sikap dia...
klo sikap dia tak elok, patut ke kita folow?
bak kata ustaz ismail kamus, kita ni mmglah sembahyang tp belum tentu lagi masuk syurga..sbb org2 kita kan selalu cakap, "tgk dak ni baik, sembahyang, bagus jadik menantu nie.. tp selain tu kita kena juga tgk amal yg lain, sikapnyer... klo amal tu betul pasti hasilnya pada seseorag tu betulkan..
cth kita tgk ada puak islam yg sanggup bunuh membunuh hanya kerana berselisih pendapat.., patut ke camtu...? n dari ko asik bg tajuk buku itu buku ini, sumer org pun boleh... baik ko terus bgtau je pa infonya dan huraian nyer...
nt kan dorg kata, setakat tulis tajuk, sumer org pun bleh... |
|
|
|
|
|
|
| |
|