CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

AIR ASIA - PART 4 [UPDATE : FEES @pg 1]

   Close [Copy link]
Post time 15-7-2011 08:31 AM | Show all posts
Nape AA skang nih da ada airport tax yer? agak tensen bila kena charge lam bil..
and one more, kalo ...
apple_m Post at 14-7-2011 23:56


apple.....sebenarnya nak tanya pasal airport tax ke fuel surcharge?klu airport tax sejak azali lagi dah ada dan tax ini dikenakan oleh MALAYSIA AIRPORT BERHAD dan bukan AA. semua airlines ada airport dalam tiket mereka....dn klu tak dibayar sekali dlm tiket, kita kena bayar sebelum bertolak keluar dari tempat tersebut contohnya Indonesia.

Fuel surcharge pulak dikenakan semula sejak bulan Mei, 2011 yang lalu sbb AA tak mampu lagi absorb harga minyak dlm tiket mereka.


pasal pakej tu kurang arif sbb tak pernah naik long haul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2011 10:49 AM | Show all posts
Reply 119# ctzuras74

check status dekat imigresen punya website pun dah ok....my friend pernah kena..tapi lepas nego dkt ptptn kl sentral, sekarang dah boleh terbang keluar..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 10:52 AM | Show all posts
Reply 118# mijot

setakat nih takde lagi experience kena tahan sebab lebih muatan walaupun berat beg lebih 7kg..beg pulak macam2 jenis bentuk dah try..mungkin jalan masa boarding tuh kena steady kot..nampak macam ringan je beg walaupun dalam hati tuhan saja yang tahu berat tak berat..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 01:36 PM | Show all posts
Reply 105# dee556

kak dee...kita sekapallah..sayapun kena blacklist MARA...tak tahu hingga saya nak buat loan ASB tahun lepas..
tak lepas sebab ni..lepas saya bayar separuh dari tunggakan..MARA kluarkan release letter..baru lepas loan ASB tu..
masa buat loan ASB tahun 2007 belum kena..tahun 2010 baru kena...

jangalah blacklist MARA xleh gi oberc...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 02:35 PM | Show all posts
nk ty otai sini...
mcm ni, kwn sy nama ayah dia ada 2, mustaffa@alias....
tp ms nk beli tiket KL-Jakarta utk travel bln10 nnt, xdpt nk letak dua2 nama coz x blh guna simbol @ tu...
So sy just letak mustaffa je... agak2 masa nk fly nnt xde apa ek... kot2 la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2011 02:44 PM | Show all posts
Reply 120# apple_m

airport tax memang dikenakan setiap airport dan dah termasuk dalam harga all in (TIKET + TAX) kecuali indonesia dimana airport tax dibayar dikaunter sebelum berlepas (setakat yg diketahui)...

fuel surcharge, dimasukkan semula oleh pihak AA sbb AA dah tak mampu nak sapot fuel, nak2 pula harga minyak asik naik jer...

entertainment packge, selalunya ada dalam penerbangan AAX sahaja, iaitu alah hiburan onboard seperti movie, lagu, drama dsb...
comfort set terdiri drpd set neck pilow gitu..

so masa membeli, sila baca dgn teliti, jangan main klik je...sekali terklik dah dak boleh berundur ke belakang lagi   terutamanya baggage sbb AA dah default siap-siap 20kg pergi dan balik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2011 02:51 PM | Show all posts
nk ty otai sini...
mcm ni, kwn sy nama ayah dia ada 2, mustaffa@alias....
tp ms nk beli tiket KL-J ...
atiaz Post at 15-7-2011 14:35


atiaz....boleh je. no problem sbb adik ipar akak nama ayah dia pun ada simbol @. nama emak dia pun ada simbol @ dan letak satu nama je. boleh je terbang dan tak ada pun kena soal bagai. no worries ya.............
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 02:55 PM | Show all posts
atiaz....boleh je. no problem sbb adik ipar akak nama ayah dia pun ada simbol @. nama emak dia p ...
dee556 Post at 15-7-2011 14:51

ok thanks kakDee...



pssssstttt.. kak, cek pm ek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2011 08:52 PM | Show all posts
ada sesiapa yg baca utusan tadi...
citer pasal AA, 25sen, dan jambatan aero...

Antara 25 sen dan jambatan aero

KEPUTUSAN Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) mengecualikan AirAsia Bhd. (AirAsia) daripada menggunakan kemudahan jambatan aero di KLIA2, Sepang memang sudah dijangkakan.

Pada majlis pecah tanah KLIA2 pada 1 September 2010, Tan Sri Tony Fernandes telah menyatakan pendirian tegasnya bahawa model perniagaannya dikekalkan termasuk penggunaan jambatan aero.

Maka, keputusan MAHB mengecualikan AirAsia menggunakan jambatan aero bukan perkara baharu.

Bagaimanapun, tahukah MAHB mahupun AirAsia, keputusan tersebut cukup mendukacita kerana kedua-dua pihak itu membuat keputusan tanpa meletakkan keselamatan dan keselesaan penumpang sebagai agenda utama mereka.

Keputusan MAHB itu mungkin mampu memberi penjimatan sebanyak RM104 juta kepadanya memandangkan pembinaan jambatan aero menelan belanja RM1.3 juta setiap satu.

AirAsia pula terlalu ‘berkira’ untuk meletakkan kos sebanyak 25 sen biarpun kos itu sebenarnya boleh ditanggung penumpang.

Jumlah 25 sen itu pun berdasarkan kepada kapasiti penuh pesawat A320 yang boleh membawa 180 bagi dua hala perjalanan.

Bayangkanlah sekiranya AirAsia X boleh membawa lebih 300 penumpang dalam pesawat A330, bukankah jumlah yang patut dibayar jauh lebih rendah?

AirAsia menggunakan model perniagaan tambang murah sebagai alasan dominan tetapi tidak bolehkah model sedia ada itu diperbaiki memandangkan syarikat itu telah matang selepas berusia sembilan tahun.

Dalam usianya yang menginjak ‘remaja’ sewajarnya AirAsia lebih matang dalam memperbaiki perkhidmatannya ke arah lebih baik tanpa terlalu memikir keuntungan semata-mata.

Kalau AirAsia boleh mematuhi peraturan penggunaan jambatan aero di negara-negara lain, apakah isunya sekiranya ia diteruskan di KLIA2?

MAHB pula selaku pemilik lapangan terbang sepatutnya lebih tegas dalam melaksanakan peraturan penggunaan jambatan aero demi keselamatan dan keselesaan penumpang sebagai pengguna majoriti terbesar di KLIA2 nanti.

Untuk menyelesaikan isu penggunaan jambatan aero bukan sesukar mana pun kerana kedua-dua pihak boleh membuat tinjauan di kalangan penumpang.

Malah, kalau penggunaan jambatan aero dikuatkuasakan pun bukan menjejaskan AirAsia kerana kos itu boleh diserap kepada penumpang.

Percayalah kalau setakat 25 sen, waima RM1 kos yang perlu ditambah, penumpang tidak akan merungut kerana dengan caj itu mereka tidak perlu lagi menuruni anak tangga kapal terbang sambil menjinjing bagasi.

Penumpang yang berkeluarga, tentu lebih payah lagi kerana terpaksa membawa sambil mengawal anak-anak kecil.

Itu tidak termasuk risiko sekiranya terpaksa meredah hujan dan terdedah kepada cahaya terik yang cukup menyeksakan sebelum memasuki balai ketibaan.


Bukankah pembinaan KLIA2 yang bernilai RM2 bilion diperjuangkan oleh AirAsia untuk memberi keselesaan kepada penumpang dan sudah sewajarnya penggunaan jambatan aero juga perlu diberi perhatian agar tujuan pembinaan infrastruktur itu tidak tersasar.

Malah KLIA2 juga bakal menjadi lapangan terbang tambang murah terbesar di dunia bagi menampung 30 juta penumpang pada masa depan tetapi apakah signifikan saiz lapangan terbang itu tanpa kemudahan yang mampu menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang.

Isu penggunaan jambatan aero bukan isu berat untuk diselesaikan tetapi hanya perlu pertimbangan sewajarnya sahaja.

Bagaimanapun, timbul persoalan apakah pandangan Kementerian Pengangkutan berhubung perkara ini?

Mungkin sudah sampai masanya pihak terbabit menilai semula keperluan polisi penggunaan kemudahan itu bagi semua lapangan terbang di negara ini selari dengan matlamat untuk mendahulukan rakyat.


pendapat aku :
- KLIA2 kiranya lebih kurang KLIA, better ada jambatan aero untuk keselesan penumpang, tak perlu berpanas terik, berhujan, jalan jauh, turun naik tangga dan sebagainya...
- aku tak kisah bayar lebih tuk airport tax asalkan dapat kemudahan yg setimpal...
- apa salahnya AA buat survey kt penumpang mengenai jambatan aero ni...

psst..apa pandangan korang pulak
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 10:33 PM | Show all posts
Reply 129# mijot

mijot....akak setuju dgn mijot walaupun mungkin benda ni dpraktikkan diluar negara.
tp soalnya disini....mengapa MAHB sebagai pemilik operasi tidak bertegas dn kementerian pengangkutan juga sebenarnya boleh 'over rule' decision ni sebagai pihak penguatkuasa/pelaksana undang2 cuma senyap.



hihihi.......ada apa2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 10:44 PM | Show all posts
salam.. klau kite cek kat web cek in tu, seat yg dier letak tu mmg kite dah byr rm35 ke?? kalau kite pilih seat lain baru kene bayar rm35??
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 10:55 PM | Show all posts
salam.. klau kite cek kat web cek in tu, seat yg dier letak tu mmg kite dah byr rm35 ke?? kalau kite ...
syahfiq Post at 18-7-2011 22:44


syahfiq......kalau masa kita beli tiket hari tu kita tak beli seat dan sekarang kita nak buat web check in. dan bila kita dh masuk page tu ada nombor seat yg dia letak kita. seat ni free kecuali kita tukar then kita akan bayar accordingly. klu hot seat mahal ie rm30 local flight dn rm6 seat biasa.

so.........klu kita ok je dgn seat yg system allocate..............FREE.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 11:43 PM | Show all posts
owh.. seat yg dier bg tu mmg free la eh?? kalu kite x proceed cek in tu n ade org beli seat kite, seat kite alih tempat lain la kan?? tq2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2011 02:12 AM | Show all posts
Reply 133# syahfiq

yup, kalau kita tak proceed next step,kalau ada org lain beli seat kita yg AA dah tetapkan, kita akan dipindahkan ke seat lain...kalau tak kisah duk jer asing2, kalau nak duduk bersama, cepat2 confirmkan atau beli seat...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 10:08 AM | Show all posts
hari tu aku web check-in ke Langkawi 6 hari sebelum depart..dapat 7 seats sekali...6 seat satu row (15A- 15F/16A)...Balik pun dapat sama jugak..takyah bayar pun..save duit!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 12:20 PM | Show all posts
pada senior kt sini nak tanya...

kalau infant kita letak child masa booking online tu,
mcm mana nak tahu lepas tak lepas?
ada org kata masa masukkan date birth. dia yek?
pastu , masa dlm flight takpe ke kalau diorg tahu
infant tu dibayar harga child?
ada kena apa2 tindakan tak?
thank for reply.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2011 12:33 PM | Show all posts
pada senior kt sini nak tanya...

kalau infant kita letak child masa booking online tu,
mcm mana  ...
anieszack Post at 19-7-2011 12:20



ok je kalau dpt lepas tu. umur baby tu berapa skrg dn nk travel bila? kena ingat masa beli dn travel tu, sbb manalah tau tak berani venture beli child dn beli infant tp alih2 masa fly nnt dh child. naya je nnt nk beli tiket baru.

btw.....dlm plane nnt dia org tak semak rega tiket kita dn klu saiz badan baby tu boleh tahan, dia orang nk kata apa. my sis pernah je lepas dgn cara ni. mmg time beli dn travel anak dia below 24mths tp dia tak larat nk letak anak dia atas riba 1jam 45min tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 12:39 PM | Show all posts
Reply 137# dee556


    kak dee, masa travel tu dlm setahun3-4bln...
    tapi now belum sthn pun dah lenguh nak mendukung@riba
    sebab baby tak tahu diam / lasak...
    my frend ada ckp letak jek child, tapi saya pulak tak brani... takut kena apa2...
    sebab dah lama tak travel... dulu travel berdua jek..
    tapi tadi saya ada try kekonon nak booking, letak infant as child,
   lepas pun..adoi, kalau tahu ari tu letak jek infant.....
   jimat banayk tu RM3 ke RM50....

  kak, kalau infant ni memang takde insurans ek? insurans jual tuk adult & child sajek yek?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 12:40 PM | Show all posts
my sis pernah je lepas dgn cara ni. mmg time beli dn travel anak dia below 24mths tp dia tak larat nk letak anak dia atas riba 1jam 45min tu.
dee556 Post at 19-7-2011 12:33



    masa tu umur baby tu berapa  bln ek kak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 01:23 PM | Show all posts
Reply 139# anieszack

umur anak tu dh setahun lebih gak. dia selalu ulang alik Kuch-kt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.446133 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list