CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_wombat

Debat antara Wakil SPR dengan Datuk Ambiga

[Copy link]
Post time 27-7-2011 04:27 PM | Show all posts
apa la nko pi layan nubie tu....ignorekan jer....bior sampai tarap honour atau adventurer baru d ...
albronzzo Post at 27-7-2011 15:32


ramai cybertrooper baru...mcm kanak2 ribena gamaknya... baik takyah layan....haiiii puteri umno pi lah main masak2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2011 05:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by albronzzo at 27-7-2011 17:25

cmf_wombat Post at 26-7-2011 21:40


hahahahaha....kalau gitu sistem biometrik dah soh bole digunakan untuk menipu......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2011 05:53 PM | Show all posts
hahahahaha....kalau gitu sistem biometrik dah soh bole digunakan untuk menipu......
albronzzo Post at 27-7-2011 17:16



   nanti try fotostet cap jari uols pastu test kat mesin KWSP tu... busted ke tak hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 08:19 PM | Show all posts
dalam pada org spr kena boooo pun masih ada lagi akai-akai setitik kata
bersih tak ada apa2 kesan. cetek betul lah akal penyokong BN parti pemandu serba rasuah negara.
belum pemimpin2 bersih round negera, spr sudah ketar dagu dan tampil untuk buat biometrik.
bukan kah itu kesan bersih2.  dan debat ini juga ada kena mengena dgn momentum bersih2.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 10:19 AM | Show all posts
Reply 124# hana_82

Apa kesannya monyet-monyet tukang sorak kepada ketua monyet hitam bersorak kuat-kuat? Menang sorak maruah tergadai?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 10:21 AM | Show all posts
Reply 115# albronzzo


    Agak bodoh mentaliti ko ni. Ko pencacai dari rumah yang mana? PKR ke PAS? :re:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2011 02:23 PM | Show all posts
Ambiga beri pelbagai alasan kenapa Bersih enggan buat di Stadium Shah Alam

    Selasa, 26 Julai 2011 21:49
    HELME HANAFI

    * Email
    * Cetak
    * PDF

ambiga-istanaxyBANYAK auta dan tidak jawab soalan dengan jujur dan lebih nak main politik, itulah gaya Pengerusi Bersih Datuk S Ambiga semasa dikerumuni puluhan wartawan dalam sidang media selepas wacana ilmu di Shah Alam pada Selasa.

Ketika ditanya adakah selepas ini mahu mengadakan Bersih 3, di stadium, Ambiga enggan menjawab kononnya kerana soalan tersebut berbentuk spekulasi.

Sedangkan dalam majlis sebelumnya, Ambiga memberikan alasan kesuntukan masa punca pihaknya menolak tawaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan perhimpunan di Stadiuam Shah Alam.

Ambiga ketika menjawab soalan Exco Pergerakan Pemuda UUMNO, Tun Faisal Ismail memberi alasan bahawa pihaknya mengambil kira soal kedudukan yang strategik.

"Di Stadium Merdeka senang untuk orang ramai keluar masuk ke kawasan berkenaan, ia kawasan yang strategik.

"Lagipun ada banyak kemudahan pengangkutan awam untuk orang pergi ke sana," katanya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu turut menyatakan bahawa faktor masa yang terlalu singkat menyebabkan perancangan untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka diteruskan.

"Kita bukan tak mahu elakkan keadaan huru-hara dengan menerima tawaran guna stadium di Shah Alam, tapi pengumuman awal telah dibuat dan kita hanya ada masa yang suntuk menguruskannya.

"Tapi ingin saya tegaskan, sekiranya pihak polis memberi kerjasama kepada Bersih untuk meneruskan perhimpunan secara aman, saya jamin tidak akan ada huru-hara berlaku seperti yang kita lihat seperti 9 Julai lalu," katanya.

Beliau juga mengaku pada umum bahawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan agar pihaknya tidak meneruskan perhimpunan jalanan seperti yang berlaku pada 9 Julai lalu.

Beliau turut mengaku bahawa baginda bertitah demikian empat hari sebelum perhimpunan haram berkenaan diteruskan ketika majlis menghadap di Istana Negara pada 5 Julai lalu.

"Perhimpunan jalanan? Ya, Agong bertitah demikian (tidak adakan perhimpunan jalanan).

"Malah ia turut terkandung dalam titah khas Tuanku sebelum itu... semua orang pun tahu mengenainya," katanya.-26/7/2011
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 02:30 PM | Show all posts
Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Aksi ‘sarkas’ penyokong Bersih cemari wacana Wan Ahmad VS Ambiga
Aksi ‘sarkas’ penyokong Bersih cemari wacana Wan Ahmad VS Ambiga

    Selasa, 26 Julai 2011 19:33
    HELME HANAFI

KEMASKINI Namanya sebuah wacana ilmu, dan tajuknya cukup membayangkan ia perbincangan ilmiah 'Apa selepas 9 Julai?" dengan ahli panel berprofil tinggi, sepatutnya semua hadirin duduk dengan tenang dan tertib mendengar panel berhujah.

Namun di kalangan penyokong Bersih yang hadir menukar wacana ilmu jadi macam pertunjukan sarkas.

Itulah hakikat sebenar perangai tak senonoh segelintir manusia yang sikapnya memalukan pihak penganjur iaitu akhbar Sinar Harian dan kumpulan media Karangkraf.

Kebetulan majlis tersebut dibuat di pejabatnya di Shah Alam petang Selasa yang menyaksikan pertama kali tampil bersemuka Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar VS Pengerusi Bersih Datuk S Ambiga.

Ini pertama kali mereka bersemuka sejak demo haram Bersih 9 Julai.

Turut sama menjadi ahli panel ialah penganalisis politik Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Namun forum selama lebih dua jam untuk membolehkan hadirin mendapat input secara langsung dari panel mengenai isu yang hangat itu kebelakangan ini dicemari dengan sikap ‘nak menang saja dan mereka betul semua’ kalangan penyokong Bersih yang hadir.

Jelas dari awal, memang penyokong-penyokong Bersih yang menguasai kerusi-kerusi yang disediakan. Ini sedia maklum kerana SPR, agensi kerajaan, bukannya NGO seperti Bersih yang mudah untuk mobilisasi penyokong hadir ke majlis tersebut.

Kiranya, boleh 'angkat topi' pada Datuk Wan Ahmad sebab berani datang walaupun sedia maklum 'crowd' jenis apa yang beliau berdepan.

sinarb

Forum yang sepatutnya bermula tepat jam dua sedikit lewat kerana pihak penganjur menguruskan tempat duduk penyokong yang berdiri hingga mengganggu pihak media membuat liputan dalam dewan sesak dengan hadirin itu.

Sebaik bermula, ketika nama Ambiga disebut, dewan riuh rendah, jadi macam pasar, memaksa pengerusi majlis beberapa kali mengingatkan penyokong Bersih agar menjaga tingkah laku bagi memastikan majlis berjalan lancar.

Ambiga membentangkan hujahnya dengan mengatakan bahawa cadangan SPR untuk memperkenalkan sistem biometrik boleh diterima sekiranya semua maklumat mengenai sistem itu dijelaskan secara terperinci kepada rakyat.

“Kami terbuka sistem yang bagus tapi SPR perlu jelaskan kepada rakyat dan kami juga bimbang adakah sistem ini akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 kerana saya jangkakan ia tidak boleh dilakukan kerana sistem baru ini memerlukan kajian, percubaan selain ia perlu dijelaskan kepada rakyat.
Kata Ambiga, sistem biometrik masih boleh dimanipulasikan memandangkan tiada jaminan ia boleh menyelesaikan isu-isu berbangkit.

“Pengundi hantu yang kami paling bimbangkan, pengundi mati (yang sudah meninggal dunia) juga ... adakah nama mereka ini dikeluarkan dari data JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).

“Kita tidak mempunyai data yang boleh rekod sama ada pengundi itu masih hidup atau meninggal dunia, saya bimbang jika sistem biometri ini digunakan,” katanya yang sentiasa mendapat tepukan gemuruh dari penyokong Bersih setiap kali berhujah.

si3x

Manakala, Wan Ahmad dalam reaksinya berkata, sistem biometrik tersebut di peringkat akhir kajian dan sebaik selesai, SPR akan memanggil setiap parti politik untuk menjelaskan bagaimanakah ia berfungsi dan SPR terbuka menerima apa sahaja cadangan yang dikemukakan sebagai panduan.

“Perkara yang kita mahu bincangkan ini adalah isu besar kerana ia melibatkan undang-undang,” kata Wan Ahmad.

Selain itu kata beliau, semua pihak termasuk pemimpin parti politik perlu bersikap matang dan terbuka dalam membincangkan isu pilihan raya.

“Janganlah duduk di bawah tempurung, SPR mendengar semua ... sebab pelanggan kita banyak termasuk parti politik, betulkan dulu persepsi (terhadap SPR) kemudian baru boleh bincang soal pilihan raya,” katanya. Hujah beliau selalu diganggu dengan sorakan 'boo' dan gelak ketawa penyokong Bersih yang mengejeknya.

Sehingga pada satu peringkat, pengerusi majlis Wan Saiful Wan Jah terpaksa meminta hadirin supaya berhenti membuat suara-suara yang menganggu Wan Ahmad berhujah.

"Ini sudah menyakitkan hati, saya harap hadiran dapat bertenang bagi memastikan majlis berjalan lancar,"kata beliau.

"Saya hampir kecewa dengan gelagat saudara sekalian, tolong hormati majlis ilmu ini...kalau anda berterusan membuat bising, kita terpaksa hentikan perbincangan hari ini," kata Wan Saiful yang juga Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS).

Pada satu peringkat, soalan seorang peguam kepada Ambiga yang mempersoalkan tindakan Bersih mengadakan demonstrasi jalanan hampir menyebabkan majlis hilang kawalan.

Penyokong Bersih bangun, menjerit dan menunjukkan berbagai-bagai isyarat jari kepada lelaki yang bertanya soalan tersebut. Suasana kelam-kabut hampir dua minit sebelum berjaya ditenangkan oleh pengawal keselamatan yang ditugaskan oleh pihak penganjur.

Memang jumlah penyokong berat sebelah, dengan penyokong Bersih lebih ramai, hinggakan, soalan-soalan yang balun SPR akan secera mendapat tepukan dan sorakan sokongan manakala soalan yang mempersoalkan demontrasi jalanan akan segera dicemuh, dikecam dan diboo oleh hadirin dalam dewan.

Seorang mahasiswa misalnya bertanyakan soalan dengan berhujah bahawa Islam menolak menjatuhkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan teruk kena boo dan maki hamun hingga tidak sempat menghabiskan ayatnya.

Wan Ahmad juga pada satu peringkat terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan.

“Jangan anggap SPR sebagai musuh,”katanya yang tidak diendahkan sebahagian besar hadirin.

Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa bukan semua persoalan berkaitan pilihanraya adalah bidang kuasa SPR.

"Dalam menjayakan sesuatu pilihan raya bukan hanya Akta Pilihanraya sahaja diguna pakai, ada akta lain yang melibatkan agensi lain, seperti Akta Polis, Akta Hasutan dan lain-lain.

"Tambahan SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara. SPR hanya boleh cadangkan, dan cadangan tersebut perlu melalui banyak jawatan lain sebelum sampai ke Parlimen untuk dibahaskan,"katanya.

Pada satu ketika, Wan Ahmad dengan terang-terang memuji parti-parti komponen BN yang kerap mengadakan pertemuan dengan SPR, tetapi tidak menghebahkan kepada media.

"Mereka ikhlas, mereka juga kritikal pada SPR, tetapi menggunakan saluran betul,"katanya yang sah-sah kena boo dengan penyokong Bersih.

Maka majlis diselangi seli dengan tempikan boo segala macam hingga pada satu ketika Wan Ahmad yang nampak fedup secara menyindir berkata jika mereka (pembangkang) menang semua kerusi pilihanraya semuanya OK.

Wan Ahmad turut melahirkan kekecewaan apabila penonton yang hadir tidak terbuka menerima pandangan yang dikemukakan.

Menurutnya sikap berkenaan mencerminkan bahawa penyokong Bersih yang hadir itu sememangnya tidak berminat mendengar pandangan yang bertentangan dengan pendirian mereka melainkan jika berpihak kepada matlamat Bersih.

"Anda tidak terbuka mendengar penjelasan, saya sendiri sanggup hadir kerana mahu berhadapan dengan Bersih...saya ingin beri penjelasan tentang lapan tuntutan Bersih.

"Tapi tindakan anda tidak mencerminkan kematangan terutamanya ketika menghadiri majlis ilmu," katanya.-26/7/2011 OLEH HELME HANAFI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 02:52 PM | Show all posts
Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Aksi ‘sarkas’ penyokong Bersih cemari wa ...
Anak_Nogori Post at 28-7-2011 02:30PM



    aku ada di wacana tuh... mmg keadaannya begitu... mereka saja nk provoke...

ada kes peguam tanya ambiga.... "Apa selepas 9 julai? hendak melanggar titah agong dan perlembagaan persekutuan, kita di malaysia saling hormat menghormati, melayu hormat india, melayu hormat cina, cina hot melayu cina hormat india..."

masa ni org india yg dok belakang bangun kata rasis... apa bangang kalo tak tau bhs melayu duduk laa..
yang bangang mamat depan aku pun yg melayu pun provoke rasis... sekali aku dgr leh tahan... bila 3 ke 4 kali ckp benda sama n org sebelah2 dia wat tak tau, aku direct tegur...." tang mana rasis, kalo dok memekak dan tak dengar habis... jgn ckp rasis... dengar baik2" - tau lak dia diam... saja nak kacau majlis ilmu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 03:37 PM | Show all posts
[code][/selama ni cikgu2 sekolah yg jd pusat mengundi tu yg buat kerja2 ni..sian cikgu2 ni x bersih agaknya..code]
  
    Bukan cikgu je yg jaga pusat mengundi.Kakitangan kerajaan yg lain pun boleh jadi Ketua Tempat Mengundi,Kerani Pengundian dan sebagainya yg berkaitan masa proses pengundian.Yg penting kena mohon dulu dengan SPR dan kena datang taklimat sebelum proses pengundian yang sebenar bermula.
   Petugas2 pilihanraya yang bertugas di sekolah2 masa hari mengundi sebenarnya tak tahu apa2.Mereka hanya menjalankan tugas mereka je.Masalahnya di sini kalau datang si A yang mengundi terlebih dahulu menggunakan ID si B maka kerani pengundian akan memotong nama si B yang terdapat dalam buku pendaftaran seperti yang telah SPR keluarkan.Bila si B datang nak mengundi untuk si B, si B dah tak boleh nak mengundi lagi.
  Kejadian ni berlaku sendiri pada mak mertua saya yang tak dapat mengundi pada pilihanraya umum yang lepas bila beliau datang untuk mengundi diberitahu yang beliau telah mengundi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 03:39 PM | Show all posts
aku ada di wacana tuh... mmg keadaannya begitu... mereka saja nk provoke...

ada kes peguam tanya ambiga.... "Apa selepas 9 julai? hendak melanggar titah agong dan perlembagaan persekutuan, kita di malaysia saling hormat menghormati, melayu hormat india, melayu hormat cina, cina hot melayu cina hormat india..."
amd_sempron Post at 28-7-2011 14:52


aku dengar pon macam racist jer bunyinyer....dan cara peguam ni yg nampak cuba memprovok....cuba quote abih abih apa yang peguam tu cakap...padan pun kena tempelak dgn audien yg lain.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:00 PM | Show all posts
aku dengar pon macam racist jer bunyinyer....dan cara peguam ni yg nampak cuba memprovok....cuba ...
albronzzo Post at 28-7-2011 15:39


yup. dari peguam ke peguam konon...racist giler kenyataan....dah JUS SOLI terlaksanan cukup laaa...sampai bila nak main sentimen lo naik tongkang balik INDIA/CHINA.......

memang padan pun kene boo sbb dia sendiri yg minta di boo....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:21 PM | Show all posts
Reply 132# axl_bach


    dr peguam ke peguam pun rasis ker? dia nk ckp psl semua bangsa di m'sia saling hormati pn rasis w'pun dia ckp satu persatu? come on laaaa kalo tu intonasi dia n soalan dr audien bkn dr dia sorg..... mcm2 intonasi ada
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:25 PM | Show all posts
yup. dari peguam ke peguam konon...racist giler kenyataan....dah JUS SOLI terlaksanan cukup laaa ...
axl_bach Post at 28-7-2011 16:00


Tak boleh salahkan SPR, SPR hanya mengikut peraturan dan bidang kuasa yang ditetapkan.
Kalau S.Ambiga jadi Pengerusi SPR pun, akan buat perkara yang sama.
akan dikutuk dan disalahkan oleh pihak yg kalah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:25 PM | Show all posts
Reply  axl_bach


    dr peguam ke peguam pun rasis ker? dia nk ckp psl semua bangsa di m'sia sa ...
amd_sempron Post at 28-7-2011 16:21


yg orang bising bukan pasal DARI PEGUAM KE PEGUAM ler...ko dgr kasi abis dulu statement mamat tuh....dia memang ada sentuh racial issue bro.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:28 PM | Show all posts
Tak boleh salahkan SPR, SPR hanya mengikut peraturan dan bidang kuasa yang ditetapkan.
Kalau S. ...
rashiman Post at 28-7-2011 16:25



"Sebenarnya kita tak tahu keadaan yg sebenarnya, lebih selamat kita jangan mudah menuduh"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 04:30 PM | Show all posts
Reply  hana_82

Apa kesannya monyet-monyet tukang sorak kepada ketua monyet hitam bersorak kuat-k ...
schtupyou Post at 28-7-2011 10:19


naperlah bn gajikan cybertrooper yang bangang cam ko??? ish ish ish pppfffttthhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:30 PM | Show all posts
yg orang bising bukan pasal DARI PEGUAM KE PEGUAM ler...ko dgr kasi abis dulu statement mamat tu ...
axl_bach Post at 28-7-2011 16:25


Puak-puak PR masih lagi tak terbuka minda, kena belajar terima pelbagai pendapat. dia ingat majlis wacana macam perhimpunan haram.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:34 PM | Show all posts
Puak-puak PR masih lagi tak terbuka minda, kena belajar terima pelbagai pendapat. dia ingat majl ...
rashiman Post at 28-7-2011 16:30


"Sebenarnya kita tak tahu keadaan yg sebenarnya, lebih selamat kita jangan mudah menuduh"
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:38 PM | Show all posts
Tak boleh salahkan SPR, SPR hanya mengikut peraturan dan bidang kuasa yang ditetapkan.
Kalau S. ...
rashiman Post at 28-7-2011 16:25



    patutnya dengan segala puloh bantahjan maupun aduan

ketika prosiding pengundian ..  termasuk kes orang dah mati buleh

balik mengundi ..  tentang nama2 yang hilang ataupun dipindahkan

terlalu jauh tanpa pengetahuan individu terbabit dan juga

tidak keujudan tempat nama pendaftar termasuk senarai nama terbaru ..

segalanya harus ditangani segera dan bukannya SPR hanya duduk menafikan

sekalipun diberi bukti .


SPR hanya berhenti untuk menjadi barua kepada Umno .

dunia akan terus memerhatikan depa .




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.086770 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list