|
aku study dekat kptm bangi, so memang selalulah lalu jalan belakang kalau nak pergi wisma unikeb (sebelum UKM) bila nak withdraw duit kat cimb bank situ. dah banyak kali lalu depan rumah kelantan (rumah pasak) tu tapi takde apa pulak yang mistik, maybe sebab aku lalu time siang kot, kalau malam pun timing dalam pukul 8 lebih je aku berani lalu situ hehe. aku bila drive dekat situ mesti rasa macam sebastien vettel je sebab selekoh situ kan mencabar jugak, so time tu la boleh test power sikit hahaha.
tapi ni ada cerita pasal sorang senior aku dekat kptm, jadi dalam tahun 2010. time tu dia lalu dekat area rumah kelantan tu la, timing dinihari macam tu. dia bawak motor sorang-sorang. tengah rilek bawak motor tu, sekali nampak orang takde kepala dekat situ, dia pun sebab dah terperanjat dan menggelabah sangat, terus accident dekat situ. aku pun taktau detail cerita ni, tapi ni yang aku dengar la. tapi serious aku cakap, kalau time tengah malam ke apa memang tak berani nak drive sorang-sorang kat jalan belakang tu, horror beb. |
|
|
|
|
|
|
|
rumah kayu besar kat tanah dusun ukm tuh mmg dari dulu menarik perhatian ai...
ai teringin sbnya nak g sana..nak tgk2...
ehehe |
|
|
|
|
|
|
|
suram la sebab kat ujung dunia kot.plus bangunan2 terbengkalai tu pun still mcm tu lagi.la ...
hungryhenry Post at 13-11-2011 18:57
za'ba mmg byk kes bunuh diri la, jatuh bangunan la...
ai pnh duduk za'ba masa sem2 awal smbg master.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 121# benn7
ak dak kptm bngi gak...x silap ak de gak dgr cte pasal dak xcdent kt area ctu...tp spnjng ak lalu ctu wktu blek kls de gak la kadang2 nmpk kelibat org kt ctu tpi x prasan plak berkepala ke tidak... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua,
Saya bekas student UKM, baru je grad dalam dua tiga tahun lepas. Saya ada jugak sikit2 cerita seram dari UKM ni, some berlaku pada kawan2 saya, others pada diri saya sendiri.
Cerita pertama ni berlaku pada kawan saya di depan mata saya sendiri:
Waktu tu saya aktif dalam salah satu persatuan dalam UKM tu. Persatuan ni kira lasak la jugak, selalu keluar masuk hutan. Kadang2 kalau xde program persatuan saya & ahli2 batch suka buat program sendiri. Kalau misalnya ada perkara yang kami tak senang ke, terasa hati ke, bengang ke, kami akan utarakan dalam meeting. Meeting2 ni kami selalu buat malam sebab waktu siang semuanya sibuk dengan aktiviti akademik masing2.
Salah seorang dari ahli batch saya ni, biar saya namakan dia Ree je, memang jenis yang lemah semangat. Dia memang senang kena kacau dengan benda2 camni. Saya tidaklah rapat sangat dengan dia, tapi sebab kami banyak buat program sama2, saya tahu dia selalu kena kacau. Dia duduk Kamsis Keris Mas, dan saya dengar memang selalu ada masalah dengan benda2 tu. Kalau kami ada aktiviti persatuan sampai larut malam, dia ni mesti kena tumpang tidur rumah kawan2 lain ataupun naik kereta untuk balik kolej. Bonceng motor pun kadang2 je yang boleh kalau malam2.
Nak dijadikan cerita, satu malam tu kami semua dah plan nak buat meeting batch ni lah. Kami pilih nak buat kat salah satu bilik tutor di Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan (FSSK) around 9pm. Siapa2 yg UKM Bangi mesti tahu yang bilik tutor FSSK ni ada dua bahagian. Satu yang lebih hampir dengan canselori, yang satu lagi lebih dekat dgn pusanika. Bilik2 tutor ni ada dua tingkat, dan kalau malam2 tangga untuk naik ke bilik2 tutor ni memang seram sket- malap, xde lain, dll.
So malam tu kami semua berkumpullah di salah satu bilik tutor FSSK ni (saya dah lupa bilik mana). Dalam kumpulan kami ni ada dalam 20++ orangla. So macam biasa walaupun kata mesyuarat pukul 9pm, startnye dekat2 pukul 10 sebab menunggu org sampai (janji melayu, isk).
Banyak isu kami bincangkan malam tu, tapi xpayah nak cakap kat sini sebab xrelevan pun. Senang cerita kira panas jugaklah meeting kami tu. Tengah syok2 berbincang tu, tiba2 saya tengok dua orang kawan perempuan saya bangun dan berlari keluar dari bilik kami tu. Mula2 saya x ambil kisah sangat- mungkin diorang nak ke tandas xtahan sgt kot. Budak2 lain pun sambung bercakaplah, buat xendah je dengan apa yang berlaku. Rupanya diorang pergi panggil akak2 senior yang ada kat bilik persatuan kami di pusanika.
Terkejut jugak kami bila tiba2 kawan2 perempuan dan akak2 senior ni meluru masuk ke dalam bilik tutor tak berapa lama kemudian. Time tu barulah kami semua nampak si Ree ni. Mukanya pucat lesi dan dia sedang menangis teresak2 kat belakang bilik tutor tu. Rupanya dia dari mula meeting tadi dah diam membisu dan mula menangis2 tapi kami semua yang sedang bersemangat berbincang ni langsung tak sedar. Yang sedar cuma dua orang kawan tadi yang duduk bersebelahan dia.
Serta merta semua ahli perempuan disuruh keluar bagi mengelakkan keadaan yang lebih kronik. Yang xbestnya ahli-ahli lelaki pun ikut keluar sekali (sangat kehampesan di situ) dan bukannya stay untuk tolong. Yang tinggal dalam tu cuma Ree, dua akak senior tu dan seorang ahli perempuan kami yang agak berpengalaman dalam hal2 ni. Kami semua tak tahu apa yang berlaku dalam bilik tutor tu. Saya pulak mula2 memang keluar sekali, tapi lama lepas tu saya ambil keputusan untuk masuk, sebab saya nak tahu sangat apa yang jadi.
Waktu saya masuk tu, saya tengok akak2 senior tu sedang pegang dahi dan ibu jari Ree yang sedang menangis2 seolah2 kesakitan yang amat sangat. Dia x meraung, tapi air mata dia memang berjujuran la. .Saya dengar akak tu macam tengah marah kat Ree, xbagi dia buat sesuatu. Bila saya datang dekat saya tengok rupanya Ree tengah pegang pensil tekan dengan tangan menggigil atas meja. Akak2 tu suruh Ree mengucap & baca Al-Fatihah dan Kursi, tapi Ree macam xboleh baca. Sakit, katanya. Benda tu xbagi dia baca ayat2 suci tu kot. Akak2 tu suruh Ree lawan benda tu.
Tengah2 Akak2 senior ni berlawan dengan 'benda' dalam badan Ree ni, saya pergi dapatkan kawan saya yang juga berada dalam bilik tu. Dia dah bukak semua tingkap bilik tutor tu, saya agak mungkin untuk 'benda' tu lari. Saya tengok dalam tangan dia ada cebisan kertas putih, macam kertas A4 yang baru lepas dikoyak2. Saya xtanya, tapi kawan saya tu cerita yang Ree ada lukis sesuatu atas A4 paper yang dikoyak tu waktu kami sedang meeting tadi. Bila dia tengok, baru dia sedar yg Ree ni dah kena ganggu. Saya xtau apa yang Ree lukis tapi menurut kawan saya tu, itu lukisan 'benda' yang mengacau dia ni. BENDA TU SURUH REE LUKIS DIRI DIA. Waktu tu saya faham kenapa di tangan Ree ada pensil dan apa yang akak2 tu xbagi Ree buat. Mungkin makhluk tu sedang suruh Ree lukis dia lagi sekali.
Saya xtahu berapa lama akak2 tu bergelut dengan Ree & that thing, tapi akhirnya Ree berjaya jugak habiskan baca semua ayat2 suci yang disuruh akak2 tu. Masa dia baca tu perlahan je suara dia, seolah2 sedang menahan kesakitan yang amat sangat. Bila dah habis baca semua ayat suci, akak tu suruh ulang baca, berkali2 sampai kami dengar kekuatan dalam suara Ree. Lepas tu saya tak sure apa yang akak2 tu buat, mungkin baca sikit2 lagi ayat pemulih semangat dan penawar hati. Yang pastinya, Ree nampak sedikit pulih, tapi masih lemah.
Sudahnya malam itu saya ditugaskan untuk menghantar Ree pulang ke Keris Mas (saya antara ahli persatuan yang memiliki kereta). Saya dengar beberapa orang senior turut ikut serta untuk memagar bilik Ree, for precaution purposes.
Tentang benda yang mendampingi Ree sepanjang waktu itu, saya mendapat ceritanya malam itu juga daripada salah seorang ahli batch yang juga teman se'course' dgn Ree. Katanya petang tadi mereka telah sama2 pergi the library untuk menyiapkan assignment. Sewaktu berada di ruang legar di luar library itu, Ree mengatakan yang ada seseorang telah melambai kearahnya. Namun bila kawan saya ini menoleh- tiada orang yang berada di kawasan itu.
Wallahua'lam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
laaa... ye ke .. dulu aku selalu lalu kt situ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 127# Missy_la
hui..seram jugak kisah missy ni..tapi memang fssk ni bila malam2 agak menyeramkan..pernah dulu sy dengan member masuk dalam lif yang depan dewan kuliah dekat tengah2 fssk tu..alah, yang selalunya kalau ada apa2 jamuan ke makan2 ke mesti buat area situ..depan dk k3b ke ape..lupa suda..huhu...
masa tu pukul 10 lebih lah..masuk je lif tu dengan sorang member, member tu pun tekan la butang tingkat 2..elok je pintu lif tu tengah tutup slow2, tiba2 tersekat kat tengah2..macam ada org tahan pintu lif tu..kitorang dah pelik..apesal pintu lif ni? rosak ke..takde pun orang kat luar yang nak masuk lif tu.. pastu pintu lif nya tu terbukak balik..member tu tekan lah button tutup lif tu...sekali lagi benda sama jadi... saya pandang member..dia pandang saya balik..tak cakap apa2 cabut terus pegi pusanika..
tak tau ape yang tak kena dengan lif tu..nasib xde apa2 yang muncul dpn mata..kalau x, mau keras kejung kat situ..heheh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 129# nauze
Betul tu. Kawasan FSSK tu memang seram kalau lalu malam2. Nama nak lalu situ sorang2 lepas pukul 12 memang tak ada le. Kalau dengan kawan pun jalan senyap aje, xde gurau2. Rasa sunyi sepi semacam. Aduuhhh.
Lif tu pun sama, siang2 pun ramai kawan kata takut nak guna sebab kedudukannya yang seram tu. Saya pun pernah naik lif tu sekali dua, bila masuk je fikir bukan2. Nasib baik siang2, kalau malam... Errr.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau semua ingat, tak lama dulu ada kes yang student perempuan ditemui mati di kawasan tempat letak motor/kereta salah satu blok di Kolej Pendeta Zaa'ba. Student tu dikatakan mati lepas jatuh dari tingkat atas blok tu. Antara spekulasi terhadap kematiannya adalah dia diganggu/ dikejar/ diapa-apa je lah oleh hantu. Wallahua'lam, saya tak mahu komen lebih2 pasal kes ni, semua ada pendapat mereka sendiri.
Kisah ni diceritakan kepada saya oleh kawan perempuan yang pegang cebisan A4 paper masa kes Ree diatas, dan ianya berlaku di blok yang sama (Block C nama dia) cuma kawan saya ni kena pada tahun 2005/2006 macam tu lah. Kawan saya ni, biar saya namakan dia Didi, juga jenis yang senang merasa & nampak benda2 mistik ni. Bezanya dia dengan Ree ialah dia pandai meng'handle' benda2 tu. Agaknya sebab ayah dia guru silat, so keluarga dia pun dah biasa kot.
Alkisahnya waktu tu kami semua masih di tahun satu, Didi ditempatkan di blok C ni tapi bilik dia di tingkat satu. Siapa2 yang pernah tinggal di Za'ba mesti tahu yang certain2 block, tingkat satunya di ground. Ada jugak tingkat kosong yang dibina ala2 basement. Block2 tertentu je dibina macam ni, termasuk la block C ni. Ada seorang kawan kami, satu course dengan Didi, nama dia Lia, pulak tinggal di tingkat kosong ni la. Dia dan Didi selalu jumpa kat bilik masing2 untuk study sama, yela bilik dah dekat. Kira dah jadi best friend la mereka berdua ni.
Tangga yang menghubungkan antara tingkat satu dan tingkat kosong adalah berasingan dengan tangga tingkat satu dengan tingkat2 lain (block ada 4 + 1 tingkat). Didi pernah cerita, waktu dia mula2 masuk dulu, ayah dia pernah lalu kat tangga antara tingkat satu dgn kosong ni la. Ayah dia cakap tangga tu lain macam. Lain macamana, saya pun xtahu. Saya sendiri pernah lalu tangga tu berbelas2 kali sebab nak pergi bilik si Lia ni (saya dulu Kolej Zaa'ba juga selama 3thn, tapi block A, yang atas bukit sikit tu). Memang seram kalau jalan malam2 buta. Dahla bila jalan ada gema tapak kaki, adoiiii....
Anyway, itu yang diberitahu pada saya oleh Didi, cerita dia yang seterusnya ni takde kaitan dengan tangga ni.
Ada sekali tu Lia ni pergilah study kat bilik Didi ni. Roommate Didi xde, ntah pergi mana ntah. Waktu tu dah malam, saya xtau pukul berapa. Kata Didi, dia tengah baring atas katil, si Lia pulak tengah duduk kat meja belajar Didi. Kedudukan perabot dalam bilik di blok Zaaba ialah, meja belajar menghadap tingkap dan belakangnya katil. So kiranya Lia ni duduk membelakangkan Didi la ketika itu.
Tengah2 study tu, tiba2 Didi terasa seolah2 dia dibawa ke alam lain. Dia nampak ada satu taman dengan air terjun, memang cantik. Dia nampak jugak mak dia kat tepi air terjun tu. Tapi memandangkan dia dah berpengalaman dengan benda2 ni, dia tahu yang itu mungkin bukan mak dia. So dia pun pergi kat 'benda' tu dan bagi salam 3kali. Makhluk tu tak jawab langsung. Akhirnya dia tanya kat 'mak' dia tu, buat apa kat sini? Tempat ni kat mana?
Tahu apa jadi? 'Mak' dia tu bertukar menjadi satu lembaga hitam yang tinggi, hodoh dan berbulu. Belum sempat Didi ni lari, lembaga tu pulak tangkap dia. Waktu kene tangkap tu, barulah dia macam kembali ke bilik dia, atas katil dia tu balik. Cuma kali ni, instead of nampak lembaga, dia nampak ada satu tangan hitam berbulu tengah tekan dada dia. Memang dia cakap rasa kene tindih, dan tak boleh bernafas. Dia pun baca la segala ayat yang dia tahu, baca punya baca akhirnya tangan tu hilang dan dia ok balik.
Yang bestnya sepanjang2 dia kena kacau ni, Lia langsung xsedar & syok2 study. Kata Didi, dia ada nampak Lia & cuba panggil, tapi Lia buat donno je. Lia pulak bila dengar cerita tu, terkejut sebab dia pun tengok kat Didi, tapi Didi macam ok je baring2 atas katil. Dia ingat Didi dah tidur.
Cerita abis setakat ni je. Saya rasa si Lia & Didi ni lepas tu buat tak kisah je (dua2 stok hati kering sungguh), Lia pun xsilap saya selamba je balik bilik pukul 1pg lalu tangga yang seram tu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 131# Missy_la
kolej za'ba tu memang...dah la berjiran dengan hutan..dulu ada sekali pernah duduk sana sekejap dalam sebulan masa cuti sem..dekat blok tu ada kitorang berempat dalam satu bilik ni dengan jiran selang dua bilik..aras lain semua kosong..malam2 memang sunyi..boleh dengar jelas bunyi cengkerik menyanyi..tapi alhamdulillah tak dikacau masa kat sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 132# nauze
sy duduk za'ba 2 tahun, 2nd year n 3rd year (2005-2007) short sem pon duduk situ.. mmg seram sket tp alhamdulillah xde apa2.. penah jalan kaki nk dekat2 senja dr fst balik za'ba, lalu kt kejut tu (gler kental bila igt2 balik skrg ni) sorg2.. huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Missy_la
kolej za'ba tu memang...dah la berjiran dengan hutan..dulu ada sekali pernah dud ...
nauze Post at 5-1-2012 13:27
Kat zaa'ba tu kalau bilik tingkap menghadap hutan tu, gelap dia semacam je malam2. Memang xkan bukak tingkap @ langsir punya sampai pagi. Dah tu koridor dia mesti sunyi semacam kan? Kalau bilik hujung, rasa nak pergi tandas pagi2 mesti fikir 2-3 kali huhu
Tapi ramai kata Keris Mas lebih teruk kena berbanding Zaa'ba. Nauze dulu kolej mana? Ada pape cerita ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply nauze
sy duduk za'ba 2 tahun, 2nd year n 3rd year (2005-2007) short sem pon dud ...
kelicap_biru Post at 5-1-2012 13:52
Berani ooo lalu FPend senja2. Dah la jauh yg amat. Hadeh. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 135# Missy_la
ms tu xfikir apa pon.. fikir nk balik bilik jek.. huhu... hangen xdpt bas nk balik kolej, tu yg menapak tu..
skrg mmg xmungkin la nk suh jln sorg2 kan.. hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 136# kelicap_biru
Wahaha, cerita bas yg selalu xada nak balik kolej, teringat ada sekali tu terpaksa menapak dari Zaaba ke DG (Dewan Gemilang) untuk ambik midterm. Waktu tu tengahari Ahad. Terbaeekkk.... |
|
|
|
|
|
|
|
nih sume x warga UKM ka? poloy pon studied in ukm.. hehehe.. dulu stayed @ Kamsis Burhanudin Helmi, huhuk, bile kul 6 pm je, tarik langsir sbb tingkap bilik ngadap hutan & ampaian.. takutt... thou x pnh la encounter bende2 scary mary ni ms @ kamsis, perasaan berjaga2 tuh sll ade la.. esp if g kamsis rahim kajai, ibu zain n fssk.. my fac was in engineering fac, we shared the building b4 ade own building.. ngeri gak tepi tasik tuh kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat zaa'ba tu kalau bilik tingkap menghadap hutan tu, gelap dia semacam je malam2. Memang xkan ...
Missy_la Post at 5-1-2012 15:00
ya betul..memang zaaba ni auranya lain macam sikit..bagi saya la kan..mungkin faktor lokasi yang dikelilingi hutan..tak macam kolej2 lain yang dikelilingi fakulti ataupun kawasan yang terang lah senang cakapnya..
saya dulu dato' onn..kat kdo tu sepanjang duduk sana tak pernah lagi mengalami pengalaman misteri..masa 1st dgn 2nd year ada join sekretariat pesta konvo..tiap2 malam kena pergi office kat pusanika nun..ada banyak kali jugak lah jalan kaki dari pusanika ke kolej dato onn tu pagi2 buta lebih kurang 3,4 pagi..kalau sorang, saya ikut luar bangunan fssk tu..jalan memang laju punya..tak pandang kiri kanan..kalau ada geng, selamba je jalan dalam fssk..tapi mata memang tak lari dari memandang tingkat atas..kot2 ada cik ponti tengah sedap2 lepak kat balkoni ker..hehee...
cuba ada skali member ada bagitau..katanya kat fssk tu ada cik ponti suka kacau org tgh2 malam..tak tau la betul ke tak..tapi suasana kat situ kan memang suram aje..baru pukul 8 pun dah terasa macam pukul 11..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
nih sume x warga UKM ka? poloy pon studied in ukm.. hehehe.. dulu stayed @ Kamsis Burhanudin Helmi, ...
poloy Post at 5-1-2012 17:50
oh, poloy ex burhan ek..sebut pasal burhan ni, ada dulu akak sedare duduk sana jugak..tak ingat dia tahun bila...kena tanya balik gamaknya..
dia duduk kat bilik tingkat bawah skali..ada satu malam dia mimpi ditampar individu tidak dikenali..besok pagi bila bangun dari tidur tu macam biasa la kan..mesti tengok cermin..tengok2 mulut dah herot ke sebelah...jadi senget suda... dia dah kaget..ape kena dengan mulut ni..tiba2 je senget kemain...
kemudian dia dirujuk ke ustaz harun din..alhamdulillah lepas berubat tu mulutnya kembali normal.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|