|
hehehe..maafkan saya sedare saat..maklumlah bahase saye nih memang berbelit2 sket..
sebelum tu kiter sama2 setuju niat tuh adalah perkara pokok dlm hal ini O.K
maksud saye pade posting kat atas tuh perenggang ketiga.. begini..
kiter mengamalka surah al ikhlas sebanyak 1K satu hari dengan tujuan agar dapat pelaris. hari2 kiter baca 1k tersebut.
soalan (1) : adekah niat kiter tadi betul? sebab nak pelaris.
soalan (2): adekah perbuatan itu boleh di kategorikan sebagai doa?
samalah juga ngan amalan2 lain2nyer qias2kan.
boleh paham tak?
lagi..kiter sebagai umat islam sememangnyer tak meletakkan kuase itu pade bende lain selain Allah...adekah semudah itu.jee kiter lafazkan. sedangkan nak kan sesuatu hajat perlu pulak ade kene baca itu ini..kalo tak baca tak jadi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by 800wg at 6-2-2012 17:57
salam tuan saat dan semua pembaca,
Mula-mula biarlah saya betulkan ayat tuan dahulu. "memandangkan tuan kata al quran hanya boleh dibaca semata mata ikhlas pada Allah." Membaca al-quran itu adalah satu ibadah dimana Allah turunkan al-quran itu sebagai pedoman dan petunjuk kepada kita. Baca al-quran orang melayu tak sama gdn baca al-quran orang arab. Kita baca tak faham (kecuali dibaca dgn tafsir), org arab baca dan faham. Nak baca al-quran biarlah sebab kerana Allah, iaitu nak faham apa mesej yang Allah nak sampaikan, kemudian datanglah penawar iaitu ketenangan hati, nur, iman dan kefahaman maksud Allah nak sampaikan kepada kita.
Bab nak amalkn doa didalam al-quran tu boleh tetapi dgn syarat niat itu kerana Allah dahulu, lepastu barulah yang lain. selain tu fahamkan ayat yang kita nak buat doa tu, kalau kena dengan maksud permohonan dan doa kita serta ada dalil dari hadis yang sahih, cuba dan teruskanlah. Banyak hadis-hadis sahih contohnya bab nak memurahkan rezeki nie dan kebanyakkan tiada menggunakan surah or potongan dari surah al-quran.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”
Riwayat At-Tabrani
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Berilah (belanjalah) dan jangan kamu selalu menutupi kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti Allah akan menutupi rezekimu.”
Riwayat Bukhari & Muslim
Dari Miqdam r.a, dari rasulullah s.a.w,:”Tidak ada makanan yang dimakan oleh seseorang sekali-kali tidak, yang lebih baik daripada memakan makanan hasil dari usaha tangannya sendiri. Sesungguhnya nabi Allah daud a.s makan dari hasil usaha tangan baginda sendiri.”
(Bukhari)
Hadis bab hadis bacaan waqiah membanyak rezeki, saya mencari hadis asal dan didapati hadis ini lemah dan ada pendapat hadis ini palsu. link ada saya sediakan. Kalau ada hadis sahih bab RAsullulah suruh baca ayat itu dan ini untuk murah rezeki, silakan share disini.
Wallahu aklam.. |
|
|
|
|
|
|
|
ng kedua.
Kaedah membuang saka ataupun perperangan kita dengan iblis,syatitan jin sebenarnya tidak diterangkan secara detail didalam mana-mana hadis. cuma ada suruhan untuk bunuh jin dan juga hadis berkenaan bagaimana syaitan jin dibunuh oleh khalid al-walid.
DALIL BUNUH SYAITAN DAN JIN
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.”
(Muslim)
Dalam Mu'jam al-Buldan menukilkan satu riwayat daripada Abu Soleh daripada Abdullah bin Abbas r.a.,beliau berkata: al-Uzza merupakan syaitan betina yang mendiami antara tiga batang pokok di tengah-tengah kebun tamar. Apabila berlaku pembukaan Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. telah mengutus Khalid bin al-Walid.sabdanya: "Pergilah kamu ke tengah-tengah kebun tamar dan kamu akan berjumpa dengan tiga batang pohon tamar. Tebanglah batang yang pertama." Lalu Khalid pergi dan menebang pohon yang pertama. Kemudian beliau kembali bertemu dengan Rasulullahs.a.w, lalu Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?""Tidak"; jawab Khalid. "Tebang pohon yang kedua."; arah Baginda s.a.w.. Beliau pergi melaksanakan arahan tersebut dan kembali bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?""Tidak"; jawab Khalid "Tebang pohon yang ketiga."; arah Baginda s.a.w. lagi. Apabila beliau berhadapan dengan pohon ketiga, keluar seekor syaitan betina berambut kusut masai dan meletakkan dua tangannya di atas bahu sambil menampakkan taringnya. Lalu Khalid memancung kepalanya. Khalid memenggalnya mengakibatkan kepalanya terbelah. Rupa wanita itu hitam seperti arang. Apabila Khalid memberitahu Rasulullah tentang perlaksanaan tugas tersebut,Baginda a.s. bersabda: "Itulah al-Uzza. Tiada lagi al-Uzza selepas ini bagi Arab. Ia tidak akan disembah lagi selepas hari ini.
Bab mengatasi masalah gangguan jin dan saka ini mostly bukanlah kategori ibadah khusus. Therefore semacam perperangan dgn manusia, Allah dan RAsulnya tidak menetapkan sebarang cara khusus untuk kita ikut tetapi kebebasan untuk kita gunakan cara dan teknik as long as tidak mensyirikan Allah dan melanggar syariat.
Didalam al-quran, ada disebabkan jika kita nak mengetahui sesuatu ilmu yang tiada dalilnya hendaklah merujuk kepada ahlinya.
Tanyalah ahli ilmu pengetahuan sekiranya kamu tidak mengetahui. (surah An-Nahl; ayat 43)
disebabkan tiada dalil yang khusus untuk menyelesaikan bab saka nie, thefore kita rujuklah kepada ahlinya. Ahli2 bab membunuh jin dan syaitan nie banyak dan tak semestinya golongan yang berpengetahuan agama yang tinggi. Ada ahli agama, dan ada ahli bab bunuh jin iblis dan saka nie. Saya tak suka puji hantukiller tetapi dia adalah seorang ahli bab-bab menyetelkan dan zast saka dan jin. yang berlaku sekarang ialah ramai ahli agama merasakan diri adalah ahli bab settlekan saka.
ilmu hakikat pembunuhan jin sebagai contohnya diperhalusi dan dipertajamkan oleh ahli-ahli yang belajar ilmu khusus untuk zast or bunuh jin,
berdasarkan aliran saya belajar, bab menyetelkan saka adalah berdasarkan teknik dan akad yang biasa kita guna.
Bab ibadah, kita follow aje Rasullulah s.a.w. Bab settlekan saka, kita rujuk pada ahlinya.
wallahu aklam.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam tuan saat dan semua pembaca,
Mula-mula biarlah saya betulkan ayat tuan dahulu. "memandang ...
800wg Post at 6-2-2012 17:37
w'salam tuan
nampaknya posting tuan kali ni sama pendapat dgn apa yang telah saya postkan sebelum ni. walaupun pada asalnya tuan seolah menolak 100% berdoa dgn al quran dan meletakan al quran hanya dibaca untuk allah semata. ok disini kita mencapai titik persefahaman bahawa al quran boleh dibaca dalam doa. |
|
|
|
|
|
|
|
ng kedua.
Kaedah membuang saka ataupun perperangan kita dengan iblis,syatitan jin sebenarnya tidak ...
800wg Post at 6-2-2012 17:39
jadi apakah masalahnya apabila saya kata sebelum ini bukan semua benda yg kita buat mesti ada dalam hadis dan al quran. samalah kan maksudnya? malah tuan mengatakan tak payahlah buat kalau nabi tak ajar. sbb tu saya bertanya apa pula kaedah tuan membunuh jin dan setan. mungkin ada diajar oleh nabi saw.
namun tuan pula kata skang nabi tak ajar secara khusus. yang ada hanya saranan membunuh jin dan setan.
ini bererti betullah kata saya, bukan semua yg nabi tak ajar, kita buat akan jadi salah. as long as ia tak bertentangan dgn syariat dan hukum. tuan setuju? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Saat at 6-2-2012 20:38
hehehe..maafkan saya sedare saat..maklumlah bahase saye nih memang berbelit2 sket..
sebelum tu ki ...
gammbir33 Post at 6-2-2012 16:29
ya tuan, saya faham maksud tuan. jadi begitulah juga maksud saya. bahawa niat sangat penting dalam menentu sesuatu amalan. mcm saya kata, saya sendiri pun tak pernah amalkan apa apa pelaris, pemanis, penunduk atau penumbuk...hehe
namun begitu berdoa dgn al quran untuk memohon sesuatu hajat adalah dibenarkan. walaupun saya tak buat, saya hanya menyatakannya kerana ada hadis yg nabi saw menyuruh kita berdoa begitu. so, saya tak beranilah nak kata salah, seolah saya menafikan nabi saw. tak gitu?
mengenai kaedah baca al ikhlas 1000x untuk niat pelaris dan tidak bole ke terus berdoa saja? ok, hal ni pada pendapat saya ialah, kita bole berdoa bila bila masa saja, dimana saja, ketika makan, berjalan, memandu dll....malah kita bole berdoa dalam bahasa apa sekali pun. tu takde masalah.
cuma mengikut adab dan beberapa kaedah dan ciri ciri permohonan kepada Allah, maka disarankan seperti berwuduk dulu, baca istigfar dan selawat, dan mcm mcm laa seperti yg termaktub dalam kitab dan juga saranan nabi saw. jadi jika seseorang membaca al ikhlas 1000x dgn niat bahawa Allah murahkan rezeki, ia hanyalah satu usaha dan asbab saja, dimana dgn keberkatan al ikhlas tu , Allah memakbulkannya. saya rasa itu saja. kerana setiap ayat Al quran adalah mukzijat yg tersendiri. jadi tidak ada masalah pun membacanya. ia lebih kurang konsep bertawassul kepada Allah gitu. ayat tidak memberi bekas, Allah yang berkuasa sepenuhnya. adalah salah jika dia fikir kena baca 1000x setiap hari barulah menjadi. tu salah konsep tu.
sama juga kita mohon ampun Allah, kita bole saja terus mohon ketika berjalan malah ketika memandu, " ya Allah, ampunkan saya" cuma kalau kita ikut adab yg disarankan, lebih baik jika kita berwuduk, kemudian solat sunat dulu, pastu memuji Allah, pastu istigfar 1000x atau berapa saja laa ikut suka. ini dilakukan agar menunjukkan kesungguhan kita mengharap kepadaNYA. itu saja tuan. bukan menganggap dgn melakukan ini itu, dgn baca istigfar 1000x, maka mesti Allah ampunkan. bukan begitu... hak tu tetap pada Allah samada dia mahu atau tidak. kita hanya usahakan saja.
jika pendapat saya salah, sila perbetulkan.
allahu wa alam. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by 800wg at 6-2-2012 21:46
jadi apakah masalahnya apabila saya kata sebelum ini bukan semua benda yg kita buat mest ...
Saat Post at 6-2-2012 20:19
Salam tuan saat,
Lain fahaman tuan nie sebenarnya. Beginilah nak mudah faham.
bab ibadah/ doa/ amalan = kita ikut sunnah Rasullulah.
Bab keduniaan = rujuk ahli untuk sesuatu bidang tu. Termasulah bab bunuh jin/ bab buat roti/ buat kereta/ dan seabgainya.
Tuan maksudkan bab berdoa gunakan 1000 dinar itu sesuatu yang tiada dalam sunnah, jadi bolehlah kita buat begitu??
Bab berdoa tu dah masuk kategori ibadah. Ikut aje sunnah rasullulah terutama bab rezeki, bab akhlak, bab ibadah, bab feqah dan sebagainya. Biarlah saya ulang sekali lagi apa yang telah saya alami dan saya belajar. ilmu Pelaris, sri muka, penunduk, pengasih semua itu adalah sihir. Semua itu menggunakan jin sebagai perantara.
Didalam al-quran ada sebut jangan meminta bantuan dari jin. Sebolehnya, jangan terlibat langsung dengan jin kerana menjuruskan anda kepada syirik.
Bab ibadah terlalu banyak modifikasi yang umat Muhammad buat tanpa memikirkan akibatnya. Ayat 1000 dinar sebagai contoh jika diamalkan sebagai pelaris, jin pelaris mostly jin islam akan masuk kedalam sipengamal dan akan bertugas untuk menarik pelanggan ke kedai.
banyak hadis berkenaan rezeki, akhlak, kasih sayang...follow aje hadis-hadis sahih. Bab hadis dhaif dan palsu, jangan gunakan sebagai hujah ataupun kata Rasulullah yang ajar itu dan ini. Nanti kalau salah, jumpa Rasulullah kene jawablah nanti.
Pendirian saya adalah seperti berikut:-
1) bab ibadah ikut Rasullulah. Jika ada hadis sahih, periksa dahulu dan selepas confirm beramallah dengannya.
2) Doa menggunakan ayat al-quran boleh hanya jika ada hadis sahih mengesahkannya atau maksud ayat al-quran itu sama dengan apa yang kita nak doakan.
3) saya menentang ilmu pelaris menggunakan ayat 1000 dinar, ilmu seri muka, ilmu pengasih, ilmu pelembut, ilmu penunduk yang semuanya adalah sihir. Konsep ilmu-ilmu ini dah bathil aka sihir dari awal lagi, penggunaan ayat al-quran dah jadi kosmetik disebabkan ada campur tangan jin islam didalamnya.
Nak mudah faham, kalau bab meminta dari Allah bab murah rezeki tu..refer aje hadis2 sahih. Jika ada hadis sahih menghalalkan penggunaan ayat 100 dinar or ayat 10 dinar, silakan. Jika kesemua hadis sahih takde cakap, elakkan amalkan ayat-ayat al-quran didalam doa terutama jika maksud ayat itu tak sama dengan apa yang kita inginkan/doakan . Itu lagi selamat. Bab syirik ini bahaya dan jika boleh tolak shubhah dalam amalan anda. Doa dalam bahasa melayu pun boleh, lagi tepat dan lagi khusus doa itu dengan apa didalam hati berbanding doa didalam al-quran yang dah fixed maksudnya.
diharap tuan jelas pendirian saya. Beramal dengan dalil yang sah dan sahih.
wallahu aklam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam tuan saat,
Lain fahaman tuan nie sebenarnya. Beginilah nak mudah faham.
bab ibadah ...
800wg Post at 6-2-2012 21:06
terima kasih atas penerangan tuan, saya bertanya pada awalnya kerana kenyataan tuan, " jangan buat apa saja yg nabi tak ajar". itu saja tuan kata. jadi skang tuan pecahkan kepada dua pakej, satu ibadah satu lagi ilmu bunuh jin. tuan kata ibadah termasuk doa kena ikut sunnah, ilmu bunuh jin tak apa.
setahu saya apa saja kegiatan kita dunia akhirat mesti mengikut sunnah tak kiralah ibadat atau pun hal keduniaan. jadi pendapat tuan atas posting ini ialah, kita ikut sunnah nabi hanya pada bab ibadat, bab bab bukan ibadat seperti bunuh jin boleh saja tak ikut. pada saya, kalau pun kita bunuh jin sihir, bukankah itu juga ibadat? kerana kita membantu pesakit, dan menentang kezaliman dan syirik dari pihak tok bomoh. saya rasa, kita kalau pergi kuar rumah bekerja pun adalah ibadat, kita mandi, makan, berkhawin juga ibadat. semua espek kehidupan kita adalah ibadat termasuklah melakukan sex dgn isteri kita. semua ini adalah mencari reda Allah jua.
berbalik kepada soal pelaris, penunduk dan sewaktu dengannya, tuan kata baca ayat seribu dinar adalah salah kerana tidak jumpa hadis yg nabi ajar, kalau begitu, saya tertanya pula, kenapa perawat membaca kalimah laa illaha illaallah ketika merawat pesakit? sedang kalimah itu tidak diajar oleh nabi melainkan nabi bersabda, kalimah tu adalah kalimah tauhid untuk memuji Allah dan sebagai pengakuan terhadap keesaan Allah swt. begitu juga perawat baca al fatihah untuk merawat orang sakit santau. sedangkan nabi pun tak ajar bahawa baca fatihah untuk pesakit santau. adakah mereka yg membaca kalimah laa illaha illaalah dan fatihah ni hanyalah kosmetik saja, padahal jin yg mainkan peranan?
ayat seribu dinar bukan saja untuk murah rezeki, tetapi boleh digunakan untuk sihir jin juga. jadi kesimpulannya sesuatu ayat amat luas untuk dikupas, hanya Allah dan rasul saja lebih tahu. perkataan pelaris, penunduk, pemanis bagi sayalah, hanyalah perkataan saja. kita tak boleh jatuhkan hukum hanya dgn perkataan pelaris, penunduk dan pemanis, kita harus menilai NIAT apa kaedahnya sebelum kita jatuhkan hukum sebagai sihir.
contoh mudah sekadar perbincangan bila sebut jampi, rata rata kita fikir jampi tu adalah bacaan sihir, lalu bila orang kata " saya jampi pesakit saya" terus kita kata sihir, sebut kita melihat pada perkataan "jampi". hakikatnya jampi tu hanyalah satu bahasa bererti doa atau bacaan. isi jampi tu yang penting kita ketahui dulu sebelum jatuhkan hukum.
contoh kedua, bila kita dengar orang kata tarikat, maka oleh kerana kita selalu dengar orang sesat sbb bertarikat, maka terus kita cop tarikat sesat. nampak tak apa maksud saya, sedangkan tarikat tu tak sesat, tapi manusia yang menyesatkan dgn gunakan nama tarikat.
contoh ketiga : sami, tok bomoh merlihatkan berjalan atas air. bila kita lihat orang lain jalan atas air, kita terus kata sihir. sedangkan kita harus nilai dulu, jika tok sami berjalan atas air, ia menggunakan bantuan jin, sedangkan jika nabi dan rasul, mereka diberikan mukjizat, sedangkan para wali melakukan benda yg sama, itu adalah keramat, kalau orang awam seperti kita, itu adalah maunah. jadi, walaupun semua golongan ni melakukan kerja yg sama, tetapi hakikatnya tak sama. jadi adalah kurang tepat kita mengatakan pelaris , pemanis ( atas fahaman pada perkataan) kita cecepat cop ia sihir.
sila perbetulkan jika saya salah.
allahu wa alam. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih atas penerangan tuan, saya bertanya pada awalnya kerana kenyataan tuan, " jan ...
Saat Post at 7-2-2012 02:19
salam semua,
salam tuan saat,
Saya tak tulis ibadah khusus tu sebab saya expect tuan fahamlah. Bab ibadah khusus tu, ikutlah sunnah Rasullulah. Bab ibadah biasa tu (makan, minum, perang, bekerja...perlukah saya sebut?) tu rujuklah kepada ahlinya.
Saya sebenarnya agak pening explain kat tuan saat sebabnya tuan saat still nak pegang niat itu menentukan amalan. Niat yang haq haruslah disusuli dengan amalan yang haq. Dalam al-quran dah cakap jangan mencampurkan yang haq dan yang bathil dan jangan menyembunyikan yang haq sekiranya kita tahu.
Niat nak membantu orang miskin, tetapi merompak orang kaya ala robin hood...haq atau tidak? Niat haq, amalan bathil...jadinya sesia-sia dan dapat dosa.
Niat bantu orang miskin, keluarkan duit dari bank dan derma...niat haq..amalan haq....jadinya ibadah (bukan khusus) dan dapat pahala.
Amalan itu berdasarkan niat. Dan Niat yang haq perlu disusuli dengan amalan yang Haq.
Saya jawab pelan2 lah yer. Tuan saat nie sama ada sengaja menanya sebab tak tahu or tanya sebab nak test.
1) Bab bunuh jin. Ibadat kah?
Yang pasti ianya bukan ibadah khusus. Ibadah khusus kita ikut ajelah Rasulullah. Bab ibadah khusus tak perlulah saya cerita panjang. Bab bunuh jin sebagai contoh sama dengan perperangan manusia dengan manusia. Adakah kita perlu follow perang seperti mana rasullulah perang? Yang ada hanya hadis bab menyediakan kelengkapan perang. Itu sahaja. kalau nak berperang, nak pakai nuklear ke, nak pakai cyberattack ke..kebebasan itu diberikan kepada kita. Bab adab perang ada diterangkan tetapi cara perperangan tidaklah diperincikan. So, kita perang aje pakai taktik kita sendiri. So bab bunuh jin, jika tuan ada jumpa Rasullulah ajar cara nak bunuh jin, silalah tempekkan, kita share bersama-sama. Jika takde, pakai aje apa-apa cara as long musuh kalah dan tak melangar syariat. That why hantukiller pakai teknik zast, saya pakai teknik lain.
2) Saya tak pasti perawat mana gunakan La ilahaillallah. Maybe tuan merefer kepada perawat perubatan islam. Cara saya dan tuan hantukiller berbeza dengan cara perubatan islam dan dengan itu, saya tak mahu komen panjang, Soalan tentang fatihal untuk mengubat santau tu..sedih saya nak cakap. Ye, ada bantuan dari jin islam dalam perubatan tersebut. Sebabnya mudah, kalau dibacakan maksud al-fatihah, takde langsung bab berdoa mengubati sakit santau. Maksud al-fatihah itu lain walaupun ada ayat "Hanya Engkau yang Kami Sembah dan tempat kami minta pertolongan". Nak berdoa ubati santua, memang takde dalam surah al-quran. Nak mudah, pakai aje doa bahasa melayu. baru tepat pada sasarannnya. Bab ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan pengetahuan saya. Saya minta maaf jika ada menyinggung mana-mana pihak. Boleh refer kat hantukiller bab ini.
3) Bab pelaris nie saya agak penat nak explain sebab tuan still nak pegang fahaman tuan. Apa-apa pun saya cubalah cerita cara mudah faham.
Pelaris yang haq dah saya ceritakan. Didalam sejarah Rasullulah, tak pernah ada pun amalan pelaris diajarkan or disebarkan oleh Rasullulah walhal ramai diantara sahabat adalah peniaga. Minta maaflah, pelaris itu short cut. tak sama cerita bab berjalan atas air dengan pelaris. Pelaris itu sendiri adalah sihir seperti mana saya ringaskan.
pelaris= ilmu menarik pelanggan mengunjungi kedai denagn menggunakan perantaraan jin. tiada karamah/ mukjizat/maunah yang ada dalam ilmu ini. Tiada pelaris jenis haq dalam ilmu ini. yang ada cuma ilmu bathil. Jika ada yang haq, sila kemukakan dalil dari hadis or al-quran or kitab.
Jalan atas air= ada 2 jenis, yang haq dan yang bathil. Yang Haq ialah berdasarkan ilmu dan kefahaman yang Allah bagi, yang bathil guna perantara jin.
Mudah explain:-
Niat ilmu pelaris adalah bathil....bacaan ayat 100 dinar adalah haq...jawapannya bathil.
Saya tak memaksa dan suruh sesiapa pun percaya cerita saya nie. Saya hanya menyampaikan seciput ilmu pinjaman Allah.
macam-macam sakit saya dah jumpa bab pelaris nie. Semua pun berkaitan ayat 100o dinar pun. Gangguan datang disebabkan jin pendamping ilmu pelaris itu sendiri. Sama jugak denag ilmu penunduk, ilmu pengasih, ilmu seri muka (pemanis). Semua ada pendamping jin. bab ini saya terkena dengan ilmu penunduk. pengasih. Isteri saya kene ganggguan pasal ilmu seri muka (doa nabi yusof).
Nak betul2 faham, mintaklah dengan Allah. Saya hanya boleh bercerita. Kefahaman itu datangnya dari Allah dan bukanlah saya. Nak bukti pun sama, mintak dengan Allah. saya tak mampu nak bagi bukti bab2 macam nie.
Terpulanglah pada tuan saat nak amalkan apa. Amalan tuan saat, tuan saatlah yang dapat. Amalan saya , sayalah dapat. Saya dah bercerita sehabis mudah yang boleh. Sekrang ini tepuk dada tanyalah iman. Saya tak paksa sesiapa pun percaya, nak terima silakan...nak tolak pun silakan. |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua,
salam tuan saat,
Saya tak tulis ibadah khusus tu sebab saya expect tuan faha ...
800wg Post at 7-2-2012 03:13
tuan,
dari awal lagi saya jelas bahawa niat dan kaedah mestilah selari dgn syariat. sudah tentu niat nak bantu orang miskin, tetapi kaedah merompak orang kaya adalah salah.
maaf tuan, saya bukan nak test tuan, cuma saya keliru dgn penerangan tuan dari satu posting ke posting yg lain tidak selari. mungkin saya tidak faham isi kandungan. namun kini, dengan penerangan tuan diatas, maka saya fahamlah bahawa pegangan tuan ini.
tak apalah, rasanya masing masing telah pun memberikan buah fikiran. cukuplah setakat ini. andai diteruskan, saya rasa kita hanya akan mengulangi benda yang sama je..hehehe..
mengenai kaedah tuan menghadapi sihir dan jin jin ni, bolehkah tuan terangkan lebih lanjut, kerana saya tertarik dgn ucapan tuan bahawa berubat dgn membaca laa illaha illaalah dan fatihah adalah mengundang jin. mungkin penerangan tuan dalam kaedah tuan akan membuka lembaran baru dapat konsep perubatan mistik ni. adakah tuan hanya menggunakan bahasa melayu saja seperti yg tuan katakan diatas. jika benar, ini adalah sesuatu yang menakjubkan. tak perlulah ustaz ustaz meruqyah berjam jam dgn berbagai surah dalam al quran namun pesakit tak sembuh sembuh juga, kemudian dikatakan Allah tak izinkan kesembuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by 800wg at 7-2-2012 12:42
Reply 130# Saat
alam tuan saat,
Ucapan Lailahaillallah itu bermaksud Tiada Tuhan yang Disembah Melainkan Allah. RAsullulah sendiri pernah merawat gangguan sihir yang dikenakan keatas diri Baginda sendiri dan ada hadis bab bacaan 3 Qul itu sendiri. Kalau ditengokkan makna 3 Qul itu sememangnya maknanya berkisar pada tauhid dan satu surah berkenaan sihir wanita menggunakan ikatan .
"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (Al-Falaq 113:4)
kalau pakai 3 Qul..dan ayat kursi..disebabkan ada hadisnya (atau memang takde bab dalil bab Ayat Qursi...saya kene korek skit), maka bolehlah kita beramalkan surah2 ini berkenaan sihir tuju tu.
bab dalil penggunaan surah al-fatihah untuk perubatan gangguan jin saya tak pasti ada atau tidak nas or hadis berkenaan ini. Kalau ada tempeklah, kita share. kalau betul hadis bolehlah kita beramal.
bab membunuh jin mengikut aliran saya adalah berdasarkan teknik dan bukanlah bacaan rukyah. Ada doa yang digunakan tetap didalam bahasa melayulah. Doa dalam bahasa melayu digunakan sebab kami tak pandai bahasa arab. Doa ini disertai dengan air zam-zam dan dibaca sendiri oleh si sakit dan bukanlah kami. Bukanlah doa kosong aje. Itu pun satu aje yang menggunakan doa air zam-zam. Yang lain semua pakai teknik. Kenapa kami pakai teknik dan bukan rukyah? Sebenarnya rukyah ini kalau betul iman dan bersih batin kita nie, effek bacaan ayatul kursi dibaca dengan iman yang betul dan batin yang bersih...sebenarnya boleh bakar syaitan itu sendiri.
nak fahamkan lagi mudah. Orang arab islam boleh baca ayat kursi, orang arab kristian pun boleh baca ayat kursi. bunyinya sama, satu dibaca dgn iman satu dibaca tanpa iman. Bacaan ayatul kursi itu adalah mengisarkan kebesaran Allah dan kursi kerajaan Allah. Sememangnya jin amat takut ayatul kursi yang dibacakan oleh orang betul iman dan batinnya kepada Allah. Bersih batin nya ini merujuk kepada bersihnya sesorang itu dari anasir jin, syaitan, iblis , saka dan sebagainya. Para-para sahabat dan Rasullulah sendiri kalau mereka baca ayatul kursi dengan iman dan batin yang bersih...terbakar jin itu sendiri. Niat bacaan ayatul kursi pun sebenarnya bukanlah nak bakar syaitan pun, bacaan itu hanya kerana Allah. Terbakar itu effek yang Allah bagi. lain martabat baca ayat kursi kerana Allah semata-mata dan baca ayatul kursi untuk halau jin.
Ini pun balik semula kepada niat. Amalan itu berdasarkan niat. macam saya terangkan, bacaan ayat-ayat Al-Quran mestilah kerana Allah semata-mata. Yang berlaku... time ok, tak dibacakan pun ayat kursi...time ada gangguan dibacakan ayatul kursi nak halau syaitan. Makin gemarlah syaitan sebab mostly sebenarnya kita takutkan syaitan lebih dari kita takutkan Allah. Itu bab dah ada tuan gambirr33 cerita.
tak ramai mampu baca ayatul kursi pada zaman kini,,,dan syaitan terbakar mati kerana effek bacaan bersama iman dan batin yang betul kepada Allah.
cara kami bukanlah pakai doa bahasa melayu or rukyah. More kepada teknik semacam hantu killer. Sebabnya seperti diatas. Clue untuk teknik kami boleh direfer kepada hadis dibawah:-
Dalam Mu'jam al-Buldan menukilkan satu riwayat daripada Abu Soleh daripada Abdullah bin Abbas r.a.,beliau berkata: al-Uzza merupakan syaitan betina yang mendiami antara tiga batang pokok di tengah-tengah kebun tamar. Apabila berlaku pembukaan Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. telah mengutus Khalid bin al-Walid.sabdanya: "Pergilah kamu ke tengah-tengah kebun tamar dan kamu akan berjumpa dengan tiga batang pohon tamar. Tebanglah batang yang pertama." Lalu Khalid pergi dan menebang pohon yang pertama. Kemudian beliau kembali bertemu dengan Rasulullahs.a.w, lalu Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?""Tidak"; jawab Khalid. "Tebang pohon yang kedua."; arah Baginda s.a.w.. Beliau pergi melaksanakan arahan tersebut dan kembali bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?""Tidak"; jawab Khalid "Tebang pohon yang ketiga."; arah Baginda s.a.w. lagi. Apabila beliau berhadapan dengan pohon ketiga, keluar seekor syaitan betina berambut kusut masai dan meletakkan dua tangannya di atas bahu sambil menampakkan taringnya. Lalu Khalid memancung kepalanya. Khalid memenggalnya mengakibatkan kepalanya terbelah. Rupa wanita itu hitam seperti arang. Apabila Khalid memberitahu Rasulullah tentang perlaksanaan tugas tersebut,Baginda a.s. bersabda: "Itulah al-Uzza. Tiada lagi al-Uzza selepas ini bagi Arab. Ia tidak akan disembah lagi selepas hari ini.
fahamkan hadis diatas dan tuan akan faham sedikit sebanyak kaedah dan teknik kami. berikut adalah link untuk kisah dan teknik yang sama kami pakai untuk settlekan gangguan jin
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/10/rumah-dan-tapak-jin-barang-barang-part.html#more.
blog itu adalah blog saya, jika ada masa silalah baca. banyak persoalan tuan, ada jawapan kat situ InsyaAllah. |
|
|
|
|
|
|
|
sihir wanita bulu-bulu
800wg Post at 7-2-2012 10:12
{:4_242:} wanita bulu-bulu??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 132# mr_evergreen
salam tuan evergreen,
dah repair. Silap tulis... |
|
|
|
|
|
|
|
syabas..sedare saat dan 800wg anda berdua berbincang dlm ukhwah islamiah. banyak ilmu dan kekeliruan tersingkap dengan sebab perbincangan sedare berdua.
saya berharap mane2 forumer yg masih lagi ade kekeliruan boleh lah minta pencerahannyer..sama2 kiter perbaiki hubungan kiter dengan Allah.dan Manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 127# 800wg
salam
72:6. Tetapi ada lelaki-lelaki tertentu daripada manusia yang meminta perlindungan kepada lelaki-lelaki tertentu daripada jin, dan mereka menambahkan mereka dalam kekejian,
adakah AYAT ini yg saudara mengisahkan
mendapat bantuan dari puak jin???
harap sudi menjelaskan.
tq |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by 800wg at 8-2-2012 12:27
Reply 135# orangbesi
72:6.Tetapi ada lelaki-lelaki tertentu daripada manusia yang meminta perlindungan kepadalelaki-lelaki tertentu daripada jin, dan mereka menambahkan mereka dalamkekejian, Salamtuan orang besi, Yebenar itu adalah ayat didalam al-quran yang menceritakan tentang larangan Allah tentang meminta bantuan dari golongan jin. Kalau dari segi hakikatnya mintak aje bantuan jin, memang berbodong-bondonglah mereka datang membantu mostly jin islam. Tetapi harga yangperlu dibayar ialah mensyirikkan Allah. Mereka ini (jin) akan mendiami diri sesiapa sahaja yang meminta bantuan dari mereka. Sukar nak diterima tetapi itulah yang berlaku. Once mereka dah dapat rumah didalam diri kita, siaplahkita. Mereka akan menghasut kita menggunakan suara hati kita dan sebagainya. Kalauada masa googlelah, banyak perubatan islam menggunakan perkhidmatan ataupunbantuan jin secara sedar ataupun tak sedar. Yang sedar tu tak dapatlah den nak nolong, mereka mengharuskan penggunaan jin disebabkan darurat. Sebenarnya Allah dah bagi manusia nie pelbagai keistimewaan dan ramai tak sedar kelebihan yang Allah bagi kat kita. Tak perlu langsung nak pakai pertolongan jin nie. Walau apa sebab pun or apa kes sekali pun. Bab ini dalam dan panjang ceritanya, nexttime saya ceritalah jika ada masa dan kesempatan. Tuanhantukiller pun dah ader cerita bab ini sebenarnya. Banyak byang berlaku ialah perubatan islam sekarang ini memang dibantu oleh jin islam tanpa pengamal tu sedar. Contoh paling mudah ialah bab pagar halus iaitu tabur garam, lada hitam dan sebagainya. Bab pagar halus nie saya dah terkena dari pagar garam, ladahitam, azan dan juga buloh dan paku. Takdeada dalil langsung pasal penggunaan lada hitam, garam dan azan nie dalam sejarah islam. Ini adalah modifikasi ilmu sihir lama yang diislamkan. Dahulu zaman-zaman jahiliah orangmelayu, ramai yang pakai pagar hanturaya, pagar halus guna buloh, tahi besi, paku payung dan bacamentera. Sekarang amalan ini di islamkan dengan membaca 3 Qul dan al-fatihahpada barang-barang makanan ini. Sama jugak, kedua-dua amalan nie...tabur or letak di empat penjuru rumah or kediaman. Dahulujin kafir yang datang..iaitu hanturaya, polong, pelesit dan sebagainya.Sekarang dah diislamikkan..datanglah jin islam pulak. Nie adalah salah satucontoh amalan bathil yang diislamikkan. Bagisaya mudah aje bab macam nie. Kalau ada dalil yang sah, beramallah. Takde lebihbaik jangan.
Wallahu aklam... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam, bagi saya pula. Siapa nak beramal dgn Al Quran utk tujuan mendapat redha Allah,
dpt lah dia kebaikan dunia akhirat. Sape nak beramal kerana hal utk mendapat
keuntungan dunia, juga takde masalah. Jgn lah nt tanye kenapa dpt pahala kurang, sbb
bnyk meminta2 dgn Allah. Allah Maha Mengabulkan Doa.
Allah Maha Mengetahui. Sebelom kita minta pon Dia lama dah tahu ape yg kita nak minta.
Baca Surah2 tertentu utk tujuan tertentu tak salah. Yg salah ialah mereka cuba menipu
Allah padahal Allah yg mencipta tipu daya. Jika mereka ikhlas dan jujur dgn Allah, takde
salah memohon dgn doa yg di ambil dari Al Quran. Hal mensyirikkan Allah itu ialah ketika kamu tidak sedar kamu cuba menipu Allah. Contoh, baca ayat seribu dinar utk tujuan pelaris. Tak salah dan tidak mensyirikkan langsung SELAGI org yg membaca tidak menipu dan jujur dlm perniagaannya. JIka dia baca, tetapi menjalankan perniagaan dgn menipu, itu menipu Allah. Jadi, ini adalah berkaitan dgn hal hati dan perbuatannya.
Jika si pengubat membaca ape2 surah dlm menjalankan rawatan, tidaklah salah juga. Seperti yg kita ketahui, dlm alam ghaib, penipuan sering berlaku. Adakah org yg menjalankan rawatan itu faham dan sudah pun merasai ''tinggal'', ''tidur'', ''makan'' dan ''minum'' dalam alam ghaib....? Jika belom, sudah tentulah dia penipu besar kerana dia tidak faham tentang alam sana bahkan dia mencipta dunia khayalannya sendiri dan sudah pasti juga khayalannya dipenuhi dgn jin dan syaitan. Boleh membaca Al Quran utk tujuan yg baik cuma JANGAN MENIPU DGN ALLAH. Itu saje. salam. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam, bagi saya pula. Siapa nak beramal dgn Al Quran utk tujuan mendapat redha Allah,
dpt lah di ...
InspekterZ Post at 8-2-2012 13:09
Salam sedare inspekterZ
kiter sama2 setuju berkenaan membaca alquran untuk mendapat reda Allah itu tak salah..
tapi saya kurang setuju berkenaan dengan membaca quran atau mana2 potongan ayat quran dgn tujuan2 seperti pelaris,pemanis,pengerun, dan lain2 tu. sebabnyer di sebabkan niat kiter sudah terpesong dari sebenarnyer,ini menyebabkan amalan kiter tadi boleh menarik kehadiran jin2 terutamanyer jin2 islam. sedangkan rasullullah tak pernah mengajar umatnyer untuk beramal begitu. sedare pasti tahu bahawa jin dan iblis tu bergerak dlm badan manusia melalui pembuluh2 darah manusia. bermakna ianyer sangat rapat dengan kiter..sekiranyer kiter beramal dengan tujuan2 atau sebab2 yg dinyatakan di atas tu..rasa2nyer jin/iblis tahu tak tujuan kiter tersebut? ade tak kemungkinan mereka2 ini akan menyelit dlm amalan kiter dengan tujuan untuk menyesatkan manusia.
berbeza beramal kerana ikhlas dan redha dan doa...ianyer hanyer kepade Allah...ape terjadi lepas tu kiter serah pade Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam, bagi saya pula. Siapa nak beramal dgn Al Quran utk tujuan mendapat redha Allah,
dpt lah di ...
InspekterZ Post at 8-2-2012 13:09
salam tuan inspekterZ,
begitulah yang saya fikirkan seperti tuan kata. tapi tak apa, mungkin tuan 800wg ada kaedahnya sendiri. kita bersikap terbuka dan cuba memahami dulu kaedahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Saat
alam tuan saat,
Ucapan Lailahaillallah itu bermaksud Tiada Tuhan yang Disembah Me ...
800wg Post at 7-2-2012 10:12
salam tuan,
ohh begitu, jadi pada tuan, mengamalkan laa illaha illaallah untuk perubatan adalah salah ye. begitu juga mebaca al fatihah atau apa ayat al quran akan mengundang jin. ini amat menakutkan jika betul.
jadi cara yg sebetullah ialah teknik. begitulah saya faham dari posting tuan. yer, mungkin ada benarnya teknik juga penting dalam merawat pesakit. cuma saya masih keliru membaca ayat al quran tu mcm mana bole mengundang jin ketika merawat?
jadi jika tekniknya pula mcm mana, adakah kita hanya pakai teknik tanpa perlu membaca ayat al quran atau kita hanya berdoa dalam bahasa kita sendiri? |
|
|
|
|
|
|
| |
|