CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikatilia

penerimaan isteri kepada suami JOBLESS

[Copy link]
Post time 16-2-2013 01:00 PM | Show all posts
muntah darah & sebat sampai mati laki camtu...
apapun semua kerana SAYANG & CINTA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2013 01:06 PM | Show all posts
sorry
nak kawen anak orang nak jaga anak orang, unless jantan tu bakal mewarisi harta makan tak habis 7 keturunan, jangan harap la nak kawen. sapa yang sibuk jugak nak kawen walhal laki tu takde keja atau bertukar tukar keja sebab masalah disiplin masalah peribadi, pun adalah wanita yang tidak bijak a.k.a kurang waras a.k.a gila

memang hidup bersederhana paling baik, tapi keymoon la, kalau nak makan kfc kena simpan duit 2 bulan tu ape kes?? semua benda perlukan duit. pampers anak, pad bini, minyak motor, rokok. ape semua tu bukan boleh beli dengan bulu hidung. ni la bini banting tulang 4 kerat.. bergaduh tulang bini tu jugak yang retak kena silabam

jobless pada pandangan aku ialah pada peringkat muda ni umur 20---45. karier sangat penting untuk stability.

dok sibuk nak kawen gah wat apa.. dalam bank kalau tetiap bulan tinggal 200 apa kes.....
tepuk kepala tepuk kepala
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 01:22 PM | Show all posts
xder kerja ngan malas kerja tue mmg jauh beza woooo...

tp ramai aku tnagok lelaki kat kampg aku nie yg malas kerja jer bukan sebab xder kerja... cuma malas tahap dewa... sumer nak mak pak  tanggung tp merenyam nak kawin jugak... tu pun sumer mak pak jugak yg kuar blanja... heran padahal tulang 4kerat punyer ler kuat... malas betul... kalau dapat lelaki mcm nie hah mmg perlu buang jauh2

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Jobless...

Pada usia 49 tahun my friends tak deak keje sebab kilang tutup.

Nak cari keje baru susah kerana usia dia. Simpanan pulak tak banyak dan anak pun ramai...

Apa penerimaan isteri....

1. Tetap bersama suami ( syukur )
2. Ada yang bercerai dan perangai berubah ... ( Sial punya bini )

Nie depan mata diceritakan oleh 2 orang lelaki yang berbeza....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 07:22 AM | Show all posts
fcoy posted on 17-2-2013 02:49 AM
Jobless...

Pada usia 49 tahun my friends tak deak keje sebab kilang tutup.

itu kes yg lain skit... memang keja kan sblum ni. Bleh usaha buat bisnes kecik2 cam jual nasi lemak @ goreng pisang
ini yg umur 20an, 30an MALAS usaha carik keja @ keja main2 huhhhh
Yg isteri memang 'mithali' puji lagik somi malas keja


Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 07:24 AM | Show all posts
Jobless sbb malas, dah pk harta dah byk sgt utk ditarah.....x nak la......tp jobless sbb masalah kesihatan, kena retrench ke....bule lg, tp.....kena cari keje lain, yg dia mampu......amboi takkan dok umah mkn, tgk tv, tido, pastu hoping fairy godmother  dtg menyelamatkan keadaan kot{:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-2-2013 08:43 AM | Show all posts
tu la.. IF jobless becoss of kilang tutup, company tutup or termasuk dlm list bersara awal masih boleh diterima..

tapi mmg tak ada excuse utk manusia yang malas, memilih kerja and secara sukarelanya jadi househusband dgn tenaga yang ada waktu mda nih...

walau rela sekalipon wifenya or walau mampu mcm mana pon wife nya,  dah namanya tanggungjawab lelaki utk menjaga and menyara wanita... =__=

as for kes2 yang aku mention kat page 1 tu, what i saw adalah wanita2 yang rela..

the 1st asyik backup suami saying that suami kerja.. tp aku notice suami mcm tak kerja, masak etc and muka asyik la ada kat opis.. kdg2 dtg fetch isteri rekod paling awal ialah dtg kul 3 and waktu balik kul 6. since wife duduk front desk dia duduk kat recep tu main hp etc sbb lobby office aku tu consider open.. as long as dia tu visitor.. nak duduk lama mana pon ok as long as takde sapa pasan dia duduk situ sbb tunggu budak recep... org akan anggap dia send docs or tunggu org utk collect docs

yang 2nd aku tak pasti tapi nampaknya mcm tak berapa happy lepas less tahn 5 bulan berkahwin and mendapat baby.

the 3rd aku dah nampak tak ok tp belum kepastian and no 4.. jiran aku.. aku tgk makin statik keretanya esp after childbirth.. maybe suami pon maternity...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2013 08:44 AM | Show all posts
awinpj posted on 17-2-2013 07:24 AM
Jobless sbb malas, dah pk harta dah byk sgt utk ditarah.....x nak la......tp jobless sbb masalah kes ...

kdg2 yang jobless tp malas xde harta pon





tu yang end up wife kena support keluarga dia skali..



yela.. anak jantan in the family is not working


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2013 08:45 AM | Show all posts
Innrukia posted on 17-2-2013 07:22 AM
itu kes yg lain skit... memang keja kan sblum ni. Bleh usaha buat bisnes kecik2 cam jual nasi lema ...

hahaha mithali tak kena gaya

sanggup tanggung suami demi cinta sbb suami kacak..



and this kind of lady kita xleh nak advise sbb kalau advise kena tarbiyah semula...
huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 10:51 AM | Show all posts
cikatilia posted on 15-2-2013 09:50 PM
hehe lupakan IGan tu

i think ur asset pon dah byk

klu pompuan tu ada byk harta lagi laa risau..
family kita pun risau.. tambah plak bila umur kita berlebih..
tu yg kena soal siasat sampai lubang cacing psl buah hati..

personally, kalau lelaki tu kurang kemampuan dari segi material, tp dia cukup ilmu agama nya..
menyejukkan hati, pandai bwk diri dlm family, mmg kita suka laa..

tp kebanyakan lelaki yg mcm tu mmg cpt jd menantu org..

org kata, nasi lemak buah bidara... << ko sendiri sambung.
tp aku percaya, restu family amat penting..

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 12:10 PM | Show all posts
cikatilia posted on 17-2-2013 08:44 AM
kdg2 yang jobless tp malas xde harta pon

Kalo jobless harta pun nan hado.....lagi menjadikla menyampah, meluat
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 11:57 PM | Show all posts
fcoy posted on 17-2-2013 02:49 AM
Jobless...

Pada usia 49 tahun my friends tak deak keje sebab kilang tutup.

Rasanya tinggalkan suami di usia gini disebabkan sesuatu di luar kawalan kita amat kurang hajarlah. Berpuluh tahun kahwin, makan minum terjaga, ada anak-anak yg makin membesar hanya diuji begini dah nak lari?

Bila berlaku musibah haruskan kita muhasabah diri, selama berduit dulu ada lupa hulur pada mak bapa dan sedara mara yg susah ke tidak? Nafkah ibubapa tu wajib, ada bersedekah ke tidak? Ada bayar zakat ke tidak? Pernah ambil harta org ke tidak? Pernah membazir hingga dimurkai Allah ke tidak? Bila kat bini beg LV, bayar zakat tak pernah, contoh aja. Allah bg kita otak, kita boleh berfikir sediri mcm mana nak cari rezeki. Tak semestinya dtg dari sumber yg sama, kerja kilang memanjang, cari aja kerja lain pulak. Meniaga kecil-kecilan pun bagus. Inilah masanya isteri gunakan kelebihan utk membantu suami, banyak benda yg kita boleh buat kalau kita nak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 12:23 AM | Show all posts
Aku haraplah pada forumer perempuan yg belum kahwin ni ELAKKAN diri dari menjadi pasangan kpd lelaki yg tak bekerja dalam ertikata lain jobless aka pemalas. Dalam hidup aku sebagai perempuan dari umur 9 tahun aku dah cari duit saku sendiri, jual pinang kering, kerja part time kopek udang di kilang haram. Toreh getah, kutip ubi kayu kat belukar dan buat kerepek bercili, jual punyalah laku sampai tak cukup bahan. Cuti sekolah aku tak pernah goyang kaki, masuk U semua duit sediri, kat kampuspun aku cari duit sbb perents aku susah. Abang-abang dan kakak akupun sama, kami kerja sepanjang hidup.

Maaf cakap aku mmg tak boleh terima kalau lelaki tak bekerja sebab malas. Aku nikah dgn warga asing dan terlalu banyak masalah utk suami kerja di M'sia ni tapi kami suami isteri bersabar dan sabar. Org yg sabar Allah akan bg jalan, lepas satu job selalunya suami aku dapat job lain tapi job dia banyak travel dan kami terima asalkan untuk mencari rezeki yg halal. Nak ikutkan kalau nak kaya dah lama aku bungkus kain baju ikut laki aku tinggal di negara dia tapi aku bukan jenis manusia yg boleh terima hidup dalam keadaan was-was. Suami aku dlm bidang makanan, faham ajalah kalau kerja kat oversea, main hadap main terjah je. Kejap masak vavi, kalau alkohol dalam sos  ke dessert tu dah kira rutin. Itu aku sgt-sgt tak boleh terima so both of us ambil keputusan utk stay di negara kita walaupun income tak mewah tapi alhamdulillah. Berpuluh tahun aku kije, late last year baru berhenti, suami aja yg kerja tapi aman jah, aku habiskan masa lapang usahakan kebun sendiri sambil sesekali suami bantu, bukan bantu apapun, dia meneman aja, dia syok lepak tengok pokok2 menghijau, tenang katanya.

The moral of the story org bangsa lain pun boleh cari rezeki di negara kita yg kaya ni apatah lagi org Melayu, lelaki pulak. Bg aku lelaki yg muda dan tak kija dan asyik tukar kija adalah pemalas sebenarnya, hidup selalu disuap ibubapa, tak pernah dididik untuk berjuang dan tak ada tanggungjawab. Fikir dulu sebelum uolls pilih lelaki tak bekerja sebagai pasangan hidup.

Satu fakta yg salah yg selalu menjadi kesilapan kaum hawa ialah menganggap lelaki bekerja sendiri aka business kecilan itu jobless, salah besar tu. Kita dah terlalu diajar bahawa makan gaji tu kije, kerja gomen tu sangat mulia walaupun kerjanya cuci longkang sbb ada pencen. Ubah sikit pemikiran, kija sendiripun mewah kalau pandai mengurus dan kreatip. Senior aku dulu hanya ada SPM, grade 3, ada 3 Shell station, ada beribu-ribu lot saham dalam co koperat di Malaysia. Anak sedara akak ipar aku yg grad dr universiti sekarang tgh famous kat kws Shah Alam dgn business burger buatan sendiri. kencang gila business, umur baru 27, baru2 ni dah kahwin. Mak bapa kerja besar tapi anak minat business dan dia berjaya. So, jangan pandang rendah pd lelaki yg lebih muda dari usia uolls, usia bukan ukuran dalam mencari kuality seorg lelaki, yg penting kredibiliti utk membina sebuah r/tangga dgn bijak, janji lelaki itu mampu menanggung hidup seorg isteri dan anak-anak  walaupun satu hari nanti isteri tak kije.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 02:27 AM | Show all posts
Macam aku gomen staff. Kemudian my cinta ini jobless tapi bukak business sendiri. Skang ni err boleh ke nak harap ngan business dia untuk masa depan. Tau la business ni ada jatuh bangun. Keeja sendiri ni boleh jamin x... arggg. Dia graduate student. Tapi x suka kerja bawah orang. Uh. Xtau la. Aku sendiri buntu. Tipikal taip gomen aku ni. Keluarga aku suma gomen staff. Tiba my cinta lain, err . Dalam kepala aku boleh ke dia nak sara aku...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 08:19 AM | Show all posts
kiwibenz posted on 18-2-2013 02:27 AM
Macam aku gomen staff. Kemudian my cinta ini jobless tapi bukak business sendiri. Skang ni err boleh ...

macam asben me dedolu.....sib baek masa tu gaji me leh tahan gak..,me ttp bagi sokongan,pastu kantoi la bisnes, me cuma ckp "kalu nak bisnes backup mesti ada(dwet la tuh!), pastu network mesti dah kukuh(client/kenalan/kabel kecik dan besar),carik keje dulu,kenal ngan ramai org nanti derang leh sapot ....anak nak masuk dua dah"...
tah  time tu dia givap bisnes kot! dia carik keje diluar bidang dia....sbb kalu mintak admin payah sgt nak dpt, now dia buat marketing...alhamdulillah!...ni ada ura2 nak buat bisnes gak ngan kengkawan( contact dah byk la kot!)..tp tgk macam ragu2 je lagik!

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 08:24 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 18-2-2013 12:23 AM
Aku haraplah pada forumer perempuan yg belum kahwin ni ELAKKAN diri dari menjadi pasangan kpd lelaki ...

kaka bling
dpt iols ilmu lagik psl munakahat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2013 11:11 AM | Show all posts
milaya posted on 15-2-2013 02:30 PM
nk mintak tips mcm ne nak push lelaki nie...
saya dh kwn 2 tahun dgn bf sy... dia keje gaji kecik ...

just give him the ultimatum..

Berubah utk majukan diri atau ko cari lelaki yg lebih baik...

Seriously aku rasa macam trend pulak golongan 'lelaki' malas berubah ni... semua nak kena pempuan yg push. Kurang jati diri gamaknya...

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 01:10 PM | Show all posts
aku rasa aku lagi suke suami jobless. aku keluar bekerja, die duk kat rumah masak, mengemas. die jadi surirumah la.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 01:24 PM | Show all posts
Susah le kalau lelaki yang jenis tak nak kerja bawah orang. Golongan ini lebih rela tak berduit dan menumpang rezeki orang lain daripada kerja bawah arahan orang sekalipun boleh mendapat gaji lumayan
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 04:09 PM | Show all posts
brown_pupil posted on 18-2-2013 11:11 AM
just give him the ultimatum..

Berubah utk majukan diri atau ko cari lelaki yg lebih baik...

itu pasal lah ader peribahasa ni "Behind every great man there's a great woman"bkn apa,kadang2 nasib x berapa menyebelahi dyorg tu pasal lah kena ader perempuan utk push....utk meyakinkan dyorg kluar dri comfort zone...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.085010 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list