|
[Tempatan]
Perhimpunan Bantah GST - 'Lautan merah' banjiri Dataran bantah GST
[Copy link]
|
|
leni posted on 1-5-2014 08:14 PM
Gst 6% all in all. Skrg servis charge 10%..gorvn charge 5%..total 15%..gigih nk demo utk cheaper cha ...
mereka ni tak tengok TV..hari2 cerita pasal GST...yg mereka baca apa kat Nuat, apa kat Mad Sapu..kompomlah kena kencing..
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 1-5-2014 08:08 PM
kalau mak paknya sendiri tak faham apa itu GST...camner budak2 tu nak faham...yg budak2 tu faham.. ...
ramai yang tertekan ngan gst ni. tapi toksahlah bawak budak budak yang tak tahu apa2. anak derang, nak buat cam mana. penyokong pr sendiri pun kata bodoh tul bawak budak2. itu penyokong cerdik. tak semua penyokong cerdik, ada yang isi tempat kosong
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 1-5-2014 08:14 PM
dah kena pijak2 anaknya nanti kot nak bertaubat..bertaubat lah mereka2 tu..
bengap tak leh diaj ...
nanti kata ni semua salah isi tempat kosong
|
|
|
|
|
|
|
|
leni posted on 1-5-2014 08:14 PM
Gst 6% all in all. Skrg servis charge 10%..gorvn charge 5%..total 15%..gigih nk demo utk cheaper cha ...
yes kak leni. ramai main bayaq tak tengok resit padahal sebelum ni bayaq 10+5
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg gst ni xsesuai dibuat. client semua bising. |
|
|
|
|
|
|
|
Czaziq posted on 1-5-2014 08:25 PM
mmg gst ni xsesuai dibuat. client semua bising.
ce lah citer apa yg tak sesuainya..dan kenapa cliet semua bising?.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 1-5-2014 08:26 PM
ce lah citer apa yg tak sesuainya..dan kenapa cliet semua bising?.
before ni xde 6% tu. stat 1st april tu la dorg terkejut sket sbb tetiba tgk invois jd mahal sket. dah ler service charge n handling charge pun naik. ni utk kompeni logistic mcm kitorg. xtau la industry lain cmna. |
|
|
|
|
|
|
|
leni posted on 1-5-2014 08:14 PM
Gst 6% all in all. Skrg servis charge 10%..gorvn charge 5%..total 15%..gigih nk demo utk cheaper cha ...
maaf yeee, kalau tak salah saya service tax skrg 6% bukannya 5%.... lagi satu yg 10% tue service charge dan bukannnya service tax.... gomen x dapat yg tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Czaziq posted on 1-5-2014 08:25 PM
mmg gst ni xsesuai dibuat. client semua bising.
Itu bg org yg x tau..bg org yg tau gst tu ok...sesetgh memang x ok tapi tu menjurus pd barang2 x perlu pun..mcm nk beli baju segala..budget planning penting dah skrg ni..org2 demo dan komplen ni aku boleh rasa finanncial understanding limited. |
|
|
|
|
|
|
|
munchkin posted on 1-5-2014 08:24 PM
yes kak leni. ramai main bayaq tak tengok resit padahal sebelum ni bayaq 10+5
bukan 10%+6 % ka termasuk service charge..... maaf yee saya kalau salah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Czaziq posted on 1-5-2014 08:30 PM
before ni xde 6% tu. stat 1st april tu la dorg terkejut sket sbb tetiba tgk invois jd mahal sket. ...
but that 6% tu boleh claim balik ke?..
GST kan bermula tahun depan..camner plak stat 1st april dia org punya invois jadi mahal?..
|
|
|
|
|
|
|
|
ka_one2000 posted on 1-5-2014 08:31 PM
maaf yeee, kalau tak salah saya service tax skrg 6% bukannya 5%.... lagi satu yg 10% tue service c ...
Tak kisahla apa dipanggil..tetap min 10%. Biasanya 15% all in all. Tak tinggi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ka_one2000 posted on 1-5-2014 08:32 PM
bukan 10%+6 % ka termasuk service charge..... maaf yee saya kalau salah...
GST hanya satu cukai sahaja sebanyak 6%...mana plak datangnya 10% lagi?..
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 1-5-2014 08:33 PM
but that 6% tu boleh claim balik ke?..
GST kan bermula tahun depan..camner plak stat 1st april ...
dah start dear 1st april aritu. ha itulah cacamarba kan? 6% tu dorg dah imposed tp xbgtau bole claim balik ke x. dorg akan buat taklimat lain katanyer. semua company under IATA mmg kene buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Czaziq posted on 1-5-2014 08:30 PM
before ni xde 6% tu. stat 1st april tu la dorg terkejut sket sbb tetiba tgk invois jd mahal sket. ...
Gst nk target org2 cam ni la..yg selama ni lari dr income tax. Untung juta2..bila balance acct -ve..better jgn komplen la...tgk kat bank berapa byk company tipu income utk lari income tax? |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia seperti apakah mereka ini berdemo menentang sesuatu yang BAIK! |
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 1-5-2014 04:43 PM
berapa juta warga asing di malaya yg tak bayar cukai dan menikmati subsidi malaya? GST baik utk semu ...
Acong, tapi tourist dia boleh claim balik gst kalau dia keluar dari Malaysia nanti... Hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 1-5-2014 08:33 PM
but that 6% tu boleh claim balik ke?..
GST kan bermula tahun depan..camner plak stat 1st april ...
Klau negara lain x boleh. Klau negara lain semua charge gst tapi malaysia byk benda juga kerajaan kecualikan cthnye belajar x de gst..mungkin nnt govnmt akan buat under tax exemption kot..tak pasti..setakat ni setau saya x boleh claim balik |
|
|
|
|
|
|
|
Czaziq posted on 1-5-2014 08:35 PM
dah start dear 1st april aritu. ha itulah cacamarba kan? 6% tu dorg dah imposed tp xbgtau bole cla ...
I tak percaya lah april 2014 dah start....GST akan bermula 1st April 2015..
Q&A: Apakah itu GST? Teoh El Sen | Kemas kini: Oktober 25, 2013
(Diterbitkan pada: Oktober 25, 2013 18:56 MYT)
KUALA LUMPUR: Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015.
Katanya, GST merupakan satu "sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia."
Jika anda masih tidak pasti apakah itu GST, Soal Jawab berikut mungkin boleh membantu:
Apakah pengumuman Kerajaan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)?
Kerajaan mencadangkan cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST.
Mengapa kerajaan melaksanakan GST?
Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.
Kerajaan mengatakan bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.
Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.
Apakah kadar GST?
Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%.
Bagaimana kadar ini berbanding dengan negara-negara lain?
Kerajaan berkata kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.
Bilakah GST akan berkuatkuasa?
Mulai 1 April 2015.
Apa yang dikenakan GST ?
Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan.
Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?
Tidak semestinya. Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.
Dalam ucapan Najib, beliau mengatakan bahawa barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)
Selain itu, barang dan perkhidmatan yang dikecuali adalah: - Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.
- Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: pengeluaran pasport, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah.
- Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya.
- Jual beli dan sewa rumah kediaman
- Perkhidmatan kewangan terpilih
Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?
Ya. Kerajaan merancang untuk pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini. Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.
Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?
Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.
Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.
Pendapatan bercukai dinaikkan kepada melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%
Bagaimana pula dengan perniagaan? - Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016
- Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
- Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015
- Potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
- Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
- Geran latihan GST RM100 juta
- Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan
Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?
Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.
Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?
Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus, berkesan dan sistem cukai yang adil"
Adakah harga barangan naik?
Dalam ucapan beliau, Najib berkata pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.
Beliau juga berkata perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum. Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.
Najib juga telah memberi amaran kepada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan sewenang-wenangnya. Kerajaan juga berjanji untuk sentiasa memantau harga dan usaha penguatkuasaan akan dipertingkatkan.
Apa lagi yang Kerajaan akan lakukan dalam pelaksanaan GST?
Satu jawatankuasa pemantauan GST akan ditubuhkan. Ia akan dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua dengan ahli-ahli dari agensi-agensi kerajaan yang lain, serta pihak industri dan NGO.
Read more at: http://www.astroawani.com/budget ... ah-itu-gst-24529?cp
|
|
|
|
|
|
|
|
Haer posted on 1-5-2014 08:38 PM
Acong, tapi tourist dia boleh claim balik gst kalau dia keluar dari Malaysia nanti... Hehehe
Pelancong. Pekerja asing tak boleh claim |
|
|
|
|
|
|
| |
|