CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

[Copy link]
Post time 17-11-2014 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ateh penah kena histeria kn? Tu psl senang benda tu mengacau kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2014 06:20 PM | Show all posts
cmf_jy77 posted on 17-11-2014 06:18 PM
Ateh penah kena histeria kn? Tu psl senang benda tu mengacau kot.

Yang histeria tu Acik
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 07:48 PM | Show all posts
Memang torbaikkkk! Seram tahap maxima bila baca memalam mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Silap ek :lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
cik.nana posted on 17-11-2014 05:05 PM
Gambaq Cik Ton semua Opah dah bawak keluaq dari album. Opah buat apa dgn gambaq-gambaq tu, wallahu ...

Nk tgok jugak rupe cik ton tu
Cantik lagu mana
Tapi mcam seram pulak
Kot dah tengok teringat2 pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
cik.nana posted on 17-11-2014 06:04 PM
Ok ni nak share satu kisah yg pendek sahaja utk petang ni...

Kisah 4 - Ateh Nampak Kepala!

Haishhhh.......merinding bulu romaku
Mama ko spesis berani ye....rileks jer
Lupe pulak berdarah pahlawan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2014 01:17 AM | Show all posts
seram kisah cik ton ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Perghhh mcm novel lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2014 02:07 PM | Show all posts
aaaa..kan..

penceritaan cik.nana macam novel...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 04:08 PM | Show all posts
Seram betul baca part cik ton 2...
Jalan citer @cik.nana sgt mudah di fahami...
sabar menunggu kisah yang seterusnya...  
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 04:36 PM | Show all posts
cik nana ,cite ko ni memang meresap masuk ke jiwa , sungguh di kata ni..
bukan kelentong kipas econ sume..
sebabnye karangan ko ni,mampu memanipulasi emosi orang yg membaca seolah berada di tempat ko. ececeee..
KIPIDAP ye nana..

ko antara beginner yang pandai mengarang cerita..

cik.ton - aku terbayang fazura dalam cerita histeria masa muda. masa cik.ton jadian tu,yg ko cakap da kerepot2 tu,aku bayangkan erra fazira.. hahaha,vangang sungguh haih rasanye...

pasal gigi tajam2 tu,aku bygkan mak jah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 04:50 PM | Show all posts
waheedatul posted on 18-11-2014 04:36 PM
cik nana ,cite ko ni memang meresap masuk ke jiwa , sungguh di kata ni..
bukan kelentong kipas econ ...

ni mesti species kaki cerita hantu ni...hahahahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 05:00 PM | Show all posts

cheeky_meal posted on 18-11-2014 04:50 PM
ni mesti species kaki cerita hantu ni...hahahahaha....

hehhe..
ye betul tu cheeky.
pentegar padahal dalam masa yg sama,kene pada diri sendiri..
tetap jenis x sedar..
yang penting,semangat kuat.. inshaallah..



Last edited by waheedatul on 18-11-2014 05:01 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 05:07 PM | Show all posts
abang_rusdi posted on 17-11-2014 05:14 PM
makasih. mintak2 la bukan gambaq a galak lagik.

kan..kecewaaaaaa....hahahahahaha..budus punya tred...hahahaha..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 06:36 PM | Show all posts
Ok, ni satu lagi kisah pendek yg terjadi. Korang enjoy ok.

Kisah 5 - Hilaian di Hujung Talian (tajuk tak buleh blah)

Waktu dah lewat malam. Aku masih setia menghadap buku Marketing. Esok ada test, beb, mana tak rajinnya. Roomates aku semua pun sibuk dok menelaah. Aku dah agak-agak mengantuk sebenarnya, tapi macam tak sedap la pulak tengok member-member dok rajin study, aku bantai berdengkur. So aku gagahkan jugak mata membaca dan menyumbat ilmu ke dalam otak. Satu habit aku bila tengah study, aku selalu buat telefon dalam silent mode. Tak nak bagi ganggu konsentrasi kononnya.

Tapi dah alang-alang rasa mengantuk tu dah datang, aku pun ambil telefon dan belek. Eh eh, ada 3 mesej la! Aku pun cepat-cepat check. Nama pengirim ketiga-tiga mesej ialah Alang. Aku kerut dahi. Apahal pulak Alang mesej aku sampai 3 kali ni? Aku pun bukala satu mesej, yg terawal dikirim pada pukul 12.01 a.m. Kosong. Alang hantar mesej kosong. Oh, ok, takpela, excited sampai tak dan nak taip mesej dah tekan send gamaknya Si Alang ni. Aku pikir macam tu. Aku bukak mesej kedua. Aik, kosong jugak! Main-main ke apa Alang ni? Aku bukak mesej ketiga, pun kosong jugak. Sah, Alang ni saja main-main nak buang kredit.

Oleh kerana aku dah kemengantukan dan kebosanan, aku pun call la Alang. Lama aku tunggu, call tak berjawab. Last-last putus macam tu je. Eh takkan dah tidur? Aku tengok mesej last Alang hantar. Pukul 12.25 a.m. Aku tengok jam. Baru pukul 12.40, takkan dah tidur? Aku pelikla sebab Alang ni jenis burung hantu jugak, spesis tidur lambat. Aku call lagi sekali. Tak berjawab jugak. Aku pun taip mesej dan send ke Alang.
Gila ke hantar msg kosong?
Mesej delivered, kata Maxis. Tapi takde balasan dari Alang. Aku malas dah nak layan, aku pun sambung study sikit lagi dalam 15 minit. Lepas tu mata tak tahan gila. Aku tengok roomate aku sorang dah tewas, dah tertidur beralaskan buku atas meja study. Yang sorang lagi dah keluar bergayut dengan boyfriend. Yang sorang lagi masih gigih buat nota pakai pen warna-warni. Ah, aku tidur jela! Letak-letak je kepala, aku terus terlelap. Aku terus lupa nak tukar silent mode telefon aku ke normal.

Masa tidur tu, aku mimpi. Aku mimpi aku nampak Alang berdiri tepi satu tasik yg aku pun tak tau kat mana. Sekeliling Alang berkabus. Sejuk. Aku panggil Alang, tapi dia tak dengar. Alang renung je ke tengah tasik. Aku pun tengokla apa yg Alang dok tengok. Tak nampak sebab kabus tebal. Aku cuba panggil Alang sekali lagi, tapi dia tetap tak dengar. Aku nampak Alang jalan setapak demi setapak mendekati tasik. Sampai kasut dia dah di gigi air, aku panggil Alang. Alang mana reti berenang. Kalau dia terjun, nanti dia lemas. Aku dok pikir macam tu walaupun dalam mimpi. Alang terus berjalan sampai la separuh pinggang Alang ditenggelami air.

"Alang!" aku jerit-jerit panggil Alang. Aku lari sampai ke tepi tasik. Sikit pun Alang tak bagi sebarang reaksi, macam memang dia tak dengar aku. Tiba-tiba aku nampak sepasang tangan keluar dari dalam tasik, tarik kaki aku! Aku menjerit. Dan aku terjaga, dalam keadaan tercungap-cungap dan berdebar-debar. Fuh! Macam real je mimpi aku. Aku bangun duduk, rasa dahaga. Bilik dah gelap. Maknanya roomates aku semua dah tidur. Entah kenapa, hati aku tergerak nak check telefon.

15 missed calls. Mak aih! Sampai 15 kali. Terkocoh-kocoh aku buka call log nak tengok siapa yg call. Takut Mama ke, kot ada emergency ke kan. Sekali lagi aku terkejut. Semuanya panggilan dari Alang. Panggilan terakhir pukul 2.30 a.m. Aku tengok jam. 3 a.m. Aku call Alang semula, dengan harapan dia tak tidur lagi. Tapi aku rasa berdebar-debar semacam bila call Alang. Aku teringat mimpi aku tadi. Harap-haraplah mimpi tu sekadar mimpi je.

10 kali aku call Alang. Tak ada jawapan langsung. Aku dah mundar-mandir kat dalam bilik, hilang mengantuk apa bagai. Aku hantar mesej pada Alang.
Ko dah kenapa?
Baru je berapa saat aku tekan send, mesej Alang sampai.
Call balik
Aku pun call la. Dua tiga kali berdering, baru dia jawab. Tu pun mula-mula tak dengar apa langsung. Aku cakap "Hello" lima enam kali pun takde bunyi apa. Aku dengar macam bunyi radio rosak adala. Macam statik gitu. Aku jadi bengang. Alang ni nak main-main ke apa? Dalam aku dok hello, hello tu, tiba-tiba...

"Heeeeeeeeee... heeeeee.... heeeeee!" bunyi mengilai kat telefon. Jelas dan kuat. Aku punyala terkejut, aku end call terus. Aku renung telefon kat tapak tangan. Biar betul ni apa aku dengar tadi? Bulu roma aku dah meremang. Terngiang-ngiang bunyi mengilai tu kat telinga aku. Aku simpan telefon dalam laci meja. Aku naik atas katil, tarik selimut sampai kepala, tutup telinga dengan bantal, baca ayat Kursi dan zikir sampai aku tertidur. Subuh tu baru aku ambil semula telefon. Ada 1 mesej dari nombor yg aku tak kenal. Aku tekan butang 'Read'.
Long, aku ni, Alang. Semalam aku kena kacau teruk. Aku tidur bilik member. Aku tinggal phone dalam bilik. Apa-apa, call aku kat nombor ni.
Berulang-kali aku baca mesej Alang tu. Sampai terduduk aku dibuatnya. Habis... siapa yg mesej aku semalam? Yg jawab call? Aku terus call nombor yg hantar mesej tu, mahukan kepastian dari Alang.

Aku: Ko start kena kacau pukul berapa?
Alang: Dalam pukul 11 macam tu. Kenapa?
Aku: Apsal tak call masa tu?
Alang: Mana la aku nak ingat nak call. Aku dengan roomate aku tengah panik masa tu. Aku lari gi bilik kawan aku, selipar pun tak pakai tau. Segala harta benda aku pun tinggal, dengan bilik tak dan nak kunci.
Aku: Apa jadi?
Alang: Panjang ceritanya. Nantilah aku cerita. Tapi dengan budak sebelah bilik semua lari habis semalam.
Aku: Hmmm...
Alang: Apsal weh?
Aku: Panjang ceritanya. Nantilah aku cerita.
Alang: Bongok!

Jadinya, siapakah yg mesej aku? Siapakah yg jawab call aku? Siapaaa???


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 06:37 PM | Show all posts
edoraixora posted on 17-11-2014 11:40 PM
Haishhhh.......merinding bulu romaku
Mama ko spesis berani ye....rileks jer
Lupe pulak berdarah  ...

Kena la berani nak membesarkan anak perempuan sampai 5 orang. Hiks.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2014 06:38 PM | Show all posts
reza_hard posted on 18-11-2014 01:17 AM
seram kisah cik ton ni..

Seram eh? Leh la buat movie dah. Hahahaha.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 06:38 PM | Show all posts
Esmiria posted on 18-11-2014 12:28 PM
Perghhh mcm novel lak

Cita-cita nak jadi novelis tak kesampaian, jadi novelis dalam ni je lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 06:39 PM | Show all posts
d_anne04 posted on 18-11-2014 02:07 PM
aaaa..kan..

penceritaan cik.nana macam novel...

Akibat nak jadi novelis tak kesampaian, gitula jadinya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 06:40 PM | Show all posts
DeHanna posted on 18-11-2014 04:08 PM
Seram betul baca part cik ton 2...
Jalan citer @cik.nana sgt mudah di fahami...
sabar me ...

Terima kasih singgah benang ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.958080 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list