Kesian betul gua tengok makcik-makcik yang terpekik macam orang gila mintak tanda salib di Taman Medan diturunkan, dengan alasan di situ 95% penduduk Islam..
Ahh bangang sungguh.. Ada beberapa persoalan gua nak kita berfikir..
1 - Akidah ko memang lemah ek? kalau nampak lambang salib terus convert?
2 - Kalau 95% muslim kat situ pun, orang Kristian nak beribadat nak kena pegi jauh-jauh ke? Kalau tempat minoriti muslim boleh pulak ada surau?
3 - Berapa ramai non muslim yang convert jadi muslim selepas mendengar azan hari-hari dari masjid yg sekitar rumah diorang?
4 - Kan Allah dah cakap jangan kacau bahan sembahan non muslim, kalau tak diorang akan hina Allah balik dengan lebih teruk..
(Surah Al-Anaam : 108)
5 - Kau risau akidah anak beranak kau tergugat dengan lambang salib yang langsung tak bagi kesan, tapi kau tak risau dengan pembatakan anak kau dalam dunia sibernya, kau tak risau pengaruh barat yg meracun kepala hotak dan kepala bana anak kau.. Kau tak risau anak kau tercongok depan tv hari2 waktu maghrib.. dan yg paling penting, kau tak risau pun anak beranak kau jadi macai macam kau kahkahkah
- Parjo