CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Mereka Kena Rogol, Pukul Sampai Mati Dalam Kem

[Copy link]
Post time 29-5-2015 03:02 PM | Show all posts
miabebe replied at 29-5-2015 09:33 AM
Ya Allah.......

Mia sungguh xsangka..wujud cite kejem cmni..ingat kt dlm movie je:fun ...

dalam movie  tu hanya lakonan jer

yg nyata di dunia pun ada juga.. berbeza ye miangbebeh

jadikan ianya sebagai iktibar dan pengajaran utk diri kita dan semua org


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2015 03:03 PM | Show all posts
Edited by wasini at 29-5-2015 03:43 PM

sini banyak org malaysia timur itu pasal takda hati perut walaupun sama agama







Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 03:04 PM | Show all posts
Macam tak sangka dan tak percaya je benda macam ni berlaku dekat negara kita..kejam nya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 03:06 PM | Show all posts
dragger replied at 29-5-2015 03:02 PM
dalam movie  tu hanya lakonan jer

yg nyata di dunia pun ada juga.. berbeza ye miangbebeh

Baik lah abam dreg...

Mia akan ingat sume tu abam dreg...ohhhhhh abam dregggg...cakkkkkkkkkk!!!!! Hahahahaha...mia da stat moyan merapek dahhhh...hihhi..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 03:07 PM | Show all posts
Kesian lah pulak..huhu...Kena tunggu lglah apa cer...sendikit xkn berjaya klu xda kerjasama luar dn dlm,,ye tak..ngeri rasa..kesian bgt..Tu yg berjaya masuk mesia, buat onar sbb seksa ngt nk masuk...huhu....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 03:11 PM | Show all posts
Kem pemerdagangan di Wang Kelian milik ejen besar “Yassin”
May 28, 2015

ALOR SETAR, Khamis – Kem-kem transit yang ditemui pihak berkuasa Malaysia di kawasan hutan Wang Kelian, Perlis dipercayai diguna untuk menempatkan mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan manusia yang “dibeli” oleh ejen besar sindiket itu dikenali dengan nama “Yassin”.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Rohingya Society in Malaysia (RSM) Kedah, Yusof Ali kepada Bernama hari ini yang turut berkata, Yassin berbangsa Rohingya dan dikenali sebagai seorang daripada ejen utama sindiket itu.

Menurutnya, walaupun berasal dari Myanmar tetapi Yassin, yang berumur dalam lingkungan 30-an tinggal di selatan Thailand, manakala operasi sindiket pemerdagangan manusia diketuainya pula menjangkau sehingga ke negara ini.

“Hasil maklumat kami, beliau merupakan ejen yang bertanggungjawab “membeli” warga Rohingya dan Bangladesh terbabit daripada sindiket di selatan Thailand dengan harga tertentu dan ditempatkan secara sementara di kem-kem transit di Wang Kelian sebelum dijual kepada pihak lain.”

“Yassin merupakan ejen sindiket pemerdagangan manusia yang besar dan nama beliau amat dikenali ramai di kalangan Rohingya memasuki Malaysia yang menjadi mangsanya,” menurutnya, yang tinggal di negara ini sejak 20 tahun lalu.

Yusuf berasal dari sebuah bandar sempadan Myanmar-Bangladesh, Maungdaw, turut mendedahkan, kem-kem transit mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian itu beroperasi sejak dua hingga tiga tahun yang lalu.

Pendedahan beliau itu turut diperakui rakannya, Mohammad Hussain Abu Hassan yang turut bergiat aktif di dalam RSM Kedah membantu kebajikan pendatang Rohingya dari Myanmar.

Tiga hari lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur dan kem-kem transit yang ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Sehingga hari ini, pasukan forensik polis menemui tiga mayat yang sudah reput dari kubur-kubur yang terletak di dalam kem transit terbabit.

Yusuf berkata, apa yang berlaku di dalam kegiatan pemerdagangan manusia adalah ejen-ejen besar sindiket seperti Yassin akan membeli pendatang-pendatang Rohingya atau Bangladesh yang baru tiba di selatan Thailand.

Disebabkan beliau tinggal dan beroperasi di selatan Thailand, Yassin mempunyai hubungan rapat dengan ketua-ketua sindiket lain yang terdiri daripada rakyat Thailand atau rakyat Myanmar berbangsa Rakhine.

Yassin kemudiannya akan menempatkan pendatang-pendatang yang baru dibelinya itu di suatu lokasi seperti di kem transit di kawasan hutan di Wang Kelian sebelum diagih-agihkan kepada ejen-ejen kecil dengan bayaran tertentu untuk memperoleh keuntungan berlipat-ganda, katanya.

“Ejen-ejen kecil inilah atau orang suruhan mereka yang akan mengambil pendatang-pendatang seperti di Wang Kelian untuk dihantar ke serata Malaysia,” katanya.

Kedudukan Wang Kelian yang dikelilingi hutan-hutan tebal, bukit-bukit curam batu kapur serta berhampiran dengan sempadan Thailand, katanya, menjadikan ia laluan kegemaran bagi sindiket-sindiket pemerdagangan manusia.

Pintu sempadan Wang Kelian terletak berhadapan dengan pintu sempadan Wan Prakob, Satun dan sejak beberapa tahun lepas, pengunjung bebas keluar masuk di kawasan sempadan Malaysia-Thailand pada Sabtu dan Ahad menerusi pintu masuk ini tanpa menggunakan pasport, namun kelonggaran itu dibatalkan baru-baru ini atas sebab-sebab keselamatan.

Ditanya tentang kedudukan terkini Yassin, Yusof berkata, beliau dipercayai melarikan diri dengan menyelusup masuk ke Myanmar selepas kegiatannya di selatan Thailand itu dibongkar pihak berkuasa negara jiran itu.

“Saya diberitahu oleh sumber-sumber saya yang mengatakan Yassin telah melarikan diri ke Myanmar, tidak lama selepas pihak berkuasa Thailand membongkar pembabitannya di dalam sindiket itu,” katanya.

Yassin menurutnya, berkemungkinan berasa lebih selamat berada di negara asalnya di Myanmar pada ketika ini, daripada di Thailand apabila beliau sedang diburu.
– BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2015 03:12 PM | Show all posts
jahanam org thailand nh . . lebih zalim dri zaman jepun
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
wasini replied at 29-5-2015 03:03 PM
sini banyak org malaysia timur itu pasal takda hati perut walaupun sama agama

Kalo uols nak angkut sorang dua orang kat rumah uols..silakan..ummh sini memang mengalukan..xada yang kata tidak..
Tapi jangan la nak angkut rohingnya semua kat malaysia..nak tolong boleh tp berpada..ni masalah, orang dia sendiri buat tahi kat kaum sendiri..nak bebankan orang lain dah kenapa??
Pikir logik la..dari mana dapat duit rm6k-rm15k nak bayar masuk malaysia??..tu taktik sama indon nak masuk malaysia la.. lain la dipaksa masuk ke malaysia..kena culik ker..baru nak kesian bagai..
Kat mana yer human trafficking yer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2015 03:22 PM | Show all posts
Di satu kawasan di Pahang antara Nenasi (Pekan) ke Rompin, terdapat perkampungan puak ini yang meneroka tanah utk tanam padi dan sekarang dah kaya raya. kalau tanya asal dari mana ada yang mengaku samada dari Kedah atau langkawi atau dari Sik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 03:22 PM | Show all posts

ni amik dari sumber mana. ada link tak .

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 03:23 PM | Show all posts
takda masa aku nak layan org malaysia timur

kebanyakkan mereka bodo bodo

maklumlah sekolah pun jauh dari rumah

itu pasal ramai yg tak bersekolah


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 03:25 PM | Show all posts
Mcm ala2 story movie kekejaman lak ala2 shawshank redemption
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 03:26 PM | Show all posts
harap dgn berita ni dpt kecutkan perut dorang utk masuk malaysia.. yg dah ada kat malaysia ni pun dah cukup semak bijik mata.. bayangkan kalau yg perempuan semua kalau berjln dok dukung/heret anak kecik.. mmg moto dorang masuk beranak pinak di malaysia ke pe??
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 03:26 PM | Show all posts
bayar mahal2 naik bot buat apa.. flight ticket baru berapa je dr myanmar..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 03:27 PM | Show all posts
hahahahha lawak la sangat
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 03:28 PM | Show all posts
hanibee replied at 29-5-2015 03:26 PM
bayar mahal2 naik bot buat apa.. flight ticket baru berapa je dr myanmar..

lawak awak sgt menjadi ..cuba lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2015 03:28 PM | Show all posts
kesimpulan,
ada lebih 24 kem tahanan, semuanya dikuasai puak-puak orang tengah yang berlainan.
ada orang thai jadi ketua, fungsi untuk mengenal pasti laluan selamat dari sempadan myanmar ke sempadan malaysia, mungkin berasak-asak dalam bas, lori. juga mempunyai akuan bank bagi membolehkan keluarga tahanan di myanmar memasukkan duit. dah tentu kaum keluarga tahanan membuat phone call kepada ketua sindiket, dah boleh trace kat sini siapa pemilik bank akuan dan pemilik telefon disini.

keduanya ahli sindiket mungkin merekrut orang rohingya sendiri, untuk tujuan alih bahasa sebab mereka bercakap bahasa berlainan, atau mungkin dikuasai orang rohinya sepenuhnya pun mungkin juga, sebab laporan sebelum ini menyatakan kubur ditemui ikut arah kiblat, dan mayat ditanam bersama kain kafan. Jika semua orang Thai saja, mungkin mayat ditanam begitu sahaja tanpa arah dan tanpa kafan, seperti tanam kucing mati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2015 03:41 PM | Show all posts
wasini replied at 29-5-2015 07:23 AM
takda masa aku nak layan org malaysia timur

kebanyakkan mereka bodo bodo

ko ni spammer haritu kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 03:44 PM | Show all posts
betul la tuh... pandai sesangat ko...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah yang meroyan malaysia timur itu set2 suluk atau rohingnya??
Sentap semacam jah.. ummah malaysia yg hati molia just cakap kejam, kejam..xada ati perut..xpernah libat malaysia timur.. ni sampai libat malaysia timur??
Kalo yer...ya ammmmpunnnn..xsedar dirinya..dah merempat negara orang tu buat2 sedar diri la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.408470 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list