CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Cadangan tutup sekolah jika IPU 150 bukan 200 pg#6

[Copy link]
Post time 14-9-2015 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga replied at 14-9-2015 08:30 PM
mod dah ready dah ... nampak jer kelibat hajah labia .. teruih kane pancong teruih

Hahahaha....
Tak sempat aper2 pon...baru nk masuk gear...
Hjh labia da arwah..

RIP...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
samperit replied at 13-9-2015 12:51 AM
IPU 136 skng ni pon dah terseksa...ni pulak 200 nnt

Tak ingat tahun bila 2012 ke 2013 ada sekali jerebu sampai 200 mmg sekolah di KL ni tutup. And yup mmg sgt sgt sgt seksa nak compare dgn below 150 ni. I di dlm rumah sampai kena letak kain basah dkt bwh pintu elak asap masuk. I harap tahun ni takde la teruk mcm tu lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:32 PM | Show all posts
Guru Besar sekolah dah announce, anak2 yg sudah mula tunjuk simptom2 nak demam, sakit tekak, mata pedih, tak perlu ke sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut cecah 150 dh kne tutup sekolah.. Kesian budak2 antibodi pn bkn kuat sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk tunggu 200 bru nk tutup sekolah. Skrg ni pun dh pedih mata, drive pun payah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bacaan IPU pada jam 9.00 mlm, Banting sudah 196.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2015 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mlm ni makin teruk kan...
nak ponteng sekolah ke idak esok
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Area Cheras bacaan dah 165.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 10:50 PM | Show all posts
aku jalan kejap pergi balik dari kereta-ofis pun mata dah berair, kepala berdengung.
imagine orang yang memang kena bekerja di luar sepanjang masa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 10:51 PM | Show all posts
anarina replied at 14-9-2015 09:14 PM
Tak ingat tahun bila 2012 ke 2013 ada sekali jerebu sampai 200 mmg sekolah di KL ni tutup. And yup ...

makin teruk adelah bkn makin reda
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi x hujan lebat...selagi tu takkan reda jerebu ni.setakat kul 10 lbh td..area bt muda dh cecah 190++..kt bt caves lg teruk.aku duduk gombak ni kureng sket la..sket.anak aku aku dh cutikan arini.aku pakai mask pun mata still pedih..tgh tunggu kot2 pengetua nk bg cuti.huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 11:11 PM | Show all posts
Bacaan ipu makin meningkat nampaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 11:16 PM | Show all posts
KENYATAAN AKHBAR BERKAITAN PENJAGAAN MURID SEMASA FENOMENA
14 September 2015


KENYATAAN AKHBAR

BERKAITAN PENJAGAAN MURID SEMASA FENOMENA





Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius akan perkembangan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini dan sentiasa memantau status terkini bacaan IPU kawasan-kawasan yang bacaannya melebihi 100. Pihak sekolah perlu menghubungi ibu bapa  murid-murid yang menghadapi masalah kesihatan semasa di sekolah akibat fenomena jerebu serta merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau klinik kesihatan berdekatan.



Berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan pihak sekolah perlu memberhentikan segala aktiviti-aktiviti luar bilik darjah bila bacaan IPU melebihi 150.  Kawasan di mana bacaan IPUnya melebihi 200 sekolah-sekolah perlu ditutup. Pihak Guru Besar dan Pengetua perlu memaklumkan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri sekiranya sekolah perlu ditutup.



Semua Guru Besar dan Pengetua diingatkan supaya sentiasa memantau bacaan IPU di kawasan masing-masing melalui aplikasi telefon bimbit MyIPU atau melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (www.doe.gov.my). Pihak pentadbir sekolah perlu akur kepada Surat Siaran yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan jerebu bertarikh 7 Ogos 2013 (Rujukan: KP/KPPM/7/(18)) dan juga surat siaran berkaitan Langkah Penjagaan Kesihatan Murid Semasa Cuaca Panas ( yang telah dikeluarkan pada 26 Februari 2014 (Rujukan: KP(BPSH-SPDK)201/005/02Jld.5 (31) yang masih berkuatkuasa.





Kementerian Pendidikan Malaysia

14 September  2015

Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
banting stakat ni da 198 da..sok skolah dh di arahkan ttup.. parents2 pon ptotnye xyh tnggu skolah d arahkan tutup da tau cuaca x elok xyh soh anak g skolah.. anak2 aku mmg x g skolah arinie dok dlam umah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 11:43 PM | Show all posts
anak2 sedara aku .. aku bajet esok mesti tak sekolah.masing2 ada asthma lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 01:39 AM | Show all posts
Berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan pihak sekolah perlu memberhentikan segala aktiviti-aktiviti luar bilik darjah bila bacaan IPU melebihi 150.  Kawasan di mana bacaan IPUnya melebihi 200 sekolah-sekolah perlu ditutup. Pihak Guru Besar dan Pengetua perlu memaklumkan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri sekiranya sekolah perlu ditutup.

Kelas-kelas/bilik darjah dalam Mesia yang mana tak pakai kaedah pengudaraan semulajadi...?
Takde guna pun kalau paras melebihi 150, aktiviti luar sahaja yg diberhentikan.... luar kelas dan dalam kelas tetap sama.
Melainkan kelas ko ada aircond dan pintu tingkap tertutup rapat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2015 01:41 AM | Show all posts
Kalau bacaan 250 kat luar sana, dalam kelas pun sama jaa.
Bezanya, kat luar nampak jerebu teruk sebab depth of field view boleh sampai hujung dunia.
Dalam kelas takat sampai dinding belakang jaa... tu pasal nampak tidak seputih kat luar sana.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 02:49 PM | Show all posts
lavabersih2.8 replied at 14-9-2015 01:47 PM
wa mai mekah urus hotel wa kat sini la..hotel penuh jadi boss kena turun la tgk2 apa yg patut..

...

oh...bukan buat haji lah. bg lava pi sana untok uruskan masaalah. sifu bg lava kan ada kat sana....tak boleh handle kah?jgn lupa kirim salam akak pada haji keranggg


@lavabersih3.ten






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2015 09:32 AM | Show all posts
ADUN: Tutup sekolah bila IPU 150, bukan 200


Penutupan sekolah patut dibuat apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai paras tidak sihat dengan bacaan 150, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Ng Tien Chee

Sekarang ini, guru besar atau pengetua hanya diberi kuasa memberikan cuti jika paras pencemaran udara memasuki tahap sangat tidak sihat dengan bacaan IPU 200.

“Guru besar seharusnya diberi kuasa untuk memutuskan adakah sekolah tersebut patut beroperasi seperti biasa atau sebaliknya sekiranya API di kawasan tersebut mencecah 150 dan bukannya 200 seperti yang telah diumumkan sebelum ini,” katanya.

IPU antara 0 dan 50 dikategori baik, 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 adalah tidak sihat, 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat dan 300 ke atas adalah berbahaya.

Semua sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka diarah tutup hari ini.

Arahan itu dikeluarkan ketika kualiti udara akibat jerebu bertambah buruk malam tadi, yang menunjukkan kualiti udara di Kuala Selangor mencecah paras bahawa dengan 207 mata.

Manakala di tempat lain dalam lingkungan 170.

Kementerian Pendidikan semalam dalam kenyataannya menyebut sekolah di kawasan yang mencatat IPU lebih 200 perlu ditutup.

Kementerian juga mengarahkan pemberhentian segala aktiviti di luar bilik darjah apabila IPU mencatatkan angka melebihi 150.

Ng bagaimanapun hari ini menyambut baik keputusan kementerian yang mengambil langkah itu semalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.189394 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list