|
Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)
[Copy link]
|
|
bestnya cerita Sue tu
terus setia menanti sambungannya
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Shuji_Okishima at 24-10-2023 05:50 PM
Saya sentiasa doakan TT sihat dan semuanya baik2 aje. Hari2 check dengan harapan yang menggunung tinggi, akan ade la update. Jangan lama2 ya TT |
|
|
|
|
|
|
|
Halu tt..ok ke? Selalu tunggu update thread nie. |
|
|
|
|
|
|
|
Hai TT.. Masih setia menunggu TT kembali bersiaran lagi. Semoga semuanya baik2 aje.. |
|
|
|
|
|
|
|
Shuji_Okishima replied at 5-11-2023 12:19 AM
Hai TT.. Masih setia menunggu TT kembali bersiaran lagi. Semoga semuanya baik2 aje..
Sorry..tertekan report...maafkan saya |
|
|
|
|
|
|
|
mana sambungannyaaaaa...sedihnya..
Dammerung pun thread dia dah tenggelam.. |
|
|
|
|
|
|
|
fuhh..seram makhluk tu, bukan dari kalangan jin. sebab menggunakan lidah dan mencederakan orang
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapo la porummers yg pndai n brbakat mngarang citer seram dr redit yer..buka lah thread 1 lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
LAMA NYER TUAN UMAH XMASUK |
|
|
|
|
|
|
|
Farnor replied at 26-11-2023 02:07 AM
Siapo la porummers yg pndai n brbakat mngarang citer seram dr redit yer..buka lah thread 1 lagi..
Itula kan. Btw tadi tertengok tadi kat TT cerita hantu dari reddit terua teringat thread nie |
|
|
|
|
|
|
|
Nozot replied at 5-12-2023 07:18 PM
Itula kan. Btw tadi tertengok tadi kat TT cerita hantu dari reddit terua teringat thread nie
Yes nozot..if ada porummers yg brbakat dlm penulisan senang sikit..skurang2nya boleh lah ada second backup mihahaa..dgn buka benang baru..hehe. Eh! ada ke crita seram kat ttok atau ambil dr sini melalui terjemahan? |
|
|
|
|
|
|
|
Farnor replied at 8-12-2023 07:34 AM
Yes nozot..if ada porummers yg brbakat dlm penulisan senang sikit..skurang2nya boleh lah ada secon ...
Original from reddit tapi kan cari balik tak jumpa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hi semua lama tak bersiaran di sini. terlebih dulu I nak mintak maaf sebab lama sangat dah tak update thread I ni. I sbnrnye kena tukar tempat keje, jadi I agak sibuk sikit. tapi jangan bimbang, I akan cuba habiskan jugak kisah Suzzane ni.
I pun nak mintak maap awal-awal tau kalau selepas I ni lambat sgt update ke ape ke. tapi I sayang thread ni , dan I pun masih lagi nak perbaiki bahasa Inggeris I. Insya Allah walau lambat I akan cuba update jugak thread ni.
Enjoy the stories!
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 6-1-2024 05:34 PM
Pejabatku Berhantu Bahagian 9
Korang ingat lagi tak Leon Lai?
Hujung tahun, jabatan aku terlibat dengan penilaian akhir tahun yang akan menentukan bonus dan kenaikan gaji tahun hadapannya. Setiap jabatan kena bentangkan statistik dan pencapaian masing-masing termasuklah unit aku. Untuk unit aku, Mr C yang kena buat tapi Mr C mintak Jacky tolong dia siapkan pembentangan tu. Mungkin sebab Jacky tu memang ada ijazah dalam bidang perniagaan kot, aku cuma ada ijazah kesusasteraan bahasa Inggeris je, sebab tulah Mr C pilih Jacky kot. Jadi ada malam-malam tu, aku sorang je kat luar, tengok Mr C dan Jacky berbincang dan menaip perbentangan tu dalam bilik Mr C.
Satu malam tu, tengah tak sibuk, semua pertanyaan dah terjawab, aku bosan-bosan keseorangan di pejabat tu, apabila tiba-tiba, PING! keluarlah satu mesej dari komputerku. Sistem komputer syarikat aku ni ada apps dalaman IM (instant messaging) yang mana kakitangan dalam tu boleh hantar chat pendek pada rakan-rakan satu syarikat yang lain, dan chat tu akan terpadam sendiri lepas log keluar dari komputer tu. Setiap komputer ada nombor komputer, nombor komputer tu lah yang jadi ID chat tu.
321 : Hai Sue, ingat lagi I tak?
401 : Errr maaf awak ni sape ye?
Sebenarnya aku pun tak penah guna sistem chat tu sebab bertiga je dan aku pun tak kenal sesiapa kecuali Angeline, Mr C dan Jacky.
321 : Ala takkan tak kenal kot? Kita pernah terserempak dalam lif dulu
401 : Leon ke ni??
321 : *emoji senyuman*
Malam yang membosankan bertukar ceria dan berbunga-bunga. Begitu asyik aku berchatting dengan Leon malam tu
401 : Leon, kenapa hari tu awak taknak masuk lif?
321 : Seganlah, bos awak ade. Bos awak tu garang tau
Aku tertawa kecil
321 : Sue, lama la tak jumpe u. I rindu
321 : Jom la datang tempat I. Kita sembang berdepan
401 : Ala Leon, u lah naik sini.
Sebenarnya aku masih takut nak ke mana-mana berseorangan sejak peristiwa di tandas tu tapi aku taknak kasi alasan tu pada Leon
321 : Bos u ada kan? Nanti bos u marah
401 : Ala, kita jumpe kat tangga. Nak tak?
321 : U dah alang-alang macam tu, u terus turun ke tingkat I la.
321 : Jumpa I kat sini
321 : Ofis I kosong. I sorang je *wink emoji*
Aku menjeling ke arah pejabat Mr C. Mr C dan Jacky terlalu ralit dengan kerja mereka. Aku berkira-kira jugak, kalau aku takde pun diorang tak perasan kot.
401 : Ok Leon. I turun bawah sekarang.
Nasib baiklah aku ada bawak bedak kompak bercermin dan lip balm berwarna tu. Lepas aku berdandan sikit-sikit, aku pun senyap-senyaplah menyelinap keluar dari pejabat aku tu. Aku turun ikut tangga, sebab satu tingkat je kan. Lepas tu aku pun berjalan ke arah pintu masuk unit Leon di aras 3 tu.
Tapiiii...... pintu masuk Leon tu berkunci la pulak. Ruang pejabat Leon pun gelap je tapi aku nampak ada satu sudut tu komputernya masih bercahaya. Tu mesti Leon tu.
Pintu unit Leon pun macam pintu unit aku jugak, kena pakai kad akses untuk masuk. Aku mengetip kad aksesku tapi teeeettttt! Tetap tak boleh masuk jugak. Eh pelik setau aku kad akses aku ni boleh digunakan di setiap pintu automatik di syarikat ni. Aku cuba berkali-kali tapi tetap tak berjaya.
Aku ketuk-ketuk pintu kaca tu, cuba nak panggil Leon. Tapi Leon macam tak dengar. Tak taulah kenapa malam tu aku macam terdesak sangat, mungkin geram kot, dari mengetuk aku sampai goncang-goncang pintu tu tetap nak masuk jugak. Pintu dah bergegar pun Leon tetap tak berganjak dari kerusi dia.
"Cik, cik. Cik buat apa kat sini?" kedengaran suara seorang lelaki menegur aku. Aku berpaling, oh rupanya seorang pengawal keselamatan. Tapi budaknya muda lagi, bukan pengawal sebelum ni. "Saya nak jumpa kawan saya. Kawan saya ada dalam tu". Pengawal tu menjenguk-jenguk melalui pintu kaca unit tu. "Errrr cik, mana ada sapa cik dalam tu, gelap je".
"Eh awak tak nampak ke tu ada komputer yang masih terpasang tu?"
"Kat mana cik?"
"Tu kat sudut sana tu? Buta ke takkan awak tak nampak?" dengan sedikit marah aku guna jari aku tunjuk komputer tu.
Mata pengawal yang dah memang sepet tu bertambah sepet cuba mencari komputer apa yang terpasang dalam tu. Sekali sekala dia tergaru-garu kepalanya. Tetiba aku dapat satu idea.
"Ha awak mesti ada kunci untuk semua pintu dalam bangunan ni kan? Cuba awak bukak pintu ni".
Pengawal itu menggeleng-gelengkan kepalanya. "Eh cik, mana boleh masuk unit orang sesuka ati cik. Salah tu".
"Ah saya tak kira. Saya nak masuk jugak. Bak sini kunci tu", aku sampai menghentak-hentak kaki macam budak kecik.
Pengawal tu mengambil setapak ke belakang. Dia macam terkejut tengok perangai aku. Tak taulah apa dia nampak kat muka aku ni, tapi aku lihat tangan dia mula menggenggam cota yang terikat di pinggang dia.
"Errrr saya baru teringat, saya tertinggal kunci saya kat kaunter. Saya pegi amek sekejap ye." Pastu pengawal tu pun berlari ke tangga, tapi dia tak turun sebaliknya dia berlari naik ke tingkat atas.
Sekali lagi aku berseorangan di aras tu. Aku berpaling kembali melihat ke dalam unit Leon tu, pandangan mata aku hanya tertancap pada cahaya yang melimpah dari skrin komputer yang terpasang sedangkan keseluruhan unit tu gelap gelita. Hanya komputer itu satu-satunya sumber cahaya dalam kegelapan pejabat itu. Aku begitu leka memerhatikan cahaya itu sampai aku tak sedar Mr C , Jacky dan pengawal tu dah turun.
"Sue", Mr C menyentuh bahu aku. Aku tersentak, aku terasa macam dikejutkan dari tidur dengan kasar. "Awak buat apa kat sini? Awak kata nak jumpa kawan?".
"Aah ye, tu kawan saya..." aku menunjuk ke arah pejabat Leon tetapi, eh kenapa gelap je? Komputer tadi pun dah tak dipasang lagi.
"Mana ada orang dalam tu Sue. Dah jom naik atas. Dah pukul 3 dah ni." Bila Mr C tengok aku masih tak berganjak dan terpinga-pinga je, Mr C pun ambil tangan aku dan bawak aku pergi dari situ. Ini pertama kali Mr C pegang tangan aku tapi aku tak rasa apa pun. Dalam fikiran aku masa tu, mana pegi Leon? Kan Leon dah janji nak jumpa aku?
Dalam lif pun Mr C masih pegang tangan aku dan aku biarkan je. Aku terdiam dan termangu macam orang bodoh, Jacky tanya aku macam-macam tapi aku pun cuma setakat ye tidak je. Sesampainya kami di aras 4, Mr C suruh aku duduk dalam bilik dia. Aku dengar Mr C macam ada cakap pasal aku dengan Jacky, tapi aku macam tak heran. Sampailah Jacky hulurkan aku secawan teh, lepas aku minum teh tu baru aku rasa macam segar semula.
Mr C kan garang, sepatutnya malam tu Mr C mesti dah bebel kat aku macam-macam tapi entah kenapa Mr C tak cakap ape pun malam tu. Dan malam tu pun berakhir macam malam-malam biasa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 6-1-2024 05:30 PM
Pejabatku Berhantu Bahagian 10
Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun baru. Bulan Februari, dah selesai dah sesi penilaian. Syarikat mengumumkan yang tahun lepas berjaya mencatatkan keuntungan yang tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Maknanya semua pekerja akan dapat bonus tapi bonus tu akan diberi semasa perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada pertengahan bulan Mac nanti.
Pada hari pengumuman bonus tu, unit aku dijemput oleh Pakcik M untuk ke satu majlis makan-makan kecik sikit kat bahagian gudang. Aku Mr C dan Jacky pun pegilah turun bawah. Nama je makan-makan kecik tapi macam-macam jugak makanan yang disediakan oleh unit Pakcik M. Mr C ni memang rapat kot dengan Pakcik M, malam tu aku tengok Mr C kemain lagi bersembang dengan Pakcik M, ceria betul Mr C, boleh dikatakan gelas dia tak pernah kosong la ada je orang tuang arak untuk dia.
Aku dan Jacky tak kenal sesiapa pun dalam gudang tu kecuali Pakcik M. Dah kenyang melantak Jacky cuit lengan aku, "Sue, jom kita naik. Aku ngantuk lah". Aku kerling jam di tangan dah masuk pkl 3.42. Mr C masih bergelak ketawa dengan Pakcik M. "Bos kitorang naik dulu ye", aku mintak izin bos nak undur diri, Mr C cuma lambai-lambai tangan je.
Sesampainya kami di aras 4, Jacky pun terus menuju ke katil dia yang bawah meja tu. Mengantuk betul Jacky ni. Aku pulak masih segar bugar lagi, tak tau nak buat apa aku pun godek-godeklah komputer aku tu. PING! Muncul satu chat, dari ID 321
321 : Sue.....
Mula-mula aku tak hiraukan dan aku padam je chat tu. Tapi PING! PING! PING! Bertalu-talu masuk mesej dari Leon
321 : Sue I mintak maaf
321 : Sebab bos you ada
321 : I terpaksa sembunyikan diri
321 : I bukan sengaja nak mungkir janji
321 : Sumpah Sue, I memang nak jumpa U malam tu
321 : Tapi bos U, bos U tak suka I
Chat terakhir tu menarik perhatian aku.
401 : Kenapa bos I tak suka U
401 : U kenal ke bos I tu
321 : Siapa tak kenal bos U
321 : Sebenarnya, bos U yang halang I dari berkawan dengan U
Ha Mr C? Tapi kenapa? Aku tak paham kenapa Mr C nak menyibuk dengan hal peribadi aku.
401 : U nak tuduh bos I ke?
401 : Kenapa pulak dia nak halang I berkawan dengan sesiapa pun
401 : Sukati I la
Aku cuba memaksa Leon untuk berterus-terang, apa yang terjadi antara dia dan Mr C tapi Leon enggan. Cuma Leon cakap macam ni je kat aku
321 : Kalau U nak tau sangat, kita jumpa di bumbung. I akan terangkan semuanya
321 : Tapi U kene janji dengan I
321 : Jangan cakap kat sesiapa yang U nak jumpa I
Aku berfikir banyak kali jugak dengan permintaan Leon tu, tapi perasaan curiga mengatasi segalanya. Aku pun setuju nak jumpa Leon di bumbung.
Sebelum ni aku pernah cerita kan, bangunan aku ada 7 tingkat semuanya, tapi sebenarnya ada tingkat 8, tapi tingkat 8 tu cuma tingkat utiliti bukan ruangan pejabat. Lif akan berhenti di tingkat 7, dari tingkat 7 aku kena naik tangga naik tingkat 8 tu pastu kena ikut pintu keluar naik tangga sikit baru jumpe aras bumbung tu. Aku ingat lagi sebab dulu Angeline pernah bawak aku naik ke situ, saja nak tengok pemandangan. Bumbung tu pun sebenarnya adalah tempat helikopter mendarat untuk bos-bos. Tapi aku tak pernah naik situ sejak aku kerja shift malam ni.
Aku dengan senyap keluar dari pejabat tu, tanpa memberitahu Jacky pun yang tengah berdengkur bawah meja tu. Aku ambil lif ke tingkat 7. Malam tu aku rasa lif tu macam lambat sangat. Sebenarnya aku bukan nak sangat jumpa Leon pun, tapi aku lebih pada nak tau kenapa Mr C sangat tak suka pada Leon tu.
Aku pun sampai ke bumbung. Aku nampak Leon berdiri membelakangi aku di satu sudut bumbung tu. Walaupun malam tapi bumbung tu agak terang dilimpahi sinaran cahaya lampu di sekelilingnya. Lepas hampir setahun tak jumpa Leon, aku macam ragu-ragu jugak, eh betul ke ni Leon?
Aku masih berdiri di depan pintu. Aku jadi teragak-agak nak tegur Leon ke tak. Naluri kewanitaan aku mengatakan suruh aku pusing balik je, tapi aku dah sampai dan aku dah janji dah dengan Leon nak jumpa dia. Takkan aku nak mungkir janji pulak kan
Perlahan-lahan aku berjalan mendekati Leon. Agaknya Leon sedar kot kehadiran aku, dia pun berpaling dan melemparkan satu senyuman kepadaku. Aku terasa macam dalam babak filem romantik, bila 2 kekasih yang berjauhan bertemu semula.
Semakin aku menghampiri Leon, semakin aku perasan kenapa riak muka Leon macam berubah? Jadi macam keruh.
"Leon lama ke U tunggu I?"
"U datang sorang-sorang kan?"
"Yelah, kan I dah janji dengan U..."
"KAU TIPU!"
Tiba-tiba Leon mengherdikku. Nasib baiklah masa tu aku masih agak jauh dalam 2 meter dari dia, jadi sempatlah aku menghentikan langkahku. Aku jadi takut bila tengok muka Leon dari manis bertukar bengis.
"KAN AKU DAH CAKAP?? JANGAN CAKAP KAT ORANG LAIN KAU NAK JUMPA AKU!".
Aku dah menggigil ketakutan. Eh kenapa ni? Aku pandang sana-sini cuma kami berdua je kat sini. Leon nampak begitu marah sekali, dadanya berombak-ombak, kembang kuncup hidung dia. Dia seolah-olah macam dah bersedia nak menyerang aku.
Tiba-tiba, BANG! Bunyi pintu dibukak dengan kasar. "Sue !!!". Eh Mr C? Tanpa berfikir panjang aku pun terus berlari ke arah Mr C yang tengah berdiri depan pintu tu. Selepas aku melepasi pintu tu, Mr C terus tutup pintu dan tarik selak pintu tu. "Tapi Mr C kat luar tu ada orang". "Dah Sue awak jangan banyak tanya, turun je".
Dan rupa-rupanya Mr C bukan datang sorang, tapi bersama dengan Pakcik M dan seorang pengawal keselamatan jugak. Kami berlari turun tangga , di pintu lif rupanya dah bersedia seorang lagi pemuda, mungkin staf Pakcik M kot jaga pintu lif tu dari tertutup. Sejurus je kami masuk, pemuda tu terus tekan tingkat B, aras Pakcik M.
Bila nampak Leon jadi macam tu, aku dah bertekad, lepas ni memang aku takkan berhubungan dengan Leon lagi dah. Aku akan laporkan perbuatan Leon pada HR. Lantaklah dia nak kena pecat ke ape ke. Mr C aku tengok muka dia dah merah-merah, tak taulah dia penat ke, atau tengah menahan marah ke. Aku nak tanya jugak dia kenal ke Leon tapi aku rasa masa tu tak sesuai.
Dah sampai tingkat B, Pakcik M berbincang sesuatu dengan Mr C, dalam bahasa diorang yang aku tak paham tulah. Pastu baru aku teringat, "Mr C, Jacky ada kat tingkat kita. Dia sorang-sorang je kat sana". Barulah kitorang semua tersedar pasal Jacky. Aku dan Mr C pun kembali ke tingkat kami. Eh kenapa pejabat kami gelap gelita ni?
Mr C tengok suis di dinding dah ditutup, maksudnya bukan keputusan elektrik. "Awak ke yang tutup lampu ni?", aku menggelengkan kepala. Jacky kan kerdil, tangan dia mana sampai nak tutup suis tu. Mr C pun bukak lampu dan kami menuju ke 'katil' Jacky. Mr C selak tirai Jacky, kami nampak seluruh badan Jacky menggigil-gigil. Tapi bukan menggigil kesejukan.
Mr C sentuh lembut bahu Jacky, Jacky macam tersentak. Masa tu Jacky baring membelakangi kami, kain selimut dia tersingkap sampai ke buku lali. Bila Mr C sebut nama Jacky barulah Jacky berpaling tengok kami. Muka Jacky pucat ditoreh pun tak berdarah.
Jacky terlampau menggigil tapi bila Mr C tanya kenapa, dia taknak cerita. Aku selimutkan Jacky, Jacky cuma cakap kat aku, "Sue, kan kita dah janji, kita takkan tinggalkan masing-masing bersendirian kat sini?". Aku dihurungi rasa bersalah. Walaupun aku tak tau kenapa Jacky jadi macam tu, tapi aku rasa macam ni suma salah aku.
Malam tu, Mr C hantar Jacky balik rumah. Aku pulak ditinggalkan di gudang bersama Pakcik M. "Dengar sini, Sue. Awak jangan sesekali nak pegi mana seorang diri. Ni amaran terakhir untuk awak", aku cuma mampu tertunduk mendengar amaran keras dari Mr C.
Esoknya, Jacky diberikan cuti sakit sampai 2 minggu. Aku kembali berdua bersama Mr C, dan rupa-rupanya, itulah minggu terakhir aku bekerja di situ...
Bersambung
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih.. semakin menarik cerita ni. Tak sia2 tunggu lama
|
|
|
|
|
|
|
|
Finally TT is back! Thank you TT |
|
|
|
|
|
|
| |
|