CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Aishah_Humaira

[Penulis] Norhayati Berahim (merged with pu3alia)

[Copy link]
Post time 23-11-2011 11:19 AM | Show all posts
buku dia mesti tebal kan...and repetitive...
i klu nak beli/baca novel, i will avoid yg tedal2 takkisah dr author mana pun sb setakat ni semuanya menghampakan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2011 02:09 PM | Show all posts
Reply 1384# ajut

akak, terima kasih atas perlawaan itu...
skrg ni dah hilang mood nak baca citer ni...
mungkin kalau mood tu dtg balik mungkin boleh pinjam kt akak balik
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 11:24 PM | Show all posts


HARGA : RM 20.90 - SEMENANJUNG / RM 23.90 - SABAH / SARAWAK

SINOPSIS :

“ENTAHLAH MARIA... sampai bilalah aku mahu menjadi seperti ini? Sampai bilalah aku mahu terperangkap dalam tubuh seorang lelaki yang aku cipta sendiri? Aku dihina kerana fizikal aku. Bahkan kau tahu bukan, orang yang aku sayangi sanggup mencerca dan menjatuhkan air muka aku sampai begitu sekali.

”Sudah bertahun-tahun Maria cuba mengubah Zulfa, namun nyata masih lagi gagal. Zulfa tidak akan berubah dengan paksaan. Dia yakin suatu masa nanti, gadis itu akan menjadi gadis yang sejati. Akan berubah dengan kehendaknya sendiri.



p/s: kwn2 yg sudah baca kasi review ye.tq
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 09:36 PM | Show all posts
mmg ambik masa lama nak habiskan menunggu keretapi ni, dah lama x beli novel NB ni, beli sebab tertarik dkt tajuk dye, kesimpulannya boleh lah baca, nak ulang tu tak lah rasanya...tp lain orang lain citarasa
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2011 08:00 PM | Show all posts
willy dah lama berhenti baca karya NB ni..last rasanya baca layang2 bertali kaca kot.
tak minat betul dengan tajuk2 NB ni.dulu masa dengan creative ok je tajuk2.
pada willy tajuk pun main peranan gak,contoh macam Menunggu Kereta Api,Sejam RM2.50,Setiap Jumaat..aduhai merepeknya.
lagi satu nama watak dalam novel,NB skarang byk sangat letak nama pelik,tak ingat novel apa ada watak nama Daun dan lagi satu,anak heroin nama Magnolia.
kalau macam nama Widad dalam HYL kan sedap,tak terlalu pelik dan ringkas saja.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 11:02 AM | Show all posts
willy dah lama berhenti baca karya NB ni..last rasanya baca layang2 bertali kaca kot.
tak minat bet ...
willy_wonka Post at 5-12-2011 20:00



   hope NB tak kecil ati kan, min pun peminat tegar dia   tapi bila citer tetebal sgt, cover suram, asek muka famili jer, hilang napsu gitu nak beli novel nb
   karya nb sumer tebal mahai...tu yg mcm pikir nak beli
   tajuk pelik aje
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2011 12:14 PM | Show all posts
kak yati kena wat something..kalau tidak nnt akan hilang peminat. Jangan terlalu kerap keluar buku. Fikirkan kualiti, bukan kuantiti. Rindu dengan sentuhan emas karya-karya kak yati bersama CESB dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 01:49 PM | Show all posts
Reply 1387# AzzaleaKhaliq


setuju....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2011 02:28 PM | Show all posts
Reply 1387# AzzaleaKhaliq

tu la pasal...
sejak kak yati ada sykt penerbitan sendiri, mijot pun perasan kak yati terlalu kerap keluarkan karya baru...
dalam setahun boleh sampai 3/4 buah buku kak yati..
lepas tu, jalan cerita adalah hampir sama setiap novelnya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 12:11 AM | Show all posts
dah baca menunggu kereta api..bagi 2.5 bintang je

maaflah ana dah rasa kurang nak beli novel kak NB ni.

page 136 ada ayat tergantung.'sedangkan bagi karina,kak shima sangat....{:4_229:}

terus melangkau ke part 30
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 02:52 PM | Show all posts
baru dapat novel NB, cinta jangan kau pergi...
dan baru nak mulakan pembacaan
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 04:20 PM | Show all posts
NB terlebih produktif... setahun sampai 3,4 novel dah le tebal giler lak tuh... las2 bila baca macam ulang2 balik mende yg sama jep... dah rasa bosan baca novel dia lately tapi yang sakitnya ati akak tetap beli... sadissss betull...  lepas ni rasa nak buat derk jep kalu NB kuar novel baru... bolehhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 10:13 PM | Show all posts
tadi masa belek page yang ada info semua tu, novel cinta jangan kau pergi dah cetakan 5 - november 2011...
maknanya novel ni pernah diterbitankan lama lah kan...
cuma diberi cover baru kt NB kara...
betulkan kalau silap...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 12:32 AM | Show all posts
Reply 1393# mijot

ha ah betul tu... novel ni pun akak  beli 2nd hand kat forumer dalam ni gak... dulu kaver dia lain... tapi pasal ekk seme kaver novel NB la ni amik che somi n anak dia... macam tak sesuai jep, maybe nak jimat kos kot...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 02:55 PM | Show all posts
cinta jangan kau pergi - NB
3 bintang

kesimpulannya edisi boleh baca sbb bukan terbitan NB kara (diberi cover baru oleh NB kara) dan tak tebal sangat...jika kita baca sinopsis, fokus utama kat watak utama iaitu zulfa, tapi bila dah membaca fokus citer ni lebih kepada  watak sampingan seperti dr. sufian dan qosim...

kisah mengenai zulfa, disebabkan dia ni berwatakkan tomboi, dia difitnah oleh orang yang dia bantu iaitu qosim...zulfa ni sebenarnya suka kt qosim ni....abes belajar zulfa balik mesia dan bekerja sebagai penyelidik bunga di CH...

kisah lain, kisah dr. sufian yg asik kerja 24jam, abaikan isteri dan anak...tetapi bila dia kehilangan isteri dan anak2nya, baru dia rasa menyesal....kisah si qosim ni, dia jenis mata duitan dan muka tebal...tak malu minta kat orang...dan dua-dua laki ni ada lah berkaitan dengan zulfa...tapi dua2 watak lelaki ni sangat menjengkelkan bila baca...memang mengamuk betul dgn qosim yg bermuka tebal minta sponser kt zulfa tapi fitnah zulfa depan2 zulfa...dr sufian pulak, percaya dgn fitnah yg dilemparkan kepada zulfa tanpa menyiasatnyanya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 08:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by chit_ana at 26-1-2012 20:36

novel terbaru norhayati berahim bertajuk Dari Milan Ke Maran bulan februari baru ada kat pasaran




“Kau mengkaji mafia?”
“Dulu aku pernah berangan nak jadi mafia tau.”
Kah kah kah… Di malam yang sudah hampir mencecah pagi itu, kedengaran suara Sharmin ketawa terbahak-bahak. Geli hati sungguh dia membayangkan Moon menjadi mafia.
“Kurang ajar! Asal kau ketawakan aku?”
“Lawaklah. Tengok kau punya jalan pun aku rasa mafia dah tendang kau!”
Sharmin terus-terusan ketawa. Moon hanya menelan ludah. Mahu dimarah Sharmin, dia juga yang bersalah. Berangan yang bukan-bukan.
“Sudahlah. Ketawa macam orang gila saja.”
Moon separuh merajuk. Sekali lagi rambutnya yang terjuntai dikuisnya sambil menghirup teh yang semakin sejuk.
“Kalau tak silap aku, mafia diambil daripada perkataan mafioso; iaitu peria terhormat, kan maksudnya?”
“Ya.”
“Tapi, kau tu lelaki ke?”
Mata Moon terbeliak. Geram dan dadanya seperti dihentak dengan belati yang keras dek ucapan mulut Sharmin yang maha tajam.
Mendadak dia mentafsir dirinya sendiri!

DARI MILAN KE MARAN / NORHAYATI BERAHIM

ISBN 978-967-5229-33-6
Harga :- Semenanjung – RM32.90   Sabah / Sarawak – RM35.90

p/s: kawan2 yg sudah membaca...plz kasi review ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2012 08:35 PM | Show all posts


ASYIK SANG PUTERI / NURASIKIN ARSAD

Membantu Puteri untuk menjadi seorang puteri bermakna membenarkan Puteri menjadi milik Tengku Mirza... Ah! Tak mungkin!!!

Puteri ni pun satu, kenapalah Puteri terlalu bercita-cita mahu jadi seorang puteri? Isy! Susahkan orang betul! Sudah pasti Azrul tidak mampu memenuhinya walaupun Azrul membanting tulang seribu tahun sekalipun...

Marah Azrul entah kepada siapa. Yang nyata, Azrul benar-benar tidak mahu kehilangan Puteri. Azrul sayangkan Puteri. Ya... terlalu sayangkan Puteri walaupun Puteri sendiri masih tidak tahu.

ASYIK SANG PUTERI / NURASIKIN ARSAD

ISBN 978-967-5229-32-9

Harga :- Semenanjung – RM21.90  Sabah / Sarawak – RM24.90
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 08:55 PM | Show all posts
DARI MILAN KE MARAN / NORHAYATI BERAHIM

ISBN 978-967-5229-33-6
Harga :- Semenanjung – RM32.90   Sabah / Sarawak – RM35.90


tgk harganya...
sapa dah baca sila kasi review...
takut menyesal beli, mahal sggh
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 12:46 AM | Show all posts
mak aiiii rege tak menahan... nunggu yg 2nd hand je la gamaknyer...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 04:39 PM | Show all posts
Reply 1396# chit_ana


    tu dia rege..tahap tak hinggat...seremmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055004 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list