CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Soal Jawab Agama

   Close [Copy link]
Post time 16-12-2009 01:10 PM | Show all posts
NAK TANYA kalu period bole ke baca surah al-waqi'ah contohnye dari mula sampai abis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2009 09:20 PM | Show all posts
salam,
Saya nak tanya apakah hukum membaca doa akhir dan awal tahun hijrah seperti yang diamalkan oleh kebanyakkan masyarakat?

Terdapat kekeliruan apabila saya terbaca segmen bincang agama didalam laman web akhbar utusan yang menyatakan bahawa antara amalan yang tidak disebut didalam mana-mana hadis sahih adalah seperti amalan membaca doa akhir & awal tahun dan ia adalah amalan yang diambil dari hadis maudhu' (palsu).

Sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2009 09:23 AM | Show all posts
salam,
Saya nak tanya apakah hukum membaca doa akhir dan awal tahun hijrah seperti yang diamalkan oleh kebanyakkan masyarakat?

Terdapat kekeliruan apabila saya terbaca segmen bincang agama didala ...
areneep Post at 17-12-2009 21:20


bac tetapi jangan nisbahkan ia sebagai sunnah nabi s.a.w.
anggap seperti berdoa sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 09:39 PM | Show all posts
NAK TANYA kalu period bole ke baca surah al-waqi'ah contohnye dari mula sampai abis...
lindasam Post at 16-12-2009 13:10


Kalau hafal baca je lah... yang dipertikaikan ulamak kalau sentuh/pegang mushaf quran, itu pun khilaf ada pendapat yang membenarkannya...  atau kalau tidak hafal baca dari punca lain yang bukan mushaf...

dalil-dalilnya panjang lebar kalau nak dikemukakan... pendapat tidak membenarkan orang perempuan dalam haid membaca Quran tidak berlaku adil kepada manusia...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 12:52 PM | Show all posts
1383# ibnur


saudara ibnur,

kiranya seorang perempuan tu jika berjima' dgn suaminya pada malam hari.keesokannya sebelum mandi wajib, dia didatangi haid.,perlukah dia mengangkat hadas besar terlebih dahulu kerana berjima' atau tunggu sehingga kering haidnya?,kerna jika dia mandi hadas besar pun dia masih lagi dalam keadaan hadas besar?

tapi memang tak salah nak mandi,cuma nak tahu secara hukumnya?,terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2010 06:15 PM | Show all posts
1383# ibnur


saudara ibnur,

kiranya seorang perempuan tu jika berjima' dgn suaminya pada malam hari.keesokannya sebelum mandi wajib, dia didatangi haid.,perlukah dia mengangkat hadas besar te ...
Aliya2006 Post at 4-1-2010 12:52


kalau tanya hukum, kena tanya ustaz atau boleh cari website BAHEIS atau seumpamanya.  apa yang saya pernah dengar, kata mandi sekali sahaja untuk dua-dua, tapi ada pulak yang sedikit kata kena 2 kali.  ni memang kena konpemkan dengan orang perempuan.  ikut mana orang pompuan yang pandai bab ni dok buat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2010 11:15 PM | Show all posts
Assalamualaikum...

Baru-baru ni saya telah ditimpa kemalanganng  kecil , kemudian dalam tempoh saya utk sembuh saya telah ber'sama' dengan isteri saya. Akibat dari kemalangan itu saya tidak dapat mandi junub kerana nasihat doktor. Dalam tempoh itu juga saya telah memotong kuku dan menyimpannya.

Malangnya semalam apabila saya hendak mandi wajib, saya gagal mencari kuku yg saya simpan. Kuku tersebut telah hilang.

Soalan saya macamana saya hendak mandi wajib sedangkan kuku yg saya potong telah hilang???. Tolonglahhhh......
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 07:44 PM | Show all posts
Assalamualaikum...

Baru-baru ni saya telah ditimpa kemalanganng  kecil , kemudian dalam tempoh saya utk sembuh saya telah ber'sama' dengan isteri saya. Akibat dari kemalangan itu saya tidak dapat m ...
mat_tempe Post at 12-1-2010 23:15


tak perlu mandi wajibkan kuku, yang wajib mandi tuan punya badan sahaja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2010 11:39 AM | Show all posts
1387# mat_tempe

hehe.....betui2, takyah carik kuku tu....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 05:03 PM | Show all posts
1383# ibnur


saudara ibnur,

kiranya seorang perempuan tu jika berjima' dgn suaminya pada malam hari.keesokannya sebelum mandi wajib, dia didatangi haid.,perlukah dia mengangkat hadas besar te ...
Aliya2006 Post at 4-1-2010 12:52


menurut Dr Zulkifli Al-Bakri, kedua-duanya boleh.

1. Mandi hadas utk jima' akan tetapi hadas besar tetap 'tidak terangkat' kerana hadirnya haid.

2. Mandi hadas selepas haid selesai, namun perhatikan jika hadirnya haid selepas masuk subuh atau sebelum, tuntutan solat disitu wajib diganti jika hadir haid selepas masuk waktu subuh dan dia belum tunaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 10:23 PM | Show all posts
Assalamualaikum,
Saya dpti disetiap hujung doa imam akan baca satu ayat dan org2 yg mendgr akan baca
( lebih kurang bunyinya ) minna wa minkum.....
Apakah makna dan tujuannya. Dan apakah ayat yg sebenarnya dibaca oleh imam dan makmum supaya dpt saya amalkan.
Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 01:15 PM | Show all posts
assalamualaikum kpd semua forumer,
ni nak tanya, kalau kita buat braces untuk merapatkan gigi yang jarang, boleh ke kita tanam/implan gigi palsu terus ye? sebab gigi yang jarang ni lambat betul nak rapat balik. doktor pun suggest suruh tanam je.

persoalannya, boleh ke saya tanam ye? nanti apa pulak effect nye? apa pula di sisi Islam kalau saya buat implan? harap ada yang dapat membantu, next appointment gigi bulan march ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2010 10:14 PM | Show all posts
1392# a.ceCCo


Tarikh Hantar Soalan :  31/03/2009 06:30 PM
Soalan :  Assalamualaikum

Saya ingin bertanya kepada ustaz apakah hukum orang yang memakai gigi tanam apabila meninggal dunia kelak, iaitu gigi kekal di cabut dan di gantikan dengan gigi tanam semasa hayatnya hidup, Adakah gigi tanam harus di cabut atau tidak..

Jawapan :  Wa'alaikumussalm wrt.
Harus memakai gigi palsu yang ditanam dan apabila meninggal dunia gigi tersebut tidak perlu dicabut.

Status :  Selesai - Paparan Web.
Nombor Rujukan :  PANEL SJAI (zAR) 010409
Tarikh Selesai :  01/04/2009 08:10 AM

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya pun doktor ada cadngkan supaya tanam gigi supaya gigi disebelahan tu lebih stable.  Tapi satu gigi dia kata RM7 ribu sebab impot dari Jerman.  Kalau Korea punya dia kata 3000....  
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 03:44 PM | Show all posts
1393# ibnur

oh! tima kasihhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 04:02 PM | Show all posts
assalamualaikum...nak tanya ni..pasal ya'juj & ma'juj dengan dajjal..mana yang keluar dulu..dajjal or ya'juj & ma'juj..sy dah jd keliru..

lg 1, boleh cerita sikit bagaimana wujudnya dajjal tu? sy carik di byk site dah..xjumpa jawapan yg sy nak tu..

Terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 04:05 PM | Show all posts
27# mnm77

apa maksud ada hal2 tertentu boleh menggugurkan kandungan... ada contoh x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2010 04:06 PM | Show all posts
Macamana boleh pasti kandungan tu cacat down sindrom? Sedangkan scan ultrasound untuk kesan jantina pun bukan 100% tepat (walaupun selalunya betul)

Anak adalah anugerah dan amanah Allah. Walaup ...
mnm77 Post at 26-9-2007 18:35


apa maksud ada hal yg membolehkan menggugurkan kandungan? ada contoh?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 02:40 PM | Show all posts
1397# azpat

kalau tahap kesihatan teruk dan boleh menyebabkan bala kepada ibu/anak, baru je boleh.. itu yang saya tahu lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 12:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by iena_kindaichi at 14-2-2010 00:02

nak tanyer pendapat yang arif....apa hukumnya kalau kiter buat injection vitamin C + collagen  atau placenta untuk kecantikan kulit....??  sebab dah kuar isu botox adalah haram...kalau yang jenis cengginie (vit C dan placenta) boleh ker....??
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 03:19 PM | Show all posts
salam,
apa hukum makan/minum di dalam masjid/surau/etc?

thanks in advance.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.056880 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list