|
Post Last Edit by Rorine at 20-4-2011 09:43
Hip Berita Harian
Rabu , 20 April 2011
Artis Astro Entertainment dekati pelajar sekolah
SEMPENA Kempen Sekolahku Hebat anjuran Astro Ceria saluran 611 di bawah Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), beberapa selebriti seperti Erra Fazira, Scha Alyahya, Jimmy Shanley, Lisa Surihani dan Shahir mendekati pelajar melalui sesi soal jawab secara terbuka di beberapa sekolah terpilih, baru-baru ini.
Menerusi sesi berkenaan, artis eksklusif AESB berkongsi pengalaman dan kejayaan sepanjang karier mereka bergelar artis selain menyentuh topik semasa dalam bidang muzik, seni, alam sekitar dan sosial. Perkongsian pengalaman ini memberi kelainan kepada norma seharian pelajar yang menimba ilmu akademik melalui kelas dan guru. Ia juga kaedah menarik ke arah menjana pemikiran dan idea kreatif pelajar.
Sekolahku Hebat ialah program genre realiti sebanyak 24 episod dengan durasi selama lima minit. Sekolah 慼ebat?dipilih berdasarkan pandangan kreatif pelajar mengenai lima perkara menarik mengenai sekolah masing-masing yang dihantar melalui e-mel. Artis berkenaan menyertai kempen ini dengan objektif mendekati komuniti tempatan amnya dan pelajar khasnya. Di Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku misalnya, pihak sekolah membawa Scha melawat kawasan persekitaran dan memperkenalkan dirinya kepada pelajarnya yang aktif dalam kegiatan luar kelas, terutama pasukan seragamnya.
Erra Fazira pula disambut meriah pelajar Sekolah Menengah King George V, Seremban, dan pada kesempatan itu, Erra sempat bermesra dan menyampaikan amanat supaya pelajar tidak terjebak dengan gejala sosial.
Manakala Jimmy Shanley dan Lisa Surihani pula begitu teruja kembali ke sekolah sambil mengimbau zaman persekolahan masing masing. Jimmy turut tampil lengkap berpakaian sekolah.
Pemenang Anugerah Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Shahir, yang berpeluang menemui pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Thomas, Kuching, pula banyak memberi motivasi dan petua untuk berjaya dalam peperiksaan sepanjang sesi soal jawab berlangsung.
Sejak Januari lalu, sebanyak tujuh sekolah dilawati selebriti AESB. Lisa dan Jimmy menyertai kempen ini di SK Bukit Beruang, Melaka pada 28 Mac, Shahir di SMK Saint Thomas, Kuching, Sarawak pada 21 Mac, Erra di SM King George V, Seremban pada 4 April dan Scha Alyahya di SK Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor pada 8 April.
Progam Kempen Sekolahku Hebat ini mendapat sokongan pihak Kementerian Pendidikan dan beberapa badan korporat. Saksikan program ini pada setiap hari bermula 4 April lalu, di saluran Astro Ceria, jam 2.25 petang dan musim kedua bermula 6 Jun pada waktu yang sama. |
|