CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: BEST PLACE FOR LEPAKING

 Close [Copy link]
Post time 2-11-2023 12:21 PM | Show all posts

page 70

off juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2023 02:28 PM | Show all posts
masuk tepek news
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 02:30 PM | Show all posts

Dialog 'Nujum Pak Belalang' boleh dikaitkan dengan rekod JDT

Oleh Syafiq Aznan - November 2, 2023 @ 12:22pm[email protected]


KUALA LUMPUR: Berdasarkan keputusan separuh akhir pertama, Johor Darul Ta'zim (JDT) boleh dianggap sudah sebelah kaki ke final Piala Malaysia memandangkan mereka menang 4-1 pada aksi pertama berdepan Perak FC di Stadium Perak.


Secara matematiknya, peluang belum tertutup buat Perak FC untuk mengintai slot ke final Piala Malaysia di mana mereka perlu menang sekurang-kurangnya 3-0 ke atas JDT sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan pada aksi separuh akhir kedua malam ini.

Namun, peluang itu hanya perbualan di atas kertas semata-mata kerana hakikatnya, ia bukanlah semudah yang disangka apatah lagi untuk membolosi gawang JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bukan hanya sekali tetapi sebanyak tiga kali.

Kali terakhir JDT melepaskan tiga gol dalam kancah bola sepak tempatan adalah ketika terikat 3-3 dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada Ogos lalu namun JDT tetap mendapat tiga gol pada aksi terbabit.

Jadi kita lihat bilakah kali terakhir JDT tewas dengan tiga jaringan tanpa balas dalam Liga Malaysia (Liga M)? Jawapannya adalah pada suku akhir kedua Piala Malaysia 2018.

Ketika itu, Pahang menjadi 'pemangsa' apabila menundukkan Harimau Selatan 3-0 menerusi hatrik Patrick Cruz di Stadium Tan Sri Hassan Yunos dan sejak dari tarikh itu, JDT tidak tewas dengan cara sebegitu dalam kancah tempatan.

Mereka hanya tewas dengan jaringan besar di kancah Liga Juara-Juara Asia (ACL) di tangan pasukan terkemuka Asia seperti Ulsan Hyundai baru-baru ini, Urawa Reds Diamonds dan juga Kawasaki Frontale.

Tetapi di Malaysia, tiada lagi pasukan mampu memalukan JDT lagi ditambah dengan rekod sejak Piala Malaysia 2000, pasukan yang tewas sekurang-kurangnya dengan tiga perbezaan jaringan tidak pernah layak ke pusingan seterusnya.

Jadi, izinkan penulis memetik dialog terkenal dari filem seniman agung, Tan Sri P Ramlee yang berjudul 'Nujum Pak Belalang' iaitu satu: banyak-banyak, dua: sikit-sikit, tiga: jarang-jarang; empat: kadang-kadang.

Dialog terkenal ini sebenarnya boleh dipraktikkan dalam konteks bola sepak tempatan dengan merujuk kepada JDT.

Satu iaitu banyak-banyak bermakna JDT memang banyak kali menang manakala dua iaitu sikit-sikit pula membawa erti hanya sedikit perlawanan JDT gagal menang iaitu seri.

Tiga iaitu jarang-jarang merujuk kepada jarang-jarang JDT kalah manakala empat pula, kadang-kadang JDT kalah dengan jaringan yang besar.

Kembali kepada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, adakah Perak FC mampu menjadikan 'kadang-kadang' ini berlaku malam ini?






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 02:32 PM | Show all posts


Ramasamy diarah bayar RM1.52 juta kerana fitnah Dr Zakir Naik


Oleh Suraya Roslan - November 2, 2023 @ 11:40am[email protected]

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy membayar RM1.52 juta sebagai pampasan kerana memfitnah pendakwah dari India, Dr Zakir Naik dalam tempoh 30 hari.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz memutuskan demikian selepas mendapati tokoh pendakwah itu berjaya memenuhi tiga elemen fitnah yang dilemparkan pemimpin DAP itu, empat tahun lalu.

Dalam prosiding hari ini, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Dr Zakir, memberitahu mahkamah anak guamnya tidak dapat hadir kerana berada di Nigeria untuk majlis ceramah hingga 5 November ini.

Justeru itu katanya, Dr Zakir menghadiri prosiding ini secara dalam talian, menerusi aplikasi Zoom.

Sementara Ramasamy yang hadir memakai kot hitam diwakili peguam.

Pada Oktober dan Disember 2019, Zakir memfailkan dua saman berasingan mendakwa Ramasamy mengeluarkan lima kenyataan memfitnahnya.

Dalam pernyataan tuntutan, beliau mendakwa Ramasamy memfitnahnya pada 10 April 2016, dengan memanggilnya 'syaitan' dalam laman Facebook.

Zakir yang bertaraf Penduduk Tetap berkata, Ramasamy memfitnahnya dalam satu lagi kenyataan disiarkan portal berita pada 1 Oktober 2017 dengan mendakwa Malaysia melindungi apa didakwanya sebagai pelarian dari India.

Beliau juga mendakwa pada 11 Ogos 2019, Ramasamy memanipulasi ucapan dibuatnya pada satu majlis anjuran kerajaan Kelantan diterbitkan portal berita, pada hari sama.

Pada 20 Ogos 2019, Ramasamy sekali lagi dikatakan memfitnah Zakir dalam kenyataan mengandungi kebencian.

Saman kedua Zakir dibuat kerana mendakwa Ramasamy memfitnahnya apabila mengulas berhubung kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang disiarkan portal berita pada 8 November 2019.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 04:02 PM | Show all posts
Tashu replied at 1-11-2023 07:40 PM
Tahu tp Hari Tu X tgk sampai abih, sha tgk ulangan sabtu ni lah.

nape tak sempat habis sha tengok?
sha tido awal atau sha keluar?


Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 04:53 PM | Show all posts


PENDAKI negara yang menawan Gunung Mera Peak di Nepal dan membawa misi doa untuk rakyat Palestin.

Pendaki negara tawan puncak Mera Peak, bawa doa rakyat Palestin


Kuala Lumpur: Tiga pendaki negara termasuk bekas jurugambar The New Straits Times Press (NSTP) Abdul Rahim Rahmat berjaya menawan Gunung Mera Peak, Nepal yang berketinggian 6,476 meter dari paras laut (mdpl).

Turut mencatat nama ialah ketua ekspedisi yang juga Pendaki Everest Negara, Zainudin Lot, 46, dan Pegawai Kanan II Bomba, Mohd Fakrul Munir Mohd Isa, 41.
Mereka berjaya tiba di puncak pada 11.30 pagi (waktu tempatan) selepas mendaki selama sembilan jam dari High Camp, kelmarin.

Lebih manis, pendakian kali ini membawa misi doa untuk rakyat Palestin yang dizalimi oleh rejim Zionis.

Zainudin berkata, mereka bersyukur berjaya menawan puncak gunung itu selepas menempuh pelbagai halangan dan cabaran.

"Gunung Mera Peak adalah antara gunung yang sangat popular dalam kalangan pendaki di seluruh dunia kerana cuaca yang sangat ekstrim dan bentuk muka bumi yang sukar.

"Alhamdulillah selepas sembilan jam mendaki, kami berjaya mencapai misi menawan puncak, namun kejayaan sebenar apabila berjaya mengeluarkan tiga daripada 10 pendaki daripada zon maut selepas mengalami masalah sakit akut gunung (AMS) di ketinggian lebih 6000 mdpl," katanya.

Seramai 10 pendaki profesional memulakan pendakian dari Lukla pada 25 Oktober dan akan berakhir pada 5 November ini.


Disiarkan pada: November 2, 2023 @ 3:39pm





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2023 04:56 PM | Show all posts
Edited by tari at 2-11-2023 04:57 PM

Instafamous dipenjara, didenda curi barang di pasar raya
Kuala Lumpur: Padah mencuri barangan pasar raya lebih RM100, seorang 'instafamous' dipenjara sehari dan didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.


Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Rumaisyah Yahya, 31, yang mengaku bersalah mencuri barangan antaranya pewangi bilik, ubat gigi, sabun mandi, air kotak, sayur brokoli dan penyangkut baju berjumlah RM108.18 di sebuah pasar raya di pusat beli-belah terkemuka di Jalan Ampang di sini, pada 4.30 petang, semalam.

Pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua boleh dihukum penjara serta dikenakan denda atau sebat.
Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara bermula tarikh tangkap dan penjara tiga hari sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai pengajar yoga mengambil beberapa barang lalu memasukkannya ke dalam beg yang dibawa.

Namun, dia tidak membuat pembayaran bagi barangan itu sebelum ke bahagian lain dan terus keluar dari pasar raya itu.

Tertuduh kemudian ditahan oleh pengawal keselamatan dan pemeriksaan mendapati beg yang dibawa mempunyai barangan milik pasar raya itu dan dia gagal mengemukakan resit pembelian.

Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Rhastdan Abdul Wahab yang mewakili tertuduh memohon hukuman penjara dan denda minimum atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan menyara ibu berusia 65 tahun.

"Ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan barang yang diambil hanyalah barang keperluan asas sahaja.

"Anak guam sudah insaf dan mohon diberikan peluang kedua," katanya.


Disiarkan pada: November 2, 2023 @ 4:31pm





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 05:00 PM | Show all posts
Edited by tari at 2-11-2023 05:02 PM



Mohamad bersama sebahagian anggota MALBATT 850-11 yang berangkat ke Lubnan - Foto NSTP/Sadiq Sani


MALBATT 850-11 tidak terbabit konflik Israel-Palestin  

Safeek Affendy Razali - November 2, 2023 @ 4:38pm[email protected]


SUBANG: Batalion Malbatt 850-11 yang dihantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Lubnan, adalah untuk melaksanakan misi pengaman dan kemanusiaan di negara berkenaan dan tidak terbabit dalam konflik antara Palestin dan Israel.

Penghantaran 854 pegawai dan anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM bersama 30 pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Brunei itu akan menggantikan misi yang telah dilaksanakan oleh Malbatt 850-10.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembabitan ATM dalam misi-misi di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ini adalah satu bentuk pengiktirafan dan kepercayaan masyarakat antarabangsa yang berterusan terhadap kredibiliti, kewibawaan dan profesionalisme ATM.
"Setakat ini situasi keselamatan pasukan pengaman kita (ATM) boleh dianggap terkawal selepas kedudukan dua kem Malbatt 850, di Tibnin dan Marakah di Lubnan, berada jauh dari kawasan sempadan antara Lubnan dan Israel.

SUBANG: Batalion Malbatt 850-11 yang dihantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Lubnan, adalah untuk melaksanakan misi pengaman dan kemanusiaan di negara berkenaan dan tidak terbabit dalam konflik antara Palestin dan Israel.

Penghantaran 854 pegawai dan anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM bersama 30 pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Brunei itu akan menggantikan misi yang telah dilaksanakan oleh Malbatt 850-10.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembabitan ATM dalam misi-misi di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ini adalah satu bentuk pengiktirafan dan kepercayaan masyarakat antarabangsa yang berterusan terhadap kredibiliti, kewibawaan dan profesionalisme ATM.

"Setakat ini situasi keselamatan pasukan pengaman kita (ATM) boleh dianggap terkawal selepas kedudukan dua kem Malbatt 850, di Tibnin dan Marakah di Lubnan, berada jauh dari kawasan sempadan antara Lubnan dan Israel.

Mengulas mengenai situasi keselamatan Malbatt 850-10 yang akan kembali ke tanah air dalam masa terdekat selepas melaksanakan penugasan selama 12 bulan, Mohamad berkata terdapat beberapa situasi berlaku sejak konflik Palestin dan Israel bermula pada 7 Oktober lalu.

"Berdasarkan maklumat yang diterima sejak konflik Palestin dan Israel bermula, pegawai dan anggota kita (ATM) akan bersembunyi dalam kubu di kem masing-masing apabila terdapat amaran serangan.

"Namun ia tidak membabitkan sebarang kejadian buruk," katanya.

Mohamad berkata, penghantaran Batalion Malbatt 850-11 ini adalah seperti yang dijadualkan selepas pelaksanaan misi kemanusiaan Batalion 850-10 berakhir selepas 12 bulan berada di Lubnan.

"Jangan pula ada yang anggap dan kata tujuan penghantaran Malbatt 850-11 ini adalah untuk terbabit sama dalam situasi konflik antara Palestin dan Israel, itu tidak benar," katanya.

Beliau berkata pembabitan ATM di peringkat antarabangsa membuktikan bahawa Malaysia komited dalam melaksanakan tanggungjawab tugas pengaman dan memberi bantuan kemanusiaan demi memastikan aspirasi keamanan sejagat dapat direalisasikan.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2023 05:10 PM | Show all posts


RESEPI SOTONG MASAK SERAI

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Beberapa batang serai
  • Cili merah + cili padi + bawang merah + bawang putih + halia (dikisar)
  • Cili kering kisar
  • Daun limau purut
  • Bawang besar potong dadu
  • Sos tiram
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Sotong


Cara memasak:

1. Masak sotong sekejap tanpa minyak untuk matikan air. Airnya jangan dibuang. Angkat sotong ke dalam pinggan.

2. Kemudian, gaulkan sotong dengan kunyit. Ketepikan.

3. Tumis serai dan bahan-bahan kisar. Apabila sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa, air sotong dan sos tiram. Masak sehingga pecah minyak sekali lagi.

4. Perasakan dengan garam. Masukkan bawang besar yang sudah dihiris berserta daun limau purut dan sotong.

5. Gaul sebati dan masak seketika. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 05:13 PM | Show all posts


Resipi Ayam Kicap Kuah Pekat Melekat

Bahan-bahan perap ayam:
  • 1kg ayam
  • 1sk serbuk kunyit
  • 1sk garam

Cara-cara membuat perapan ayam:
  • Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.
  • Angkat dan ketepikan.
  • Buang sedikit minyak untuk membuat sambal kicap.



Bahan-bahan sambal kicap:
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit bawang holland
  • 4 biji cili padi merah
  • Air asam jawa
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 inci gula melaka
  • 1/2 sk rempah kari daging
  • Kicap
  • Sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit air




Cara-cara membuat sambal kicap:
  • Tumbuk bawang putih, halia, bawang besar dan cili padi. (masuk satu per satu)
  • Tumis bahan tumbuk dan masukkan serai yang sudah diketuk sehingga pecah minyak.
  • Masukkan daun kari dan gaul sebati sehingga naik bau.
  • Masukkan pula rempah kari daging dan gaul sebati dan masukkan juga sedikit air.
  • Seterusnya masukkan gula melaka, kicap manis, sos tiram, air asam jawa dan daun pandan. Gaul sebati.
  • Akhir sekali, masukkan ayam kunyit yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati. Kemudian tutup tudung kuali, biarkan ayam empuk dan supaya kicap meresap ke dalam ayam.
  • Sekali sekala buka tudung kuali dan gaul sebati. Masukkan juga kiub pati ayam, gaul rata dan tutup semua tudung kuali.
  • Biarkan sehingga kuah pekat dan melekat pada ayam. Kemudian baru masukkan bawang holland yang dihiris nipis.
  • Tutup api dan siap!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 05:17 PM | Show all posts


CARA MASAK SUP DAGING THAI

Bahan-bahan:
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 1 sudu teh lada hitam (tumbuk)
  • 1 sudu teh ketumbar (tumbuk)
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Kicap sotong
  • Sup bunjut
  • Gula thai /gula biasa pun boleh (sikit saja)
  • Air 3 cawan utk rebus daging
  • Daging 300gram



Bahan hiasan:
  • Bawang holand
  • Cili
  • Daun ketumbar
  • Tomato
  • Bawang goreng
Cara-cara:
  • Ketuk bawang putih 3 ulas, halia dan lengkuas. Masukkan dalam air rebusan daging.
  • Masukkan sup bunjut,.
  • Tumbuk sedikit lada hitam dan ketumbar, kemudian masukkan ke dalam kuah sup.
  • Perasakan dengan gula, garam, serbuk  perasa dan kicap sotong thai. Boleh juga letak gula thai jika ada (ganti gula biasa).
  • Untuk seimbangkan rasa sup, perah asam limau secukupnya.
  • Bila daging dah empuk, masukkan potongan bawang holland, daun ketumbar, cili dan tomato.
  • Terus tutup api, tabur bawang goreng untuk menaikkan lagi aroma sup.
  • Siap! Sedia untuk dihidangkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2023 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 2-11-2023 05:17 PM
CARA MASAK SUP DAGING THAI

Bahan-bahan:

wah wah mek masak dapnyeh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2023 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 2-11-2023 04:02 PM
nape tak sempat habis sha tengok?
sha tido awal atau sha keluar?

Esok Kan sha keje, tido awal ler.
Tahu la Matt pun keje, mebi Matt dh biasa tido lewat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2023 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 2-11-2023 12:21 PM
page 70

off juga

Kambek soon

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2023 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 2-11-2023 12:10 PM
cepat tul ik terima kurma

nk kesian ke atau nk kecam ik x tau la

Dasat betul kan ik, kalao la betul spt digosipkan Tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 07:15 PM | Show all posts
Tashu replied at 2-11-2023 07:11 PM
wah wah mek masak dapnyeh

Dap kan

Wiken boleh buat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2023 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 2-11-2023 12:11 PM
dah off ya..

nk tolak sampai page 70

Tolak lagi jom

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2023 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 2-11-2023 12:13 PM
elok firman dgn lufya tu jd kapel

khalid pun tgh usha bff sikin

Mek X tgk ke drama kol 6
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 07:16 PM | Show all posts

Ado ni


Iklan FD la pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2023 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 2-11-2023 12:16 PM
dah betul la tu

tgk buat modal menolak

Tahu xpe.
Jom tgk sikin now
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.489648 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list