CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: LET'S GO ON ADVENTURES

 Close [Copy link]
Post time 4-12-2024 10:05 PM | Show all posts
diorg pergi light shop beli bulb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2024 10:06 PM | Show all posts
Tashu replied at 4-12-2024 10:01 PM
Ohhh masa tu tgh aktif kat porem n tpt.keje jugak khen

ya betul
seronok betul masa tu
kita chat dgn semua org kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 10:06 PM | Show all posts
hence tajuk cite light shop
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 10:06 PM | Show all posts
awal2 masa baca sinopsis iolss faham lain
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 10:07 PM | Show all posts

sabo je la

kena tgk muka dia smpi ending
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 10:07 PM | Show all posts
Tashu replied at 4-12-2024 10:02 PM
Dekat je kan kedai mkn tu...saje nk beromantik ye dop

mmg dekat
sambil2 tuu borak2 la
uncle ajak bercti lak minggu depan
dekat je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2024 10:07 PM | Show all posts
Tashu replied at 4-12-2024 10:04 PM
Nk off dulu korang.
Goodnight mek, nona, mama.

nite mek

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 10:08 PM | Show all posts
comprehension issues
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2024 10:08 PM | Show all posts
awan dania nak ada balik ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 10:18 PM | Show all posts
Anak disyaki tikam ibu dengan pisau


[size=14.399999618530273px]Wanita berusia 50-an ditemui maut dengan kesan tikaman pisau di belakang badan disyaki dilakukan anaknya dalam kejadian di FELDA Ayer Hitam, di Kluang Johor. - Foto tular

[size=14.399999618530273px]


KLUANG: Seorang wanita maut disyaki ditikam dengan pisau oleh anak kandungnya dalam kejadian di FELDA Ayer Hitam di sini, jam 10.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata punca kejadian itu masih dalam siasatan dan pihaknya akan menahan reman suspek lelaki berusia 20-an pada pagi esok di Mahkamah Majistret Kluang.
Beliau berkata, semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lalu dan hasil saringan ujian air kencing juga negatif.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang mengesahkan menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 50-an ditemui maut disyaki ditikam di belakang badan dengan pisau dan mayatnya dalam keadaan terbaring di rumahnya.
Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi tadi.
"Sepasukan anggota dari dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang bersama anggota Balai Polis Sri Lalang menahan suspek di FELDA Ayer Hitam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai kes itu hingga mendapat reaksi simpati netizen.



https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1332901/anak-disyaki-tikam-ibu-dengan-pisau









Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 10:20 PM | Show all posts
Ibu maut ditikam anak ‘lalok’ hisap vape berperisa dadah

PASUKAN forensik polis tiba di kediaman seorang wanita mati ditikam anaknya dalam kejadian di Felda Ayer Hitam, Kluang hari ini.


KLUANG – Seorang anak sanggup bertindak luar kawalan menikam ibu kandungnya sendiri hingga mati di Felda Ayer Hitam, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, wanita berusia 40-an meninggal dunia ditangan anaknya yang berusia 20-an akibat cedera ditikam pada bahagian pinggang.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa menegur suspek kerana menghisap vape berperisa dadah dan akibat berang tindakan itu suspek bertindak mencapai sebilah pisau dan menikam ibunya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. dan suspek berjaya ditahan selepas kejadian itu.-KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/12/04/ibu-maut-ditikam-anak-lalok-hisap-vape-berperisa-dadah/






Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 10:20 PM | Show all posts
kes yang sama
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 10:22 PM | Show all posts
Tiada kesan tayar pada tubuh dan pakaian Muhammad Zaharif – saksi

Mohd. Nazri dibawa ke Mahkamah Tinggi Ipoh prosiding perbicaraan kes bunuh Zaharif, Gambar Fail


IPOH – Pakar Perubatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa tiada sebarang kesan tayar pada badan dan pakaian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie.
Saksi pendakwaan ke-24, Dr Ain Nurfarahana Hamdan, 35, berkata, sekiranya terdapat kesan tayar, maklumat tersebut akan diperincikan dalam laporan bedah siasat yang disediakannya.
“Kalau ada, saya akan menulisnya di dalam laporan bedah siasat,” katanya ketika memberi keterangan dalam sesi pemeriksaan balas oleh peguam bela, M. Athimulan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Dalam pemeriksaan balas seterusnya, saksi memberitahu mahkamah bahawa dia juga tidak diberitahu oleh pegawai penyiasat yang badan mangsa digilis dua tayar kereta.
Dalam pada itu, Dr. Ain Nurfarahana tidak bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa kematian Muhammad Zaharif adalah disebabkan oleh kemalangan jalan raya.
Jelasnya, penentuan cara kematian perlu siasatan secara menyeluruh dan tidak bergantung hanya kepada hasil bedah siasat.-KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/12/04/tiada-kesan-tayar-pada-tubuh-dan-pakaian-muhammad-zaharif-saksi/





Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 10:24 PM | Show all posts
Kesiapsiagaan Malaysia mempengerusikan ASEAN di peringkat akhir – Anwar Ibrahim

Anwar bersama Kao Kim di Putrajaya hari ini.


PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peranan dan sokongan Sekretariat ASEAN penting bagi memastikan kepengerusian ASEAN oleh Malaysia berjalan lancar.
Beliau ketika menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn petang tadi, Anwar turut membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang bermulanya tempoh Malaysia mempengerusikan ASEAN tahun depan.
“Alhamdulillah, kesiapsiagaan Malaysia untuk memikul tanggungjawab ini kini di peringkat akhir.
“Saya nyatakan keutamaan sepanjang Malaysia mempengerusikan ASEAN, yakni memperkukuh keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau; melonjak perdagangan dan pelaburan antara ASEAN serta memperluas kerjasama ekonomi ASEAN; dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang terangkum,” jelasnya menerusi satu hantaran di Facebook malam ini.
Tambah Anwar, pertemuan mereka berdua turut menyentuh mengenai perkembangan memuaskan dalam proses penggubalan Pelan Strategik Visi Komuniti ASEAN 2045, serta beberapa perkara lain terkait hal ehwal ASEAN.
“Saya mengalu-alukan kehadiran pasukan Sekretariat dan seluruh delegasi negara anggota ASEAN ke Malaysia tahun depan.
“Selamat datang, welcome to Malaysia!” tulis beliau lagi. – KOSMO! ONLINE.




https://www.kosmo.com.my/2024/12/04/kesiapsiagaan-malaysia-mempengerusikan-asean-di-peringkat-akhir-anwar-ibrahim/






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 10:24 PM | Show all posts
ye ke nuki
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 10:24 PM | Show all posts
penglipur lara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2024 10:30 PM | Show all posts
tari replied at 4-12-2024 10:05 PM
Pakar psikiatri warga Malaysia dera remaja Ireland secara seksual dipenjara  

DUBLIN: Seorang paka ...

dah viral gambar dr halina pegi graduation adik dia yg ni

dlm blog

edit

dah jumpa

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 10:30 PM | Show all posts
nama sama kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 10:44 PM | Show all posts
Suami Zahnita didakwa esok


Gambar hiasan,.


KUANTAN – Suami kepada bekas model popular, Zahnita Dorothy Hussein Wilson akan didakwa esok di Mahkamah Majistret Kuantan di sini.
Suspek berusia 46 tahun yang sebelum ini ditahan reman bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.
Sebelum ini Kosmo! melaporkan industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pendedahan bekas model popular, Zahnita yang mendakwa dia dikasari suami dengan memuat naik gambar mata lebam.
Lebih mengejutkan pelakon Kuliah Cinta dan Gila-Gila Pengantin Remaja itu turut mengakui sudah 20 tahun menjadi mangsa keganasan rumah tangga.-KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/12/04/suami-zahnita-positif-dadah-didakwa-esok/





Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 10:47 PM | Show all posts
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN




[size=14.399999618530273px]Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. - Foto fail NSTP

[size=14.399999618530273px]

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata, ketiga-tiga anggota yang masing-masing berpangkat Sarjan Mejar, Koperal dan Lans Koperal berumur 26 hingga 32 tahun itu disiasat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.
Razarudin berkata, seorang daripada mereka ditukarkan daripada Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Pasir Mas ke Kem Komandan IPK Kelantan manakala dua lagi masih bertugas di Ibu Pejabat Polis Tanah Merah dan akan ditukar keluar dari Kontinjen Kelantan.
"Pada 10 November lalu, pihak JIPS IPK Kelantan menerima beberapa keping gambar dan video berhubung aktiviti salah laku anggota polis yang disyaki mengunjungi dan berhibur di pusat hiburan di Golok menggunakan laluan pangkalan haram, selain dipercayai mempunyai hubungan dengan ceti haram.

"Aktiviti mengunjungi pusat hiburan ini dipercayai berlaku sejak awal tahun ini dan pusat hiburan yang kerap dikunjungi ialah kelab 616, kelab Joker, kelab Alison, kelab Kepak dan kelab Perfect," katanya ketika dihubungi hari ini.


Razarudin berkata, siasatan pihak JIPS IPK Kelantan dalam proses untuk penentuan prosiding oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Kelantan.



https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1332888/berhibur-di-golok-tiga-anggota-polis-akan-ditukarkan-kpn


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.070712 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list