CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: OCEAN SUNSET

 Close [Copy link]
Post time 8-12-2024 04:39 PM | Show all posts
takde pun yg komen sympathy ke apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2024 04:39 PM | Show all posts
good riddance
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:39 PM | Show all posts
sampai semua berharap
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:39 PM | Show all posts
shooter tak kena tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:41 PM | Show all posts
Assad dah sampai Moscow ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:41 PM | Show all posts
atau ditembak  jatuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2024 04:42 PM | Show all posts
pesawat dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:42 PM | Show all posts
syria nanti jadi cm Afghanistan ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2024 04:42 PM | Show all posts
or egypt
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:44 PM | Show all posts
Presiden Syria lari ke luar negara


GAMBAR fail Assad dengan Putin. - Foto AFP



DAMSYIK – Presiden Bashar al-Assad dilaporkan menaiki sebuah pesawat sebelum kumpulan pemberontak tiba di ibu negara Syria dan melarikan diri ke lokasi yang tidak diketahui, lapor portal berita Middle East Eye hari ini.
Setakat ini, destinasi yang dituju pesawat itu masih tidak diketahui.  
Kumpulan pemberontak juga membebaskan beribu-ribu tahanan politik dari penjara Sednaya yang terkenal dan beberapa penjara keselamatan lain.
Perdana Menteri Syria, Mohammad Ghazi al-Jalali berkata dalam satu siaran video bahawa beliau kekal berada di rumahnya dan bersedia untuk menyokong kesinambungan tadbir urus Syria.
Pemimpin pemberontak, Ahmed al-Sharaa yang lebih dikenali sebagai Abu Mohammad al-Julani mengarahkan pejuang  pemberontak untuk berkumpul  berhampiran institusi-institusi awam sehingga ia diserahkan secara rasmi.
Sementara itu, bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata bahawa Bashar meninggalkan negaranya selepas hilang sokongan daripada Russia.
“Bashar telah pergi. Russia yang diketuai oleh (Presiden) Vladimir Putin tidak berminat untuk melindunginya,” kata Trump di platform Truth Social miliknya.
Sejak beberapa hari lalu, kumpulan pemberontak berjaya menawan beberapa buah bandar utama selepas perang saudara di negara itu tercetus pada tahun 2011, – AFP/AGENSI




https://www.kosmo.com.my/2024/12/08/presiden-syria-lari-ke-luar-negara/






Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:45 PM | Show all posts
Isu penggunaan bahasa kebangsaan, kartel baja antara tumpuan Dewan Negara esok


Gambar hiasan


PETALING JAYA – Isu berkaitan penggunaan bahasa kebangsaan pada papan iklan serta kartel kontrak baja padi membabitkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) antara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Negara esok.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang dikongsi di laman sesawang Parlimen Malaysia, isu berkaitan papan iklan itu dibangkitkan oleh Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan pada sesi pertanyaan jawab lisan.
Bagi isu kartel kontrak baja padi dalam Nafas pula, ia akan dibangkitkan oleh Senator Hussin Ismail yang mahu kerajaan menyatakan strategi untuk menyelaraskan semula pengurusan agensi terbabit.
Turut akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Negara esok adalah isu berkaitan masalah buli di tempat kerja, sama ada di
sektor awam mahupun sektor swasta.
Perkara itu akan dibangkitkan Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Aman.
Selain itu, turut akan dibangkitkan esok adalah isu berkaitan penanaman semula koko oleh Senator Datuk Dr. Ahmad Azam Hamzah.
Ini kerana katanya, harga pasaran koko mencecah RM30,000 per tan dalam pasaran yang telah tersedia dan negara mengimport produk koko bernilai RM7.8 bilion setahun.
Sementara itu, Senator Anna Bell @ Suzieana Perian pula akan membangkitkan isu rawatan
percuma kepada pesakit buah pinggang yang tidak mampu untuk mendapatkan rawatan dialisis.
Beliau juga akan bertanyakan sama ada kerajaan bercadang untuk membuka lebih banyak pusat dialisis terutamanya di kawasan pedalaman di seluruh negara.
Berdasarkan takwim, Mesyuarat Ketiga, Persidangan Dewan Negara Parlimen ke 15 akan berlangsung selama 12 hari bermula 2 Disember sehingga 19 Disember.
Waktu Persidangan dari pukul 10 pagi hingga 1 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.-KOSMO! ONLINE





https://www.kosmo.com.my/2024/12/08/isu-penggunaan-bahasa-kebangsaan-kartel-baja-antara-tumpuan-dewan-negara-esok/






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:46 PM | Show all posts
60 PPS ditambah di Kuala Krai hadapi gelombang seterusnya banjir



Gambar hiasan


KUALA KRAI – Sebanyak 60 pusat pemindahan sementara (PPS) ditambah di daerah ini sebagai persediaan awal untuk menempatkan penduduk di kawasan yang terlibat sekiranya terjejas gelombang seterusnya banjir.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan PPS di Kuala Krai sebanyak 105 buah membabitkan kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil, Mengkebang, Manek Urai dan Dabong.
“Jumlah PPS di DUN Guchil sebanyak 27 buah, DUN Mengkebang (25), DUN Manek Urai (22), DUN Dabong (31).
“Semasa banjir baru-baru ini, sebanyak 45 PPS telah dibuka di Kuala Krai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hilmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil berkata, semua kerja pengarahan dan penyelarasan banjir dibuat oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang dibuka di Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai yang dipengerusikan oleh Ketua Jajahan
“Bagi tindakan di lokasi kejadian, pengarahan dibuat melalui Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).
“Arahan itu diketuai oleh seorang Komander iaitu Ketua Polis Daerah dan semua pasukan beruniform berada di bawahnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE




https://www.kosmo.com.my/2024/12/08/60-pps-ditambah-di-kuala-krai-hadapi-gelombang-seterusnya-banjir/






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:47 PM | Show all posts
Pindaan Seksyen 233, jual bahan porno boleh ditangkap


Fahmi ketika sidang akhbar di Lembah Pantai hari ini.


KUALA LUMPUR – Pindaan khusus yang akan dibuat melalui Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKMM) membolehkan pesalah pedofilia dan menjual bahan pornografi dalam talian sebagai kesalahan yang boleh ditangkap.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pindaan tersebut bukan remeh tetapi akan memastikan penjenayah terutama yang terlibat dalam penjualan pornografi seperti dalam kes ‘hot daddy dan mereka menyimpan bahan-bahan lucah, jenayah seksual kanak kanak disiasat polis.
“Bagi beberapa perkara yang lain kita jadikan perkataan contoh, bukan lagi jelik tapi ‘jelik melampau’ untuk pastikan bahawa hak kebebasan bersuara rakyat di Malaysia bukan hanya terjamin dan terbela tapi akan jadi lebih terperinci bersekali dengan huraian yang dimasukkan,” katanya ketika ditemui pemberita di Lembah Pantai hari ini.
Tambah Fahmi, pindaan seksyen tersebut mengandungi 51 muka surat jauh lebih baik setelah 26 tahun akta itu dikuatkuasakan di negara ini.
Katanya, sebelum ini tidak terdapat huraian untuk perkataan jelik dalam seksyen berkaitan AKMM tetapi dengan pindaan yang dilakukan ini huraian itu dimasukkan untuk menjadi contoh sama ada dari segi pihak pendakwaan, pembelaan dan kehakiman agar dapat menafsirkan dengan lebih terperinci.
“Ini bagi saya lebih baik, walaupun ada tangkapan oleh beberapa pihak, namun setelah kita kaji lebih dua tahun prosesnya, kita membuat keputusan bahawa akan jadikan beberapa kesalahan lebih berat hukumannya dan boleh diambil tindakan lebih tegas selepas ini.
“Bagi aspek kebebasan bersuara, pindaan itu lebih terperinci dan tidak mudah disalahgunakan di masa depan oleh mana-mana pihak dan ini akan baik untuk rakyat Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE.


https://www.kosmo.com.my/2024/12/08/pindaan-seksyen-233-jual-bahan-porno-boleh-ditangkap/






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:48 PM | Show all posts
Peruntukan segera untuk sekolah yang lumpuh akibat banjir


Fadhlina melawat dan melihat keadaan SMK Seri Gunong di Alor Setar yang terjejas berikutan bencana banjir yang melanda baru-baru ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN


ALOR SETAR – Kementerian Pendidikan akan menyalurkan bantuan segera kepada sekolah yang terjejas teruk akibat bencana banjir baru-baru ini sehingga melumpuhkan sesi pembelajaran pelajarnya.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, semua pihak terlibat kini dalam proses penyelenggaraan dan pembaikan sekolah yang mengalami kerosakan tersebut ekoran situasi banjir yang semakin pulih.
“Kita akan ada peruntukan segera bencana ini, memang segeralah yang boleh dipohon segera oleh pihak sekolah sekiranya kerosakan itu memang akan melumpuhkan keseluruhan sekolah ataupun pendidikan anak-anak.
“Yang kedua adalah penyelenggaraan ini memang kita akan laksanakan sebelum sesi persekolahan yang akan datang bermula bagi memastikan anak dapat kembali ke sekolah dengan lebih kondusif,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gunong di sini yang terjejas teruk akibat bencana banjir pada bulan lepas.
Fadhlina menambah, isu berkaitan dengan kerosakan di sekolah terjejas itu akan ditangani dengan maklumat maklumat yang sedang dikumpulkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Negeri (PPD) dan pihak sekolah.
“Kita sedaya upaya nak kembalikan anak secara fizikal sekolah dengan segera tetapi kita kena pastikanlah sekolah selamat, kondusif, bersih untuk mereka menyambung pengajian mereka. – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/12/08/peruntukan-segera-untuk-sekolah-yang-lumpuh-akibat-banjir/






Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:49 PM | Show all posts
Mangsa banjir makin menurun kepada 836 orang



Gambar hiasan.


PETALING JAYA – Seramai 836 mangsa banjir terdiri daripada 256 keluarga direkodkan pada petang ini, menurun berbanding pagi tadi yang mencatatkan seramai 3,594 orang.
Negeri yang terjejas adalah Kedah, Kelantan, Johor, Perak dan Melaka.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kedah mencatat bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 352 orang daripada 92 keluarga.
Kelantan berada di tempat kedua (111 mangsa daripada 48 keluarga) diikuti Johor (225 mangsa daripada 66 keluarga).


Perak mencatatkan 131 mangsa daripada 45 keluarga, disusuli Melaka (17 orang daripada lima keluarga).
“Sebanyak 17 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi setakat petang ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/12/08/mangsa-banjir-makin-menurun-kepada-836-orang/





Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:51 PM | Show all posts
Pesawat bawa Bashar al-Assad ditembak jatuh?


GAMBAR fail menunjukkan Bashar bersama isterinya, Asma. – AFP


DAMSYIK – Pencarian dilakukan terhadap bekas presiden, Bashar al-Assad dengan pemberontak menyoal siasat pegawai-pegawai tentera dan perisikan Syria yang mungkin mengetahui lokasi beliau, lapor laman berita mint sebentar tadi.
Sebagai sebahagian pencarian mereka, sumber terbuka laman-laman web pemantauan penerbangan mendedahkan bahawa pesawat terakhir yang meninggalkan Damsyik ialah sebuah kapal terbang Illyushin-76 dengan nombor penerbangan Syrian Air 9218.
Pesawat itu berkemungkinan besar membawa Bashar.

Penerbangan tersebut berlepas tidak lama sebelum pejuang-pejuang pemberontak menawan lapangan terbang Damsyik. Ia berlepas ke timur sebelum mengubah haluan ke utara, namun isyaratnya hilang tidak lama kemudian ketika Penerbangan 9218 berada di ruang udara Homs.
Sementara itu, media sosial tular dengan beberapa teori khususnya menyatakan bahawa pesawat membawa Bashar telah terhempas.
“Kehilangan dan perubahan altitud mengejut menunjukkan pesawat ini ditembak jatuh,” kata seorang netizen.
Maklumat belum disahkan tersebar mengenai kehilangan tiba-tiba pesawat tersebut dari radar, manakala altitudnya jatuh dari 3,650 meter kepada 1,070 meter dalam masa beberapa minit sahaja di luar ruang udara Lebanon di utara Akkar.
Data tiga dimensi flight radar menunjukkan pesawat yang dipercayai membawa Bashar itu terhempas. – AGENSI


https://www.kosmo.com.my/2024/12/08/pesawat-bawa-bashar-al-assad-ditembak-jatuh/






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2024 04:51 PM | Show all posts
orang jahat lambat mati
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:54 PM | Show all posts
Lapan negeri diramal hujan lebat, ribut petir petang ini



Gambar hiasan


PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang yang dijangka melanda lapan negeri sehingga 4 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan kawasan-kawasan yang terjejas termasuk Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak, Cameron Highlands, Bentong, Bera dan Rompin di Pahang.
“Di Selangor, amaran cuaca buruk melibatkan kawasan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat, manakala di Negeri Sembilan pula kawasan terjejas termasuk Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol.

“Bagi Melaka, cuaca buruk dijangka melibatkan Alor Gajah dan Melaka Tengah, sementara di Johor pula melibatkan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,” jelas kenyataan itu.
Amaran sama turut dikeluarkan untuk Sarawak melibatkan kawasan Kuching (Kuching), Sri Aman (Sri Aman) dan Betong, manakala Sabah pula di Tawau (Tawau). -KOSMO! ONLINE





https://www.kosmo.com.my/2024/12/08/lapan-negeri-diramal-hujan-lebat-ribut-petir-petang-ini/






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:55 PM | Show all posts
Dhiya Azzahra tidak pulang sejak semalam, dilaporkan hilang


Dhiya Azzahra


SUNGAI BULOH – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Shah Alam sejak pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, laporan polis telah dibuat oleh bapa mangsa kira-kira pukul 7.40 malam tadi.
“Mangsa, Dhiya Azzahra Muhamad Alhalifi, dilaporkan keluar dari rumahnya di Blok 13, Jalan Dinar F, Seksyen U3, Shah Alam, sekitar pukul 9 pagi pada hari kejadian dan tidak kembali.
“Orang hilang berketinggian 150 sentieter, berat 45 kilogram, berkulit sawo matang dan pakaian terakhir adalah jeans baggie besar hitam, sweater hoodie hitam, tudung hitam, dan kasut sukan Adidas berwarna-warni,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas mengenai dakwaan dilarikan seorang lelaki, Mohd Hafiz memaklumkan pihaknya masih menyiasat dakwaan tersebut.
Jelas beliau, pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjumpai mangsa agar segera menghubungi balai polis terdekat atau Sarjan Mohd Hizam Talib di talian 012-6550262.
“Kes ini kini dalam siasatan, dan usaha mengesan mangsa sedang giat dijalankan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

https://www.kosmo.com.my/2024/12/08/kanak-kanak-12-tahun-hilang-polis-siasat-kemungkinan-dilarikan-lelaki/









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:57 PM | Show all posts
Pekerja kilang liwat budak 4 tahun direman empat hari


SEORANG pekerja kilang berusia 23 tahun direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru kerana meliwat seorang kanak-kanak berusia 4 tahun, Oktober lalu.


JOHOR BAHRU – Seorang pekerja kilang ditahan reman selama empat hari bermula hari ini kerana meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun, Oktober lalu.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret, R. Salini selepas membenarkan permohonan dibuat pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, hari ini.
Terdahulu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret di sini lengkap berpakaian reman berwarna ungu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dilaporkan berkata suspek warga tempatan telah ditahan di kawasan Taman Perindustrian Tampoi Jaya di sini pada pukul 3.20 petang, semalam.

Siasatan awal mendapati suspek adalah anak kepada pengasuh yang telah menjaga mangsa sejak dua tahun lalu.
Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE




https://www.kosmo.com.my/2024/12/08/pekerja-kilang-liwat-budak-4-tahun-direman-empat-hari/





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.061295 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list