2011/05/24
RIMAS betul Cik Normah dengan peminat Shahir yang mengganggu kerja Cik Normah di pejabat, terutamanya peminat wanitanya. Tak ada kerja ke sampai sanggup menelefon semata-mata untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap janda meletup bermata cantik yang dikaitkan dengan penyanyi itu, Rozita Che Wan.
Baru-baru ini, ketika ketiadaan Cik Normah di pejabat, seorang rakan menerima panggilan telefon daripada peminat yang mendakwa dirinya peminat tegar Shahir. Suaranya ala-ala tak puas hati dengan kenyataan berani mati Rozita, yang mengaku dia memang ada hubungan istimewa dengan jejaka terbabit.
Kononnya kata peminat itu, Rozita sengaja mereka cerita sedangkan dia sebenarnya bercinta dengan pelakon baru, Zain Saidin, iaitu adik kepada Shasha bekas anggota kumpulan Elite.
Wah, hebat sungguh peminat Shahir sebab dia lebih tahu Rozita bercinta dengan siapa. Kenapa hendak sakit hati sangat dengan Rozita? Lagipun lantak Shahir nak pilih siapa pun sebagai teman istimewa. Tua atau muda bukanlah satu masalah.
Cik Normah tengok ramai juga yang bahagia walaupun pasangan mereka berbeza usia macam Datuk Sheila Majid, Datuk Siti Nurhaliza dan ramai lagi.
Atau dia berharap Shahir minat dekat dirinya? Inikan negara demokrasi, takkanlah kita hendak menghalang keputusan orang. Lagipun Rozita masih cantik dan bergetah, padan sangatlah dengan Shahir.
Memanglah sepanjang lima tahun pembabitan Rozita dalam bidang seni, Cik Normah tak nafikan dia lebih banyak bercerita mengenai kisah lelaki dan cinta. Tetapi Cik Normah tak peduli. Kadang-kala kata si Rozita ada juga betulnya, lebih baik dia bercinta dengan lelaki muda daripada suami orang.
Sumber: bharian.com.my
------------------
junjai ka yg call
sapelah yg rajin meluah perasaan kat wa ...
niy Post at 24-5-2011 10:40
takleh terima hakikat.. fan mawi dulu gitu gak kan... dah beralih arah perangai pun sama la
terima la hakikat shahir tak ngaku nak jaga hati peminat jer
dah baca sambungan citer misteri panggilan telefon?
niy Post at 24-5-2011 10:35
dah baca... byk lg misterinya... selama ni panggilan telefon dr seorang nenek nyanyuk... mmg logik la cite nih... tp apsl takde rekod.... misteri sungguh...
niy pernah tgk filem skeleton key tak... yg pengamal voodo ke ape.... yg cari 'host' baru tuh... kiranya dah tua... roh die tukar ngan jasad lebih muda... dgn segala spell die tuh.... hukhuk... agak2 nenek nyanyuk tu mcm tu gak kot.... ade jiwa nenek fredie hikhik