|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: FROSTED DREAMSCAPE
[Copy link]
|
|
|
|
“Ok, papa balik dululah. Daniel balik akhir sikit hari ni, nak lepak dengan kawan.” Encik Amsyar hanya setuju. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Salamlah kakak dulu kalau ye pun nak pergi. Akak kan nak pergi KL lepas ni.” Kata kakak Daniel, Amisya. Daniel menyalam tangan kakaknya. Daniel sempat memeluk kakak kesayangannya itu.
“Bye abang. Love you.” Serentak Danish dan Darwisy berkata. Daniel hanya tersenyum. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Isha!” Danisha tahu siapakah empunya suara. Dia berjalan lebih laju.
“Isha!” Sekali lagi Daniel memanggil Danisha. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Awak nak apa?” Danisha memberhentikan langkahnya.
“Tak ada apa-apalah.” Daniel berkata. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Kalau tak ada apa-apa jom teman saya pergi shopping?” Ainan berkata.
Danisha mencuit bahu Ainan. “Aduh, sakitlah Anis.” |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Jom, daripada kita layan mamat ni baik kita makan kat kedai seberang sana tu.” Danisha membawa Ainan berjalan bersamanya. Daniel hanya memerhatikan langkah Danisha. “Semoga kita berjumpa lagi Isha.” Daniel berkata. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Diamlah kau, Ammar.” Danisha berlari lagi pantas menyeberang jalan raya apabila melihat tiada kereta yang lalu lalang manakala Ainan ditinggalnya sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebuah kereta sport berwarna hitam putih meluncur laju di jalan raya. Oleh kerana Danisha terlalu leka, dia tidak sedar. Kereta itu semakin menghampiri Danisha. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Isha!” Daniel menjerit lalu menolak Danisha. Daniel tergolek di jalan raya manakala Danisha sudah pengsan. Kepala Daniel berdarah. Mungin kerana hentakan yang kuat semasa dia terjatuh tadi. Pemandu yang membawa kereta sport itu telah melarikan diri meninggalkan tempat itu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Daniel!” Tiga orang sahabatnya yang baru sahaja makan dari sebuah restoran berlari mendapatkan Daniel. “Dean, kau telefon ambulan sekarang. Kau telefon.” Harraz marah. Dia berlari laju mendapatkan keretanya lalu mengejar pemandu kereta sport yang melanggar Daniel. Dean mengambil telefonnya lalu menelefon ambulan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Daniel dan Danisha dibawa ke hospital. “Macam mana boleh jadi macam ni Zam, Dean?” Tanya Encik Amsyar penuh kerisauan.
“Kami pun tak tahu sebab kami datang masa dia dah terbaring dekat jalan raya.” Dean memberitahu. Mukanya nampak bimbang. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Zam, Daniel macam mana?” Harraz datang dengan bajunya yang berdarah dan tangannya tercedera.
“Ya Allah, macam mana kau boleh jadi macam ni Az?” Tanya Ahzam.
“Aku tanya Daniel macam mana?” Harraz marah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Harraz, bawa bersabar. Kami pun tak tahu apa yang dah jadi dengan Daniel.” Encik Amsyar cuba menenangkan Harraz.
Seorang doktor lelaki keluar dari wad kecemasan. “Daniel kekurangan darah. Dia memerlukan darah jenis O.” Kata doktor itu.
“Saya kawan dia, saya nak derma darah untuk dia.” Harraz ingin menderma darah untuk Daniel. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Maaf, tangan awak masih tercedera. Ianya mungkin mengambil risiko yang tinggi terhadap awak.”
“Saya sanggup walaubagaimanapun risikonya.” Harraz masih mahu menolong sepupunya.
“Baiklah, ikut saya.” Doktor itu membawa Harraz ke sebuah bilik. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|