CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaAnakMelaka

Jawapan Sultan Johor

  [Copy link]
Post time 1-6-2012 07:13 AM | Show all posts
Ada Satu parti tu dulu ada buat bidding terbuka depan ustaz2,kasi tayang sapa paling banyak wang splash untuk potret pemimpin, itu jam tadak sapa kasi tazkirah membazir pun. Itu wang tang mana depa pakai? Buat rumah pprt ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2012 07:13 AM | Show all posts
tambahlah tebal kantung gomen, utk beli screw drebar rega ribu2 sebijik....hasil bidding tu PEGI ...
hzln Post at 1-6-2012 07:08


sekarang dah kompom who the best of them all... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 07:16 AM | Show all posts
awal bang ayum...dah mandi wajib dah? giliran rumah mana malam tadi
hzln Post at 1-6-2012 07:09



Haku tidoq awal , bangkit pun awal . Sebelum pukul 5 pagi dah bangkit dah .



Bab giliran kena berlaku adil . Tapi adil bukan ikut akai manusia , adil ikut syariat.


Macam bab nak bagi kain kat isteri. Tak kan nak bagi semua samarata ?




Isteri2 yang tinggi dan gemok kena bagi kain lebey berbanding dengan isteri2 yang kurus dan pendek .




Baru adil kan ?




Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 07:19 AM | Show all posts
Konsep fatwa lobai = dia buat buleh,orang lain buat tak buleh.......kekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 07:23 AM | Show all posts
Tu Fatwa Terbaru kot ?







.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 07:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by apam at 1-6-2012 07:27

Aku bet kalau PR pegang kerajaan, makin banyak acara2 bidding lelong akan dibuat. Salah satunya AP la kan. Tak dak sapa nak larang ka kata membazir? Makin banyak lobai bukak mulut dlm thread ni makin jelas hipo depa. Depa punya pemimpin semua dah lari.kekekeke........sebab pemimpin dah telebih goreng bab konsep "depa buat buleh,orang lain buat tak buleh". Macai2 dah telebih sudu dari kuah, sampai sultan keluar duit sendiri pun depa nak rembat. Kelakau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2012 07:31 AM | Show all posts
Pening aku baca thread ni....nampak macam nak kona kearah UMNO vs PR pulak.

tak relevan sungguh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 08:49 AM | Show all posts
sib baik negara mak jemah takdok sutan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2012 08:55 AM | Show all posts
untuk tatapan dan renungan para hamba sahaya pacal yg hina...selamat beramal....

ANTARA RATU DAN RAKYAT
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Sambutan Diamond Jubilee sempena 60 tahun pemerintahan Queen Elizabeth II yang menaiki tahta sejak 1952 akan berlangsung di UK beberapa hari lagi. Dikatakan beberapa negara yang masih mendaulatkan Monarki British itu seperti Australia, Canada, New Zealand dan lain-lain akan turut menyambutnya. Di UK, sambutan kelihatan agak besar. Masih nampak perasaan sayang rakyat pada Ratu.



Kritikan

Pun begitu sambutan Diamond Jubilee yang akan berlangsung itu tidak sunyi dari kritikan. Akhbar dan orangramai ada yang memprotes sambutan tersebut sebagai membazir wang negara dalam keadaan ekonomi Eropah yang tidak stabil sekarang. Ada yang membuat undian pendapat apakah sambutan itu membazir ataupun tidak. Ada pula yang mengira kos kerugian cuti disebabkan sambutan tersebut.

Hasrat Queen untuk mendapat hadiah sebuah Yacht (kapal persiaran) daripada kerajaan sempena Jubilee ini pun telah ditolak apabila survey menunjukkan 64% rakyat tidak bersetuju (Rujuk : http://yougov.co.uk/news/2012/01/27/and-against-queens-yacht/).

Demikian ramai juga yang mengkritik sambutan Jubilee ini disebabkan antara jemputan Queen ialah raja-raja yang dianggap tidak demokratik dan zalim dari pelbagai negara. Kritikan ditujukan kepada Queen sebagai tidak sensitif dengan isu kemanusiaan.

Apapun, kami di sini akan dapat cuti. Segala kritikan dan sokongan kepada Queen adalah asam garam kehidupan mereka di sini yang menghormati hak rakyat dalam bersuara. Setuju ataupun tidak satu hal. Namun memberikan ruang rakyat bersuara adalah tanda pemerintah yang demokratik dan menghormati rakyat.

Rakyat tidak dianggap derhaka hanya dengan memberikan pendapat yang berbeza. Hanya kelompok ‘jakun’ yang cuba hidup dalam kalangan manusia berakal sahaja yang menganggap memberi pendapat itu satu jenayah, sekalipun ia tidak diikuti dengan aktiviti yang mengancam dan merosakkan keselamatan rakyat.

Ya, sudah pasti ada peraturan dan adabnya dalam setiap perkara. Namun hak bersuara tidak boleh dinafikan. Kita patut ‘tabik’ kepada Monarki British di ‘sudut itu’. Mungkin perkembangan politik British juga tidak memberikan mereka pilihan melainkan demikian. Saya rasa itulah salah satu sebab Monarki British itu masih disayangi dan rakyat merasakan mereka patut terus berada di situ.



Isu Malaysia

Saya terlambat ikuti perkembangan isu di Malaysia. Saya dimaklumkan bahawa ada isu tentang istana tertentu membida nombor kereta sehingga lebih RM 500,000. Saya juga dimaklumkan bahawa ada yang telah kritik isu ini. Saya tidak tahu pendetilan isu tersebut. Saya tidak tahu siapa yang patut dipersoalkan. Cuma, apabila ada yang bertanya dalam twitter, saya jawab secara umum bahawa ‘JIKA’ golongan istana tidak boleh dipertikaikan bererti rakyat telah mempertuhankan mereka. Ini kerana hanya Tuhan sahaja yang tidak boleh dipertikaikan oleh manusia.

Saya twit hal itu secara umum tanpa ditujukan khusus kepada sesiapa. Ada yang cuba menjadikan twit itu khusus kepada isu berkenaan. Sebenarnya tidak. Ada pula yang menyunting rakaman ucapan saya dalam isu lain yang dah lama semasa saya masih di Malaysia, lalu dikaitkan dengan isu berkenaan. Itu pun tidak betul. Saya tidak tujukan kepada peribadi, tetapi kaedah yang umum. Saya juga setuju, menegur pemerintah ataupun raja dalam isu peribadi memerlukan bahasa yang sesuai dan berkesan. Kritikan hendak membina (constructive criticism). Namun hak menegur tetap ada.

Saya mungkin tidak bersetuju dengan isi sesuatu kritikan. Bahkan saya mungkin menentang pengkritik itu sendiri dalam isu-isu yang lain. Namun saya berpegang bahawa seseorang rakyat itu selagi dia menggunakan bahasa yang wajar dan hujah yang betul, tidak wajar untuk dia dihukum kerana mengkritik.

Mana-mana pihak yang menghalang orang mengkritik golongan bangsawan sekalipun dengan bahasa yang betul, adalah golongan feudal yang tidak wajar menguasai politik masakini. Adakah sesiapa dalam kalangan pemerintah kita yang lebih mulia, hebat dan gagah dari Saidina ‘Umar bin al-Khattab?! Beliau pernah ditegur, namun beliau tidak menghukum pengkritiknya.

Khalifah Umar bin al-Khattab suatu hari pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata:

    “Wahai manusia dengarlah!” Tiba-tiba bangun Salman al-Farisi berkata: “Kami tidak mahu dengar”. Lantas Umar bertanya: Kenapa wahai Salman?” Jawabnya: Engkau berikan kamu semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai”. Kata ‘Umar: “Jangan tergesa-gesa wahai Salman”. Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah. Kata Umar: aku menyerumu dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku”. Jawabnya: Ya!. Maka kata Salman: “Sekarang kami akan dengar”. (Ibn Qutaibah, ‘Uyun al-Akhbar, 1/55).

Tiada hukuman pun, sedangkan itu ‘Umar bin al-Khattab. Apakah kita merasakan bahawa ada pihak yang lebih mulia dari Nabi s.a.w dan para al-khulafa ar-Rasyidin. Nabi s.a.w sendiri pernah dipersoalkan beberapa tindakan baginda seperti tentang isi perjanjian Hudaibiyyah yang baginda meterai. Baginda tidak menghukum pengkritik. Sedangkan baginda seorang nabi. Siapakah yang merasakan lebih mulia dari baginda?!



Ulama

Ulama mestilah bersikap seperti tokoh ilmuwan agung mazhab al-Shafi’i iaitu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H). Saya telah petik kisah beliau dalam artikel saya semasa saya masih menjadi Mufti Perlis. Saya ketika itu mengkritik kenaikan harga barang. Artikel itu disiarkan oleh Akhbar Utusan (Mingguan Malaysia).

Saya petik kisah al-Imam al-Nawawi r.h (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab:

    Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Inilah tokoh Mazhab al-Shafi’i yang sangat hebat dari segi ilmu dan akhlak. Di Malaysia, ada yang fanatik mazhab. Pantang dengar orang tidak berpegang dengan mazhab Shafi’i yang ‘dia faham’, terus hendak diadukan kepada sultan dan raja. Malang sekali, sikap dan budi tokoh-tokoh mazhab itu tidak diteladani. Kita tidak meminta pemerintah supaya jadi seperti ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Kita minta jangan buat sesuatu yang menimbul persoalan dan kegelisahan rakyat.

Kita ingin sayangkan pemerintah kita dengan ikhlas. Pihak istana akan lebih dihormati dan disayangi jika mereka mengikut perkembangan dan perasaan rakyat. Hari ini dunia terbuka. Memaksa orang suka hanya membakar rasa kebencian. Namun, akhlak yang baik, teladan yang bagus dan kehidupan yang jujur akan menjadikan sesebuah institusi itu bertambah dekat di hati dan jiwa rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 09:14 AM | Show all posts
sib baik negara mak jemah takdok sutan
cmf_wombat Post at 1-6-2012 08:49


sultan multan raja bagai ni relevan lagi ke?
zaman dah masuk abad baru...masih duk pegang kegemilangan (gemilang ke?) zaman 2 abad lepas...
zaman ni bukan zaman feudal 100-200 thn lepas...sltan/raja above all..kena taat/ikut/takleh dikritik...
ironinyer..kata ketua Agama Islam...tapi tgkkan cara hidup...Islam berapa % jah...nak suruh rkyt ikut/taat mcmn...tak kisah la sultan negari/negara mana...semua sama jah...selagi nama jah Islam, tapi cara hidup takde beza dgn org kapir..takde maknanya nak suruh org taat/ikut/hormat bagai...malukan agama jah...
baik jadi republik je..semua sama...raja2 sultan ni dah tak relevan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 10:06 AM | Show all posts
Haku tidoq awal , bangkit pun awal . Sebelum pukul 5 pagi dah bangkit dah .



Bab giliran ...
Ayun_Maiden Post at 1-6-2012 07:16


Masih bOleh dipraktikkan bagi kain sama rata...kalau setakat belikan  4 kain Samarinda sama warna Dan coraknya, rasa Nya tak masalah....sebaliknya yang  nak praktikkan HAYUNAN @ HENJUTAN  sama perkiraannya itu yang almost impossible.....unless you have counter perkiraan at your bed side.....

Sekian........
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 10:08 AM | Show all posts
awal bang ayum...dah mandi wajib dah? giliran rumah mana malam tadi
hzln Post at 1-6-2012 07:09


Jadual orang dengan isteri isterinya tak termasuk  soklan peribadi MEK?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 10:15 AM | Show all posts
sultan multan raja bagai ni relevan lagi ke?
zaman dah masuk abad baru...masih duk pegang kegem ...
peachRose Post at 1-6-2012 09:14



    berapa layer kena sembah dulu baru sampai ke tuhan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 10:19 AM | Show all posts
Jadual orang dengan isteri isterinya tak termasuk  soklan peribadi MEK?
stinger_attack Post at 1-6-2012 10:08



    aku tanya...org nak jawab, jawab, taknak jawab takpe...kalu org tanya aku...aku bulih memilih utk jawab atau tidak....FAIR?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 10:25 AM | Show all posts
Berkenaan bidaan WWW1 yang heboh diperkatakan semenjak malam tadi yang telah menjadi milik Tu ...
GuaAnakMelaka Post at 29-5-2012 05:07



    perrgghhh....nama big boss aku n company aku keje pun tersenarai...bagus2....duit sapolah yer dia guna....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 10:44 AM | Show all posts
Ni lah sebabnya rakyat marahaen semakin menjauh dgn lobai2 PIS-lobai2 PIS ni perasan molia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2012 10:47 AM | Show all posts
sapa yg konar?
KAU yg kata depa beli keta sbb depa nak selesa
depa kata perdana mentenen tingg ...
hzln Post at 1-6-2012 07:03

kau pulak nak jadik consultant on how to spend money. Kau sapa mek? kekekekekekeeeee..........baru dapat lesen ka?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 10:48 AM | Show all posts
sultan multan raja bagai ni relevan lagi ke?
zaman dah masuk abad baru...masih duk pegang kegem ...
peachRose Post at 1-6-2012 09:14

sebelum kau tanya status orang llain, cuba kau renung diri akan status kau tu? relevan ka? itu terlebih afdhal....ka ostad kau ajar org lain punya shorfalls ajer kene rembat kaw kaw..diri sendiri dah confirm molia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 10:50 AM | Show all posts
Bida potret tok guru depan2 ustad tayang duit sapa lagi banyak, tadak sapa nak bagi tazkirah ka bab pembaziran?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 10:51 AM | Show all posts
sebelum kau tanya status orang llain, cuba kau renung diri akan status kau tu? relevan ka? itu ter ...
apam Post at 1-6-2012 10:48


raja aje pun..manusia..mati cam manusia lain gak..
so knp nak agung2kan sgt...lebih dr Nabi dan RAsul plak...
kritik pun takleh?
ko tu plak..relevan ke tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.086853 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list