CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

Gangnam University College - PENGUMUMAN BERSEJARAH SETIAP 9.00 PM BERMULA ESOK

 Close [Copy link]
Post time 29-1-2016 08:57 AM | Show all posts
ismaha replied at 28-1-2016 08:33 AM
siap ada saksi tu...saksi tu pulak boley caya keeeeewwww

prof dh claim insurns belum t ...

iols saksi yang berkredibiliti tinggi okehhhh....
bagaikan paparazzi yang ada di mana2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2016 08:59 AM | Show all posts
dauswq replied at 27-1-2016 10:13 PM
library terbakar  
buku2 , jurnal, ensiklopedia sempat dipindahkan ke Kim So Hyun lecturer h ...

prof...dapat cuti peristiwa berapa hari nih...

ingat sesenang ke nak bakar library...
eh eh ingat sesenang ke nak jadik saksi pertama tempat kejadian....

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 09:00 AM | Show all posts
masdiana-ana replied at 28-1-2016 01:31 PM
nantilah 2 -3 hari klau x ada org htr nantilah iols htr...

hantarla mas....iols sepatah pun tak tulis lagik..
takde idea nak buat cane...
mungkin pas baca asimen mas boleh trigger otak nih jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 11:27 AM | Show all posts
spankee_fili replied at 29-1-2016 09:00 AM
hantarla mas....iols sepatah pun tak tulis lagik..
takde idea nak buat cane...
mungkin pas baca  ...

iols pun x ada idea juga..pakai hentam jer..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 12:18 PM | Show all posts
masdiana-ana replied at 29-1-2016 11:27 AM
iols pun x ada idea juga..pakai hentam jer..

meh tengok sikit hentam yang macam mana....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 05:47 PM | Show all posts
Edited by masdiana-ana at 31-1-2016 06:04 PM

Quiz:
Anda diberi tugasan sebagai "scripwriter" untuk drama terbitan KBS bagi slot malam Jumat/Sabtu setiap minggu. Produser KBS tidak senang dengan peningkatan ratings cenel berbayar tvN yang berjaya mendominasi slot tersebut daripada kalangan penonton urban dan berharap drama nukilan anda dapat memotong ratings tvN.

Anda diarahkan untuk mengarang secara ringkas "draft" skrip drama berjumlah 16 episod.
Anda hanya perlu menggarap skrip permulaan untuk drama sahaja.
Drama ini bukan pre-produced.
Anda bebas untuk memilih genre kegemaran anda dan berkarya. Anda bebas memilih pelakon-pelakon untuk menjayakan watak tersebut.
Panjang skrip  sekurang-kurangnya 100 dan tidak melebihi 1000 patah perkataan.


TUGASAN : LECTURE 6
DRAMA :  I SEE YOU....GHOST
TERAJU UTAMA:JOO  WON.HAN HYO JOO ,YOO HAE JIN.
DIRECTOR :  OH JIN -SUK
EPISODE : 16 EPISODE
GENRE DRAMA: MYSTERY /ROMANCE
CHANNEL : KBS

     

credit image : masdiana ( PIC LUPA NK BUAT WATERMARK)

SINOPSIP :
I SEE YOU……..GHOST.

DRAMA INI MENGISAHKAN SEORANG  INSPEKTOR  MUDA YANG BERNAMA KIM WON YANG BARU SAHAJA DIPINDAHKAN KE ’ HANAM POLICE DEPARTMENT “DAN MENGENDALIKAN DEPARTMEN SPECIAL CASES…TANPA DIA SEDAR KEHIDUPANNYA BERDEPAN DENGAN KES2 MISTERI DAN DILUAR  JANGKAAN FIKIRAN…


KIM WON- PERLAKON  JOO WON
KAREKTER POLIS MUDA YANG DEGIL,BERANI,BIJAK  DAN POYO……HEHEHE..



HAN YEO JIN-  PERLAKON HAN HYO JOO– ROH WANITA YANG SELALU MEMBANTU KI WON MENYELESAIKAN KES2 MISTERI..DIA JUGA MENPUNYAI RAHSIA DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN KIM WON.


PENGUATKUASA LEE  PERLAKON SONG KYUNG CHEOL– BAPA SAUDARA KEPADA KIM WON..SEORANG YANG TEGAS ,KELAKAR DAN CEREWET..



POLIS PERONDA HONG- PERLAKON YOO SEUNG MOK.. SEORANG YANG AGAK KELAM KABUT DAN PENAKUT..BANYAK MEMBANTU KIM WON..


PERLAKON YOO HAE JIN
LELAKI MISTERI YANG SELALU MENGANGGU KES2 SIASATAN KIM WON





Tajuk : I SEE YOU ………GHOST….

Teraju Utama : Joo won (Kim Won) Han hyo joo ( Han Hyo Jin)
Genre : Misteri/Romance



EPISODE 1- MISTERI BERMULA.



Lokasi : Hanam-Dong Police Department.

Di  screen kelihatan seorang lelaki muda berpakaian uniform polis berjalan ke arah bangunan yang tertulis ‘’ HANAM  POLICE DEPARTMENT “
( monitor sound )


     Nama aku Kim Won ,umur 27 tahun hemsem kacak dan bergaya ( itu orang katalah….) masih bujang… hehe..pasal byk perempuan tak suka aku diorg kata aku nie membosankan,,,,huh.. tapi tak apa…kehidupan seharian aku hanyalah kerja.. kerja..kerja aku tiada masa untuk hal-hal yang lain.Lupa plk hari ini hari pertama  aku bertugas di tempat baru..Aku baru sahaja di tukarkan dari Seoul Police Deparment ke sini.
   

      Kim won melihat jam di tangannya tertera angka menunjukkan pukul 8 pagi.Kim  Won melihat dokumen kertas di tangan nya sambil mencari bilik tempat kerja barunya.Department baru tempatnya berkerja kelihatan kosong dan sunyi.. mana semua orang kim won berkata didalam hati.. ‘’ mungkin aku datang terlalu awal’’ kim won menyedapkan hatinya…
  Kim won akhirnya berjumpa bilik tempat kerjanya.perlahan-lahan dia menbuka pintu biliknya.suasana di dalam biliknya kelihatan kemas dan tersusun..dimeja kejanya dihiasi sejambak bunga ros
            

“ ok.not bad tak teruk yang mcm di sangka” Kim won berjalan menuju ke arah rak buku.Kim won melihat lambakkan fail-fail lama tak tidak disusun rapi.sebaris tag tulisan bertulis ““Inspector Kim” Special Cases Department. tersengam indah di meja kerjanya ,kim won tersemyum bangga walaupun kim won tak pasti apakah tugas baru yang menantinya di tempat yang terlalu asing untuknya.
  “ Special Cases Department,bunyi mcm menarik” Kim won duduk di kerusi sambil melihat jam di tangannya dia masih menunggu rakan setugasnya.

1 ptg- ( senyuman lebar terukir dibibir kim won)
2 ptg- (masih lagi tersenyum)
3.00 Ptg ( tiada lagi senyuman,kerutan dimuka kim won menahan geram)
‘’ ok..mana semua orang nie” Dalam keadaan geram kim won berjalan keluar ke meja hadapan biliknya dan dia terkejut tiada orang yang duduk di luar…
Kim won kehairanan……dia berjalan ke koridor dan melihat tiada sesiapa di situ..kelihatan cahaya terang menerangi ruang kawasan koridor tetapi tiada sesiapa di situ.Depament Special  Cases legang , kosong, dan sunyi….

   Kim won menyerbu ke arah bilik penguatkuasa .Kelihatan Penguatkuasa Lee sedang menhirup secawan teh dengan tenang..seolah-olah menanti kedatangan kim won.
   ‘’  Ye. Inspector Kim apa yang boleh saya bantu kamu ?beliau berkata dengan semyuman terukir dibibir .Kim won menutup pintu dan berjalan ke rah Penguatkuasa Lee
‘’ Saya nak bertanya kenapa Depament saya legang dan kosong” hari nie hari cuti ke…? Kim won bertanya dengan tidak sabar..
‘’itu kerana hanya kamu seorang sahaja di sana, Inspector Kim “ Penguatkuasa lee menjawap sambil menghirup tehnya..
Apa…? Kemarahan kim won berledak secara tiba-tiba.
  ‘’ Mengapa saya dipindahkan ke sini untuk menjadi ketua jika hanya saya seorang sahaja yang bertugas”kim won mengetap giginya menahan geram..Penguatkuasa lee tersengih ,air mukanya masih tenang tidak mengedahkan kemarahan kim won.
   ‘’ Kami tidak pernah berkata inspector kim adalah ketua depament speciel cases..Depament inspector Kim adalah bermakna inspector terpaksa bekerja seorang.. Bukankah inspector mengatakan inspector tak suka berkerja secara berpasangan atau berkumpulan’’??
Kim won terkedu….terdiam tidak berkata…jawapan daripada penguatkuasa lee menbuatnya terkedu..
Ye,kim won sememangnya menpunyai rekod kerap bertukar ganti rakan sekerja hinggakan dia tidak ingat  separuh nama bekas –bekas rakan sekerjanya.tetapi itu kerana mereka menjengkelkan.
Kim won berjalan dengan tangannya mengengam rambutnya menahan geram… ‘’Kenapa saya dipindahkan ke sini secara rawak… ‘’kenapa saya  yang menjadi pilihan..’’?
  ‘’ Ia tidak rawak. Kamu  telah diletakkan disitu kerana depament disitu tidak menpunyai pengawai  yang mahu berkerja di sana.Tiada sesiapa yang pernah bertahan lebih lama daripada 2 bulan. Tetapi saya menpunyai ramalan bahawa kamu  boleh bertahan lebih lama’’ penguatkuasa lee menjawap .dengan jujur..
  Kim won menhentak mejanya.. ‘’ kenapa saya?’’Adakah kamu semua menbuat pertaruhan ke atas saya yang saya akan berhenti sebelum 2 bulan.’’ Malangnya kamu semua akan kalah..’’..
Penguatkuasa lee ketawa ‘’Tidak ,saya bertaruh kamu akan kekal dalam jangka panjang ,inspector.Saya percayakan inspector  Kim.Hanya inspector  sahaja yang boleh mengendalikan jabatan itu.Kim won memandang penguatkuasa lee dengan curiga…
‘’ Depament itu apa fungsinya?’’Wajah penguatkuasa lee tidak menunjukkan apa-apa emosi..secara perlahan dia menjawap ‘’ Inspector akan mengetahuinya tidak lama lagi’’
‘’ Bagitahu saya sekarang!!’’ kim won meninggikan suaranya…’’ saya tak mahu hanya bertanggujawap bagi kes2 yang terpencil’’.Adakah istilah ‘’speciel case bermakna saya hanya mengendalikan  lost and found cases. ?Jika ya,saya mahu dipindahkan.’’
Penguatkuasa lee tersemyum.semyumannya kim won merasakan bagaikan menyembunyikan sesuatu ‘’ ‘’ oh tidak , ia adalah satu jabatan yang sangat penting kerana itu tiada sesiapa yang mahu berkerja di sana’’.Tetapi saya percaya inspector boleh mengendalikannya.
‘’ Baiklah ,sekuranngnya saya perlukan seorang pembantu untuk menbantu saya menguruskan fail2 dan kes2..saya akan gila klau saya menlakukannya sendiri’’kim won masih tidak berpuashati
Semyuman masih lagi bermain di bibir penguatkuasa lee’’ Saya tidak fikir inspector perlukan pembantu lagi sekarang’’.Kim won semakin keliru,
  ‘’ Mengapa….? apabila kes selesai kita akan perlukan orang untuk menfailkannya ‘’ kim won menjawap dengan keliru..
‘’ Betul.. tetapi sejak tahun 2008 masih tiada kes berjaya diselesaikan  setakat ini.’’
Kim won kehairanan’’ ‘’ Apa yang penguatkuasa lee maksudkan’’? Adakah Penguatkuasa cuba untuk memberitahu saya bahawa dalam  tempoh 9 tahun ,tidak ada kes yang pernah diselesaikan?.Dia mengangguk.’’ Itulah yang saya cuba katakan’’
‘’ Dan apa yang menbuatkan penguatkuasa  fikir saya akan bertahan lama di sini’’Kim won masih tidak berpuashati dengan jawapan penguatkuasa lee.Kim won bukan ingin merendahkan dirinya tetapi dia bukanlah seorang polis yang bijak atau handal.. dia banyak menimbulkan masalah..Cuma kim won banyak mengikut naluri hatinya apabila menyelesaikan sesuatu kes.
Penguatkuasa lee mengosokkan dagunya sambil berfikr’’  Hanya ramalan ,tetapi saya bertaruh ke atasnya ‘’
Tiba-tiba kim won mendapat jalan penyelesaian akal bijaknya mencari helah untuk melepaskan dirinya
‘’Bagaimana jika saya meletak jawatan didepement ini dan meminta perpindahan atau saya berhenti kerja’’?
Air muka Penguatkuasa lee tiba2 berubah.Dia kelihatan tidak gembira.
‘’ Dan inspector terpaksa memilih untuk memiliki rakan sekerja sepanjang inpector berkhidmat dengan jabatan polis.. ‘’ dan untuk berhenti inpector masih ada kontrak dengan jabatan polis..’’ Inpector tahu bukan apa hukumnya jika melanggar kontrak.Pilihan di tangan inspector ‘’
Kim won mengutuk didalam hatinya…. Kim won lebih suka bersendirian daripada memiliki rakan setugas yang menjengkelkan..dan untuk berhenti kerja bayaran yang tinggi harus dibayar jika masih belum  tamat  kontrak.Nampaknya kim won terpaksa menguruskankan depament tersebut bersendirian..
‘’ Jangan salahkan saya jika tidak melakukan apa2 di sana’’kerana tiada kes yang pernah diselesaikan di depament itu sejak 2008.Kim won menberotak..
‘’ Jangan bimbang inpector anda pasti akan dapat menyelesaikannya’’ penguatkuasa lee menjawap bersahaja.
‘’Dammmmm’’ ( pintu dihempas keluar.. kim bum keluar dari pejabat penguatkuasa lee dalam keadaan tidak puas hati.
Penguatkuasa lee hanya memandang sambil mengelengkan kepala..Dia cukup faham perangai anak saudaranya Inpector Kim won yang agak panas baran dan degil..
‘’ Kim won  akan berjaya’’ ………Pakcik percaya’’


    Kim won berjalan sambil merungut .Bapa saudaranya Penguatkuasa lee sentiasa ada helah untuk mengenakannnya..Walaupun mereka menpunyai pertalian saudara tetapi cara fikiran dan cara kerja mereka berbeza,mereka selalu sahaja berlainan perdapat dalam banyak hal terutama dalam soal kerja.Kim  won berjalan ke arah mesin layan diri untuk secawan kopi panas.Dia perlu bertenang sebelum memikirkan tindakan selanjutnya.
Kim won memasukkan koin ke dalam mesin layan diri dan menekan butang ON dalam keadaan masih marah.Dia mendengar satu suara menegurnya.
‘’ Saya tidak pernah lihat kamu di sini.. kamu mesti orang baru di sini’’Kim won berpaling dan melihat seorang lelaki pentengahan umur ,rambutnya berubah..di tangannya memegang secawan kopi yang masih kelihatan panas.Kim won menunduk sedikit  sebagai tanda hormat..
   ‘’ Saya inspector Kim ,saya baru dipindahkan ke sini pagi tadi’’
Dia mengangguk dan menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan.
‘’ Nama saya Hong,polis peronda dikawasan ini.’’Kamu kelihatan terlalu muda untuk memegang jawatan polis.Di jabatan mana kamu ditugaskan?
“Special Cases Department” kim won menjawap bersahaja.
Polis Peronda hong kelihatan terkejut hampir tersembur kopi yang diminumnya..air kopi yang diminumnya mengena sedkit kasut kulit milik nya.
‘’ Mr Hong tak apa2 ke’’Polis Peronda hong kelihatan pucat ,dia melangkah ke tepi .
S-Special Cases?”Dia bertanya dengan gemertar, rasa ingin tahu kim won semakin mendalam.
‘’ Mengapa Mr Hong begitu takut?’’Tolong bagitahu saya.Penguatkuasa Lee yang menyengkelkan itu merahsiakan sesuatu daripada saya’’Kim won menghirup kopi secara bersahaja. Matanya melebar seakan tidak suka kim won mengata penguatkuasa lee.
‘’ Jangan kurang ajar dengan penguatkuasa..dia adalah orang penting di kawasan ini’’Polis Peronda Hong memberikan nasihat
Kim won mengangkat bahu.’’Penguatkuasa tentu tidak akan keberatan kalau mr hong memberitahu saya’’Jadi bagitahu saya sekarang segalanya mengenai ‘’Special Cases Department ‘’
Beliau mengeluh dan duduk di kerusi yang terletak berhampiran mesin layan diri.Kim won mengikutinya.Dia kelihatan gemetar dan cemas sebelum menuturkan kata
‘’ Special Cases Department  bertanggujawap menyelesaikan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan atau dalam erti kata lain…hampir mustahil untuk diselesaikam’’Kim won tidak terkejut dia sudah mengetahui perkara berkenaan daripada bapa saudaranya penguatkuasa lee.
‘’ Perkara itu saya sudah tahu..yang saya perlu tahu kenapa department itu kosong..tak berpenghuni…’’? Dia perlahan-lahan berpaling memandang kim won dengan rasa takut dimatanya.
‘’ Kamu percaya pada hantu’’?Kim won memandang polis peronda hong seolah2 polis pentengahan umur itu menbuat kelakar… Kim won ketawa sambil berkata ’Hantu?haha..tidak saya tidak percaya kewujudan hantu’’
Polis tua itu kelihatan kecewa kim won tidak mempecayai ceritanya..’’polis di kawasan ini percaya department special cases terkena sumpahan..dan berhantu..Polis tua itu masih menyambung ceritanya..
Kim won kelihatan tidak senang dengan ungkapan polis  tersebut.’
‘’Mengarutlah semua tue’’ mana ada hantu zaman sekarang ini’’ kim won menbalas dengan muka tidak percaya..
‘’ Setiap kali ada pegawai yang ditugaskan di depamert tersebut pasti akan berhadapan dengan nasib malang…Kerana itu tidak ada seorang pun pegawai yang berani mendekati depament tersebut’’ ungkapan Polis peronda hong sedikt pun tidak menakutkan kim won
Kim won menepuk belakang bahu polis tua itu,sambil berkata dengan hormat’’ Mr  Hong, saya dah duduk di depament tersebut selama berjam-jam ’  tiada apa pun  yang berlaku pada saya’’ Percayalah depament tersebut tak berhantu’’
Muka polis peronda hong kelihatan pucat ‘’ Kamu tidak mendengar bunyi tapak kaki’’?ternampak bayang2 hitam dari belakang dan sebagainya’’? ?? ia adalah mustahil setiap orang yang berada di sana telah melihat atau mendengar sejak kali pertama mereka mejejakkan kaki ke depamenrt tersebut..’’!!
Kim Won berkata dengan nada yang tegas’’ ini kerana tidak ada perkara yang mengarut seperti hantu Mr Hong’’
Dia mengelengkan kepalanya.. ‘’Ia wujud…ia ada disitu..kamu lihat jika kamu mengalami nya pasti kamu ingin pindah ke jabatan yang lain’’Kamu tidak akan mampu melawannya… ‘’
Kim won terasa tercabar dengan ungkapan Polis yang sudah lanjut usia itu…Cabaran di terima.
‘’ Mr Hong ,saya tidak akan berpindah ke jabatan lain..saya mempertaruhkan reputasi dan maruah saya ,bahawa saya tidak akan meninggalkan depament tersebut hanya kerana takutkan hantu’’ ungkap kim won bersungguh..
Dia mengeleng-gelangkan kepalanya.’’ Jika kamu ada kekuatan untuk berlari…larilah tinggalkan tempat itu..tiada siapa yang akan salahkan kamu.. tempat itu, .depament itu sesuatu tempat yang menakutkan’’
Kim won cuba untuk mengawal kemarahannya yang secara terangan mencabar keberaniannya.Dia bukanlah seorang yang penakut……Polis tua itu seakan-akan cuba untuk merendahkan keberaniaanya.
‘’ Jadi apa kes2 yang akan  diklasifikasikan sebagai khas’’ kim won masih ingin mengetahui mengenai jabatan tempatnya bertugas sekarang.
‘’ Kes-kes yang jabatan lain telah menolak atau tidak mampu untuk menyiasat dengan lebih lanjut’’ kes itu akan dipindahkan ke depament special cases.’’ Polis peronda hong menerangkan dengan lebih mendalam..
Kim won menjadi marah’’ Adakah itu bermakna Jabatan saya seperti tong sampah…longgokan kes2 yang ditolak oleh jabatan lain’’
Polis tua itu menepuk bahu kim won sambil perlahan berkata‘’Ye itu adalah betul’’Kerana itulah sebabnya Depament Special cases ditubuhkan..Mr hong tiba2 mengeluh ‘’ satu masa dahulu depament itu adalah depament paling terkenal di Jabatan polis di daerah ini’’
Ungkapan daripada polis tersebut menimbulkan seribu persoalan di fikiran kim won.Kim won tertanya-tanya
“ Apa yang Mr Hong cuba maksudkan….saya tak faham’’?
Polis peronda itu menbongkar sejarah lama mengenai depament special cases.
“” Ia telah ditubuhkan pada tahun 1994 dan berada di bawah kuasa inspector Miho ..kamu kenal dia bukan?’’Kim won mengangguk …teruja dengan nama yang disebut oleh polis tersebut.
Yeah…dia adalah idola saya…100 kes berjaya diselesaikan berturut2..itu adalah hebat bukan’’kim won menerangkan dengan teruja..
Polis tua itu ketawa ‘’ Inpector miho juga adalah kawan baik saya..amat malang dia meninngal akibat penyakit kanser’’pada tahun 2007.Dia kelihatan mengesat air matanya…kim won menepuk perlahan bahunya sambil berkata’’ sekurangnya dia tidak meninggal kerna sebab lain…dia meninggal kerana takdir yang mengambilnya…
‘’ Kamu betul, saya rindukan kawan baik saya’’….Dia sentiasa bersemangat’’
Kim  won mengeluh’’ dia akan sentiasa dihormati oleh kadet2 polis di academy.. tiada sesiapa boleh gantikan tempatnya….Dia tidak pernah gagal dalam semua kes yang dikedalikannya..boleh dikatakan semua kes berjaya diselesaikannya..Mr hong tahu apa rahsianya… saya Cuma tertanya2 apa rahsianya…’’
‘’ ‘’Jika saya bagitahu kamu rahsianya..kamu tidak akan percaya?..
Kim won teruja ingin tahu’’ Apa rahsianya…? Polis itu ketawa ‘’ inspector miho menmpunyai kebolehan Psikik..Kebolehannya  yang luar biasa mampu untuk mengetahui maklumat2 bekenaan sesuatu kes….itu kerana dia boleh melihat hantu’’
Kim won terasa dirinya dipermainkan oleh polis tersebut.Kim won menatap polis peronda itu dengan pandangan seakan tidak percaya… Hantu?’’’ Mr hong mengatakan yang inspector miho yang hebat dan bijak kerana dia boleh melihat hantu..!!.Polis tua itu ketawa dan memukul belakang kim won sambil berkata “ Saya dah agak kamu mesti tak akan percaya”tetapi betul dia seorang psikik..
Kim won berkata dengan sinis’’Saya agak tempat itu yg kononnya berhantu sekarang kerana kebolehan ghaib dia’’Polis peronda hong kelihatan terkejut tetapi tidak menbantah
‘’ itu adalah betul  anak muda…..inpektoc miho juga merupakan pengusir hantu…tiada hantu yang berani untuk mendekati tempat itu ketika inpector miho masih ada….tetapi sejak beliau telah meninggal  dunia,semua roh-roh yang mengembara dan sesat berlegar-legar di kawasan depament itu..Jika beliau masih hidup dia akan mengusir ke semua hantu2 itu jauh…
Kim won tiba2  ketawa’’ polis peronda hon memasamkan mukanya….’’ Apa yang begitu kelakar “?
Kim won bangun daripada tempat duduknya..” ye kelakar bila saya mengetahui idola saya sebenarnya adalah ghostbuster ..dan bukannya Sherlock Holmes’’ oklah Mr hong …hari pun dah lewat saya terpaksa pergi dahulu..Hari ini adalah hari pertama saya..dan banyak barang perlu dikemaskan.. sampai jumpa lagi…””
Kim won melambaikan tangannya…Polis peronda hong berteriak” Hati2 anak muda”…..tetapi kim won sudah jauh meninggalkan polis tua tersebut..
Kim won merenung tajam. Setiap penjuru bilk depament tempatnya berkerja..Dia berada di luar biliknya…merenung tajam depament yang kosong itu lalu dia berkata dengan suara yang kuat dan lantang..
“ Wahai Hantu yang ada didepament ini.…Jika kamu semua wujud…Saya ingin mengumunkan bahawa saya ketua baru disini’’ dan kerana itu saya menuntut kamu semua muncul di hadapan saya sekarang’’!! berikan saya satu tanda….
Tidak ada tindakbalas sama sekali,tiada bunyi,tiada kelipan cahaya’’ senyap dan sunyi…
Kim won merasakan dirinya seperti orang bodoh…menjerit untuk dirinya sendiri disini.Dia mengangkat bahu..’’ini adalah mengarut’’ saya patut pulang ke rumah sahaja’’..
Kim won berjalan kea rah pintu untuk pulang ke rumahnya...tiba2 dia menjerit  ;’’ BOO!!   untuk menacah2..,Tiada apa2 ..senyap dan sunyi…
Dia mengelengkan kepalanya…dan berjalan untuk pulang ke rumahnya..Tanpa dia mengetahui pintu billiknya perlahan-lahan tertutup dengan sendirinya..bunyi keriut bergema sepanjang koridor…Kreek ...............kreek…


Keesokkan harinya….



LOKASI: DEPAMENT SPECIAL CASES..
               BILIK INSPEKTOR KIM WON


    Kim won berulang kali mengetuk dahinya di atas meja kerjanya dan kemudian dia berhenti dan membaringkan mukanya dimeja…Dia melihat jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi..dia sudah kebosanan..


’ 'Adakah aku perlu hidup seperti ini setiap hari…..hahh..membosankan…!!’’


Kringgggggggg! Kim won melonjak gembira mendengar bunyi panggilan telefon  yang berdering di meja kerjanya.Dia mengangkatnya..””hello ??
Bapa saudaranya penguatkuasa lee menjawap dengan teruja’’ ada kes untuk jabatan kamu inspector kim ‘’.Secepat mungkin menuju ke  Hospital Seoul  sekarang. "


‘’ Kes ini berkenaan apa’’ kim won bertanya dengan lebih lanjut.sambil memakai jaketnya.Dia perlu mengetahuinya sebelum pergi ke sesuatu lokasi..Penguatkuasa lee menjawap’’ Anak perempuan menteri telah hilang lebih kurang seminggu..tanpa dapat dikesan’’Kim won tertanya2 ‘’ Kenapa kes ini dihantar ke sini..saya fikir hanya kes-kes yang tidak mampu diselesaikan dihantar ke sini’’…kes ini terlalu biasa’’..


‘’Ini kerana dia hilang tanpa sebarang petunjuk’’..Pada mulanya kami syaki dia diculik tetapi ia tidak masuk akal sama sekali..Segera pergi ke sana untuk menyiasat kes ini’’


‘’ Pakcik tidak sengaja menghantar kes ini kepada saya bukan’’?..Kedengaran ketawa penguatkuasa lee di talian …’’ Walaupun kamu anak saudara saya tetapi tidak bermakna saya akan menberi kelonggaran..Kes ini adalah kes yang penting  inspector kim..Segera ke tempat lokasi dan melaporkan kepada saya apabila kamu sudah selesai…’’

Kim won menutup telefon dan segera mengambil kunci kereta..Mari kita lihat bertapa rumitnya kes ini..

















* tengah edit *












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2016 06:22 PM | Show all posts
Edited by masdiana-ana at 1-2-2016 04:06 PM

Quiz:
Anda diberi tugasan sebagai "scripwriter" untuk drama terbitan KBS bagi slot malam Jumat/Sabtu setiap minggu. Produser KBS tidak senang dengan peningkatan ratings cenel berbayar tvN yang berjaya mendominasi slot tersebut daripada kalangan penonton urban dan berharap drama nukilan anda dapat memotong ratings tvN.

Anda diarahkan untuk mengarang secara ringkas "draft" skrip drama berjumlah 16 episod.
Anda hanya perlu menggarap skrip permulaan untuk drama sahaja.
Drama ini bukan pre-produced.
Anda bebas untuk memilih genre kegemaran anda dan berkarya. Anda bebas memilih pelakon-pelakon untuk menjayakan watak tersebut.
Panjang skrip  sekurang-kurangnya 100 dan tidak melebihi 1000 patah perkataan.


CERITA  KEDUA...


PROLOG
DRAMA : MYSELF
TERAJU UTAMA: JOO  WON HAN HYO JOO ,LEE MIN KI
DIRECTOR : OH JIN -SUK
EPISODE : 16 EPISODE
GENRE DRAMA:ACTION,TRILLER,ROMANCE,HUMAN
CHANNEL : KBS

SINOPSIP MYSELF

Kemalangan yang tragis itu meragut ingatan dan memory kim Tae hyun ( Joo won)setelah dua tahun koma,dia bangkit semula menjadi insan yang berbeza…dptkah dia diberi peluang kedua untuk membetulkan kesilapan yg pernah dilakukannya…. Drama action,romance…triller.

‘’ KEMALANGAN ITU MENYEBABKAN DIA KEHILANGAN INGATAN ………..SIAPAKAH DIA..APA RAHSIA SILAMNYA …SIAPAKAH MUSUHNYA…..SIAPAKAH KAWANNYA…
Masih adakah peluang kedua untuk dia menebus kesilapannnya…..
    
     Kepulan asap hitam kelihatan samar-samar ditelan kepekatan malam.Cahaya kilat yang kadangkala memancar memperlihatkan keadaan jalan yang kiri kanannya dipenuhi oleh pokok-pokok, bertebaran di sana –sini.Agak mengerunkan apabila di situ juga kelihatan sebuah kereta Mercedes benz merintangi jalan dengan tayarnya di kedudukan atas.Kemalangan yang baru beberapa minit berlaku tanpa diketahui sesiapa pun memandangkan hari yang telah pun lewat dan cuaca yang kurang baik,masih tidak diketahui sebabnya.Tak lama kemudian,kelihatan satu percikan api dari bahagian belakang kereta tersebut dan disusuli pula satu letupan kuat membakar kereta itu dengan serta merta.Hujan renyai-renyai bagaikan merintih mengiringi suasana yang penuh tragis itu.
   
   Tidak sampai pun setengah jam,tempat itu sudah mula dipenuhi orang ramai.Bomba dan polis bertungkus lumus memandamkan api.Dua buah ambulans dan sekurangnya lima orang kakitangan hospital telah bersiap menghadapi sebarang kemungkinan apatah lagi mereka di beritahu terdapat satu mayat rentung di dalam kereta tersebut.Usaha untuk mengeluarkan mayat tersebut perlu dilakukan setelah api dipadamkan.
             ‘’ Kat sini! sini ada orang !masih hidup lagi!’’ tempik seorang pegawai polis yang berada tidak jauh dari kenderaan yang sedang terbakar itu.
      
    Semua orang terus menerpa ke arah pegawai polis tersebut.Sekujur tubuh terlangkup dipermukaan tanah,ditutupi oleh semak samun setinggi paras pinggang.Patutlah sejak tadi mereka langsung tidak menyedari terdapat mangsa kemalangan itu tercampak ke semak samun tersebut.
     
    Pertolongan cemas terus diberikan sebelum mangsa dialihkan.Keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri sukar ditafsirkan sama ada dapat diselamatkan atau tidak.Malahan kecederaan yang tampak serius itu menyukarkan lagi usaha mereka.Disinilah persimpangan antara hidup dan mati menjadi pertaruhan.
      
   Bunyi siren sudah jauh kedengaran.Cahaya yang memutih bersilah ganti melepasi tubuhnya yang kaku.Mata terpejam rapat tetapi telinganya masih sempat menangkap hiruk pikuk di sekelilingnya.Dunianya bagaikan berputar laju .Darah merah masih mengalir tanpa henti.Kedinginan malam pula semakin mencengkam diri membuatkan nafasnya tersekat-sekat.Kesakitan yang dirasai sudah tidak mampu digambarkan lagi.Dia hanya mampu berserah kepada takdir

    Cukup bersediakah dia menghadapi saat-saat di penghujung kehidupannya.? Memadaikah apa yang telah dikecapinya di dunia ini?adakah ini akhiran perjalanan hidupnya..Sebening airmatanya menitis bersatu bersama darah yang membaluti pipinya.Dalam perjuangannya di saat –saat akhir itu,terkumat-kamit mulutnya cuba menuturkan sesuatu namun entah kenapa fikirannya kosong dan mulutnya terkunci rapat.
      
Hatinya mula merintih sayu….Seraya nafasnya sudah berada di hujung nyawa,nadinya sudah terhenti berdenyut,akhirnya dia terus terkapai-kapai di alam yang gelap gelita.Adakah untuk selama-lamanya…..

EPISODE 1..

Dua Tahun Kemudian…..LOKASI - ( HOSPITAL BESAR HASHIN,KOREA )

‘’Tuan Muda……apa khabar hari nie?’’Dah makan?’’
  
   Sekujur tubuh yang sedang mengelamun memerhatikan pemandangan pagi di sebalik tingkap besi itu terpinga-pinga.Wajahnya yang kelihatan agak sayu mendongak melihat lelaki separuh usia yang menegurnya tadi.Wajah itu baru sahaja dikenalinya tetapi entah kenapa lelaki yang sudah separuh usia itu mengatakan bahawa mereka sudah lama berkenalan…
     Teguran lembut itu hanya disambut dengan senyuman tanpa sepatah kata.Dirinya masih buntu dan fikirannya masih kosong….
        ‘’ Mr Teuk baru tiba ke?’’
Seorang lelaki yang sudah lanjut umur dan memakai pakaian serba putih menegur dari belakang.
      ‘’ Iya doktor,baru saja sampai.”Lelaki separuh usia itu membalas lembut.
‘’Kalau dah ada di sini ,boleh kita bincang di dalam bilik saya sebentar?’’
‘’ oh ,tentu boleh”.
‘’Silakan”.Lelaki tua itu mengangguk ,manakala doktor itu sudah pun meninggalkan mereka.
‘’Tuan muda,tinggal sekejap ya.Nanti uncle datang semula’’.ujar lelaki itu sambil menggosok-gosok belakangnya yang masih melemparkan pandanganya keluar tingkap.Tanpa menunggu sebarang jawapan,lelaki tua itu  terus berlalu mengejar doktor separuh usia,yang sudah pun hilang sebaik sahaja keluar dari bilik tersebut.
‘’Bagaimana keadaaan dia,doktor?’’
‘’Agak baik berbanding minggu lepas.Dia tidak lagi murung dan sudah mula bercakap.Tapi biasalah ,orang yang baru sedar dari koma dalam satu jangka masa yang agak lama pasti mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya’’.
‘’Adakah dia dah mula ingat apa-apa?””

  Doktor itu menggelengkan kepalanya beberapa kali.Lelaki separuh usia itu kelihatan kecewa.

‘’Jangan putus asa Mr Teauk.Apa yang dia perlukan sekarang ini adalah masa.Cuma saya rasa dalam seminggu dua nanti apabila segala ujian telah dijalankan dan kalau semuanya lancar,mr teauk boleh bawa dia pulang dan mana tahu dia mungkin akan lebih relax dan mempermudahkan lagi proses rawatan terhadap ingatannya’’
‘’Saya memang berharap juga untuk membawanya pulang secepat mungkin,doktor”.
Doktor itu mengangguk setuju.’’itu satu keajaiban dia mampu untuk survive dalam kemalangan tersebut’’Hampir dua tahun……saya sendiri pun tak sangka dia akan sedar.
Lelaki Separuh usia itu tersemyum mendengar kata-kata doktor itu.Sepanjang dua tahun itu dia yang banyak menguruskan hal-hal perniagaan ..amanat yang ditinggalkan oleh sahabat baiknya untuk menjaga satu-satunya pewaris harta keluarga Kim harus ditunaikan..

‘’Sayangnya dia tidak mempunyai saudara-mara lain..kecuali mr teauk..Saya kagum walaupun dia bukan saudara namun mr teauk begitu mengambil berat pasal dia’’
Jujur doktor menyatakan apatah lagi bila mengingati sepanjang tempoh itu dia tidak pernah melihat orang lain selain lelaki tua itu yang hampir setiap hari berada di hospital itu.
’' Saya memang dah anggap dia macam anak saya sendiri.Mediang ayahnya adalah sahabat baik saya.’Dia dah banyak berjasa dengan saya inilah masanya untuk saya menbalas jasanya’beritahu lelaki separuh usia itu yang mesra dipanggil mr teauk sambil tersemyum nipis.
  
   Sesaat kemudian,dia mengeluh di dalam hati mengenangkan nasib anak sahabat baiknya  yang entah apa akan terjadi di kemudian hari.Sekiranya ingatan  tuan muda taehyun tidak pulih ,bagaimana dia harus meneruskan kehidupannya..atau lebih baik sekiranya dia tidak ingat apa-apa.Walaupun sejarah kehidupan dan perangai tuan muda taeyun tidak disukainya tetapi dia tetap sayangkan anak muda itu seperti anaknya sendiri.
apatah lagi dia tidak mempunyai keluarga..Kekayaan yang dimiliki tuan mudanya itu mengaburi nilai kemanusian .dia sentiasa berdoa tuan mudanya dapat berubah.


Lokasi pejabat Majalah sarang hye seoul korea


    Kelihatan seorang wanita muda dan cantik berjalan ke arah pejabat ,rambutnya separas bahu dibiarkan,wajahnya hanya mengenakan solekkan yang nipis tetapi masih menyerlahkan kecantikkan semulajadi yang dimilkinya.Beg yang berwarna coklat pekat yang disandang yonna,disangkutkan di hujung kepala kerusi.Kemudian kerusi itu ditarik perlahan-lahan,lalu melabuhkan punggungnya di situ.
    Yeon jin yang duduk di hadapan yonna menegur sahabatnya itu.
“Berserabut aje muka kau tu.Kenapa?Malam tadi tak cukup tidur ke?’’ soal yeon jin
Yonna memanjangkan lehernya.Memandang seketika wajah Yeonjin yang Nampak kemas dan menarik.Rambutnya diikat toncang,cermin mata menghiasi mata bulat sahabat baiknya itu.
Yonna tersenyum nipis.
‘’ Tidur lewat sikit malam tadi’’jawab yonna,seperti acuh tak acuh sahaja.
‘’Kenapa?Kau siapkan artikel baru ke?’’soal yeon jin lagi tanpa menoleh.Kini tumpuan yeon jin di arahkan pada skrin computer di meja yonna.
Yonna mula menghidupkan computer.
‘’ya,tapi pening kepala aku dibuatnya”,beritahu yonna seperti tidak  bersemangat seperti selalu.Sejak akhir-akhir ini,yonna merasakan kerjanya semakin membebankan.kalau ikutkan hati,hendak melangkah ke pejabat pun dia rasa malas.Matanya juga sesekali dirasakan sakit dan perit.Barangkali terlalu lama terdedah pada cahaya yang datang dari skrin computer.
  
   Bukan setakat dipejabat,malah di rumah dia sering mengadap computer ribanya.Mujur saja matanyamasih dalam keadaan baik.Kalau tak,sudah lama dia terpaksa memakai cermin mata seperti rakan baiknya itu.
‘’macam berat sangat bunyinya tu.Cerita apa yang kau tulisuntuk bulan depan?’soal yeon jin.
‘’Entah….aku nak cakap pun tak tahu’’.itu saja komen yonna.
Yeon jin ketawa mendengarnya.
‘’Pelik betullah kau ni yonna.Mustahil kau nk tulis benda yang kau tak tahu.”balas yeon jin sambil tersengih.
Yonna turut sama tersengih mendengar kata-kata yeon jin sambil matanya masih mengadap computer dimejanya.
       Ruang pejabatyang agak sempit dan kecil itu semakin hingar-bingar dengan suara wartawan yang lain.Park wong yang bekerja sebagai editor kanan kelihatan mundar-mandir darimeja ke meja memungut artikel yang ingin disunting.Sesekali mulutnya membebel itu dan ini.
     Satu pejabat tahu,kalau dia tidak ada,alamat pejabat itu akan bertukar menjadi tempat yang paling sunyi.Gegak gempita seperti itu sudah biasa bagi yonna dan teman-temanya yang lain.Bukan sesuatu yang pelik dan hairan.Malah adakalanya dia bersemangat jika bekerja di dalam keadaan seperti itu.Bagi yonna kesibukan adalah sebahagian dari hidupnya.Dia sudah lali.
‘’Aku pening kepala ni tau tak.Kalau aku cerita kat kau pun bukan kau boleh tolong’’kata yonna seketika kemudian.
‘’ sekurangnya dapat hilangkan stress dan pening kepala kau tue cik yonna oii’’yeon jin membalas sambil menjuihkan bibirnya..Yonna masih mengadap komputernya tidak menghiraukan leteran yeon jin.kepalanya masih pening dan berserabut untuk memikirkan altikel baru untuk ditulis pada bulan depan.

Park Ki wong editor yang bertubuh agak gempal muncul di tepi meja yonna ,membuatkan wanita muda itu tersentak dengan tiba-tiba.

‘’ Ada aktikel yang nak dihantar’’?soal lelaki berusia awal 30-an itu dengan wajah serius.
‘’Belum siap lagilah Mr big’’Panggilan Mr Big memang sudah menjadi kebiasaan di dalam pejabat Majalah Saranghye ’’.Mungkin kerana tubuh Park Ki wong yang agak gempal menbuatkan panggilan itu sudah sebati didalam kalangan staf2 ,Park ki wong juga tidak kisah dengan gelaran itu.
‘’ Kau jangan lambat-lambat sangat yonna.karang aku reject terus,kau jugak yang susah’’.ugut park ki wong.Yonna hanya mampu tersengih sambil menelan air liurnya mengenangkan aktikel yang bakal direject.

‘’Sampai hati Mr Big nak reject aktikel dia’’usik yeo jin dari mejanya.
Habis….nak tunggu kau orang ,bila nak siap?Kerja malas,gaji nak banyak.Sudahnya,aku jugak yang dok terperuk sampai malam nak edit artikel kau orang.Yang ,kau orang pulak dok sedap-sedap kat rumah,aku yang teruk,tau tak?’’sindir Park ki wong sambil menjengilkan biji matanya.

Yonna mendongak menatap wajah bulat park ki wong.
‘’Nanti saya siapkan.Lepas siap,saya terus hantar kat pejabat Mr big’’jamin wanita itu dengan suara yang rendah.
Park ki wong tidak menyahut sebaliknya dia memandang ke arah yeon jin.
‘’Kau punya mana?Dah siap ke?’’Jangan nak tunggu sampai dateline baru nak hantar.Aku hunbam aje dalam tong sampah nanti’’ancam lelaki yang bertubuh gempal itu lagi.Dengan orang bawahannya langsung tidak diberi muka.

Yeo jin mengangkat tangannya memberi isyarat.
‘’Ada…ada.Dah nak siap.Karang saya hantar kat Mr Big.Mr big tunggu aje’’.
Park ki wong merengus kasar lalu meninggalkan meja mereka.Yonna dan yeo jin sama –sama memandang ke arah lelaki yang bertubuh agak gempal itu sambil bibir masing-masing mencebik.
‘’Garang macam singa.malanglah sapa-sapa yang nanti jadi awek dia’’.Aku nak dekat pun takut’’bisik yeo jin perlahan.

Yonna tersengih.’’ Tak baik cakap macam tu,kan ke dia tue,bakal pakwe kau’’seloroh yonna .
Yeon jin segera mencapai sekeping kertas kotor lalu digumpalkan dengan kasar.Gumpalan kertas itu dilontarkan ke arah yonna.
‘’Ambil kau!Banyaklah kau punya ‘’ bakal pakwe’’ tak ingin aku…seranah yeo jin separuh geram.Yonna cuba mengelak namun tidak sempat.Gumpalan kertas itu mengenai dadanya dan jatuh berguling ke lantai.Lalu dia meledakkan ketawanya,.
Kemudian yonna meneruskan kerjanya.Begitu juga dengan yeo jin.Bunyi butang huruf diketuk kedengaran bertalu-talu.Masing-masing sibuk ke hulu ke hilir dan kelihatan terburu-buru.Sekejap-sekejap terdengar suara park ki wong melaung meminta itudan ini dari dalam pejabatnya.Mengalahkan bos besar dalam pejabat’’bisik hati yonna.
   

credit to owner..






PERLAKON-PERLAKON.

PERLAKON JOO WON- KIM TAE HYUN

KAREKTER: KIM TAE HYUN

    Seorang yang hartawan…ayah dan ibu meninggal dunia dalam satu kemalangan..sejak kecil taehyun sudah dijaga oleh   pembantunya yg setia MR taeuk.…pewaris tunggal..pentingkan diri sendiri.. sombong…banyak melukai org2 di sekelilingya..tidak pernah percayakan sesiapa.. banyak musuh.semua orang sekelilingnya bencikan dia...tetapi kemalangan meragut ingatannya menjadikan dia seoang yang berbeza..dia berubah menjadi lelaki yang baik… membetulkan kesalahan mencari rahsia masa silam.. tanpa menyendari ada orang yg ingin memusnahkannya..

(dlm drama nie joo won pegang kareter jahat masa dia sebelum hilang ingatan dan karekter baik masa dia hilang ingatan)
PERLAKON HAN HYO JOO- YONNA

KAREKTER -YONNA

Seorang wartawan …ceria… kelakar tetapi agak tegas dan keras kepala…banyak membantu kim tae hyun untuk mencari orang2 yg pernah kim tae hyun buat kesalahan,,,membantu kim tae hyun membetulkan kesilapannya… love hate relationship dengan taehyun.


  PERLAKON JUNG WOONG IN- MR TAEUK

KAREKTER- MR TAEUK – (pembantutaehyun yg setia)

MR Taeuk lelaki pentengahan umur seorang yg baik.. Dah berkhidmat terlalu lama dengan keluarga taehyun..selalu setia berada di samping taehyun  ..dah menganggap taehyun seperti anaknya sendiri..Terhutang budi kepada ibubapa taehyun

  PERLAKON LEE MIN KI- MICKEY LIU
KAREKTER = MICKEY LIU
musuh ketat kim tae hyun


p/s: bilalah my dream pairing couple joo won dan han hyo joo nk jadi OTP dlm drama ke filem...joo won asyik dpt nonna2 jer jadi heroin..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 09:40 PM | Show all posts
dauswq replied at 27-1-2016 10:13 PM
library terbakar  
buku2 , jurnal, ensiklopedia sempat dipindahkan ke Kim So Hyun lecturer h ...

oleh Siti Jessica Jung tu mmg xleh blah!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2016 09:42 PM | Show all posts
dauswq replied at 27-1-2016 10:27 PM
kredit esemen kau dlm peringkat kritikal dah ni
mohon mintak kaunseling dr assoc prof @ism ...

siyes la weiiiiiiii. aku dh xde mood dh nak jawab kuiz bagai! cuma tngu nk jawab final exam je even aku tau mmg sure aku akan blur2 nk jawab nak2 tang soklan2 yg telah dibincangkan dalam kelas!!!!! skg ni, asalkan tak failed je dlm univ ni mmg dh kire bersyukur!!!!


larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk***
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2016 11:25 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 29-1-2016 08:59 AM
prof...dapat cuti peristiwa berapa hari nih...

ingat sesenang ke nak bakar library...

bile nk bg keterangan kt polis ni?
sian student lain tak de tmpt nk belaja
terpaksa hadap bilik berair-cond kami
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2016 11:26 PM | Show all posts
rukiaichigo replied at 30-1-2016 09:40 PM
oleh Siti Jessica Jung tu mmg xleh blah!!!!

kah kah kah
aku teringat dulu kerajaan malaysia promot maskot malaysia kah ape
nama siti letak di hadapan yg dipilih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2016 11:27 PM | Show all posts
rukiaichigo replied at 30-1-2016 09:42 PM
siyes la weiiiiiiii. aku dh xde mood dh nak jawab kuiz bagai! cuma tngu nk jawab final exam je eve ...

soklan final exam pun tak siap lg
busy marking research paper
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 30-1-2016 11:25 PM
bile nk bg keterangan kt polis ni?
sian student lain tak de tmpt nk belaja
terpaksa hada ...

bayarla....meols saksi berbayar tak mainla free of cas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2016 11:31 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 30-1-2016 11:30 PM
bayarla....meols saksi berbayar tak mainla free of cas...

sila lihat kt bilik kebal
results diumumkan satu persatu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 30-1-2016 11:31 PM
sila lihat kt bilik kebal
results diumumkan satu persatu

baikkkk....sesapa nak jawapan bolehlah mulakan bidding price merasuah meols...
pm tepi k...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
masdiana-ana replied at 30-1-2016 06:22 PM
Quiz:
Anda diberi tugasan sebagai "scripwriter" untuk drama terbitan KBS bagi slot mal ...

terbaiklh mas..sampai blh buat 2 cerita..daebak!!!npknya tunggu jwp final exam ja....soalan kuiz x smpt nk mikirnya...suke cerita kedua...jowon jd jht..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2016 11:39 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 30-1-2016 11:34 PM
baikkkk....sesapa nak jawapan bolehlah mulakan bidding price merasuah meols...
pm tepi k...

ni nk kasi fail paper la ni
tak graduate karang

@ismaha

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 30-1-2016 11:39 PM
ni nk kasi fail paper la ni
tak graduate karang


janganla...meols dahla student kelas icu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2016 12:15 AM | Show all posts
masdiana-ana replied at 30-1-2016 05:47 PM
Quiz:
Anda diberi tugasan sebagai "scripwriter" untuk drama terbitan KBS bagi slot mal ...

cerita first ni ala2 mcm drama tvn thriller signal yg sedang disiarkan cuma backgroundnye berbeza
dlm drama tu, polis2 ni dipaksa bertugas dlm special department utk selesaikan "cold case" merujuk pd kes2 beku yg tak dpt diselesaikan bertahun2
tp dgn bantuan "signal" dr mase lepas , polis masa lalu bantu polis mase depan utk bongkar misteri di sebalik kes2 terpendam ni...
bezanya, drama nukilan kau ni guna "hantu" sbg medium perantaraan

bahaya ni kbs nk compete tvn dgn genre & story  yg seakan-akan sama..
lagi2 slot yg sama tu , sabtu & ahad



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2016 12:16 AM | Show all posts
masdiana-ana replied at 30-1-2016 06:22 PM
Quiz:
Anda diberi tugasan sebagai "scripwriter" untuk drama terbitan KBS bagi slot mal ...

cerita ke2 ni agak menarik sbg permulaan
cuma tergantung sket wlpn terletak pd epi 1
klu ade mase boleh olahkan lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.827739 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list