|
anything to share,your thoughts,feelings anything under the sun....
[Copy link]
|
|
Kisah Tempayan yang retak.
Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.
Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.
Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidak sempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.
Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu."
"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"
"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.
Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."
Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.
Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias Rumahnya seindah sekarang."
Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Allah swt akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Allah swt yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita.
Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita. |
|
|
|
|
|
|
|
aku punya yg nie...
February
Abstract thoughts. Loves reality and abstract.
Intelligent and clever. Changing personality.
Attractive. S#*iest out of everyone.
Temperamental. Quiet, shy and humble. Honest
and loyal. Determined to reach goals. Loves
freedom. Rebellious when restricted. Loves
aggressiveness. Too sensitive and easily hurt.
Gets angry really easily but does not show it.
Dislikes unnecessary things. Loves making friends
but rarely shows it. Ho ?ny. Daring and stubborn.
Ambitious. Realizing dreams and hopes. Sharp.
Loves entertainment and leisure. Romantic on the
inside not outside. Superstitious and ludicrous.
Spendthrift. Tries to learn to show emotions.
Aku agree part....dislikes unnecessary things...aku memang tak suka buang masa ngan hal yg aku anggap remeh temeh...lagi yg nie...Rebellious when restricted...part degil tu lagi lah betul...yg lain2 tu cam tak betul jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1402 midori888's post
besok ek
hehehe
ek... sama cam dektu |
|
|
|
|
|
|
|
Komentar : 15 Februari 2008 (Berita Harian)
RENUNGAN
LIMA TAHAP IMAN
Oleh
Mohd Yusop Hassim
Penulis Khas
IMAN bak suatu rizab dalam hati yang boleh menurun atau berkembang.
Hayatilah erti iman sebagaimana maksud firman Allah swt: 'Sesungguhnya orangorang yang menukar iman dengan kekafiran, sekali-kali mereka tidak akan dapat memberi mudarat kepada Allah sedikit pun, dan bagi mereka azab yang pedih.' (Surah Ali-Imran:177)
Dengan jelas Allah telah memberi amaran keras supaya kita sentiasa berpegang kepada 'tali'-Nya. Lantaran itu kita harus mengawasi tahap iman yang kita miliki sama ada ia sejajar dengan apa yang dikehendaki Allah.
Menurut ulama, iman boleh dibahagikan kepada lima:
# Iman Taqlid: Ia bermaksud iman ikut-ikutan atau 'pak turut'. Orang sedemikian pegangan Islamnya tidak kuat dan prinsip Islamnya tidak kukuh. Dia tidak mempunyai alasan kuat mengapa dia beriman dan juga tidak ada dalil 'aqli' untuk membuktikan keyakinannya.
Mengikut pendapat yang jelas, iman taqlid ini tidak sah. Segala amal ibadatnya tertolak dan tidak ada ganjaran apa pun di sisi Allah swt.
# Iman Ilmu: Ia berdasarkan ilmu. Seseorang yang telah mempelajari rukun-rukun iman diwajibkan mengimaninya. Keyakinannya kuat bertunjang pada akal. Begitu juga iktikadnya yang disertai dalil atau nas yang kukuh. Dia tidak mudah terpengaruh dengan ideologi lain.
Mereka ini hanya mampu memperkatakan Islam, namun tidak mampu berbuat atau mengamalkannya. Justeru, iman ini belum lagi dapat menyelamatkannya daripada neraka Allah swt.
# Iman 'Ayyan: Iman ini adalah hasil daripada tarbiah (pendidikan) dan mujahadah (perjuangan) yang gigih.
Orang yang beriman ilmu akan meningkat kepada iman 'ayyan yang bertempat di hati dan bukan lagi di fikiran.
Hati orang sedemikian sentiasa mengingati Allah, ibadahnya khusyuk dan sentiasa merasa keagungan Ilahi. Jika disebut nama Allah, gementar hatinya.
Segala perintah Allah ditaati dengan penuh rela dan kesungguhan. Malah ia terlalu sensitif dengan dosa, tabah dan sabar menghadapi ujian dan sentiasa mendapat bantuan Ilahi. Orang yang berada di tahap iman 'ayyan tidak lama dihisab di akhirat dan mudah masuk ke syurga.
# Iman Haq: Orang yang mencapai tahap iman haq, mata hatinya 'melihat' Allah. Ertinya setiap kali melihat ciptaan dan kebesaran Pencipta, hati dan fikirannya tertumpu kepada Allah. Hatinya tidak terpaut dengan dunia dan tidak dapat dihanyutkan oleh nafsu serta godaan syaitan. Mereka ini digelar muqarrabin (yang terdekat) oleh Allah.
# Iman Hakikat: Inilah tahap iman yang paling sempurna yang dimiliki para rasul, nabi, khulafa ar-Rasyidin serta wali Allah.
Mereka ini ditempatkan dalam syurga yang tinggi martabatnya. Hidup mereka asyik dengan ibadah. Allah akan menurunkan barakah di mana sahaja mereka berada.
Justeru, kita harus sentiasa memerhatikan di manakah tahap keimanan kita. Tidakkah kita berasa takut dengan tahap keimanan kita sekarang?
Marilah kita bermuhasabah diri serta mempertingkatkan keimanan dengan mengerjakan amalan kebajikan dengan bersungguhsungguh, iltizam dan istiqamah.
Hayatilah maksud firman Allah ini:
'Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.' (Surah Ali-Imran:139) |
|
|
|
|
|
|
|
Komentar : 15 Februari 2008 (Berita Harian)
KISAH SEJARAH
GANJARAN BESAR SEORANG YANG MENDERMAKAN HAJINYA
Oleh
Sulaiman Jeem
ANTARA ujian Ilahi ke atas hamba-Nya ialah mengorbankan kepentingannya demi kemaslahatan orang lain.
Demikianlah kisah Rabi' bin Sulaiman, seorang ahli sufi.
Beliau bercita-cita menunaikan ibadah haji bersama seorang saudaranya. Mereka merancang menyertai sebuah rombongan di desanya.
Ketika tiba di Kufa, Rabi' segera ke pasar. Tujuannya untuk membeli keperluan selama dalam perjalanannya.
Di suatu tempat sepi, beliau terlihat seorang perempuan. Wajahnya sedih dan sayu. Dengan pakaian compang-camping, dia kelihatan daif.
Menggunakan sebilah parang, perempuan itu tekun memotong-motong daging keldai. Potongan daging bangkai binatang itu kemudian dimasukkan ke dalam bakul.
Rabi' termenung. Beliau menyangka perempuan itu seorang pembuat roti dan memasaknya untuk diberi kepada orang lain, fikir Rabi'.
Perasaan ingin tahu begitu mendesak. Secara senyap-senyap Rabi' mengekorinya.
Langkahnya terhenti sebaik tiba di sebuah rumah besar. Rupa-rupanya inilah rumah yang dituju perempuan itu.
Rabi' mengetuk pintuk rumah itu.
'Siapa?' tanya seorang dari dalam rumah.
'Tolong, buka pintu ini!' ujar Rabi' dan menambah 'Aku adalah seorang yang malang'.
Pintu itu dibuka. Empat anak perempuan mendekati pintu. Wajah mereka bak dililit duka dan derita.
Keadaan dalam rumah itu amat menyedihkan. Ruangan di dalamnya kosong. Tiada bahan makanan.
Di sela-sela tangisannya, wanita itu berkata kepada anak-anaknya: 'Masaklah daging ini. Bersyukurlah kepada Allah swt kerana Dialah yang berkuasa kepada seluruh hamba-Nya'.
Anak-anak itu sama-sama memotong daging itu untuk dibakar. Melihat keadaan itu, Rabi' segera mendekati dan mengingatkan: 'Wahai hamba Allah. Janganlah kamu makan daging itu.'
'Siapa engkau?'
'Aku orang asing.'
'Wahai orang asing. Apa yang kau inginkan daripada kami? Kami sendiri dibelenggu takdir. Selama tiga tahun, tidak seorang pun menolong kami. Apa yang engkau inginkan daripada kami,' tegasnya.
Rabi' menyatakan: 'Selain daripada suatu golongan daripada agama Majusi, tidak ada suatu agama pun yang membolehkan makan bangkai'.
Berkata pula wanita itu: 'Kami adalah keturunan Nabi saw. Ayah anak-anak perempuan ini adalah seorang orang mulia. Beliau ingin menikahkan puteri-puterinya dengan orang-orang sepertinya. Belum sempat, dia meninggal dunia.'
Beliau menambah: 'Harta warisan peninggalannya telah habis. Kami maklum bahawa makan bangkai itu tidak dibolehkan. Tetapi dalam keadaan darurat, ia dibolehkan. Kini sudah empat hari kami kelaparan.'
Mendengar itu, menitis air mata Rabi'. Beliau segera pulang dan memberitahu saudaranya keputusannya tidak akan menunaikan haji. Saudaranya bersunguh-sungguh menerangkan kepadanya keutamaan mengerjakan haji.
'Orang-orang yang pulang daripada menunaikan haji akan berada dalam keadaan bersih daripada pelbagai dosa. Banyak keutamaan lain akan Allah anugerahkan kepada mereka.'
'Sudahlah!' celah Rabi'. 'Usah bercakap panjang.'
Rabi' segera mengambil pakaian ihramnya dan seluruh bekalan dan wang tunai 600 dinar dengan 100 dinar dibelikannya gandum, 100 dinar lagi dibelikan pakaian dan bakinya dimasukkan ke dalam tepung gandum, lalu diberikan semua barangan itu kepada perempuan tadi.
Sebaik menerima barangan tadi, wanita itu menyatakan: 'Wahai Rabi', terima kasih. Moga Allah mengampuni segala dosamu masa lalu dan akan datang. Moga Allah memberimu suatu tempat di dalam syurga dan menggantikan apa yang engkau berikan.'
Puteri pertamanya turut mendoakan: 'Moga Allah melipatgandakan pahalamu dan mengampuni dosa-dosamu.'
Puteri kedua pula mendoakan: 'Mudah-mudahan Allah membalasmu dengan balasan yang lebih banyak daripada apa yang telah engkau berikan kepada kami.'
Puteri ketiganya pula memanjatkan doa: 'Semoga Allah membangkitkan engkau bersama datuk kami (Nabi Muhammad saw).'
Disusuli pula oleh doa puteri keempat: 'Ya Allah, berikanlah kepada orang yang berbuat baik kepada kami balasan dengan segera dan ampunilah dia!'
Kafilah rombongan haji telah berangkat. Rabi' terpaksa tinggal di Kufah dengan rasa sedih tidak dapat menunaikan haji bersama mereka.
Beliau bermaksud menyambut jemaah haji yang pulang nanti sambil memohon doa mereka. Ketika bertemu dengan jemaah haji yang telah pulang, Rabi' berkata: 'Moga Allah menerima ibadah haji kamu dan menggantikan seluruh harta yang kamu belanjakan.'
Antara mereka ada yang mencelah: 'Doa apa ini?'
'Doa orang yang dihalangi berkunjung ke pintu rumah-Nya,' jawab Rabi'.
Orang itu menjawab: 'Sungguh amat menghairankan. Engkau tidak mengakui bahawa engkau telah pergi bersama. Bukankah kau telah bersama kami di Padang Arafah? Bukankah engkau bersama kami melempar jamrah? Bukankah engkau melakukan tawaf bersama kami?'
'Ini kurniaan Allah,' kata Rabi'.
Ketika itu pula rombongan haji dari kampungnya tiba. Kepada mereka, Rabi' mendoakan 'Mudah-mudahan Allah menerima usaha kamu dan menerima ibadah haji kamu.'
Mereka menyatakan hal yang sama kepadanya dan berkata: 'Bukankah kamu bersama kami di Padang Arafah, melempar jamrah? Kenapa sekarang kamu seolaholah tidak mengetahuinya?'
Seorang daripada mereka mendekati Rabi' lalu berkata: 'Wahai saudaraku, mengapa kamu tidak mengakuinya? Bukankah kamu bersama kami di Makkah atau di Madinah? Ketika kita keluar dari pintu Jibrail, kamu menitipkan beg ini kepadaku, kerana ketika itu orang ramai berasak-asak di sekeliling kita. Di atas beg itu tertulis 'Sesiapa yang berurusan dengan kami akan beruntung'. Nah Ambillah beg berisi wang ini.'
Rabi' belum pernah melihat beg tangan itu sebelumnya. Namun dibawanya pulang.
Sesampai di rumah,beliau bersembahyang isyak dan meneruskan wiridnya. Pada malamnya beliau memikirkan apa yang berlaku pada siangnya. Beliau susah melelapkan mata.
Begitu matanya terpejam, beliau bermimpi menemui Rasulullah dan mencium tangan Baginda. Dalam mimpinya, Rasulullah menjawab salam Rabi' sambil tersenyum.
Baginda berkata: 'Wahai Rabi', kami telah memberikan beberapa bukti bahawa kamu telah pergi ke haji, tetapi kamu tidak percaya.
'Dengarkan! Sesungguhnya ketika kamu bersedekah kepada perempuan yang masih menjadi keturunanku itu, kamu telah memberikan kepadanya seluruh bekalanmu, lalu kamu tangguhkan hajimu, maka aku telah berdoa kepada Allah agar Dia memberimu ganti yang lebih baik.
'Maka Allah memerintahkan seorang malaikat dalam bentukmu untuk mengerjakan haji setiap tahun hingga hari kiamat atas namamu. Dan di setiap kali haji, kamu diberi ganti 600 dinar sebagai ganti dirham. Beruntunglah kamu!'
Rabi' bin Sulaiman kemudian membuka begnya dan mendapati di dalamnya ada 600 dinar menggantikan 600 dirham yang telah didermakan kepada wanita dan empat puterinya yang amat memerlukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1406 gadis_aries's post
tq aries....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1407 virgomal's post
np, v |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gadis_aries at 16-2-2008 08:38 AM
On top of GST Credit yg bakal kita dapat in July 2008, dapat GD which govt will pay on April & Oct 2008
http://www.singaporebudget.gov.sg/key_initiatives/images/img_growth_dividends.gif
nak ...
P A P !!
P A P !!
P A P !!
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1409 deaf4ever's post
mengong |
|
|
|
|
|
|
|
Euro English
The European Union Commissioners have announced that agreement has been reached to adopt English as the preferred language for European communications, rather than German, which was the other possibility.
As part of the negotiations, the British government conceded that English spelling had some room for improvement and has accepted a five-year phased plan for what will be known as EuroEnglish (Euro for short).
In the first year, "s" will be used instead of the soft "c". Sertainly, sivil servants will reseive this news with joy. Also, the hard "c" will be replaced with "k". Not only will this klear up konfusion, but typewriters kan have one less letter.
There will be growing publik enthusiasm in the sekond year, when the troublesome "ph" will be replaced by "f". This will make words like "fotograf" 20 per sent shorter.
In the third year, publik akseptanse of the new spelling kan be Expekted to reach the stage where more komplikated changes are possible.
Governments will enkorage the removal of double letters, which have always ben a deterent to akurate speling. Also, al wil agre that the horible mes of silent "e"s in the languag is disgrasful, and they would go.
By the fourth year, peopl wil be reseptiv to steps such as replasing "th" by "z" and "w" by " v".
During ze fifz year, ze unesesary "o" kan be dropd from vords kontaining "ou", and similar changes vud of kors be aplid to ozer kombinations of leters.
After zis fifz yer, ve vil hav a reli sensibl riten styl. Zer vil be no mor trubls or difikultis and evrivun vil find it ezi tu understand ech ozer.
Ze drem vil finali kum tru.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1411 holmes's post
holmes.. bila baca jer tetiba terasa V kat negri omputih... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1412 virgomal's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1406 gadis_aries's post
yahooo.. rezeki.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1406 gadis_aries's post
Feb 17, 2008
Don't expect big Budget gifts every year: SM
Goodies result of huge surplus, but S'pore must keep aside some for future
By Alvin Foo and Lee Hui Chieh
THE generous goodies given out last Friday are the result of a bumper Budget surplus that cannot be expected every year, Senior Minister Goh Chok Tong warned on Sunday.
The surplus was driven by an 'exceptional' economic growth of 7.7 per cent last year that may not be repeated, he said.
And the other conditions that led to such a big surplus - such as fast-rising property prices - may not even necessarily be desirable.
On Friday, the Government announced a huge Budget surplus of $6.4 billion, as well as $1.8 billion in benefits in the form of Growth Dividends, income tax rebates and healthcare and education related top-ups.
Urging people to have realistic expectations and not to keep asking for more, SM Goh said: 'What I find missing is a little bit of reflection. That is, people asking themselves, how this Budget is possible.'
'You got to understand that the surpluses came about because of the exceptional economic performance. We cannot grow by 7.7 per cent every year.'
He also noted that a key factor behind this year's surplus was the strong growth of the property market.
It led to the Government collecting $4.1 billion in stamp duties paid on property purchases last year, more than two times the amount from the previous year.
But continued growth of the property sector at such a pace is neither possible nor desirable, SM Goh said, because it may lead to an oversupply of property or an overheating of the economy.
SM Goh was speaking to reporters on Sunday at a Chinese New Year lunch at the Singapore Expo for about 1,000 elderly people from Marine Parade GRC.
He said that when he looked around at the silver-haired attendees, one question in his mind was how Singapore will look after them in future.
'So therefore, in our budgeting, we always have an eye on the future,' he said.
For this reason, it is important for the Government not to give out too much of the surplus, Mr Goh added.
Rather, the Government must keep aside a sum to increase the size of Singapore's reserves, which will come in handy in future.
Read the full report in Monday's edition of The Straits Times. |
|
|
|
|
|
|
|
Ekstra! : 21 Februari 2008
KERUNTUHAN RUMAH TANGGA
BANGKIT SEMULA
Ketabahan bantu ibu sedar masih diperlukan anak-anak
HATI isteri mana yang tidak akan remuk apabila seawal 6 pagi, rumahnya sudah didatangi seorang wanita yang mendedahkan tembelang suami.
Di tengah-tengah kemelut rumah tangga apabila suami bermain kayu tiga, 'Cik Ani' (nama samaran) ditampar pula dengan berita anak ketiganya menghidapi leukemia.
'Awak bayangkan, dua tahun saya menangis tanpa henti sampaikan doktor menasihatkan saya jika saya terus-terusan menangis, saya boleh menjadi buta semasa sedang tidur.
'Ini adalah kisah sebenar kehidupan saya dan itulah yang membuat saya berhenti menangis dan bangkit semula,' cerita pegawai beruniform berusia 47 tahun itu.
Ibu lima anak berusia antara lapan dengan 25 tahun itu berkata, rumah tangga yang dibina selama 22 tahun itu akhirnya musnah dalam 2004.
'Saya ditugaskan (untuk bekerja) pada waktu malam. Kesempatan itulah yang digunakan suami saya. Mungkin kesilapan saya terletak di situ.
'Tetapi jika difikir daripada sudut lain, saya mencari rezeki halal. Saya memilih untuk bekerja malam kerana saya akan ada lebih banyak masa dengan anak-anak.
'Sangka saya, suami yang bekerja waktu pejabat boleh mengambil alih tugas pada sebelah malam apabila tiba giliran saya pula untuk bekerja.
'Tetapi kesempatan itu yang suami saya ambil dan beliau menjalin hubungan dengan rakan sepejabatnya sehingga mereka terjerumus ke kancah maksiat,' tambah Cik Ani.
Meskipun beliau mengakui telah mendengar desas-desus tentang hubungan suaminya dengan wanita lain, Cik Ani yang begitu tenang berkongsi pengalamannya berkata beliau enggan serkap jarang.
'Saya tidak suka terkam melulu. Apa jua yang saya lakukan termasuk melibatkan anak-anak, saya mesti mencari bahan bukti dan kumpulkannya sebelum berhadapan dengan pihak terbabit.
'Jadi pada suatu hari, saya ambil cuti. Suami sangka saya kerja malam padahal saya di rumah menonton TV. Suami pulang sekitar 2 pagi dan apabila saya tanya, kenapa pulang lambat, beliau marah.
'Di hadapan anak-anak saya yang masih remaja, suami tinggikan suara dan kata beliau keluar bekerja cari duit untuk keluarga padahal masa bekerjanya ikut waktu pejabat,' luah Cik Ani.
Rumah tangga Cik Ani semakin goyang apabila wanita simpanan suaminya itu tiba di rumahnya pada 6 pagi untuk bercerita soal keterlanjuran mereka.
'Pengakuannya adalah berkat doa saya selama ini yang meminta ditunjukkan keadaan sebenar.
'Di hadapan anak-anak, suami kata dirinya selalu kesunyian. Saya kata, kalau benar kesunyian, kenapa tidak suruh saya berhenti kerja sahaja.
'Memang saya pun sudah lama bekerja dan sudah penat,' ujar Cik Ani yang bekerja 12 jam sehari tetapi biasanya melebihi waktu itu.
Bagi dirinya, soal isteri bekerja adalah alasan semata-mata memandangkan beliau memang merupakan seorang wanita bekerja sebelum berumah tangga.
Cik Ani seterusnya berkata, beliau hampir tersilap langkah dan memilih untuk bersendiri.
'Pada detik awal ketika bakal berpisah dengan suami, saya tidak mahukan anak-anak saya.
'Emak dan anggota keluarga saya meraung meminta saya menjaga mereka (anak-anak).
'Mungkin ketika itu fikiran saya sedang kacau..
'Saya kata kalau betul suami saya ingin mengahwini wanita itu, beliau perlu jaga kelima-lima anak kami.
'Tetapi apabila berada di mahkamah dan anak-anak pula membuat pengakuan yang mereka mahu ikut saya, saya sedar anak-anak memerlukan saya.
'Saya sedar diri saya seorang ibu dan melihatkan wajah kelima-lima anak saya, saya mengubah keputusan saya sebelum itu. Saya sedar bahawa mereka memerlukan saya dan saya harus bekerja keras untuk membesarkan mereka.'
Beliau kemudian menjual rumah yang pernah diinap bersama bekas suami dan hasil wang tersebut, Cik Ani membeli flat empat bilik daripada pasaran terbuka.
'Semasa di dalam idah, anak ketiga saya pula disahkan mengalami leukemia. Doktor memberikannya peluang hidup selama lima bulan sahaja.
'Tetapi alhamdulillah, keadaan semakin baik sekarang,' ujar wanita berhati waja ini yang turut mengambil upah membuat kuih-muih dan gubahan di masa lapangnya.
Tetapi, dalam kesibukan beliau berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagi anaknya, Cik Ani mengakui beliau sendiri menemui doktor mata.
'Kunjungan menemui doktor di Hospital Besar Singapura itulah yang menyentak saya. Masa itu memang saya asyik menangis.
'Saya menangis bukan kerana perceraian tetapi kerana bingung dan tidak tahu bagaimana menangani anak-anak remaja saya.
'Mungkin sebab saya ini asyik menangis termasuk masa hendak tidur, mata saya makin lama makin kabur. Kata-kata doktor bahawa mata saya boleh menjadi buta benar-benar menyentak saya,' tambah Cik Ani.
Bagaimanapun, Cik Ani bersyukur kerana selama empat tahun kebelakangan ini, kehidupannya kian mantap apatah lagi melihat kejayaan anak-anaknya yang berjaya memasuki politeknik.
Malah, pada musim haji yang lalu, beliau berkesempatan untuk menunaikan fardu haji ke Makkah.
'Setelah pulang daripada menunaikan haji, perasaan saya lebih tenang. Saya dapat melupakan bekas suami.
'Bagaimanapun, saya tidak pernah mendedahkan diri saya sebagai ibu tunggal kerana saya tidak mahu difitnah. Itulah imej yang saya benar-benar jaga,' tegasnya.
Kisah Cik Ani sebagai isteri yang menjadi mangsa kecurangan suami memang lumrah.
Tetapi berbanding dengan sesetengah wanita yang terus melayan perasaan sedih, Cik Ani bertekad bangkit semula.
Beliau menimba ilmu cara-cara menangani perceraian di Pusat Sokongan Keluarga As-Salaam PPIS dan seterusnya mengikuti program 'Bicara Hawa' kendalian persatuan itu.
'Melaluinya, saya memperolehi ilmu cara-cara bagaimana menghadapi perpisahan, bagaimana menghadapi tekanan dan kemurungan serta menangani anak-anak.
'Yang penting, selaku ibu, kita harus mengawal perasaan dan jangan jadikan anak-anak sebagai sasaran kemarahan kita,' nasihatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
dos and don't for those whos taking care of a baby..
|
|
|
|
|
|
|
|
43 Perkara Ringgan Menyekat Rezeki
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil. |
|
|
|
|
|
|
|
NO contact Lenses ON BBQ
Please pass this to all your friends...
To those who wear contact lenses, please remove them when you have to attend a BBQ party or whatsoever that got to do with flames. I heard a horrible true story about contact lenses. It happened to a 21 year old guy at Malacca, he wore a pair of contact lenses during a barbecue party.
While, he was barbecuing, he stared at the fire charcoals. After a few seconds, he started to scream for help and moved rapidly, jumping up and down. No one in the party knew why.
When he arrived at the hospital, the doctor said he'll be blind permanently courtesy of the contact lenses that he worn. Contact lenses are made by plastics, and the heat from the charcoal melted his contact lenses.
So.............., please tell all your friends.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|