Kuyt, Gerrard ubati sengsara Liverpool
LONDON: Liverpool kembali semula ke landasan kemenangan apabila membuat penyokong ceria dengan menewaskan Bolton 2-0 di gelanggang lawan dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam tadi.
Dua gol hasil tandukan padu daripada Dirk Kuyt dan ketua pasukan, Steven Gerrard membantu barisan pimpinan Rafael Benitez itu merakamkan kemenangan ke-10 daripada jumlah 13 perlawanan musim ini dan sekurang-kurangnya mendahului sementara carta liga.
Penyokong rasa terkejut apabila Benitez tidak menurunkan Fernando Torres dalam kesebelasan pasukan |