CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eazzad

★-pengalaman sebagai perawat 2-★

   Close [Copy link]
 Author| Post time 10-4-2011 08:11 AM | Show all posts
ok... tentang attar dan ubat2an lain...

kita cerita dulu pasal aura... aura ni adalah 2 gelombang badan yang tinggi yang menjadi perisai dalam tubuh manusia.... jika gelombang aura kita rendah macam2 benda boleh datang....

jadi eazzad nak bagitahu dulu aura dan attar...

bila aura badan kita dah lemah.. segala magnetik luar terutama magnetik yang bersifat negatif ni akan masuk ke badan dengan senang....

ok eazzad tunjukan gambar aura badan..

[img][/img]

ok aura ni.. yang kita tengok sebelah kiri tu adalah aura orang yang sihat... sebelah kanan tu aura badan yang sakit...

jadi attar yang eazzad buat ni dia ada 1 cas magnetik dan dia membantu aura2 yang bemasalah tu dari teruk dan membantu menjadi tinggi balik seperti belah kiri...

dia tidak sama cara kita makan pil2... pil2 pula kita pun xtahu kandungan dia ape? kita nampak rupa dia je.. paham2lah buatan tu dari yahudi.. kenapa kita boleh terima pulak dari si kafir dari yang islam... yang benar2 halal boleh bawa sembahyang... dan sedikit sebanyak boleh membantu umat kita sendiri yang ke jalan yang benar???

ape yang eazzad tahu.. pil2 tu je pun terutama panadol je tah ape2 dia masukan dalam pil2 tersebut... memang bahaya... pil2 lain tu lagilah.. kita tak tahu kandungan dia...??? ada seorang dari farmasi dia pun cakap dalam pil2 tu kaedah barat mengunakan babi untuk kesihatan... itu dah pun mengatakan haram untuk kita makan.. tapi kita pun duk telan... dah jadi daging dah pun... dari kecik duk telan hingga nak mati pun telan yang haram...

tapi dalam islam xmengharamkan sesuatu yang haram tu untuk dijadikan ubatan... jika itu dah memang boleh membantu dia menjadi sihat... jadi janganlah kita pemikiran kita ni di takok yang lama... dan jangan fire2 orang sesuka hati dan buat andaian sendiri... eloklah bertanya... ataupun selak2lah kat page2 lain... yang eazzad sendiri dah terangkan hal ni...

harap semua paham dan jangan ada yang membuat andaian tanpa mengkaji dan mengetahui kaedah rawatan islam yang canggih ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2011 10:30 AM | Show all posts
Eazzad, aku berminat ngan attar ayu tu (nmpk sgt aku ni pompuan )..tapi kena pakai sekali ngan attar segar ke? Kalau attar ayu saja, kurang kesan ke camna?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2011 10:39 AM | Show all posts
ok kat sini ada info dari sumber gelombang dan magnetik badan....

ini adalah 1 gambar dari kajian yang menggunakan aura magnetik dalam perubatan...



ini pula adalah 1 contoh bentuk atom magnetik badan kita... yang melibatkan elektron dan proton badan...

[img][/img]

ini pula adalah 1 contoh gelombang bumi

[img][/img]




ini pula adalah 1 contoh gelombang kehidupan atas bumi

[img][/img]

semua ni kita menggunakan teknik gelombang dan magnetik untuk badan kita menjadi sihat dan aura dalam badan serta luar menjadi kuat.... xada menggunakan jin.... hanya diri kita yang kuat dan melawan benda tu dengan gelombang2 badan dan gelombang otak.... tanpa kita sedar....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2011 10:44 AM | Show all posts
attar ayu... ni mesti kena pakai attar segar... sebab attar ayu ni dia macam mask dia tarik kulit dan otot tu tegang... dan naik... jadi bila ayu sahaja xboleh... sebab kulit nanti boleh stress jadi kena pakai attar segar untuk kulit menjadi tenang dan ayu pulak akan menextrakan lagi untuk kecantikan... memang kena pakai 2 attar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2011 11:08 AM | Show all posts
Adakah aura suatu yang asing dalam Islam?
Dalam bahasa mudah, adakah aura itu bidaah dan sesat seperti dakwaan sesetengah pihak? Agak pelik juga jika kewujudan aura yang boleh disahkan berulang-ulang kali dengan mata kasar iaitu dengan kaedah melihat aura di hujung jari, di tapak tangan, menggunakan cermin dan latar putih dalam cahaya suram, boleh dikatakan sesat, bidaah. Apa yang mereka lihat aura itu sebagai cahaya putih atau berwarna, adakah itu dikatakan sesat dan bidaah? Adakah sains itu satu bidaah dan sesat? Ini kerana sains adalah satu ilmu kajian, kajian tentang alam dan kehidupan.
Memang benar terlalu banyak elemen2 diserapkan ke dalam pemahaman tentang aura terutama dari pelbagai agama. Tetapi oleh kerana aura adalah satu juzuk atau unsur yang kehadirannya boleh dibuktikan secara sainstifik berulang-ulang kali seperti kewujudan elektrik dalam wayar tanpa pembalut di mana kehadiran dan kewujudan elektrik itu boleh dibuktikan, maka aura tidak wajar dikatakan elemen2 agama ardhi atau berteraskan agama ardhi.
Firman Allah SWT :

    بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
    قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ
    Maksudnya : Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. Az-Zumar : 9.

    Maksud hadis: “Kelebihan seorang alim atas seorang a’bid, laksana kelebihan bulan purnama ke atas seluruh bintang2″.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2011 11:09 AM | Show all posts
Apa yang aku nak maksudkan di sini, jangan hentam ikut suka tanpa asas yang kukuh. Teringat satu doa’ Nabi Muhammad SAW, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam Mukhtarul hadiths, yang bermaksud:

    “Ya Allah! Jadikanlah hatiku bercahaya, dan pada lidahku bercahaya dan jadikanlah pada penglihatan ku bercahaya dan pada pendengaranku bercahaya, dan dari kanan ku bercahaya, dan dari kiriku bercahaya, dan daripada atas ku bercahaya, dan daripada bawah ku bercahaya, dan dari muka ku bercahaya, dan dari belakang ku bercahaya, dan jadikanlah pada diriku bercahaya dan sebesar-besar bagiku bercahaya.”

Cahaya adalah satu bentuk gelombang elektromagnetik dan aura juga adalah satu gelombang elektromagnetik. Kedua-duanya terpancar daripada suatu jisim atau dan jumlah pancaran bergantung kepada sumbernya. Aura adalah satu bentuk cahaya atau sinaran elektomagnetik yang terpancar dari hidupan. Walaupun cahaya dalam hadis itu mungkin boleh dikaitkan dengan aura, TETAPI jangan salah faham dan jangan pula salah fokus@tumpuan. Jangan pula beramal untuk aura pula.
Sekali lagi dikatakan aura terpancar bergantung kepada sumbernya. Fokus doa itu adalah kepada sumbernya iaitu kepada jiwa muslimin dan bukannya kepada aura. Aura terpancar mengikut jiwa dan fisiologi seseorang. Salah faham seperti ini menghasilkan fahaman misalnya jika sakit kepala maka gunakan produk aura X, ia memperbaiki aura yang kononnya menyebabkan sakit kepala. Padahal sakit kepala mungkin disebabkan oleh keradangan saraf, tegangan atau tekanan seperti akibat cuaca panas, stress atau masalah kesihatan lain. Kenapa tak gunakan “panadol” sahaja, kan lagi senang. Lain yang sakit, lain pula yang dirawat!
Lagi hadis yang boleh dikaitkan dengan kewujudan aura. Maksud hadis:

    Hadis riwayat Abu Hurairah رضي الله عنه, ia berkata:Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Kalian adalah orang-orang yang memiliki cahaya muka, cahaya tangan dan cahaya kaki pada hari kiamat, kerana penyempurnaan wudu. Maka barang siapa di antara kalian yang mampu, hendaklah ia memanjangkan cahaya putih tersebut.

Walau tidak disebut dengan istilah aura dalam Al-Quran, tetapi terdapat beberapa ayat yang menerangkan tentang cahaya “aura” ini dengan agak jelas.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

    بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

    Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mu’min yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” At Tahriim : 8
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-4-2011 11:09 AM | Show all posts
يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُم بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِم بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
    (yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mu’min laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada meraka): “Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar”. Al Hadiid : 12
    يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ لِلَّذِينَ آمَنُوا انظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِن نُّورِكُمْ قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءكُمْ فَالْتَمِسُوا نُورًا فَضُرِبَ بَيْنَهُم بِسُورٍ لَّهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِن قِبَلِهِ الْعَذَابُ
    Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu”. Dikatakan (kepada mereka): “Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)”. Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa.  Al-Hadiid: 13

Kesimpulan dari ayat2 dan hadis menunjukkan aura itu wujud dan merupakan salah satu ciptaan Allah SWT, satu cabangan ilmu yang kita namakan sebagai mekanik kuantum, atau fizik atom, cahaya, elektrik dan elektro magnet. Masalah istilah bukanlah masalah besar. Misalnya istilah “orbit” tak wujud dalam Al-Quran, sebaliknya ia disebutkan sebagai garis edaran.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

    بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
    لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
    Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya. Yaa Siin : 40


ini adalah rujukan dari salah 1 blog yang eazzad ambil... daripada seseorang perawat yang mengkaji ilmu sains islam.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2011 11:31 AM | Show all posts
ENERGI ALAM

Matahari memancarkan pelbagai ‘sinaran elektromagnetik’ dengan gelombang yang berbeza-beza, ada yang boleh dilihat dengan mata kasar dan ada yang tidak. Di antara yang boleh dilihat dengan mata kasar adalah cahaya cerah. Gelombang cahaya boleh diasingkan kepada komponen gelombang berasingan dengan menggunakan peralatan khusus seperti prisma atau pelapis tertentu, dan mata manusia boleh melihat gelombang berasingan ini dalam bentuk pelbagai warna yang berbeza.

Melalui getaran gelombang inilah, setiap elemen kehidupan mendapatkan sumber tenaganya. Alam haiwan, ikan-ikan di lautan, tumbuhan seperti bijirin, buah-buahan dan sayuran merakam, menggunakan dan menyimpan bentuk tenaga ini. Malah pada tumbuhan, spektrum gelombang warna jelas dapat dikenal pasti berdasarkan warna yang tercetak padanya. Contohnya gelombang hijau terakam pada warna hijau daun, gelombang kuning pada warna kulit lemon, pisang dan mangga, gelombang jingga pada betik dan gelombang merah pada buah naga, tomato dan tembikai.

Tatkala manusia mengambil sumber-sumber makanan ini, secara tidak langsung sebenarnya kita sedang mengambil sejumlah tenaga warna yang telah tersedia disimpan pada sumber tersebut. Ini seterusnya membantu meningkatkan keperluan sistem bio-tenaga manusia yang terdiri dari chakra-chakra dan aura.

Menghargai alam umpama sebuah ibadah. Terdapat banyak petunjuk yang jelas dalam Al-Furqan yang mengajak kita merenung dan berfikir akan amanah dan kepentingan sumber alam. Antaranya firman Allah dalam ayatul Al-Baqarah ayat 205 yang bermaksud:

“Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerusakan padanya, dan merusak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan”.(^)

Nota(^): Ungkapan ini adalah ibarat dari orang-orang yang berusaha menggoyangkan iman orang-orang mukmin dan selalu mengadakan pengacauan dan kerosakkan.

Juga dalam Surah Yunus ayat 24 yang bermaksud:


“Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya,(^1) dan pemilik-pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya,(^2) tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanaman tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang yang berpikir”


Nota (^1): Maksudnya: bumi yang indah dengan gunung-gunung dan lembah-lembahnya telah menghijau dengan tanam-tanamannya.
Nota (^2): Maksudnya: dapat memetik hasilnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2011 11:50 AM | Show all posts
[img][/img]


ini adalah gelombang magnetik bumi...

[img][/img]

ini pula tarikan bulan bumi dan matahari... yang menarik gelombang bumi dan air... dari tarikan matahari dan bulan tu pada bumi.. pada kita sekian makhluk di bumi ini juga ditarik... tinggi aura dia atau magnetik aura tersebut menjadi tinggi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2011 12:44 PM | Show all posts
Kak Eazzad dah berpanjang lebar menerangkan ilmu dia..... adakah masih ada yang meraguinya?.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2011 01:12 PM | Show all posts
terpulanglah pada diri masing2.. eazzad xmemaksa untuk mempercayai atau hujah pendapat mereka... tetapi sekurang2nya mengetahuilah ilmu Allah SWT amatlah besar... sehingga bumi dan planet2 lain juga adalah berkaitan tentang diri manusia... dan alam di bumi... mengapa adanya sinar matahari bulan dan bintang... kenapa adanya air... semua itu Allah lebih mengetahui dari kita... semua untuk kita dan makhluknya... dan Allah amat sayangkan kita ni... kalaulah eazzad hujah benda ni dalam forum2 omputih tentu diorang gelak sebab diorang sendiri dah tahu hal2 sedemikian...

rendahnya ilmu2 kita ni... bab2 sains dan alam ciptaan tuhan... ilmu2 tu dah pun dimiliki oleh orang2 kafir... patutlah diorang cakap islam xakan maju walaupun ada alquran...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2011 03:34 PM | Show all posts
terpulanglah pada diri masing2.. eazzad xmemaksa untuk mempercayai atau hujah pendapat mereka... tet ...
eazzad Post at 10-4-2011 13:12



    adakah aura badan kita boleh jadi benteng pertahanan dari disihir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2011 04:02 PM | Show all posts
ye.. jika aura kita penuh.. itulah perisai kita daripada disihir dan gangguan2 lain serta cas2 yang bersifat negetif ke badan kita.. terutama influenza, sakit2 sendi dan lain2 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2011 04:41 PM | Show all posts
ye.. jika aura kita penuh.. itulah perisai kita daripada disihir dan gangguan2 lain serta cas2 yang  ...
eazzad Post at 10-4-2011 16:02



    boleh x kalo lawan balik sihir tu dgn aura badan kita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2011 04:51 PM | Show all posts
itulah tenaga batin namanya.. iaitu mengunakan tenaga aura...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2011 04:54 PM | Show all posts
ok siapa tengok cerita san goku..?? pernah tak tengok dia mengeluarkan tenaga dalaman dia jadi tinggi macam api??? itulah aura... pastu dia mengeluarkan abuzid dengan mengeluarkan kuasa di tangan... dengan 2-2 belah tangan.. dan lemparkan macma tulah juga kita... tenaga batin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2011 05:31 PM | Show all posts
tenaga batin boleh guna utk fire jg ke?ingat guna masa bersama.....je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2011 05:35 PM | Show all posts
kawan saya pernah mati pastu hidup semula lepas kena fire dgn jurus tenaga batin ni..
member sparring dia pulak mati lepas 3bulan hidup cedera parah kena jurus tenaga batin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2011 05:38 PM | Show all posts
itu tenaga batin lain... ini tenaga batin lain... hehehehehe..

oo yeke??? dia bukan mati cuma terhenti seketika je... tapi kawan sorang tu mati sebab terkena aura batin tu yang kuat dan menjadi bisa dalam darah dan akan merosakan dan menjadi luka dalaman tanpa kita sedar... sebab tulah kawan awak tu mati..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2011 05:40 PM | Show all posts
Bestnye kalau ada kursus aura yang seperti eazzad katakan....sangat berguna untuk diri sendiri,takde buat ke sarawak ke TT?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.065967 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list