CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

Edisi Serbu: Muhibah dinner held in church disrupted

  [Copy link]
Post time 14-8-2011 03:34 PM | Show all posts
saya cuma risau nanti kalau ada kumpulan yang murtad gara gara church ini, nanti jabatan a ...
RP255 Post at 14-8-2011 01:05

    Sbb tu aku kata tadi... memurtadkan org Islam kan salah di sisi undang2. Kalau ada bukti, tak perlu cakap2, tak perlu main tarik tali.. teruskan saja dengan pendakwaan dan saman terhadap gereja tersebut. Sampai skarang aku tengok tak ada tindakan apa2 pun? Setakat sedia laporan hantar kepada MB, bagi aku takkan memberi kesan apa2.

Sekurang2nya bila didakwa dan disaman, bukti semua cukup dan kalau didapati gereja bersalah, maka bolehlah kita melalak gereja nie giat menjalankan aktiviti pemurtadan bagai. Setakat mcm skarang nie, bukti takder, pendakwaan takder... kalau kita menuduh gereja sesuatu yg mereka tak buat, itu adalah satu fitnah.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 14-8-2011 07:10 PM | Show all posts
    boleh sahaja masuk rumah ibadat {:3_87:}

tetapi akta yang digubal pada 1988
Enakmen Ug ...
RP255 Post at 13-8-2011 13:34

negara kita dimokarsi. Kita ada hak nk pilih mana2 agama.lagi pun tu semua pun ada dlm undang2 di negara kita. Itu hak mereka nk pilih agama ape pun. Baca la undng negara dulu. Rq

(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2011 09:21 PM | Show all posts
Sbb tu aku kata tadi... memurtadkan org Islam kan salah di sisi undang2. Kalau ada bukti,  ...
Muntz Post at 14-8-2011 15:34

    report jais kene submit by september..
tgk lepas tu ada apa2 tindakan tak kat penganjur majlis..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 10:09 AM | Show all posts
negara kita dimokarsi. Kita ada hak nk pilih mana2 agama.lagi pun tu semua pun ada dlm undang2 d ...
sarah1984 Post at 14-8-2011 19:10

Memang negara kita negara demokrasi dan masing2 ada hak nak pilih mana2 agama yg mereka nak anuti...tapi didalam negara demokrasi Malaysia ini...ada undang2 yg digubal spt  Artikel 11(1) memberikan kebebasan beragama, tetapi masih ada batas2nya seperti di Selangor wujud Enakmen Agama Bukan Islam 1988...dalam enakmen itu juga ada menyebut menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang Islam untuk cenderung kepada agama bukan Islam, atau menjadi pengikut atau ahli agama bukan Islam atau meninggalkan atau membelakangi agama Islam.

Apa bila ada enakmen..sebagai warganegara Malaysia kena akur lah....kalau tak nak akur...maka tak ada jalan lain...sila la berpindah kenegara mana yg tidak ada spt enekment diatas...tak sapa pun nak larang...selagi masih nak tinggal dan menjadi warganegara Malaysia...kita kena terima la...mengapa kita perlu persoalkan...tak gitu?..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 10:23 AM | Show all posts
Memang negara kita negara demokrasi dan masing2 ada hak nak pilih mana2 agama yg mereka nak anut ...
Anak_Nogori Post at 15-8-2011 10:09

AN..dalam undang-undang, mana-mana kuasa/peruntukan yang lebih rendah akan terbatal (ultra vires) jika bercanggah dengan undang-undang yang lebih besar.contoh kalau dalam Perlembagaan cakap kebebasan beragama, maka walau ada akta, enakmen,kod atau apa-apa yang cerita sebaliknya.ianya akan jadi terbatal. mungkin itu sebab terjadi kes Lina Joy, nak salahkan siapa kalau haknya diberi dibawah Perlembagaan. nak pinda kalu, kena pinda perlembagaan dulu, kalau setakat pinda akta atau gubal akta baru pun ianya tetap ultra vires.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 10:23 AM | Show all posts
macamana nak cari bukti kalau 12 orang tu kena sorok oleh gereja? mereka hanya 'bercakap' melalui lawyer2 Cina gereja aje. Pernah kau jumpa penerima bantuan dalam satu majlis yang 'disorok' dari masyarakat oleh penganjur?

klik sini ada tambahan muka2 Muslim malam tu.

http://theunspinners.blogspot.co ... r-negara-islam.html

tak nampak macam muka miskin perlukan PPRT/JKM.
Lebih kepada muka;
-mak atau ayah kahwin dengan mualaf
-mualaf tu (emak atau ayah) lebih dominasi
-keluarga tak amalkan syariat Islam
-bukan sekolah kebangsaan.tak bergaul dengan moslem tulen atau ustaz/ustazah
-tinggal kawasan bukan Islam
-sedang bercinta dengan lelaki bukan Islam

baca akhbar Inggeris,kalau ada iklan paderi buat service etc kena tulis FOR NON MOSLEM ONLY. dah itu law Malaysia. kalau tak suka, berambus!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2011 10:24 AM | Show all posts
Dokumen ini dikatakan dokumen sulit - jangan amik tindakan keatas gereja haram?.

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 12:21 PM | Show all posts
Antara kuasa dan akidah

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
[email protected]

SEBENARNYA kita tidak perlu terkejut apabila Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan meluahkan perasaan setelah menjadi mangsa kecaman berikutan pendirian tegasnya dalam isu gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya.

Kita percaya kecaman bukan sahaja datang daripada pihak di luar Pas malahan di dalam parti sendiri Nasrudin menjadi sasaran dan segalanya kerana kepentingan politik mengatasi segala-galanya.

Adalah sesuatu yang aneh apabila umat Islam termasuklah Nasrudin yang mempunyai kuasa untuk bersuara tidak lagi boleh berbuat demikian semata-mata kerana ingin menjaga hati pihak tertentu.

Sebab itulah dalam isu gereja tersebut Pas dilihat berbeza pandangan, ada satu kelompok yang cuba terus berkompromi demi menjaga hati rakan-rakan dalam pakatan pembangkang manakala satu lagi kelompok bangun memberi amaran demi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

Persoalannya, apakah kita sebagai umat Islam tidak kira apa pun fahaman politiknya harus melihat sahaja apabila ada satu pihak cuba memurtadkan umat Islam?

Apakah kita sebagai umat Rasulullah SAW hanya menjadi penonton sahaja apabila semakin banyak pihak yang semakin berani mencabar kesucian Islam?

Dan apakah kita sebagai hamba Allah sudah tertutup atau semakin hilang keberaniannya untuk berjihad demi mempertahankan agama Islam supaya tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak?

Mencari kekuasaan politik ada hadnya. Janganlah kita sanggup menggadaikan segala-galanya termasuk akidah umat Islam sekali pun hanya semata-mata mahu mencari keuntungan politik jangka pendek.

Apabila akidah umat Islam mula diganggu gugat dengan mainan duniawi, maka kita tidak boleh duduk diam atau menganggap ia satu kes terpencil.

Tidak kiralah parti mana pun kita wakili atau pertubuhan bukan kerajaan mana pun yang kita sertai, apa yang pasti selagi Islam agama kita, maka kesucian agama Allah itu perlu dipertahankan dengan apa cara sekali pun.

Justeru jika ada mana-mana pemimpin Islam yang cuba bersekongkol atau berlembut dengan puak yang mahu merosakkan akidah umat Islam ini, mereka ini harus ditolak habis-habisan, apatah lagi pemimpin yang kononnya mendakwa mereka memperjuangkan Islam.

Nilai akidah umat Islam tidak boleh dihitungkan dengan jumlah kertas undi apatah lagi secebis kuasa politik. Sebaliknya ia adalah satu perkara yang perlu dipertahankan dengan apa cara sekali pun.

Dalam soal ini, kita hairan kenapakah pemimpin-pemimpin Pas sanggup mengkritik dan mengecam pemimpin mereka sendiri semata-mata hanya pemimpin berkenaan mempertahankan kesucian Islam seperti mana dilakukan oleh Nasrudin dan Datuk Dr. Hasan Ali.

Kalau pun bak kata orang 'kebulur' sangat mahu berkuasa, jangan sampai kita terpaksa menyembah orang lain apatah lagi membiarkan sahaja apabila akidah umat Islam mahu digadaikan.

Penulis bukanlah berhasrat untuk mewujudkan api permusuhan apatah lagi menghasut umat Islam tetapi mahu seluruh umat Islam di negara ini sedar akan ancaman yang berada di hadapan mereka.

Kerakusan untuk berkuasa dan mencari keuntungan politik telah menyebabkan sesetengah pemimpin Islam sudah ditutup pintu hati dan dibutakan mata mereka untuk melihat ancaman yang menanti.

Malahan apa yang mengecewakan, mereka ini akan mengeluarkan 'fatwa' dan hujah berlandaskan ayat al-Quran dan hadis yang dipilih-pilih atau dipetik separuh-separuh untuk menghalalkan tindakan mereka.

Namun mereka perlu faham bahawa dalam soal akidah umat Islam diganggu gugat tidak ada istilah toleransi apatah lagi rundingan. Puak yang cuba melakukan perbuatan berkenaan harus 'diperangi'. Ini selaras dengan apa yang Allah SWT perintah kepada kita yang menjadi khalifah di muka bumi ini.

Memang benar Islam mahukan kita berbaik-baik dan bertolak ansur dengan kaum bukan Islam tetapi golongan mana yang dimaksudkan?

Kita hanya perlu bertolak-ansur dan berbaik-baik dengan kelompok bukan Islam yang tahu menghormati kesucian Islam dan tidak mengugat akidah umat Islam.

Tetapi bagi golongan yang bertindak sebaliknya, maka selayaknya mereka ini harus ditentang habis-habisan. Golongan ini tidak layak dibuat kawan apatah lagi sekutu untuk berkongsi kuasa politik.

Inilah perkara yang perlu disedari oleh sesetengah pemimpin Pas yang sudah diserapi dengan sindrom mahu berkuasa dan menjaga hati semata-mata ingin meraih undi dalam pilihan raya.

Mungkin mereka ini akan disanjung oleh bukan Islam sebagai pemimpin yang dilihat sebagai pembela semua kaum dan pejuang kebebasan serta hak asasi tetapi di kalangan orang Islam sendiri mereka akan menjadi kelompok yang dikecam dan mungkin dianggap sebagai pengkhianat kepada umat Islam.

Atas sebab itulah, peringatan harus diberikan kepada pemimpin-pemimpin seumpama itu, mencari kuasa politik dan berkawan dengan sekutu bukan Islam ada hadnya.

Tidak payahlah untuk menunjukkan kononnya mereka pemimpin yang bertoleransi dan bersikap terbuka sedangkan akidah dan kedudukan umat Islam semakin diganggu gugat.

Renungkanlah kenapa sejak kebelakangan ini, ada pihak-pihak yang begitu berani untuk mencabar kesabaran umat Islam bukan sahaja melalui anjuran majlis memesongkan akidah mereka malahan dilakukan secara halus termasuk menghina bulan Ramadan dengan iklan juadah yang cukup tidak masuk akal.

Ini belum lagi mengambil kira banyak kes lain yang menunjukkan bahawa umat Islam dari semasa ke semasa semakin tidak digeruni oleh pihak lain biar pun kita ramai.

Semua ini berlaku kerana kita berpecah belah, umat Islam yang mendabik dada sebagai golongan majoriti di negara ini seolah-olah menjadi buih-buih di pantai yang jumlahnya banyak tetapi tidak ada apa-apa kekuatan.

Tidak kisah kalau kita mahu berbeza fahaman politik, menyertai NGO berlainan atau tidak berada dalam mana-mana kelompok tetapi apabila kedudukan umat Islam mula diganggu gugat kita harus mengarak bersama-sama panji-panji 'Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."

Inilah kalimah atau syahadah yang harus terbekam kukuh dalam sanubari umat Islam dan ia harus ditegakkan serta dipertahankan selagi kita berada di muka bumi Allah ini.

Oleh itu kepada sesetengah pemimpin Pas yang begitu dahagakan kuasa dan terlalu ingin menjaga hati pihak tertentu fahamilah apa yang mereka sedang lakukan bukan sahaja menimbulkan kemarahan di kalangan umat Islam malahan menjemput kemurkaan Allah.

Undi dan kuasa politik yang dicari di alam fana ini dengan cara membiarkan Islam diganggu-gugat tidak akan membawa apa-apa manfaat di akhirat kelak.

Post time 15-8-2011 01:34 PM | Show all posts
Dokumen ini dikatakan dokumen sulit - jangan amik tindakan keatas gereja haram?.
Anak_Nogori Post at 15-8-2011 10:24

kisahnya....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 01:38 PM | Show all posts
kisahnya....
shamsadis Post at 15-8-2011 13:34

adakah perkara ini akan disiarkan oleh malaysiakini/insider atau harakah?..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 01:52 PM | Show all posts
adakah perkara ini akan disiarkan oleh malaysiakini/insider atau harakah?..
Anak_Nogori Post at 15-8-2011 13:38

sudah lah....akhbar picisan tue...aku tak boleh tahan gelak tengok YB bukan Islam dok bagi arahan tue...masing2 gila kuasa...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 01:59 PM | Show all posts
sudah lah....akhbar picisan tue...aku tak boleh tahan gelak tengok YB bukan Islam dok ba ...
shamsadis Post at 15-8-2011 13:52

salah sorang tu la yang sebenarnya menteri busat kat selangor
kalau la tak disebabkan tuk neneknya pernah naik tongkang dulu2  
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 02:03 PM | Show all posts
Antara kuasa dan akidah

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

SEBENARNYA kita tidak perlu terkejut apabila Ke ...
Anak_Nogori Post at 15-8-2011 12:21

erk............ aku terbaca tajuk " Antara kueh dan akidah "
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 02:07 PM | Show all posts
salah sorang tu la yang sebenarnya menteri busat kat selangor
kalau la tak disebabkan tuk nenek ...
d'zeck Post at 15-8-2011 13:59

   semua orang nak bagi arahan...saper yang nak ikut aku pun tak tau....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 02:38 PM | Show all posts
semua orang nak bagi arahan...saper yang nak ikut aku pun tak tau....
shamsadis Post at 15-8-2011 14:07

yang jantan tu lah kepala sebenar
atas dasar dia ada sumber kewangan paling kukuh melalui
rangkaian kongsi gelap yang dinaunginya

kalaulah rakyat selangor tahu kehidupan sebenar sang menteri besar khalid
yang segala gerak-gerinya dikawal puak tongkang, nescaya
ramai yang akan menggeleng2 kan kepala.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 15-8-2011 03:56 PM | Show all posts
Reply 1410# shamsadis

huh! DAP celanat!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 04:53 PM | Show all posts
yang jantan tu lah kepala sebenar
atas dasar dia ada sumber kewangan paling kukuh melalui
ra ...
d'zeck Post at 15-8-2011 14:38

standard la....terima jerk lah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 04:53 PM | Show all posts
Reply  shamsadis

huh! DAP celanat!
pondanblonde Post at 15-8-2011 15:56

bulan poser nie...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 05:08 PM | Show all posts
standard la....terima jerk lah...
shamsadis Post at 15-8-2011 16:53

selagi ekonomi dikuasai mereka,

terima je lah hakikat ekonomi mampu
membeli kuasa politik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.398469 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list