CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babybling

Gorgeous Marsha V

 Close [Copy link]
Post time 9-5-2008 10:51 PM | Show all posts
Originally posted by babybling at 8-5-2008 03:25 PM
http://img80.imageshack.us/img80/3475/karinaxr5.jpg         

by Li Ee Kee

8 Mei 2008


Episod terakhir meninggalkan seribu persoalan. Karina membuat keputusanuntuk mengorbankan cinta sej ...





wah wah  bleh pokes watak taufik ngan zelfa plak kali ni nih

mende yerk yg tragis ngat tuh
ntah2 karina tu dah jahat2 jadik baik tau2 mati lar pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2008 10:55 PM | Show all posts
tp  1 bende yg haku tak bleh tahan
kalo ade bende yg tak kene lagik,  jage lar..   haku blasah sunggoh2 !
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 11:05 PM | Show all posts
...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2008 03:13 AM | Show all posts

Reply #1418 luka88's post

aku rasa karina takkan mati lar...dlm 2nd season ni laa...
tatau plak 3rd season nanti camne endingnye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2008 03:18 AM | Show all posts

Reply #1418 luka88's post

teringat plak aku kat huzir.... "u selpis! SELPIS!"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2008 03:19 AM | Show all posts

Reply #1419 luka88's post

sapa yg ngko nak belasah ni luka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-5-2008 04:08 AM | Show all posts
More pics from behind the scene of KK2..




apekebende atas kepala karina tuh?




why so sad karina?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2008 04:37 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2008 07:42 AM | Show all posts
Originally posted by babybling at 9-5-2008 04:45 PM
hehe....ekceli ni gambar behind the scene....aku pun tatau ngan sapa dia nikah

http://img232.imageshack.us/img232/12/img1054et7.jpg



thanks
kalau cerita ni heppi ending
tentu nikah ngan zizan nin kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 07:45 AM | Show all posts

Reply #1425 babybling's post

sokmo sleeveless


Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 05:05 PM | Show all posts

Reply #1425 babybling's post

norman hakim pakai topi mengingatkan pada si botak tu....:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2008 07:47 PM | Show all posts
minggu ni banyak plak muka amang mendek kuar tv ek....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 10:20 PM | Show all posts
Originally posted by babybling at 10-5-2008 03:19 AM
sapa yg ngko nak belasah ni luka?





ade lar ,  tu.. pantang sebot nih  
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 10:25 PM | Show all posts

Reply #1429 babybling's post

ntah bende si reza tuh nak melezer kot ade

huahuaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 10:36 PM | Show all posts
Originally posted by babybling at 10-5-2008 04:08 AM
More pics from behind the scene of KK2..

http://img229.imageshack.us/img229/7092/img0500hb4.jpg

http://img229.imageshack.us/img229/2608/img0802vk7.jpg
apekebende atas kepala karina tuh?

...





woho  banyak nyer gambor marsha dgn berbagai2 wajah
tak sabor btol aku nak nengok tahap kejahatan lakonan marsha nih

yg tak bleh tahan nak suke tuh nengok ke bell ngasri bergaye pakei baju hijo nampak bahu keras tuh  wakaka
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 10:44 PM | Show all posts
Originally posted by babybling at 10-5-2008 03:13 AM
aku rasa karina takkan mati lar...dlm 2nd season ni laa...
tatau plak 3rd season nanti camne endingnye



yer tak yer jugak yerk !
kao laurier tuh advance lar pulak penajaan sampai musim 3
ade tergantong lagik tuh ending

ntah ker si karina tuh scene bertunang ngan sape pon kite tak tahu, dahhh kene tunggu msm 3 pulak nak tunggu nengok ngan sape kawen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2008 10:51 PM | Show all posts
Originally posted by mat_arof at 11-5-2008 05:05 PM
norman hakim pakai topi mengingatkan pada si botak tu....:@ :@ :@




nak tutup pale dia yg ala2 botak sket kot


dolu2 zaman tingkatan tige si norman hakim nih inesen jek keje sengih manjang jumpe orang  ekekeke.. tp kuat lari woooo
nih kawan aku ler citer
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 09:43 AM | Show all posts

kredits to kosmo.com.my

Marsha dibuang keluarga?
Oleh FAIZAL SAHARUNI



TEMPIAS khabar angin bekas pelajar Akademi Fantasia 3 (AF3) Marsha, 23, dibuang keluarga kerana memilih 'kekasih' yang bukan 'sealiran' benar-benar terkena dan menyentak dirinya.

Tiada pepohon yang bergoyang, malah tiada pula ribut taufan melanda, namun fitnah yang tidak diketahui asal-usulnya itu terus berlagu riang mengganggu jiwa gadis jelita ini.

"Saya dan keluarga memang tiada sebarang masalah. Kami tetap bersama dan masih seperti biasa.

"Cerita saya dibuang keluarga itu tidak betul. Orang tua saya di kampung juga terkejut tatkala mendengar cerita ini.

"Saya tidak mahu ia terus diperbesarkan. Tak tahulah macam mana gosip ini boleh timbul sedangkan kami baik-baik belaka.

"Enggan ia menjadi lebih buruk dan beri kesan, saya beritahu keluarga, kita tak boleh hendak berbuat apa-apa dengan tohmahan ini.


MENGAKUI hubungan intimnya dengan Kefli sudah sedikit renggang.


"Apa jua yang kita cakap, orang lain tetap akan perkatakan," kata Marsha optimis ketika ditemui pada sidang media drama online Kerana Karina 2 di ibu negara baru-baru ini.

Menolak ke tepi soal dibuang keluarga, Marsha memperlihatkan keterujaan untuk pulang ke kampung halamannya di Tamparuli, Sabah.

"Sebenarnya saya terima undangan nyanyian sempena Pesta Menuai bersama Felix AF3.

"Alang-alang dah balik ke Sabah, lalu saya ambil keputusan untuk menghabiskan masa dengan keluarga beberapa hari," beritahu Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh.

Kontroversi Marsha dibuang keluarga mula beraja disebabkan Marsha dan Kefli yang juga bekas pelajar AF3 dikatakan dilamun cinta, namun mereka terang-terangan memberi jawapan klise - "Kami hanya kawan."

Bukan setakat itu sahaja, ramai yang terserempak dengan dua pasangan secocok ini. Mereka sering bersama walau ke mana jua berada.


MARSHA bijak mengawal diri dalam keadaan kecemasan.


Mana mungkin hati tidak mengiakan. Gaya dan lenggok tubuh badan Marsha dan Kefli jelas mengisyaratkan mereka sedang mabuk dilanda asmara.

Mahu kembangkan karierAndai cerita Marsha dimusuhi dan dijauhi keluarga menjadi rekaan semata-mata, barangkali Marsha tiada sebarang masalah bercinta dengan pemuda bukan seagama apatah lagi lampu hijau sudah diperoleh daripada famili.

"Bab jodoh saya tak boleh nak ulas lanjut. Saya dan Kefli memang kawan rapat macam biasa.

"Belum terfikir soal cari pasangan hidup. Kalau boleh saya nak kembangkan karier. Andai terlampau sibuk bercinta, ditakuti kerjaya saya entah ke mana," ungkapnya yang dilahirkan pada 6 Disember 1985.

Dalam keriuhan mulut masyarakat berbicara tentang kisah kurang enak itu, Marsha mengakui hubungan yang terjalin dengan Kefli menjadi sedikit renggang.

"Mungkin juga," jawab Marsha ringkas tatkala diaju persoalan sama ada khabar angin itu menjejaskan 'persahabatan' yang mereka bina selama ini.


BUKAN wanita materialistik yang boleh dibeli dengan wang ringgit.


Marsha menyambung, dia dan Kefli masing-masing ada komitmen sendiri dan sibuk bekerja terutama dalam melebarkan sayap sebagai pelakon.

"Kami sibuk sangat sekali gus membuatkan saya dan Kefli jarang ada kesempatan bertemu.

"Begitu pun, kami masih berhubung menerusi SMS bertanya khabar antara satu sama lain," ujar Marsha berterus-terang.

Menggigil terima panggilan misteri

Sukar dinafikan, sikap mesra dan manja yang selalu ditonjolkan Marsha sering disalah tafsir. Pandangan umum biasanya mengaitkan wanita jenis ini mudah didekati dan mudah diperkotak-katikkan.

Bukannya berlakon atau sengaja berkelakuan sedemikian di khalayak, Marsha mengakui sudah menjadi tabiatnya cepat ramah dengan sesiapa sahaja yang menghampiri terutama peminat.

"Rasa terkilan sangat sebab perangai saya sering disalah anggap. Baru-baru ini ada seseorang menghubungi saya. Tak tahu macam mana dia dapat nombor telefon bimbit saya.

"Orang itu beritahu bos dia nak bayar RM6,100 untuk berjumpa saja dengan saya untuk satu malam.


TIDAK berhenti berharap untuk muncul dengan album sulungnya.


"Ketika terima panggilan itu, jantung saya berdebar-debar dan tangan pula menggigil. Takut sangat dengan apa yang dikatakan individu itu.

"Nasib baik dalam keadaan kecemasan itu saya terus dapat idea. Saya beritahu orang itu saya bukan Marsha, sebaliknya teman Marsha," jelasnya mengimbas saat dia mahu 'dibeli' dengan harga RM6,100.

Tegas Marsha, dia bukannya wanita yang mudah dibeli dengan wang ringgit atau materialistik. Duit memang jadi keutamaan di zaman ini, cuma cara haram memang bukan permainan Marsha.

"Saya sanggup kerja kuat selama 24 jam. Tak mungkin saya nak terima pelawaan yang barangkali ada niat jahat itu.

"Kalau ada yang anggap saya jenis perempuan yang boleh dibeli dengan wang dan kemewahan, ternyata dakwaan itu salah," tutur Marsha mempertahan prinsip dan kehormatannya sebagai wanita bermaruah.

Album dalam persiapan

Di waktu bekas pelajar AF lain sudah membuat album dan terus mengutip bintang-bintang bertaburan di laman seni, Marsha pula masih mencari haluan dalam bidang nyanyian.

"Saya masih menyanyi, malah saya terus terima undangan nyanyian korporat dan pertunjukan lain, cuma tiadalah sebarang publisiti.

"Jangan tak tahu, jadual nyanyian saya masih kencang," kata Marsha mengingatkan ramai kemunculannya dalam industri ini bertitik awal daripada rancangan realiti nyanyian terkenal, AF3.

Marsha kini meneruskan perjuangannya dalam seni suara dengan dipayungi syarikat milik penyanyi dan komposer terkenal, Ajai iaitu Wake The Baby Sdn. Bhd. sejak tahun lalu.

"Saya rakamkan lagu dengan Ajai sejak tahun 2007. Boleh dikatakan sebanyak 60 peratus bahan telah disiapkan untuk album pertama saya yang bakal menemui peminat tahun ini kalau ikut perancangan.


SERASI bergandingan dengan Zizan Nin menerusi dua siri Kerana Kirana.


"Ajai tak habiskan keseluruhan album ini pada satu waktu kerana dia ada komitmen sendiri. Jika Ajai punyai waktu terluang, dia akan teruskan pembikinan album saya.

"Kalau dia sibuk dan jadualnya padat, proses penghasilan album saya akan dihentikan buat seketika.

"Tak kisah kena tunggu lama asalkan saya ada album sendiri," beritahu Marsha yang kini berjinak-jinak sebagai pengacara dalam program Gaya Ratu untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Marsha yang terkenal menerusi watak Karina dalam drama laman web pertama di Malaysia Kerana Karina yang kini berhasil memasuki musim kedua turut memberitahu, dia melibatkan diri dalam dunia lakonan bagi mencabar diri sendiri.

"Saja nak tengok sejauh mana kemampuan saya. Kalau boleh nak jadi artis versatil dan tak hanya bergantung pada satu cabang semata-mata.

"Selain itu, peminat dapat lihat Marsha masih wujud dalam industri hiburan. Sambil tunggu nak habiskan album, lebih baik saya ambil tawaran berlakon," jelas Marsha bijak merencana masa depannya
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 10:11 AM | Show all posts
syabas marsha sebab pandai jaga diri & maruah ..

yang paling penting harga diri marsha tak semurah tu ..  apa kelas RM 6100 semalam
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 10:45 AM | Show all posts
dibuang keluarga? huhu tak de maknenye !..  ntah pape la gossip ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.055985 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list