|
[MERGED]Forum Majlis Peguam 'Memeluk Islam: Update-Kecoh: Salah K'jaan-Dr M
[Copy link]
|
|
Originally posted by DTECCONAN at 13-8-2008 10:03 PM
apa pasal Zulkifli Nordin nak beri sebab pula Maideen.? hak individu ler nak buat apa pon, bukannya dia bunuh orang, letak bom atau sebagainya?
mcm mana dikatakan mengganggu? adakah dia aj ...
Tu ko kena tanya pucuk pimpinan PKR lah Cannon sebb dia orang yang nak soal Zulkifli tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by Acong at 13-8-2008 09:50 PM
cakap senang laa....... :kant:
tak pasal |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by Acong at 13-8-2008 09:50 PM
cakap senang laa....... :kant:
tak pasal |
|
|
|
|
|
|
|
Bila berlaku perkara2 macam ini, pihak yang memegang kuasa sepatutnya sedar yang mereka perlu bersikap pro-aktif di dalam menyelesaikan isu-isu yang sekian lama tertunggak ini. Dalam masyarakat ada pelbagai jenis manusia, yang rasional, emosi, konservatif, liberal, tak termasuk yang jahil lagi. Masalah tidak selesai dengan buat2 tak tahu seolahnay tiada masalah apa pun.
Mahu tidak mahu, ini berbalik pada politik juga akhirnya. UMNO sentiasa mahu bersaing dgn PAS dalam menjadi jaguh kpd umat Islam. Segala dasar ataupun interpretasi kepada dasar/undang2 akan sentiasa memihak kepada Islam, walau macamana berat sebelah sekalipun. Sudah 50 tahun tiada apa usaha konkrit pun nampaknya dibuat dalam menyelesai pertembungan kepentingan Islam dengan bukan Islam ini.
Sudahnya masyarakat Islam hari ini, bila ada pertembungan antara Islam/bukan Islam, akan memihak kepada Islam, bukan atas dasar siapa yang betul, tapi atas dasar siapa yang Islam. Allah dalam Al-Quran menuruh kita berlaku adil, kerana adil itu lebih hampir kepada takwa.
Tetapi kita hari ini, konsep adil itu telah diganti dengan fanatik dan sombong seolah bumi ini kita yang punya, apa saja yang disuarakan oleh bukan Islam itu dianggap menghina Islam. Betapa jauhnya beza cara nabi berdakwah dgn kita "berdakwah" hari ini.
Saya tidak kata apa yg Majlis Peguam buat ini 100% tepat. Kepincangannya tetap ada, terutamanya daripada segi "cara"nya. Seandainya forum ini dianjurkan oleh badan Islam, atau pun jika Majlis Peguam diketuai oleh peguam Islam, ataupun dianjurkan secara bersama oleh Majlis Peguam, IKIM, Pusat Islam, para mufti, ataupun sarjana2 Islam tempatan dan antarabangsa, rasanya reaksi orang ramai tidak akan jadi sebegini.
Memang ada pihak yang mewakili ilmuwan Islam dalam forum itu, tapi komposisi nisbah orang Islam dgn bukan Islam yang menyertai forum tidak melambangkan itu usaha untuk mencari penyelesaian, cuma untuk meluahkan kepincangan dalam pelaksanaan undang2 bila berlaku pertindihan kepentingan Islam dan bukan Islam.
Yang paling saya terkilan, mereka2 yang berdemo ini, tau ke tidak sebenarnya tujuan forum itu untuk apa, atau pun cuma ikut-ikutan saja? Sebab orang kata forum ini menghina Islam, kita iakan saja tanpa buat apa2 penyelidikan?
Jika sudah yakin ianya mencemarkan Islam, kenapa tidak berjuang secara intelek di dalam forum tersebut dan pertahankan agama kita dengan cara orang berilmu? Ke kita cuma kuat berkokok, berdemo saja, tapi ilmu kita sebenarnya kosong? Balik2 soal ilmu juga akhirnya...
Di dalam keghairahan kita kononnya ingin mempertahankan kesucian Islam, kita secara sedar atau tidak, menjatuhkan martabat agama kita sendiri. Apa guna kita laung2kan Islam itu agama yang mengajak kepada kesejahteraan, keamanan, keharmonian...jika tindakan kita yang sebaliknya dari itu?
[ Last edited by hzln at 13-8-2008 10:33 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|