CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gogo

ADIRA SUHAIMI:NAIB JORE AF PALING COMEL DLM SEJARAH KATANYA!CURLASSTT GITUU!!!

  [Copy link]
Post time 23-5-2010 02:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by toritonz82 at 23-5-2010 02:03
byknya  
klo dh naib jore dpt rm100k, jore dpt brapa
gogo Post at 23-5-2010 01:54



  Shahir yang gagal mengawal emosinya sebaik saja diumumkan sebagai juara AF8, membawa pulang, antara lain, wang tunai berjumlah RM200,000, sebuah kereta Peugeot 207 dan sebuah telefon bimbit LG Prada.

Gelaran naib juara jatuh kepada Adira atau nama penuhnya, Siti Adira bt Suhaimi. Anak kelahiran Sabah yang berusia 19 tahun ini membawa pulang wang tunai RM100,000 di samping hadiah lain.

Tempat ketiga dengan wang hadiah sebanyak RM25,000 dimenangi Daus (Muhd Shahril Firdaus bin Eli) sementara Maulana (Muhd Firdaus Maulana Mohamed) dan Iwan (Emirza Awan Zulazrin Chew), masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2010 02:04 AM | Show all posts
kih...kih...kih.... post kat atas aku edit... sebap dah dapat maklumat....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2010 03:16 AM | Show all posts
anyway, lagu adira tu bleh ditujukan utk kawan, fmly, yg tersayang, n peminat jugak
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 06:14 AM | Show all posts
Adira dpt 100000 dah kira ok la. Dapat kete sebijik lg tu.. Satria neo ke? Cute la dia dgn keter tu. Tahniah adira!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 06:32 AM | Show all posts
BUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU ADIRA!
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 09:32 AM | Show all posts
aku rasa la kan... jumlah hadiah tu bnilai rm100 000, sebiji kreta satria neo ngan trofi... sbb aku tgk u tube... takde pun hadiah tmpt ke 2 rm 100 000.
kuikuikui.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2010 12:14 PM | Show all posts
anyway, lagu adira tu bleh ditujukan utk kawan, fmly, yg tersayang, n peminat jugak
gogo Post at 23-5-2010 03:16



    jadik, sila tujukan lagu tersebut utk ai k
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 12:44 PM | Show all posts
Adik Adira pernah menyatakan yang seolah telo Sabahnya itu merupakan satu disadvantage baginya. Aku juga agak setuju pada mulanya. Tapi setelah aku dengar "Ku Ada Kamu" (sekurang kurangnya dah 20 kali sejak semalam! Heh heh!), apa yang dianggap disadvantage itu sebenarnya satu advantage besar baginya. Sebutan sebutannya itu apabila dinyanyikan, secara natural ianya seperti seorang penyanyi Indonesia yang menyampaikan...dan bukan calang calang penyanyi Indonesia, tapi seorang penyanyi Indonesia yang amat bagus! Dan sebagaimana yang kita sedia maklum, pasaran di Indonesia tu jauh lebih besar dari disini. Jadi pendek kata, telo Sabah yang pekat milik Adira tu sebenarnya a blessing in disguise. Adik Adira harus bersyukur. Tuhan jadikan kita sebagaimana yang Dia kehendaki itu...ada sebabnya. All the best to my sweetest Adik Adira!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2010 02:33 PM | Show all posts


ADLIN KATA"DARI SEGI SOUL, AWAK YANG PEGANG"

NING KATA "PERSEMBAHAN TERBAIK MALAM INI"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2010 03:02 PM | Show all posts
hadek adiraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

ari ni dorg ada sesi dgn family pas tu bleh blah dh kan dr akademi tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 03:07 PM | Show all posts
very talented, well done adira
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2010 03:08 PM | Show all posts
tori tori dok kt mana eh skrg

i mean, sabah ke kl ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 03:08 PM | Show all posts
semalam tak berpeluang nak tengok konsert.. so hari ni baru dpt tengok ulangan..
Wah.. mmg meremang bulu roma dengar ADira nyanyi. Mmg betul kata Adlin.. "adira menyanyi dgn soul" n kata Ning.. "Adira yg terbaik mlm ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2010 03:10 PM | Show all posts
yeap...adira mmg give her best masa nyanyi Ku Ada Kamu

It's okay adira x juara pun, yg penting kita tau yg dia dh buat the best performance of the nite
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 03:16 PM | Show all posts
ai kat papua new guina
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 03:17 PM | Show all posts
Hye You all.. ni video time Adira wakil Sayembara Puisi peringkat Daerah.. Juara hoccay ;) ..

http://smkkundasang.blogspot.com ... puisi-dan-lagu.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2010 03:27 PM | Show all posts
ai kat papua new guina
toritonz82 Post at 23-5-2010 15:16


motiffffffffff :@
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 03:28 PM | Show all posts
motiffffffffff
gogo Post at 23-5-2010 15:27



    gogok..... sila hapdet dek dira jadik duta brands innershine......
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 03:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by toritonz82 at 23-5-2010 15:33

AF8: Adira Tidak Kecewa


        
Ketiga-tiga juri sependapat bahawa Adira telah memberikan kualiti persembahan terbaik semasa malam kemuncak Akademi Fantasia musim ke-8. Malah Adlin Aman Ramlie sempat memuji persembahan Adira ketika menyanyikan lagu barunya, "Ku Ada Kamu" sebagai persembahan seorang juara.

"Kalau anda semua nak tahu, inilah persembahan seorang juara. Terima kasih Adira kerana saya sangat terhibur dengan persembahan kamu. Walaupun para peserta lain menampilkan pelbagai gimik, namun di dalam pertandingan ini, kamu yang memegang jiwanya," ujar Adlin yang memang sejak awal lagi menyukai kelainan serta usaha yang ditonjolkan oleh Adira.

Namun, nasib ternyata tidak menyebelahi gadis yang berasal dari Sabah ini, apabila dia hanya berjaya menjadi naib juara AF8 dengan undian sebanyak 25.13%.

Walau bagaimanapun, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi sedikitpun tidak menyimpan rasa kecewa dengan kegagalannya itu. Malah dia jujur memberitahu, menjadi naib juara sahaja merupakan satu kurniaan terbesar buat dirinya.

"Saya berjaya sampai ke peringkat akhir sahaja sudah cukup baik. Apabila diumumkan mendapat tempat kedua saya memang terkejut kerana tidak pernah menyangkanya.

"Pada saya, Shahir dan finalis lain semuanya layak menang kerana masing-masing telah menonjolkan persembahan terbaik dan mempunyai kelompok peminat sendiri.

"Apa yang penting, kejayaan yang saya dapat ini akan saya jadikan pemangkin untuk mencipta kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang," ujar Adira yang ternyata masih belum dapat membiasakan diri dengan status baru dirinya.

Tambahnya, dia sangat berterima kasih kepada tenaga pengajar serta para peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepadanya. Bagi membalas jasa peminat, dia berusaha memberikan persembahan terbaik pada malam finale AF8.

"Memang ada rasa berdebar kerana ramai penonton jika dibandingkan dengan konsert mingguan. Namun saya anggap perkara tersebut sebagai satu cabaran dan berusaha melakukan yang terbaik.Saya bersyukur kerana tiada sebarang masalah yang berlaku.

"Selepas ini saya berharap perjalanan saya dalam bidang seni akan terus berjalan. Cuma seperti rakan-rakan lain, kami masih belum membincangkan tentang isu kontrak dan saya percaya Astro akan melakukan yang terbaik demi masa depan kami," katanya.

Jadi duta Brands Innershine

Dalam pertemuan itu juga, gadis manis berusia 19 tahun itu memberitahu, dia baru sahaja menandatangani kontrak bersama kakaknya, Ema sebagai duta Brands Innershine selama setahun.

Katanya dia begitu teruja dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan Allah serta bercita-cita untuk menjadi penyanyi yang disegani ramai pada masa akan datang.

"Kalau boleh selepas ini saya mahu terus belajar muzik. Ini kerana tiga bulan di akademi masih belum cukup dan masih banyak yang perlu saya pelajari. Saya harap rancangan tersebut akan berjaya direalisasikan," katanya yang menyanyikan lagu "Tiru Macam Saya" yang sebelum ini pernah dipopularkan oleh Datuk Sheila Majid semasa segmen pertamanya.

Dengan meraih tempat kedua, Adira berjaya membawa pulang hadiah kemenangan berupa kereta Satria Neo 1.6 CPS tajaan Proton dan baucer percutian ke New York tajaan Maybelline serta beberapa hadiah iringan lain.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 03:35 PM | Show all posts
Dengan meraih tempat kedua, Adira berjaya membawa pulang hadiah kemenangan berupa kereta Satria Neo 1.6 CPS tajaan Proton dan baucer percutian ke New York tajaan Maybelline serta beberapa hadiah iringan lain.

New York tu.. ;)!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.097953 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list