CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lily_kama

RAKAN-RAKAN SHAH ALAM V4

 Close [Copy link]
Post time 22-3-2010 12:00 AM | Show all posts
testink 123..wa dari shah alam nak ke lcct..agak agak ade bus tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2010 10:31 AM | Show all posts
bini dia dah bersalin ke?
lily_kama Post at 15-3-2010 11:24 PM

dah lebih dari 4 bln yg lepas bersalin...ni balik saje bercuti. jalan2 makan gitu je
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 10:47 AM | Show all posts
testink 123..wa dari shah alam nak ke lcct..agak agak ade bus tak?
stania83 Post at 22-3-2010 00:00


ade....

[url=]Shah Alam To LCCT[/url]
Service ProviderFrom ToFirst Trip Last Trip Fare (RM)
AerobusShah Alam LCCT 4:15am10:30 pm 15.00 (Adult)
8.00 (Child)
Star ShuttleKomplex PKNS Shah Alam LCCT 10.00
Star ShuttleHentian Bandar Shah Alam LCCT 10.00
PluslinerShah AlamLCCT12:00 pm7:00 am10.00 (Adult)
8.70 (Child)
PluslinerLCCTShah Alam7:00 am1:45 am10.00 (Adult)
8.70 (Child)

  • Note: Frequency for Aerobus is every 1 hour.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 10:53 AM | Show all posts
hebat nanie...aku pon tak penah tau nih. tq utk info ni...rasanye satu masa nanti nak guna bas gak
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 10:59 AM | Show all posts
hebat nanie...aku pon tak penah tau nih. tq utk info ni...rasanye satu masa nanti nak guna bas gak
kaeiri Post at 22-3-2010 10:53


nak g oliday lg ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 11:10 AM | Show all posts
ye la.....kot tak daya nak nek keta lak ke...harus balik terbang ke kelantan je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2010 11:10 AM | Show all posts
smalam tengok berita eksiden maut kat jalan yg aku lalu masa balik kelantan tu....terasa ngeri lak
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 08:30 AM | Show all posts
smalam tengok berita eksiden maut kat jalan yg aku lalu masa balik kelantan tu....terasa ngeri lak
kaeiri Post at 22-3-2010 11:10


Kaeri lalu ikut gua musang ke???
Klau situ mmg member2 kata jalan tu bahaya...
lg satu banyak lori.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2010 01:24 PM | Show all posts
Kaeri lalu ikut gua musang ke???
Klau situ mmg member2 kata jalan tu bahaya...
lg satu banyak lori.....
silverstar333 Post at 24-3-2010 08:30 AM

tang lori balak tu yg tak tahan....kalo tak potong, harus jalan cam siput je, nak potong lak susah dan bahaya sket sbb byk keta dtg dari dpn
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 01:58 PM | Show all posts
McD sec 3 shah alam, service sucks..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 02:11 PM | Show all posts
McD sec 3 shah alam, service sucks..
zull4rs Post at 24-3-2010 01:58 PM

apa cite sampai kata gitu skali? kongsi le kot2 jadi kat kitorang lak pasni.  takat ni pi ok je...tp skang dah lama tak pi pon.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 01:26 PM | Show all posts
1431# kaeiri
Sorry, aku x patut keji semua org walaupun yg buat taik tu sorg je, sorry again.

Ceritanya gini, last weekend aku ngan wife g breakfast. Pagi tu x ramai sgt org. So, mmg mengharapkan semua berjalan lancar. Cashier yg attend kitorg ppuan, nama aku x bleh reveal. Aku order mcm biasa, then aku tanya drinks yg dia bleh offer, (eg. juice, tea, coffee, milo...) tp tak beritahu pasal xtra charge... wife aku tanya tp dia sebuk duk pandang kat luar senyum2 kambing... tanya second time dia angguk dan continue pandang luar sambil tersengih2... lepas wife aku order makanan dia, aku bayar mcm biasa... dia tetap kat situ, xde nk ask for assistance utk housekeeping ambil order yg kami buat td. Aku tanya la, since dia xde apa2 repond lepas aku bayar "U hantar atau sy tggu sini?" Baru dia pi amik suma yg aku order tu, nasib baik xde yg pelanggan lain yg nk place order. Dah 5 minit tggu, baru manager dia dr belakang bgtau yg pancake dh habis stock.... wth... napa x check dlu stock dgn housekeeping? No choice, wife aku tukar order lain dan refund.

Kekesalan aku kat sini bukan apa. Aku tgk cashier tu mcm berangan... aku tgk luar kalau2 dia tgh tggu bf dia. Tp xde plak aku tgk org atau apa2 kat tmpt yg dia tgk tu. Communication mmg teruk, sbb dia byk angguk kepala je dan bila bercakap no eye contact dgn customer. Pasal pancake tu aku x bgg sgt, sbb benda dh nk jd.. so be it... Aku harap mereka yg kerja menawarkan servis (esp fnb), tlg la groom urself utk beri perkhidmatan yg baik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 02:37 PM | Show all posts
1431# kaeiri
Sorry, aku x patut keji semua org walaupun yg buat taik tu sorg je, sorry again.

Ceritanya gini, last weekend aku ngan wife g breakfast. Pagi tu x ramai sgt org. So, mmg mengharapk ...
zull4rs Post at 25-3-2010 01:26 PM

hehe


tak penah lg ku jumpa org gitu kat situ. mungkin aritu dia dah sewel telan panadol gaknye
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 01:36 PM | Show all posts
1430# zull4rs

second that .. memang sux aa :@

kes order tak cukup/tersalah - dah banyak kali jadi dah ..
sampai dah tak larat woo .. so sesapa yg drive thru tu, sila aa check sblom blah

lagi satu .. ada kes yg jadi kat aku melibatkan drive thru ni
membuatkan aku rasa marah sampai rasa nak picit je sos cili kat orang drive thru tu
laa ni dah 4x dah jadi .. kalau jadi kali ke 5 - aku nak jumpa manager dia terus :@

sux sux sux, sux sux sux! :@
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 01:39 PM | Show all posts
ok rerakan shah alam .. tolong aa berhati2 bila memandu ..

tapi cam susah sbb kebanyakan 'orang2 yg kat shah alam ni' cam dah lama sangat hidup .. ( 'orang2 yg kat shah alam' ni tak semestinya penduduk asal/tetap shah alam .. ye aa, kan ramai student kat sini) .. bawak motor macam aa kebal sangat takkan mati .. nak lintas jalan pun macam tak heran je kalau nak jadi cacat seumur hidup kalau aa kena langgar .. adoii sakit jiwa aku bila drive kat shah alam ni! :@

hah .. sebenornye teman nak share aa .. hari ni 11 april 2010, tghari tadi dalam 1230pm kot .. ada eksiden kat area persimpangan seksyen 6 & mahkamah tu .. aku saspek orang nak curi buat U-turn kot - tapi tak sedor ada kete dari arah lain lalu - TEBABOMMM!!







pandu dengan cermat - kalau tak sayang nyawa sendiri pun, tolong aa pepikir pasal nyawa orang lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 03:56 PM | Show all posts
salam awak org baru kat forum nie. awak warga sg buloh-shah alam (in between). last wk bwk ank2 g bukit cerakah aka taman botani. mmandangkan ank2 awk n awk sdri x pernah ke sana so excited sket tu ada..ramai gak umat2 kat sana,sume nak hirup udara segar..nothing much to expect but ok la utk entrance fee RM3 dewasa n RM1 kanak2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2010 09:39 AM | Show all posts
salam awak org baru kat forum nie. awak warga sg buloh-shah alam (in between). last wk bwk ank2 g bukit cerakah aka taman botani. mmandangkan ank2 awk n awk sdri x pernah ke sana so excited sket tu ad ...
rosa_ayamour Post at 11-4-2010 03:56 PM

nak hirup udara segar pon kene bayo dah zaman skang ni ek
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 09:40 AM | Show all posts
ok rerakan shah alam .. tolong aa berhati2 bila memandu ..

tapi cam susah sbb kebanyakan 'orang2 yg kat shah alam ni' cam dah lama sangat hidup .. ( 'orang2 yg kat shah alam' ni tak semestinya pend ...
naen Post at 11-4-2010 01:39 PM

jalan situ kan cam tak berapa byk keta lalu...tu yg konpiden je nak wat jalan tu cam laman umah dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 08:34 AM | Show all posts
hazabbb!!! umah shah alam hilang ke page 2
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 08:37 AM | Show all posts
Kumpulan Jakel Buka Cawangan Ke-16 Di Shah Alam
Oleh Nur - Ul Afida Kamaludin

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Selepas 25 tahun mencipta nama sebagai syarikat tekstil Bumiputera terkemuka, Kumpulan Jakel mengembangkan lagi sayapnya dengan membuka cawangannya yang ke-16 di Shah Alam sebagai pusat tekstil terbesar di Malaysia.

Jakel Shah Alam ditempatkan di kawasan seluas 80,000 kaki persegi yang menggabungkan 23 unit lot kedai di Seksyen 7.

Pusat tekstil itu menawarkan himpunan fabrik bermutu tinggi dengan harga berpatutan dan memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan, kata Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

"Saya percaya pusat tekstil ini akan memberi lebih variasi kepada industri tekstil tempatan dengan himpunan fabrik dari pelbagai jenis dan koleksi dari pereka-pereka terkenal seperti Zuhair Murad, Ungaro, Valentino dan Mario Capra.

"Kami juga menawarkan pilihan yang terbaik untuk penggemar-penggemar dunia fesyen," katanya kepada Bernama di sini.

Mohamed Faroz, 38, berkata Kumpulan Jakel mengimport tekstil berkualiti dan berjenama dari pengedar terkemuka dunia untuk pasaran dalam negeri dan luar negara.

"Kami menawarkan bahan yang dijual pada harga berpatutan selain menjamin kualiti kain dengan pengesahan yang diperoleh dari syarikat antarabangsa," katanya.

Menurutnya, Kumpulan Jakel terkenal dengan himpunan tekstil seperti sutera Itali, sutera Korea, sutera Organza, sutera satin, sutera chifon georgette, sutera Thai, sutera Shangtun, sutera Dupian, Viccose serta sutera kapas dengan harga serendah RM25 semeter sehingga ke RM500 semeter.

Mohamed Faroz berkata cawangan Kumpulan Jakel berikutnya akan dibuka di Ipoh dan Alor Setar pada penghujung bulan ini.

Dengan pembukaan cawangan baru itu, beliau mejangkakan Kumpulan Jakel akan mencatatkan jumlah jualan lebih tinggi berbanding RM300 juta pada tahun lepas.

Selaras dengan moto syarikat, "Ingat Kain, Ingat Jakel", katanya Kumpulan Jakel kini mempunya cawangan di serata Malaysia iaitu Jakel Kuala Lumpur, Jakel Segamat, Jakel Johor Baharu, Astana Moda (Melaka), Salem Aziz Textiles (Kota Baharu), Alamoda Silk House (Sungai Petani), Prima Moda Silk House (Batu Pahat), Alamoda Silk House (Kuantan), Riamoda Silk House (Simpang Pulai, Perak) dan Salem Aziz Textiles (Gong Kapas, Terengganu).

Cawangan lain ialah Casamoda Gedung Tekstil (Seremban), Salem Aziz Textiles (Tanah Merah),0 Riamoda Silk House (Tanjung Malim), Bumiputra Silk House (Tanjung Karang), Jakel Silk House (Kota Kinabalu), Jakel (Shah Alam), Riamoda, Greentown (Ipoh) dan Jakel (Alor Setar).

Mohamed Faroz berkata Kumpulan Jakel diasaskan oleh bapanya Mohamed Jakel Ahmad di Segamat, Johor pada 1985 sebagai perniagaan tekstil kecil-kecilan dan mendedahkan kesemua 12 orang anaknya kepada bidang perniagaan itu.

Sejak itu, Kumpulan Jakel diperkukuhkan dengan penubuhan anak-anak syarikat iaitu Jakel Trading Sdn Bhd, Jakel & Sons Industries Sdn Bhd, Jakel Realty Sdn Bhd, Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd, Peluang Kristal (M) Sdn Bhd, Perano Sdn Bhd dan Easy Region Engineering Sdn Bhd.

Dengan tenaga kerja kira-kira 4,500 orang, Mohamed Faroz berkata para pekerjanya sentiasa diingatkan supaya melayani pelanggan dengan mesra dan sebaik-baiknya tanpa mengira status demi kepuasan pelanggan menerusi konsep "Satu Jurujual, Satu Pelanggan".

Beliau berkata teras kejayaan kumpulan syarikatnya ialah penjualan produk tekstil yang pelbagai dan unik dengan rekaan menarik mengikut cita rasa masyarakat.

"Perniagaan Kumpulan Jakel semakin berkembang dan kami berharap untuk meluaskan perniagaan ke Jepun, Korea, China, Pakistan, Indonesia dan Taiwan," katanya.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.073203 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list