|
All About Siti's English Album : Vol. II [70 ribu unit terjual~]
[Copy link]
|
|
Reply 1430# khyree
Khy xprasan kot.. sbb sama je.. cover je beza skit je...
yg lain sama..
tulisan je lain skit...
khy x tengok kt Singapore ke?
Khy punya versi malaysia ekk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply khyree
Khy xprasan kot.. sbb sama je.. cover je beza skit je...
yg lain sama..
tulisan ...
ang Post at 13-2-2012 12:29 AM
oh ye ke?? tk perasan plakk..
ah ah khy versi malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1432# khyree
oo...
kalu versi singapore..
kat belakang tu dia tulis warner music Singapore..bkn warner music Malaysia..
cover dpn je skit beza.. tulisan je.. yg lain sejibik.. hehe...
kalu singapore berapa harga khy? |
|
|
|
|
|
|
|
kat luar je ke adib ni nak pomot? kat malaysia ni cam takbuat berja pun! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1434# adie82
kat luar tu kat mana? |
|
|
|
|
|
|
|
dah atas tu cakap single kat indon+ singapore version tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
ooo... tp rasanya bkn adib yg promot semua tu...
tu radio sana.. kluarkan single..
dah tanya kwn dj kat sana.. dia ckp xde pn single tu di hantar kat stesen radio..
tp peminat ramai yg minta lagu tu...
yg singapore version tu.. biasanya.. Warner music setiap negara akan kluarkan dari kilang mereka CD tu.. utk jimat kos... kebiasaannya la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Adib ada pergi Grammy kan?
tengok pasaran katanya...
jgn hepi2 seronok2 je dik!
AYL tu jangan lupa promote....
|
|
|
|
|
|
|
|
mana amor baca kata adib pi grammy? |
|
|
|
|
|
|
|
Amor baca kat tweet Siti...
n si Adib tu rasanya gi dgn Bryan kalau xsilap
kalau xsilap depa gi US survey market |
|
|
|
|
|
|
|
REVIEW ERA.COM
Album Hit: Siti Nurhaliza "All Your Love"
Ulasan Liza Ramli
siti-english.jpg
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi kesayangan ramai dan juga Diva Nombor 1 negara, Dato’ Siti Nurhaliza? Seperti yang telah diketahui umum juga, Dato’ Siti kini telah pun tampil dengan album yang diterbitkan sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris bertajuk, All Your Love.
Hit dengan single yang bertajuk Falling In Love yang semakin rancak dimainkan di radio sekarang ini adalah salah sebuah lagu yang terkandung di dalam album solo yang ke 14 ini. Siti Nurhaliza, sebuah nama yang cukup besar di dalam industri seni tanah air negara kita ini masih lagi meneruskan legasinya di dalam bidang muzik sejak dari tahun 1995. Sehingga kini, Dato’ Siti masih lagi aktif di dalam bidang nyanyian dan seringkali menjadi tumpuan utama mana-mana acara seni yang dijalankan di Malaysia.
Walaupun kini Dato’ Siti seringkali tampil sebagai ikon penampilan istimewa atau jemputan khas di dalam acara atau mana-mana anugerah berprestij, namun penampilannya seringkali melengkapi majlis yang diadakan. Ini kerana, anak seni yang berusia 33 tahun ini tidak pernah luntur semangatnya di dalam memperjuangkan seni muzik tanah air.
Isteri kepada usahawan ternama, Datuk Khalid Muhamad Jiwa ini muncul dengan album penuh bahasa Inggeris yang mendapat sambutan ramai. Album yang telah dilancarkan pada 26 September 2011 oleh syarikat What’s Up Entertainment milik anak Datuk Khalid sendiri. Adib Khalid, anak tiri penyanyi ini yang menjadi penerbit eksekutif untuk album Siti Nurhaliza kali ini. Dengan hanya membawakan dua orang komposer, Bryan Bouro dan Christian Alexander.
Lagu-lagu di dalam album yang diberi judul “All Your Love” (AYL) ini merupakan sebuah album Inggeris yang sudah lama menjadi idaman Dato’ Siti sendiri. Dua bulan merakamkan album ini dan hasilnya amatlah memuaskan hati.
Lagu-lagu rancak dengan irama pop dance, R&B serta balada yang digaul dengan penuh keasyikan dan penuh pesona. Suara merdu Dato’ Siti merupakan asset yang dimilikinya sepanjang bergelar anak seni yang berpengaruh besar ini.
Jika dilihat dari kulit albumnya sahaja, imej Dato’ Siti kelihatan sedikit berbeza dari yang selalu kita perhatikan. Penampilannya nampak lebih santai dan juga lebih ceria. Namun pemilihan warna hitam, dan juga merah jambu serta warna-warna pop di dalam album ini mungkin boleh diperbaiki lagi. Biar nampak lebih sesuai dengan imej Diva Nombor Satu tanah air ini.
Album yang mendapat sentuhan komposer dari Australia ini sebenarnya kedengaran seperti beberapa artis yang mungkin kita pernah dengar lagu-lagu mereka di radio sebelum ini. Pastinya juga lagu yang ada di dalam album ini kadangkalanya juga kedengaran seperti lagu-lagu pop dan balada Celine Dion dan beberapa artis lain.
Seperti yang diketahui ramai, Dato’ Siti sememangnya meminati penghibur dunia, Celine Dion dan tidak mustahil juga lagu di dalam album Inggerisnya ini mirip sedikit dengan lagu penyanyi kelahiran Kanada itu.
Sebanyak sepuluh buah lagu yang menjadi taruhan Dato’ Siti di dalam album All Your Love ini. Lagu yang seringkali kita dengar adalah lagu Falling In Love yang sememangnya berentak laju dan rancak sekali.
Suara Dato’ SIti Nurhaliza sememangnya sangat sesuai sekali menyanyikan lagu irama balada atau lagu yang berentak perlahan yang mampu membuai perasaan. Nobody Else, I Cry Out dan Stand Up merupakan lagu yang mampu membuai perasaan anda dengan alunan suara Dato’ Siti Nurhaliza yang sememangnya merdu untuk didengari. Baki tujuh buah lagu lain semuanya berentak rancak namun mempunyai irama dan juga gaya rancak yang berlainan.
Lagu Tonight merupakan lagu berentak rancak dengan irama dansa ini mampu membuatkan anda sama menggerakkan badan seiring dengan lagu ini. Selain itu, Dato’ Siti telah menjalankan kolaberasi bersama dengan Sean Kingston di dalam lagu Remember You yang istimewa. Liriknya yang mudah dan juga rangkap kata yang dinyanyikan akan membuatkan lagu ini mudah untuk dihafal dan amat menghiburkan.
Paduan suara anak seni yang seringkali mahu unutk mencuba sesuatu yang baru serta tidak pernah peduli dengan kata orang lain yang cuba menjatuhkannya ini dengan kolaberasi komposer luar ini tidak mengecewakan. Malah, cubaan Dato’ Siti untuk menghasilkan album sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris walaupun dia sendiri tahu bahawa kemahirannya bertutur di dalam bahasa itu tidaklah sehebat mana.
Dari segi sebutan dan kefasihan di dalam bait lirik yang dinyanyikan pula bagaimana pula ya? Cukup adil jika dikatakan bahawa jika ayat di dalam lirik yang dinyanyikan itu difahami, maka bolehlah kita terima seadanya sebutan itu. Maklumlah, anak kelahiran Kuala Lipis ini berasal dari keluarga Melayu yang sopan santun bicaranya teratur di dalam bahasa ibundanya, maka ada juga terdengar juga telor atau pelat bahasa Melayu.
Berikut merupakan senarai lagu yang terkandung di dalam album ALL YOUR LOVE oleh Dato’ Siti Nurhaliza:
1) All Your Love
2) Nobody Else
3) Tonight
4) All Over Again
5) I’ll Wait Forever
6) Falling In Love
7) I Cry Out
8) Fight For Love
9) Stand Up
10) Remember You feat Sean Kingston |
|
|
|
|
|
|
|
setuju!!...
aku masih belom jemu ngan AYL ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mana vc baru?
Modal beli rumah tu kalau cilok skt buat vc yang mantap rasanya akan boost promosi ayl ni |
|
|
|
|
|
|
|
dah dekat nk 5 bln.. xde apa2 ke psl album ni??
single ke2?? vc baru??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1444# ang
entahnye...takkan Remember You tak rilis kt msia lagi?
Tonight / Nobody Else dibiar terap jek dlm album...isyhhh |
|
|
|
|
|
|
|
kan diorg nak launch serentak kt sgpore, brunei n malaysia...aku rasa mcm ada dlm paper hr tu..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
lagu remember you baru release hari ni kat fly fm uols. premiere katanya petang tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
kat hitz aku taknah dgr pon! |
|
|
|
|
|
|
|
Dengarnya... Single duet Siti, Sean Kingston dilancar 1 Mac
TAHUN lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, muncul bersama album Inggeris pertamanya yang berjudul All Your Love. Daripada album berkenaan, dia tampil bersama single Falling In Love.
Cik Normah pun seronok mendengar lagu yang dimuatkan dalam album itu. Apatah lagi kalau didengar versi adunan semula single pertamanya, yang memang boleh buat kita bergoyang sakan. Pada 1 Mac ini, Siti dikatakan akan melancarkan single keduanya pula yang berjudul Remember You. Lagu itu akan dilancarkan ke semua stesen radio di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei secara serentak. Lebih istimewa, lagu ciptaan Bryan Bouro dan Alexander Kristian itu dinyanyikan Siti bersama penyanyi terkenal, Sean Kingston, yang popular dengan lagu Beautiful Girls.
Diterbitkan sendiri oleh Bryan, menerusi syarikat What’s Up Entertainment, Remember You diadun di Studio mixHous, Los Angeles, manakala proses mastering pula dilakukan di Oasis Mastering di Burbank, California.
Amboi, jauh benar proses penghasilan single Siti ini dilakukan. Teringat pula Cik Normah pada album Ella yang berjudul USA (1994), yang turut dirakam di Amerika Syarikat. Kalau album Ella itu berjaya terjual melebihi 300,000 unit, mungkin tempiasnya akan terkena juga kepada single dan album Siti. |
|
|
|
|
|
|
| |
|