CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: moyas

★★ BORAK-BORAK WARGA HAND PHONE EDISI XDEK VOLUME ★★

 Close [Copy link]
 Author| Post time 1-5-2012 01:30 AM | Show all posts
bebeh midory rini ada x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2012 01:31 AM | Show all posts
nk tepek picca pon x lepas2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 01:32 AM | Show all posts
stop script tue menda arrr?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 01:32 AM | Show all posts
menyebok... wat selow wa nyer lappy jerk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 01:33 AM | Show all posts
lappy korunk ada stop script tue x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 06:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by moyas at 1-5-2012 06:43

Fikir-Fikirkanlah





Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi

Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.


Fikir-fikirkanlah

        

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-5-2012 06:51 AM | Show all posts
salam 1 Mei 2012 / 9 Jamadil Akhir 1433  semua

Petua Tambah Rezeki


68Share


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi  hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.  Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan  buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk  yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai  anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu  kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan  penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”  (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar  adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang  menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia  berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan  segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya  rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud,  an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar  tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat  hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak  ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki  yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu)  orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati  Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”  (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis  riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin  panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu  bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa  berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan  memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan  al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila  hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya  terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan  ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat  baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan  meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri  dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada  hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak  tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan  kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua  hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya  kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan  jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh  menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki  dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut  Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik  selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.







moyas Post at 1-5-2012 06:42

to be continue

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 06:52 AM | Show all posts
to be continue


11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang  siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka  hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang  Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai  beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda  s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari  hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada  Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai  Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang  dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.  Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah  membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah  menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada  keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki,  menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya  dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha  yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti  harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis  qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan  empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan  Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan  Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi  sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku  kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku  amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi  balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir  dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,  menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk  keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi  kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah  at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap  kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan  kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah  (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki  jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah”  berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk  mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”  Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap  malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa  menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan  mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah  suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa  berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih  dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan  yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang  dicintai-Nya saja.

(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi  orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh  membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang  dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak  dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik  dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik,  hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi  s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan  sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi  rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat  Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin  al-Khattabr.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan  yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar  (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari  jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek  kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang  sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini  menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya  dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
moyas Post at 1-5-2012 06:51

selamat hari pekerja dan selamat bermalas2 jugek


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2012 08:34 AM | Show all posts
Salam dan pagi sumer....

Selamat Hari Pekerja...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 08:37 AM | Show all posts
Salam dan pagi sumer....

Selamat Hari Pekerja...
medangmru Post at 1-5-2012 08:34



    w/slm n munen. kemana rini chipmed?
hurmmm tq kedits tue
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 09:02 AM | Show all posts
w/slm n munen. kemana rini chipmed?
hurmmm tq kedits tue
moyas Post at 1-5-2012 08:37 AM


tak tahu kemana lagi moy...rs mcm nak rehat jahhh...3 hari dok merempit kat luar...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 09:55 AM | Show all posts
dip...klo sok wa x on9 maksudnya wa jln2 dgn kazen wa k
moyas Post at 1-5-2012 01:15 AM



    jenjalan saje....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 09:55 AM | Show all posts
xhaper wa la yg akan suluhkan pakai torch light nyer
moyas Post at 1-5-2012 01:22 AM



    hahaha....bagus btl la....sayanggg diaa....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 09:57 AM | Show all posts
lappy korunk ada stop script tue x?
moyas Post at 1-5-2012 01:33 AM



    wa pun ader....mende tu yg menyebabkan tetibe jadik heng kejap...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 09:57 AM | Show all posts
selamat hari pekerja buat semua warga henpon....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 09:58 AM | Show all posts
apa nk malu. wa ok jer. jum sama2 hepi
moyas Post at 1-5-2012 01:08 AM



    be hepi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2012 08:27 PM | Show all posts
jenjalan saje....
adifrs Post at 1-5-2012 09:55


wa masih lom balik. ni masih kat highway lagik. tp wa x da ingat2 luk. caner?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 08:29 PM | Show all posts
be hepi....
adifrs Post at 1-5-2012 09:58

luk hepi x rini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 08:30 PM | Show all posts
selamat hari pekerja buat semua warga henpon....
adifrs Post at 1-5-2012 09:57

selamat da cuti. sok kerja pula
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 08:32 PM | Show all posts
wa pun ader....mende tu yg menyebabkan tetibe jadik heng kejap...
adifrs Post at 1-5-2012 09:57

entah..wa ingat lappy wa yg wat hal? caner nk complaint erk?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.558473 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list