CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Soal Jawab Agama

   Close [Copy link]
Post time 20-4-2010 09:21 AM | Show all posts
1) Hukum dan penjelasan.
jikalau kita dipaksa melakukan sesuatu yang haram untuk menyelamatkan nyawa, apakah hukumnya?
kroit92 Post at 20-4-2010 03:07


Bila Darurat, dibolehkan perkara yang yang mendatangkan mudarat sekadar yang perlu. Ini berdasarkan kaedah bila ada dua mudarat, mudarat yang lebih ringan dibolehkan bila tidak ada pilihan lain.

2) Ibadah
malu sikit nak tulis yang ni.
semasa tengah solat seorang diri di surau, nanti ada orang datang belakang kemudian menepuk perlahan bahu, lalu menjadi jemaah dan kita imam. Apa yang perlu dibuat?
= kroit tak tahu nak buat apa, kroit niatkan dalam hati menjadi imam, tapi meneruskan solat dan rakaat kroit sendiri. Sah kah solat itu?


Insya Allah, sah.

Wallahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2010 02:08 PM | Show all posts
Bila Darurat, dibolehkan perkara yang yang mendatangkan mudarat sekadar yang perlu. Ini berdasar ...
mnm77 Post at 20-4-2010 09:21



1) Bagaimana pula kalau perkara haram tu melibatkan nyawa?
= seperti dipaksa membunuh, menyiksa haiwan atau manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 02:45 PM | Show all posts
1) Bagaimana pula kalau perkara haram tu melibatkan nyawa?
= seperti dipaksa membunuh, menyiksa haiwan atau manusia.
kroit92 Post at 20-4-2010 14:08


Kalau diugut bunuh jika tidak melakukan pembunuhan atau seksaan pada binatang atau manusia, ini melibatkan jenayah. Apabila melibatkan jenayah, yang terbaik adalah tidak melakukan jenayah itu walaupun diri sendiri disiksa atau dibunuh. Situasi begini melibatkan taqwa dan hukum juga berdasarkan situasi. Kalau melakukan juga jenayah kerana terpaksa, dia tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya melainkan dia berniat untuk melakukan jenayah itu.

Perkara yang saya maksudkan adalah yang tidak melibatkan jenayah. Contohnya kapal terbang terhempas. Semua orang mati kecuali sorang. Dia cedera dan berhampiran dengannya ada makanan dan minuman yang haram saja. Dalam kes macam ni dia boleh makan makanan tu sekadar perlu dalam menanti bantuan. Ada dua mudarat di sini, mati kelaparan atau makan makanan haram.

Wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 03:06 PM | Show all posts
Reply 1443# mnm77


dah faham, terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 11:06 PM | Show all posts
Assalamualaikum, kroit dah lama berfikir tentang perkara ni, confuse otak fikir sebab tak arif bab a ...
kroit92 Post at 20-4-2010 03:07


Maka pada masa itu hendaklah bersolat dengan tertibnya sebagai imam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 11:53 PM | Show all posts
Maka pada masa itu hendaklah bersolat dengan tertibnya sebagai imam.
rdzaccess Post at 20-4-2010 23:06



faham, terima kasih bro rdza.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2010 09:35 AM | Show all posts
Salam...

sah tak solat kalao kita solat waktu tengah azan??
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 03:00 AM | Show all posts
Dalam persoalan ini kita seharusnya mengetahui dan memahami Fiqh al-Nafs atau sebahagian ulamak menamakannya sebagai Fiqh al-Aulawiyat. iaitu yang manakah satu yang lebih utama dan perlu dilakukan pada waktu itu...

Dalam masalah ini seharusnya kita menunggu azan selesai barulah kemudiannya menunaikan solat, kerana Nabi saw menyatakan yang bermaksud apabila kamu semua mendengar azan, maka sebutlah sepertimana yang disebut oleh muazzin. (al-Bukhari)
maka Awlawiyatnya menjawab azan dahulu.

Satu lagi ianya masuk di dalam bab Ihtiyat (berhati-hati) takut waktu solat itu sebenarnya belum masuk lagi, atau muazzin terazan awal, jika kita menunggu sehingga selesai azan dan kemudian nya baru solat maka kita telah solat di dalam waktunya. perkara ini disebut oleh para ulama fiqh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2010 11:25 AM | Show all posts
Dalam persoalan ini kita seharusnya mengetahui dan memahami Fiqh al-Nafs atau sebahagian ulamak mena ...
rdzaccess Post at 27-4-2010 03:00


salam rdzaccess.. trm ksh!!! kdg2 tuh nak cepat pasal tuh sy solat masa imam tengah azan kat rumah.. sbb kalao ikut tv dah abes azan tp kat rumah tuh baru nak start azan lakk.. tp kalo tgk jam mmg dah masuk waktu solat dah!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 08:45 PM | Show all posts
Ni kena ambil perhatian. Di TV azan selalunya bukan secara langsung.Ianya telah dirakamkan maka sayugialah kesilapan dalam masa waktu masuknya solat.
Lagipun adakah azan yang berkumandang di tv itu berada dalam satu mukim dengan anda?

Katakanlah jika ada tiga TV di rumah anda...cuba ambil perhatian jika semua tv itu mempunyai saluran yang sama tetapi akan terdapat perbezaan masa pemakluman di antaranya.Jika laungan azan berkumandang dari ketiga tiga tv itu dengan selangan beberapa detik di antaranya, maka macam mana anda hendak menentukan yang mana satu tv tersebut yang benar benar menunjukkan masuknya waktu solat?

Lagi satu nak tanya ...anda lelaki ke pompuan?
Sebab ada waktu perbezaan dalam mendirikan solat bagi lelaki dan pompuan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 05:41 PM | Show all posts
Reply 1437# danaha09


waalaikumussalam..

hadis sy xtau...tapi yg saya tau kalo contoh time solat zuhur xsempat solat tapi dah dtg haid maka lps mandi wajib nanti  wajib ganti solat tersebut.begitu juga kiranya haid benar2 telah habis tapi melengah2kan waktu mandi wajib maka dikehendaki ganti semula segala solat yg sblm itu.

oh ya mandi wajib yg sempurna pun perlu mencuci semuanya termasuk pusat dan membuka subang agar air boleh mengalir semuanya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 09:58 PM | Show all posts
Assalamualikum

Saya nak tanya sket tentang Al-Azl.

Ni ada thread di Current Issue yang menurut pendapat beberapa forumer di situ, ianya halal untuk bersetubuh dengan hamba perang asalkan tidak meninggalkan air mani di dalam rahim perempuan tersebut, adakah ianya benar?

Ni topic tu:

http://mforum5.cari.com.my/viewt ... page%3D1&page=2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 09:38 PM | Show all posts
Assalamualikum

Saya nak tanya sket tentang Al-Azl.

Ni ada thread di Current Issue yang menurut pendapat beberapa forumer di situ, ianya halal untuk bersetubuh dengan hamba perang asalkan tidak meninggalkan air mani di dalam rahim perempuan tersebut, adakah ianya benar?


rastablank Post at 18-5-2010 21:58


waalaikumsalam,

kalau di baca hadith tu,
Halal bersetubuh dengan hamba.
Hamba dalam hadith tersebut adalah tawanan perang.  
Sementara perbuatan Al-azl adalah harus.  

Yang awak kata ialah bersetubuh dengan hamba perang mesti buat al-azl.

Harap jangan ikut sangat pendapat dalam CI.  Saya baca situ ada orang Yahudi berhujah untuk Islam.  yang namanya Islam pulak dok perli islam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 10:45 PM | Show all posts
Itula yang saya musykil, orang bukan Islam plak yang memberi pengajaran kat orang Islam, takpela, nanti saya akan try tanya kat ustaz atau ustazah yang berkaitan~
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:52 PM | Show all posts
Dalam konteks dunia kini, apakah penting perancangan keluarga dalam Islam?
Dalam hal ini al-Ghazali menjelaskan bahawa merancang keluarga adalah perlu untuk kelangsungan ummah. Justeru perancangan keluarga di dalam Islam bertujuan untuk menjamin kesejahteraan umat Islam.
Kaedah perancangan yang dipersetujui oleh al-Ghazali adalah seperti melakukan al-‘azl (‘azal). Beliau merujuk kepada peristiwa tentang pertanyaan Ali kepada nabi, dan nabi tidak melarang perbuatan tersebut.

Ibn Hazm menentang kaedah ini dengan merujuk kepada hadis seorang wanita bernama Judama menemui nabi dan bertanya tentang al-‘azl.
Nabi menyatakan al-‘azl adalah pembunuhan bayi yang tersembunyi. Al-Ghazali dan beberapa ulama yang sependapat dengannya menegaskan bahawa perkara itu dibenci (makruh), tetapi tidak bermaksud haram.
Hal ini kerana mani hanya akan bersenyawa (hidup) apabila mencapai peringkat tertentu.

Imam mazhab seperti Imam Malik, Imam Hanbali bersetuju dengan al-‘azl sekiranya mendapat persetujuan isteri. Imam Maliki berpendapat, isteri berhak mendapat ganti rugi dalam bentuk wang sekiranya al-‘azl dilakukan tanpa persetujuannya. Sebahagian pengikut Imam Hanbali dan Maliki berpendapat, seorang suami tidak memerlukan persetujuan isteri untuk melakukan al-‘azl. Imam Shafie pula berpendapat, seorang suami tidak perlu mendapat persetujuan isteri kerana yang memancutkan mani itu adalah lelaki, bukannya wanita.

Walau bagaimanapun, al-‘Azl tidak menjamin bahawa seorang isteri tidak akan hamil selepas hubungan kelamin. Selain daripada itu, al-Ghazali juga mengemukakan kaedah perancangan keluarga seperti menjarakkan kelahiran anak, seperti melengkapkan tempoh dua tahun untuk penyusuan lengkap.
Perancangan keluarga menjadi kontroversi dengan wujudnya kaedah kontraseptif seperti penggunaan pil perancang, pil pengguguran (abortion phil), pengguguran fetus, pembedahan mengikat tiub fallofiol, permanian beradas (IUD) dan terbaru pemilihan anak melalui kaedah pembangunan genetik (PGD). Pengunaan pil perancang dan pil pengguguran adalah sebahagian daripada usaha mengurangkan generasi umat Islam.

Ulama kontemporari yang bersetuju dengan Ibn Hazm berpendapat hal ini merupakan agenda Barat untuk melenyapkan umat Islam dalam jangka masa panjang. Hal ini terbukti apabila kebanyakan lambakan pil-pil ini dalam negara dunia ketiga menunjukkan kesan sampingan yang boleh merencat keadaan bayi di dalam kandungan.

Sementara kaedah pengguguran pula merupakan pembunuhan bayi yang kejam seperti membuang bayi selepas dilahirkan. Walau bagaimanapun, sebahagian ulama membenarkan pengguguran dengan syarat persenyawaan telur (sperma dan ovum) belum mencapai tahap ‘kejadian yang lain’ (khalqan aakhar). Peringkat pembentukan janin di dalam rahim bermula daripada nutfah, kemudian menjadi ‘alaqah, kemudian menjadi mudhghah dan akhirnya berkembang menjadi khalqan aakhar. Setiap peringkat berlaku dalam masa 40 hari.
Al-Quran menerangkan peringkat perkembangan ini pada dua tempat iaitu ayat lima surah al-Hajj serta ayat 12-14 surah al-Mukminuun.
Hal ini bermakna, bagi tujuan perancangan keluarga (atau kes pengguguran bagi wanita yang sakit), dibolehkan menggugurkan kandungan dalam usia kehamilan kurang dari empat bulan, menurut pendapat sebahagian ulama mazhab Hanafi dan Shafie.

Imam Hanbali membenarkan pengguguran sebelum 40 hari. Sebahagian ulama mazhab Shafie, Maliki dan Ja’afar tidak membenarkan pengguguran pada tahap mana sekalipun dalam perkembangan janin, kerana menurut al-Ghazali pengguguran adalah satu jenayah.

Bagaimanapun, sekiranya kehamilan membahayakan nyawa si ibu, semua ulama berpendapat pengguguran adalah wajar.

Para sahabat banyak yang melakukan azl ketika Nabi masih hidup dan wahyu pun masih terus turun, iaitu seperti yang tersebut dalam riwayat di bawah ini:

    "Dari Jabir r.a. ia berkata: Kami biasa melakukan azl di masa Nabi s.a. w. sedang al-Ouran masih terus turun."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di riwayat lain ia berkata:

    "Kami biasa melakukan azl di zaman Nabi s.a.w. maka setelah hal demikian itu sampai kepada Nabi, beliau tidak melarang kami."
(Riwayat Muslim)

Diriwayatkan juga, bahawa ada seorang laki-laki datang kepada Nabi lantas ia berkata:

    "Ya Rasulullah! Sesungguhnya saya mempunyai seorang hamba perempuan (jariyah) dan saya melakukan azl daripadanya, kerana saya tidak suka kalau dia hamil dan saya ingin seperti apa yang biasa diinginkan oleh umumnya orang laki-laki, sedang orang-orang Yahudi bercerita: Bahawa azl itu sama dengan pembunuhan yang kecil.
Maka bersabdalah Nabi s.a.w.: Dusta orang-orang Yahudi itu! Kalau Allah berkehendak untuk menjadikannya (hamil), kamu tidak akan sanggup mengelakkannya."
(Riwayat Ashabussunan)

Yang dimaksud oleh Nabi, bahwa persetubuhan dengan azl itu, kadang-kadang ada setitik mani masuk yang menyebabkan kehamilan sedang dia tidak mengetahuinya.

Di zaman pemerintahan Umar, dalam satu majlis orang-orang banyak berbincang masafah azl. Kemudian ada salah seorang laki-laki yang berkata: bahawa orang-orang Yahudi beranggapan, azl itu bererti pembunuhan yang kecil.
Kemudian Ali r.a. berkata: "Tidak dinamakan pembunuhan, sehingga mani itu berjalan tujuh tahap, iaitu: mula-mula sari tanah, kemudian menjadi nuthfah (mani), kemudian menjadi darah yang membeku, kemudian menjadi segumpal daging, kemudian daging itu dilengkapi dengan tulang-belulang, kemudian dililiti dengan daging dan terakhir menjadi manusia."
Lantas Umar menjawab: Betul engkau, ya Ali! Semoga Allah memanjangkan umurmu!

(Sedutan dari :Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi)
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 11:33 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

Sy baru bercerai hidup dgn suami saya,kini sy dlm eddah..apakah larangan2 yang perlu saya ikuti sepanjang eddah ini? dan kalau kita tertinggal solat kerana tertidur cth nya,boleh kah kita qada nya di masa waktu solat yang lain? dan apa kah niat solat gada tu?..pinta penjelasan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2010 11:35 AM | Show all posts
ibnur,adakah masih boleh mengadakan hubungan badan dgn tawanan2 perang pada zaman sekarang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2010 10:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by ibnur at 27-5-2010 22:52
ibnur,adakah masih boleh mengadakan hubungan badan dgn tawanan2 perang pada zaman sekarang?
boshit90 Post at 27-5-2010 11:35


tawanan perang bukan hamba.  tidak pernah dalam sejarah Islam, tentera Islam mengadakan hubungan dengan tawanan-tawanan perang.
tawanan perang wanita dan kanak-kanak dipanggil sibyah, boleh dijadikan hamba, dan bergantung kepada keputusan khalifah.

mungkin saya bukan terbaik untuk menerangkan perkara ini.  tawanan perang ni juga boleh juga ditebus atau mereka menebus diri sendiri.

salah seorang tawanan sibyah bernama Juwairiah dalam perang yang disebut dalam thread CI tu.  Juwairiah telah diberi kepada Thabit Bin Harith sebagai hamba.  Thabit menuntut 360 dirham sebagai tebusan bagi Juwairiah untuk membebaskan dirinya.  Juwairiah kemudia bertemu Nabi s.a.w.  yang kemudian membayar tebusan itu dan melamar Juwairiah.

Elok diselidik lagi hadith berkenaan sebab yang bertanya berkenaan al-azl tu berapa orang?  3 orang ?  4?  kemudian dia tanya untuk dia sendiri ke?  yang pergi perang berapa ramai?  Saidina Umar, Saidina Ali, dan lain-lain sahabat besar tak bertanya soalan sama?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 10:50 PM | Show all posts
Reply 1458# ibnur


ana nak ente ckp dan ulas dlm zaman sekarang..dlm perang zaman sekarang....apakah hukum tu boleh digunakan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 11:05 PM | Show all posts
Reply 1456# boshit90


Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh seorang perempuan yang baru diceraikan oleh suaminya ataupun kematian suaminya.

Tujuan beriddah ialah untuk memastikan rahim perempuan itu kosong dari sebarang kandungan. Ia juga dapat memberikan ruang masa bagi suami rujuk semula kepada bekas isterinya. Bagi wanita yang kematian suami pula, tempoh iddah dianggap sebagai tempoh berkabung bagi menunjukkan kesedihan ke atas pemergian suaminya.

Iddah sebenarnya mempunyai hikmah yang besar kepada perempuan dan lelaki. Walaupun dalam tempoh iddah ini, perempuan dilarang berkahwin lain dan dia juga dikenakan beberapa peraturan lain, iddah sebenarnya memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Lelaki yang ingin berkahwin dengan seorang perempuan yang baru bercerai atau kematian suami, jika si perempuan tadi tidak beriddah, tidakkah nanti jika perempuan itu tiba-tiba didapati hamil akan menimbulkan keraguan tentang siapakah ayah ‘hakiki’ bagi bayi yang dikandungkan itu?

Bagi perempuan yang kematian suami pula, iddah merupakan satu penghormatan kepada isteri untuk menzahirkan kesedihan dan dukacita atas pemergian suami tercinta. Tempoh tertentu yang diberikan untuk perempuan yang bernasib malang ini pula dapat membantunya agar tidak berterusan berada dalam kesedihan. Cukuplah tempoh yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Selepas habis tempoh itu, hendaklah dia bertawakal kepada Allah dan meneruskan hidupnya dengan kesabaran.

Sebenarnya lain perempuan, lain pula tempoh iddahnya.
Tempoh ini bergantung kepada jenis perpisahan yang berlaku dan juga keadaan perempuan tadi. Oleh itu, iddah perempuan yang diceraikan berbeza dengan perempuan yang kematian suami. Iddah perempuan yang sedang hamil ketika perpisahan berlaku juga berbeza. Begitu juga perempuan yang telah putus haid, tidak pernah haid dll. Ops! Jangan pening. Saya akan huraikan satu persatu dalam beberapa post.

Jenis 1: Tiga kali suci

Tempoh ini ialah untuk perempuan yang masih didatangi haid dan berpisah melalui perceraian. Maksud tiga kali suci ini ialah, jika dia diceraikan, maka dia perlu beriddah sehingga tiga kali suci daripada haid.

Firman Allah s.w.t, maksudnya: “Perempuan-perempuan yang diceraikan hendaklah menahan diri mereka (menunggu) selama tiga kali quru’ (suci).”
(al-Baqarah 2:228)

Bagaimana mengiranya?

Jika dia diceraikan ketika suci dari haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja datang haid yang ketiga.
Contoh:
Diceraikan dalam keadaan suci (Suci 1) > Haid 1 > Suci 2 > Haid 2 > Suci 3 > Haid 3 —— iddah habis sebaik sahaja haid 3 bermula.

Jika dia diceraikan ketika haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja kedatangan haid yang keempat.
Contoh: Diceraikan ketika haid (Haid 1) > Suci 1 > Haid 2 > Suci 2 > Haid 3 > Suci 3 > Haid 4 —— iddah habis sebaik sahaja haid 4 bermula.


Perempuan yang perlu beriddah selama 3 bulan ialah perempuan yang belum pernah didatangi haid atau yang telah berhenti haidnya. Sekiranya dia diceraikan, maka dia perlu mengira iddah dari hari perceraian hinggalh cukup tiga bulan Qamariyyah. Perlu diingatkan, tempoh 3 bulan ini tidak semestinya 90 hari. Hal ini kerana dalam kalender Islam, ada kalanya jumlah hari sebulan ialah 29 hari dan ada kala berjumlah 30 hari. Tetapi tiada yang berjumlah 31 hari!

Perempuan yang tidak dikenakan iddah jenis ini ialah perempuan yang kematian suami ataupun diceraikan ketika hamil.

Firman Allah s.w.t. (maksudnya):
“Perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus haid mereka, jika kamu ragui tentang tempoh masa idah mereka, maka masa idah mereka ialah selama tiga bulan. Begitulah juga idah perempuan-perempuan yang belum datang haid.”
(al-Talaq 65:4)


Disebutkan dalam Surah al-Talaq ayat yang ke 4, maksudnya:
“Dan bagi wanita-wanita yang hamil, maka ‘ajal’ (tempoh iddah) mereka tamat apabila mereka bersalin.”

Berdasarkan ayat ini, difahami bahawa tempoh iddah bagi perempuan yang diceraikan ketika sedang hamil akan berakhir apabila dia bersalin. Hukum ini mudah difahami kerana antara sebab diwajibkan iddah ialah untuk memastikan rahim wanita tersebut bersih daripada percampuran benih lelaki. Jadi, apabila dia bersalin, maka anak hasil percampuran dengan benih suami telah keluar dan rahimnya telah bersih. Bersih dalam erti kata, tiada benih lelaki dan tiada janin di dalam rahim.


Bagi kes wanita yang tiada haid, tidak pernah haid atau telah pun habis haid (haidh), jika:

1. kematian suami (dan tidak mengandung)- maka iddahnya ialah 4 bulan 10 hari
2. mengandung semasa diceraikan atau kematian suami- maka iddahnya ialah sehingga dia melahirkan anak atau keguguran.
3. diceraikan… hah, yang ni panjang sikit ceritanya

Wanita yang tiada/tidak pernah/telah putus haid, iddahnya ialah 3 bulan dari perpisahan.
Wanita golongan ini termasuklah perempuan yang belum baligh, atau perempuan yang telah baligh tetapi tiada haidh dan juga wanita yang telah tua iaitu telah putus haid.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Talaq, ayat 4, maksudnya:
“Dan bagi yang telah ya’s (putus) dari haidh dari kalangan wanita-wanita kamu jika karmu ragu, maka iddahnya ialah tiga bulan, dan begitu juga bagi wanita yang belum haidh”

Jadi, di sini jelaslah bahawa bagi ibu-ibu, makcik-makcik yang telah berhenti haid (putus haid), jika diceraikan maka iddahnya ialah 3 bulan.

Penjelasan tentang 3 bulan

Hendaklah menggunakan kalender Islam, iaitu 3 bulan ini bermaksud 3 bulan qamariyah, iaitu sebanyak 90 hari.
Walaupun demikian, tidak dinafikan terdapat perbezaan pandangan di kalangan fuqaha mengenai bilangan 3 bulan tersebut. Menurut Muhammad Uqlah, para fuqaha sependapat bahawa jika perceraian berlaku pada awal bulan, maka bulan itu dikira 1 bulan pertama, jadi, bilangan hari mungkin kurang dari 90 hari.


Terdapat LIMA larangan yang dikenakan ke atas wanita :

1. bertunang (secara berterus-terang)
2. berkahwin
3. berhias pada diri atau pakaian
4. tidur di rumah selain rumah yang biasa didiami semasa hayat suami
5. keluar dari rumah tanpa ada tujuan penting yang tertentu

PERTAMA: BERTUNANG SECARA BERTERUS-TERANG


Para fuqaha sependapat bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bertunang ataupun dipinang dengan cara berterus-terang. Namun jika mahu dipinang dengan berkias, maka ia diharuskan sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Tiada larangan ke atas kamu tentang apa yang kamu kiaskan untuk meminang wanita”.

KEDUA: BERKAHWIN

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal tadi, tujuan iddah iaitu untuk memastikan rahim bersih dari benih suami.
Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Dan janganlah melakukan ikatan pernikahan hinggalah sampai tempoh tangguhnya (iddahnya)”. Ayat ini menjelaskan bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bernikah sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut.

KETIGA: BERHIAS DAN BERWANGI-WANGIAN PADA DIRI ATAU PAKAIAN

Wanita dalam iddah wajib menjauhkan diri daripada perhiasan atau berhias-hias sama ada pada tubuh badan mahupun pada pakaian. Malah dianjurkan supaya wanita ini mengelakkan diri daripada menjadi perhatian lelaki kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah. Ini dapat mengelakkannya daripada perkara-perkara terlarang serta menghindari fitnah.

Diharuskan menggunakan pewangi sekadar untuk menghilangkan bau yang busuk pada badan seperti semasa mandi wajib selepas habis haidh iaitu digunakan pada faraj.

Diharuskan pula memakai celak untuk perubatan, tetapi jika mahu dipakai untuk kecantikan, maka ia dilarang.

Diwajibkan ke atas wanita untuk tetap menjaga kebersihan seperti mandi, bersyampu, menyabun badan dll tetapi hendaklah mengelakkan daripada menggunakan peralatan yang mempunyai wangian atau sekurang-kurangnya wangiannya sangat sedikit.

KEEMPAT: TIDUR DI RUMAH LAIN

Larangan ini terpakai untuk wanita yang berada dalam iddah kematian suami dan juga iddah perceraian biasa.

Ertinya, dilarang tidur di rumah yang bukan menjadi kebiasaannya tidur semasa masih dalam ikatan perkahwinan.

Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mengikut masanya dan hendaklah isteri-isteri kamu mengikut iddah dan takutilah Allah tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari rumah-rumah mereka dan janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika datang kebinasaan yang jelas.”
[Surah al-Talaq: ayat 1].

Dalil ini terpakai ke atas semua wanita yang berada dalam iddah bahawa mereka dilarang meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini. Malah suami yang menceraikan juga dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan. Kelonggaran untuk tinggalkan rumah hanya dibenarkan jika ‘datang kebinasaan yang jelas’ seperti banjir, rumah hampir roboh dan sebarang ancaman yang lain.

Hujah ini disokong pula oleh hadis sahih bahawa pada satu ketika seorang sahabat wanita bernama Furai’ah telah kematian suami dan memohon kebenaran Rasulullah s.a.w. untuk pulang ke rumah keluarganya. Namun Rasulullah s.a.w. memerintahkannya untuk terus tinggal di rumah yang selama ini didiami sehingga habis iddah iaitu 4 bulan 10 hari. Sabda baginda s.a.w. maksudnya: “Tinggallah tetap di rumah kamu sehingga habis tempoh tangguh (iddah)”.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.047292 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list