|
★~The Others Clan~Kembara Alam Sakti~★ Legendry
[Copy link]
|
|
awak yg misteri ni kot huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1443# surfinv
Salam semua...
Eloklah dah dpt tukar avatar tu Bro, aku dah pi rumah RM50 tu. Tapi aku x sure la. Tgk semuanya ada penghuni. Mebi aku terlepas kot. Takpelah, nanti kalau aku kat area tu aku call la, nak confimation dr ko.
Anyway, minggu lepas aku pi bertandang ke rumah member aku kahwin. Rumah kampung, kat area sempadan Selangor ngan N9. Dia ceta la, area rumah nenek dia tu, betul2 bersebelahan dgn satu kawasan mana makhluk2 halus ni buat laluan. Bila aku datang, memang la banyak busut2 besar kat tepi rumah dia betul2 kat pangkal pokok. Dia ckp itu busut betina, takdelah bahaya sangat berbanding busut jantan (busut lebih kecik banding ngan busut betina), sbbnya dulu masa dia kecik2 pernah main2 korek busut besar tu. Sekali nenek dia nampak, dia pun marah la kat member sorang ni sambil ckp nasib baik la busut betina. Kalau jantan, tak tahu la apa jadinya
Dia gak pernah ceta, masa dulu2 kat area kampung dia tu, ada kes banyak gak budak2 kecik hilang. Nak di jadikan cerita, ada anak sedare dia (umur lebih kurang mcm 3 - 4 tahun camtu) yg duduk dekat2 area rumah nenek dia berjalan la kat area tepi rumah nenek dia sorang dari rumah dia sambil tangan dia mcm pegang tangan seseorang. Masa lalu kat tepi bertentangan dgn dapur, nasib baik la makcik ke, or nenek dia nampak la budak kecik ni berjalan sorang2. Apa lagi, menjerit la orang tua tu ckp 'Ooooiiii nak pi mana tu?' Terus budak tu tersedar and berlari la orang tua tu pi amek budak tu. Budak kecik tu ceta la, dia tangah ikut kakak sorang ni pimpin dia dari rumah nak pi area tunggul kat belakang rumah nenek kawan aku tu. Nasib baik la tersedar, kalau tak dah jadi kes budak hilang la... |
|
|
|
|
|
|
|
wah menarik... tu kat daerah mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1447# surfinv
Beranang... Hahaha.. Dekat dgn Broga tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
ooo dekat je tuh... aku tau tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1450# surfinv
Salam.. Jadi apa?? |
|
|
|
|
|
|
|
pergi bangsar... ko tau mana tmptnya kan?
ko bgtau jalannya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1452# surfinv
korang pegi bangsar???katmana? |
|
|
|
|
|
|
|
baru nak tanya si sdf nie |
|
|
|
|
|
|
|
baru nak tanya si sdf... blum pergi lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1455# surfinv
Salam... Set date & time la. Untuk meeting. |
|
|
|
|
|
|
|
tq la mont hehe
ok kepada semua...
aku baru je selesai postkan post yg lama diperam
tp tak larat dah nk copy masuk dlm forum
esok2 la yer
sapa2 yg tak saba tu bleh la baca kat blog kami
nak tido dah ni aduh dah terbaring, terhangguk2 kat depan pc ni |
|
|
|
|
|
|
|
RUMAH MISTERI KAJANG
Salam
Edisi kali ini sangat istimewa buat kami kerana edisi ini turut disertai oleh crew penggambaran dari MOB TV.
hmm sebenarnya, Mob Tv meminta kepada kami untuk membuat rakaman tentang aktiviti the others, untuk disiarkan di mobtv.my - sebuah web tv yg akan dilancarkan pada Jun 2011.
(saksikan rakaman Rumah Misteri Kajang didalam rancangan 30 Minit di laman web MobTv.my)
Kami menerima lamaran itu sebagai suatu penghargaan kepada The Others. Jadi kami bersama-sama En. Nizam, VJ dari Mob TV merancang bersama-sama untuk menjayakan rancangan ini.
Lokasi
Setelah berminggu-minggu merancang dan membuat survey kami masih gagal untuk mengenalpasti lokasi yg sesuai untuk membuat penggambaran dan banyak juga faktor-faktor lain untuk kami fikirkan dahulu. Namun setelah meminta bantuan dari followers kami, kami berjaya mendapatkan lokasi sebuah rumah di Kajang, Selangor.
Nama rumah tersebut telah diubah oleh kami demi melindungi kepentingan individu-individu tertentu. Oleh itu baiklah kami panggilnya sebagai Rumah Misteri Kajang.
Misteri di lokasi tersebut sentiasa sama sahaja dengan lokasi-lokasi lain. Penampakkan lembaga-lembaga misteri dan bunyi-bunyian yang menyeramkan selain reputasi rumah dan cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut.
Jadi The Others ke sana untuk melihat dan merasai misteri dan kebenaran dari cerita-cerita tersebut.
Tinjauan awal
Sewaktu kami melakukan tinjauan awal. memang kelihatan dari luar, keadaan rumah itu sgt menyeramkan dan memberi perasaan tidak senang kepada kami. Kami terus meninjau untuk laluan keluar dan keadaan sekitar dan kami melalui satu lorong di sebelah rumah tersebut lalu kami menjumpai sebuah kawasan perkuburan islam dan di hujungnya ada satu lorong ke menuju bawah dan disana kami berjumpa lagi dengan satu deretan rumah terbiar yang tak kurang juga seramnya.
Lalu, alang-alang menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Kami membuat keputusan untuk pergi ke deretan rumah itu juga nanti.
Hari kejadian
Jam 2200
kami berkumpul di tempat yang dijanjikan dengan crew Mob Tv.
Taklimat ringkas mengenai keselamatan dan formasi pergerakan dibuat oleh team The Others.
Setelah itu, kami bergerak ke kajang.
Jam 0030
kami tiba di kajang, disana ashes telah menunggu ditempat pertemuan. Disana kami membuat taklimat akhir sebelum memulakan kembara ke lokasi tersebut.
Rumah Misteri Pertama
Jam 0130
kami telah berkumpul di depan rumah tersebut, setelah berada dalam formasi, kami pun bergerak masuk ke dalam rumah pertama. Rumah ini terletak di simpang jalan. Ianya merupakan sebuah rumah dua tingkat. Kami bergerak masuk ke dalam ruang depan rumah tersebut. Keadaan sangat bersemak dan rumah itu kelihatan sangat usang.
Tetapi kami tidak dapat sampai ke tingkat atas kerana tangganya sudah runtuh jadi kami kembali ke tempat berkumpul.
Di sana kami bergerak ke rumah kedua yang terletak bersebelahan dari rumah pertama.
Keadaan rumah kedua lebih teruk. Ianya terletak didalam semak samun yang hampir kelihatan seperti hutan kecil. Ianya terlindung dari jalan dan pandangan dari luar. Kami bergerak masuk ke dalam rumah tersebut, tangga untuk ke tingkat atas juga runtuh dan kami cuma dapat memeriksa di kawasan bawahnya sahaja.
Semasa sampai di bilik belakang, Endi membisikkan sesuatu kepada Surfinv, memberitahunya bahawa ada seseorang berjalan di sebelah belakang kami, iaitu di luar rumah di bahagian belakang.
Kemudian kami terdengar bunyi tapak kaki berjalan dengan laju di bahagian belakang rumah.
Endi pun bergerak menuju ke belakang beserta jurukamera dan jurugambar, tetapi tiada sesiapa di situ. setelah beberapa lama, kami pun keluar dari rumah tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
ni baru bhgn pertama nt ada bhgn kedua nya aku pastekan kat sini
and kitorg pun ada buat post di sebalik tabir...
mont kata ada mcm jumpa sesuatu taktaulah gamaknya haha |
|
|
|
|
|
|
|
ntah kenapa la tiap kali tgok gamabr rumah2 tu jadi sakit kepala |
|
|
|
|
|
|
| |
|