CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

Edisi Serbu: Muhibah dinner held in church disrupted

  [Copy link]
Post time 16-8-2011 09:34 AM | Show all posts
inilah nama politaik.... mana2 pun ade busuk...
tp dlm kes ni ckp tak serupa bikin la... be ...
dino Post at 16-8-2011 09:23


yg pocik peliknya tu...kajian demi kajian, tunggu laporan punya laporan...ni dah berminggu2 dah ni.....tapi NGO2, blogger2 lagi pantas membuat kerja mereka dan sudah melapurkan apa yg mereka sudah tahu...even perkara sulit arahan para exco2 dan tim pesuruhjaya PAS Selangor pada MBPJ sudah keluar diinternet...MBnya masih terhegeh2 tunggu laporan dan masih nak minta nasihat sultan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2011 09:35 AM | Show all posts
aik dah tukar ka... taknak sebut serbu lg ke? hiks
ooo mmg biasa la ek dinner... ade kuiz.... sa ...
dino Post at 16-8-2011 09:33



ade kuiz = upacara murtad??
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:36 AM | Show all posts
yg pocik peliknya tu...kajian demi kajian, tunggu laporan punya laporan...ni dah berminggu2 dah  ...
Anak_Nogori Post at 16-8-2011 09:34

yg tersebar kat internet tu pitnah.... ya pitnah klau kena kat pihak yg kite sokong...
mcm laporan wikileak..... hipokrit
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:36 AM | Show all posts
ape klau bertudung takleh nak murtad ke weh....
ade satu kes, pompuan ni bertudung labuh.... tak ...
dino Post at 16-8-2011 09:02


Ntahnya kan..dah tentu nak gi JAIS, tentulah pakai tudung. Artis bogel pun reti nak bertdudung litup.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:37 AM | Show all posts
ade kuiz = upacara murtad??
kecimpret Post at 16-8-2011 09:35

thanksgiving=kesyukuran.... kesyukuran meraikan yg berjaya murtad??
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:40 AM | Show all posts
norman hakim n memey tu kena serbu n disyaki berkhalwat... tapi mahkamah kata deyols tak bersalah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2011 09:42 AM | Show all posts
norman hakim n memey tu kena serbu n disyaki berkhalwat... tapi mahkamah kata deyols tak bersalah
cmf_wombat Post at 16-8-2011 09:40

lepas psl mereka tdk dilihat berdua2an masa diserbu kan....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:58 AM | Show all posts

dis dis dis dis gusting..

hahaha... khalid gagap nih terpaksa cover untuk gereja, sebab takda support dah. belum apa2 lagi, dah melatah mintak maaf.. percaya kan orang gereja sebelum JAIS dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2011 10:01 AM | Show all posts
dis dis dis dis gusting..

hahaha... khalid gagap nih terpaksa cover untuk gereja, sebab takda  ...
Caranthir Post at 16-8-2011 09:58

itu pun org tak nmpk lg ke... menjg hati parti roket... politaik punya psl...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 10:04 AM | Show all posts
Ntahnya kan..dah tentu nak gi JAIS, tentulah pakai tudung. Artis bogel pun reti nak bertdudung l ...
kekekek Post at 16-8-2011 09:36



    org yg x bertudung ko leh tau camne dorang pakai tudung...takat taruk selendang npk jambul jek kalo gi JAIS ni..cth terbaek Memey
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 10:05 AM | Show all posts
dis dis dis dis gusting..

hahaha... khalid gagap nih terpaksa cover untuk gereja, sebab takda  ...
Caranthir Post at 16-8-2011 09:58



    politik politik pencacai UMNO spin
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 10:24 AM | Show all posts
politik politik pencacai UMNO spin
kecimpret Post at 16-8-2011 10:05


fuhhh defend khalid gagap siot... cayalah.. khalid sure sayu je tengok pengundi dia camni.. tahniah!

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 10:32 AM | Show all posts
fuhhh defend khalid gagap siot... cayalah.. khalid sure sayu je tengok pengundi dia camni.. tahn ...
Caranthir Post at 16-8-2011 10:24

agak2 ada sesiapa tak kat belakang bendera
selangor tu yang arahkan khalid buat aksi gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 10:38 AM | Show all posts
Reply 1453# d'zeck


    puppet master nyer laa.. tapi tak nampak, sebab rendah duduk kat kerusi roda ngan neck braces. hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 10:43 AM | Show all posts
Reply  d'zeck


    puppet master nyer laa.. tapi tak nampak, sebab rendah duduk kat kerusi roda ...
Caranthir Post at 16-8-2011 10:38


haha..

tapi yang lagi khalid takut sebenarnya adalah exco
yang jadi penaung kongsi gelap seantero selangor tu..

silap2 ada muncung pistol kat belakang bendera tu.. liu, liu, liu bunyinya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 10:49 AM | Show all posts
haha..

tapi yang lagi khalid takut sebenarnya adalah exco
yang jadi penaung kongsi gelap sea ...
d'zeck Post at 16-8-2011 10:43


itu yg lelaki..yg betinanya...kiok kiok bunyinya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2011 11:27 AM | Show all posts
Kes gereja: PAS memang tak faham undang-undang, atau buat-buat tak faham?

    Selasa, 16 Ogos 2011 03:08
    HELME HANAFI

    * Email
    * Cetak
    * PDF

jaisxyMemang wajar nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak membenarkan Jabatan Agama Islam (JAIS) mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak berhubung pemeriksaan JAIS terhadap sebuah gereja di Pataling Jaya 3 Ogos lalu.

Sebab logiknya, siasatan kes jenayah membabitkan pihak berkuasa, semua pihak termasuk parti politik tidak campur tangan.

Apatah lagi dalam kes pemeriksaan gereja ini, yang mana Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sudah memberikan penjelasan 'kasar' kepada partinya sendiri iaitu PAS.

Tapi jika pihak PAS tidak berpuas hati dengan penjelasan Hasan Ali, persoalannya, penjelasan yang bagaimana baru PAS puas hati?

Adakah perlu JAIS tunjuk semua bukti dan menceritakan secara teliti kejadian tersebut -yang masih disiasat- baru PAS rasa okay?

Lagi pulak, ikut undang-undang, kertas siasatan adalah rahsia hingga di bawa ke mahkamah.

Bayangkan PAS pada mulanya hendak jumpa dengan JAIS, kemudian hendak jumpa pihak gereja, katakan JAIS terang begitu begini, dan PAS masa jumpa gereja, soal pulak gereja berdasarkan penerangan JAIS, tidakkan bermakna kertas siasatan bocor sebelum di bawa ke mahkamah?

Ramai yang ragu kepada dengan tindak-tanduk PAS dalam soal pemeriksaan ke atas gereja, yang hendak dengar penjelasan dari kedua-dua pihak sebelum membuat pendirian rasmi.

Sebab mereka kata, masa kes liwat Mohd Saiful Bukhari, PAs tidak sibuk hendak jumpa sendiri pengadu dengar penjelasan, yang PAS buat pertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim habis-habisan.

Begitu juga dengan kes video seks, ada PAS dalam mesyuaratnya kata hendak jumpa geng Datuk Trio untuk mendengar penjelasan dulu sebelum buat pendirian politik?

Yang kita semua tahu, PAS dari awal lagi 'pukul kompang' kata video tak boleh jadi saksi sebab 'besi' dan kena ada empat orang saksi yang adil tengok kejadian itu baru mereka terima.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada Isnin mengesahkan Sultan Selangor ada bagi nasihat supaya JAIS jangan jumpa PAS.

Kata Mahfuz, ini berikutan bagi memastikan maklumat kes tersebut yang kini masih berada dalam siasatan tidak terlepas kepada pihak luar.

"Memang kita minta bertemu dengan JAIS hari ini, tetapi berdasarkan jawapan yang diberikan JAIS secara bertulis atas beberapa perkara kerana kes ini masih dalam siasatan.

"Malah atas nasihat Sultan supaya JAIS tidak lagi bertemu dengan mana-mana pihak untuk menjaga maklumat siasatan itu (agar) tidak terlepas kepada pihak-pihak yang lain," katanya.

Tapi PAS, kata Mahfuz, tetap menaruh harapan agar pertemuan dengan JAIS dapat diadakan bagi mendapatkan maklumat sebenar berhubung insiden berkenaan.

"Kami tetap mengharapkan dapat bertemu (JAIS) kerana nak dengar daripada pihak mereka sendiri. Kami akan terus mengharap agar JAIS bersedia bertemu dengan PAS," katanya.

Mahfuz turut menggesa JAIS menyiapkan laporan berhubung insiden berkenaan secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

"Kita minta JAIS mempercepatkan proses siasatan. Saya difahamkan laporan itu hanya akan siap selepas raya, ia satu tempoh yang begitu lama dan ini akan menimbulkan pelbagai kontroversi yang tidak baik kepada banyak pihak,"katanya.

Barangkali Mahfuz tidak faham proses undang-undang. JAIS bukan boleh panggil individu tersebut pakai 'telefon' saja.

Bila dah ada campur tangan pihak lain, sampai 10 dari 12 orang Islam yang ditahan itu ada peguam sendiri, maka proses surat menyurat dan segala bagai itu 'ambil masa'.

Dari maklumat yang Agendadaily terima, JAIS dari awal lagi hendak cepat proses soal-siasat, tapi peguam orang yang disiasat itu hendak macam-macam.

Contoh, surat peguam kepada JAIS pada 9 Ogos, mahu tahu apa sebab hendak soal-siasat dan ikut peruntukan undang-undang yang mana?

Sebab ini kes sensitif maka sebagai pihak berkuasa JAIS kena teliti, ikut SOP satu persatu, peguam tanya, JAIS jawab, tak puas hati, tanya lagi, JAIS jelaskan lagi. Semua itu ambil masa, bukannya boleh selesai satu malam tambah-tambah bila tiada 'kerjasama' pihak-pihak yang terbabit.

Sehinggakan pada satu peringkat JAIS dah sedia hendak keluarkan waran tangkap, barulah ada 'kerjasama' dari pihak berkenaan.

Pada Isnin juga, 12 individu Islam, yang berada dalam gereja masa pemeriksaan itu tampil memberi keterangan dan menerima kaunseling di pejabat jabatan itu di Bangunan Sultan Idris Shah.

Seramai tiga lelaki dan sembilan wanita yang berusia antara 20-an dan 40-an dilihat tiba secara berperingkat mulai 9.15 pagi hingga 1 petang.

Turut kelihatan berada di Bilik Mesyuarat, tempat keterangan itu diambil, ialah Pengarah JAIS Marzuki Hussin dan Timbalan Mufti Negeri Selangor Datuk Abdul Majid Omar.

Menurut sumber, mereka diberi kaunseling secara kumpulan kecil antara dua dan tiga orang oleh beberapa pegawai Jais dan Jabatan Mufti Selangor.

Difahamkan bahawa proses mengambil keterangan dan diberi kaunseling itu berakhir sehingga lewat petang.

JAIS memanggil kesemua 12 individu itu memberi keterangan hari ini selepas mereka gagal berbuat demikian pada 9 Ogos lepas.

"Sebahagian daripada mereka hadir dengan ditemani peguam masing-masing," kata sumber itu.

Jadi selepas itu ini begitu begini, ramai yang mula berfikir, PAS ini faham ke tidak undang-undang, atau buat-buat tak faham?-15/8/2011
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 11:28 AM | Show all posts
politik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 11:44 AM | Show all posts
Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Isu gereja DUMC: Siapa yang sebenarnya terbelit ?
Isu gereja DUMC: Siapa yang sebenarnya terbelit ?

    Selasa, 16 Ogos 2011 00:38
    ROSLI ISMAIL

    * Email
    * Cetak
    * PDF

pas-hassan513Zaman sekarang mudah saja bagi pakatan pembangkang nak melepaskan tengkoknya yang terbelit dalam sesuatu isu yang bikin rosak imejnya – tuduh saja ada tangan UMNO main peranan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali sudah jadi macam orang tenggelam punca dalam berdepan dengan  isu pemeriksaan JAIS keatas gereja Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.

Semua orang kini sedang melihat gelagat pakatan pembangkang.

isunya besar kerana pemeriksaan dibuat kerana disyaki ada kegiatan memurtadkan orang Islam pada satu majlis di situ.

Yang jadi gabra dan tidak tentu hala dibuatnya kerana bimbangkan undi melayang ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang terlalu bimbangkan pihak gereja melenting dan PAS yang tidak berani ambil pendirian.

Sebaliknya JAIS sendiri tidak berganjak dari pendiriannya tentang kewajaran pemeriksaan itu.

Kalau sebelulm ini Timbalan persuruhjaya PAS Khalid Samad tembak UMNO ...sekarang ini Mustapha sudah ikut rentaknya.

Memamg gempak kalau baca kenyataan yang dibuatnya dalam media di pejabat PAS Terengganu Isnin meminta pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu JAIS dan gereja.

Sandaran beliau kononya ada eleman dan peranan UMNO dalam operasi Jais terhadap majlis di DUMC itu.

Katanya beliau sedia membuat pendedahan maklumat dalaman yang ‘ sangat dipercayai’ itu.

Soalnya sekarang PAS nak main politik apa? Pendirian tegas Exco Agama dari PAS sendiri Datuk Dr Hasan Ali tidak dipercayai.

Apa peranan UMNO yang bunyinya begitu mendebarkan seperti cuba digambarkan oleh Mustapha?

Atau mungkin ia cuma gimik penyelamat muka PAS akibat tertinggal bas dalam mengambil pendirian.

Ada yang bertanya apakah PAS ingat Hasan atau JAIS main-main dalam soal pemeriksaan itu.

Dicelah mana UMNO boleh main peranan dalam isu melibatkan akidah orang Islam itu?

Ini isu agama yang sepatutnya melibatkan rasa perihatin semua pihak tak kira parti politik.

Apapun semua pihak menunggu ‘ pendedahan’ Mustapa itu.Kalau boleh tolong segerakan.

Moga PAS tidak terbelit simpul mati.-16/8/2011
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 11:55 AM | Show all posts
Nasrudin lebih layak mengepalai Pas

JIKA diambil kira daripada keberanian memperjuangkan Islam, maka Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP), Nasrudin Hassan, lebih layak mengepalai Pas daripada Datuk Seri Hadi Awang mahupun Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.

Tidak payahlah dibandingkan dengan Mat Sabu yang baru-baru ini dilondehkan seluarnya kerana mendakwa polis melanggarnya, sedangkan video yang dipamerkan oleh PDRM menunjukkan beliau jatuh motosikal. Inilah pemimpin Pas yang ada.

Nasrudin yang begitu lantang mempertahankan tindakan JAIS memeriksa apa yang agak pelik berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) seharusnya segera dinobat untuk mengambil alih jawatan tertinggi itu. Ini penting untuk mengembalikan imej parti itu yang sudah tercemar berikutan pengumuman Hadi bahawa matlamat Pas ini bukan memperjuangkan negara Islam tetapi negara kebajikan.

Bagi Nasrudin, akidah adalah soal masa depan ummah yang akan dihisab di akhirat kelak dan perlu ditangani oleh seluruh umat Islam, khususnya pemimpin.

Beliau mengulangi pendirian DPPP menyokong penuh tindakan JAIS memeriksa gereja yang didakwa mula memurtadkan 12 individu Islam walaupun dikecam pihak tertentu dalam parti itu. Beliau tidak gentar dan sanggup berlainan pendapat dengan pemimpin tertinggi Pas yang dilihat mahu mengambil ‘hati’ kawan terutama DAP.

Nasrudin kekal dengan pendirian tidak mahu menggadaikan maruah Islam hanya kerana kepentingan politik, dengan terus berikrar menjadi benteng mempertahankan akidah Islam.

Mungkin, Nasrudin mahu memikirkan untuk menyertai parti lain kerana Pas kini gagal menjalankan tugasnya untuk menjaga kepentingan Islam seperti mana yang selalu diuar-uarkan oleh pemimpin itu terutama Hadi dan Nik Aziz.

IBRAHIM YAHAYA

Putra Heights
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.315874 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list