Aznil Hisham wrote: 1. Apa yang aku nak terangkan adalah berdasarkan gambar di bawah. Ko orang kene tengok gambar tu, maka ko org akan faham apa yg aku cerita.. (^_^) 2. Apabila pesawat kita hilang dari “civil radar”, maka “military radar” dapat mengesan bahawa pesawat kita berpatah balik melalui Thailand hingga ke bahagian barat semenanjung Malaysia (gambar). Selepas itu, mana-mana millitary radar termasuk Malaysia, India, Vietnam, Pakistan dan China tidak dapat mengesan pergerakkan pesawat berkenaan. Dari sini kisah bermula .. teng teng teng… (^_^) 3. Inmarsat, adalah sebuah syarikat komunikasi satelit global yang terbesar. Ianya digunakan oleh pesawat untuk berkomunikasi dgn satelit apabila transponder dimatikan. Apabila transponder dimatikan, secara automatic signal akan dihantar dari pesawat ke satelit setiap satu jam. 4. Dengan kata lain, transponder pada pesawat MH370 dimatikan pada jam 1.21 am dan signal terakhir adalah pada 8.21 am. Ini bermakna terdapat 7 signal di hantar diantara pesawat ke satelit. Setiap signal yang di hantar di panggil “Handshake” signal atau Pings signal. Yang menarik, sesiapa tak boleh mematikan system ini kerana signal yg di hantar adalah dari enjin pesawat. Jika nak matikan signal ini, perlu di lakukan secara manual. Cabut enjin tu (^_^) 5. DS Najib menjelaskan bahawa, ini adalah “New analysis” dan pertama kali digunakan utk mengesan pesawat yg hilang. Ini sangat menarik.. (^_^)… sure ko orang teruja.. (^_^) 6. Ianya menggunakan kaedah yang di panggil “Doppler effect”. Doppler effect adalah perbezaan antara frequency dari satelit ke pesawat (f1) dan dari pesawat ke satelit (f2). Di bawah adalah persamaan nya: Doppler effect = f1 – f2 ; Dengan Doppler effect ini, kita boleh mengetahui lokasi pesawat berkenaan. Maka, lokasi terakhir adalah pada sudut 40 degree dari satelit. Malangnya, kita tak pasti sama ada ianya 40 degree ke utara ataupun 40 degree ke selatan. 7. Di sebabkan itu, maka inmarsat telah menggunakan satu “demo” menggunakan pesawat yang sama jenis seperti MH370. Dari situ, inmarsat boleh mengenal pasti frequency yang sebenar MH370. Dengan itu, pergerakkan pesawat kearah selatan di ketahui. 8. Harus diingat, satelit inmarsat yg berkomunikasi dengan MH370 adalah satelit 1990an yang mana ketika itu belum ada technology GPS. Maka mereka di inmarsat mengunakan pengiraan matematik secara manual. 9. Inilah “New Analysis” yang dikatakan itu. Bila dikatakan “new”, maka masa di perlukan dengan banyak untuk memastikan lokasi yang sebenar di samping terpaksa membuat “demo” dan pengiraan secara manual. Selepas itu, ianya perlu di “confirm” kan dengan satelit2 yang lain. 10. Sekarang, cuba lihat gambar di bawah, bulatan kuning adalah margin yg dikira dari baki minyak pesawat. Apabila dipadankan dengan pengiraan “Doppler effect” serta “handshake” signal, maka kita dapat ketahui bahawa lokasi terakhir pesawat adalah di Lautan Hindi. 11. Ini lebih dikukuhkan dengan penemuan objek, bukan sahaja dari satelit Australia malah dari China dan Perancis. ‪#‎Kesimpulan‬ Dari pengiraan Doppler effect + Handshake signal + Margin of aircraft fuel + 3 satellites object confirmation from Australia, China and Pakistan = lokasi terakhir MH370 dikenal pasti. (^_^) Untuk pengetahuan ko orang, yang dikatakan “New Analysis” itu adalah Doppler effect yang mana telah lama digunakan dalam bidang perubatan. Untuk pengetahuan ko orang juga... (^_^).. ultrasound yang aku guna kat hospital… menggunakan principal yang sama untuk mencari pesawat MH370.. (^_^) Dari Doppler effect/ Doppler shift/ frequency, maka aku dapat pastikan sama ada ko orang ada masalah jantung, injab, ketumbuhan organ dalaman, saluran darah tersubat dan sebagainya. Malah, prinsipal yang sama di gunakan utk ultrasound yang digunakan pada ibu mengandung dan menentukan jantina anak serta keadaan bayi di dalam kandungan. Tara (^_^).. hebatkan.. Jika ko orang tak percaya dengan apa yang DS Najib katakana, maknanya ko orang sudah menafikan technology perubatan kini.. -------------
‪#‎Summary‬ 1. Menafikan “new analysis” dalam pencarian MH370, bermakna ko orang menafikan technology perubatan terkini. Dengan kata lain, ko orang mmg percaya dengan BOMOH (^_^) 2. Bila aku bertanya pada penyokong BN, apa itu “Handshakes” signal, depa akan kata itu adalah isyarat “pings” antara pesawat dengan satelit… Pandai ko org.. (^_^) sumber: https://m.facebook.com/photo.php?fbid=278115275688867&id=100004711893521&set=a.228421450658250.1073741827.100004711893521&source=46
Last edited by geolimarkisa on 26-3-2014 04:54 PM
|