CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: [dinda]

[MERGED]MIMPI( aneh atau pelik etc ) latest syashacharlie minta tlg

[Copy link]
Post time 10-4-2008 02:28 PM | Show all posts

Rahsia Tarikh Lahir

RAHSIA MENGENALI PASANGAN MELALUI TARIKH LAHIR



Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir  tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai  orang yang  tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap  serius  terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan,  dia  sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan  pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan  persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci  jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar  dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang  mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan  yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah  untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata  keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang  tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat  dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan  faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar,  mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita  tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang  menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang  menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia  disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang  yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga  dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang &  jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi  masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan  suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan  seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu  dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat.  Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai  cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia  berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya  dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering  membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan  sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat  kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam  pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah  untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan  seniman asmara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2008 11:21 PM | Show all posts
smalam aku mimpi 2 ular, satu ular sawa and satu lagi ular kuning hitam.. dedua ade dlm kete tempat letak kaki tak bergerak2.. macam nguh berehat n orang yg naik kete tue semua buat bodo ngan ular tue.. macam ular tue tak wujud jer.. biler aku nak naik kete tue aku takut giler n tak brani langsung nak letak kaki so aku letak kaki kat atas seat.. tapi ular tue memang duk dediam jer..

pelik r nape ular tue tak berjalan2 n nape orang len tak takut langsung ngan ular tue..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 10:18 PM | Show all posts

mimpi kain kapan

sejak akhir2 ni semangat aku down giler2..
ade sebab2 yg merepek2 menyebabkan aku down giler2 smpai penah btluahan rasa kat kawan kalau aku bkn org Islam mungkin aku bertindakluar pemikiran aku... Ya Allah ampunilah umatMu ini kerana berfikiransebegitu.
aku rasa rezeki aku mahal gile skrg.. sampaikan tuang air pun air boletertumpah.. bknker kalau nak dekat2 mati  tuh rezeki dia perlahan2ditarik balik oleh Allah.

cuma aku nak tanya la.. kalau mimpi kita diselimuti kain kapanmaksudnya ape? sebelah aku, ade org dlm bungkusan kapan tgh tgk aku..
smlm aku mimpi tuh..
padahal aku br jer mula tido ms kul 2.30 pg dlm kul 2.45pg termimpikan camtu..

kepada semua yg tahu rahsia mimpi tlg sy...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 10:27 PM | Show all posts

Reply #1 izza_dude's post

Tak tahu apa rahsia mimpi. Mungkin amal ko tidak seperti ko akan mati pada hari esok.

Atau ko melupakan seseorang yang patut ko do'akan dan dia berada di alam barzakh. Maksud aku, ko lupa mendo'akan orang yang patut ko do'akan.

Jangan down giler, hiduplah seperti benar2 hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 10:40 PM | Show all posts
mungkin Allah nak campakkan keinsafan dalam diri ko.....
patutnyer ko bersyukur.....bykkan amal....bukan mengeluh
camni.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 10:45 PM | Show all posts
mungkin gak aku lupakan sesuatu..
mungkin juga aku terbawa2 oleh perasaan
mungkin juga aku perlu berubah..
thanks..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2008 11:00 PM | Show all posts
aku jugak pernah ditimpa perasaan begini....hingga aku merasakan yg aku tak lama hidup....tapi sebagai seorang Islam yg percayakan pada Allah, kita kena sentiasa berserah pada Nya....tapi aku rasekan bila berlaku sedemikian.....maknanya Allah memperingatkan kita supaya kembali kepada jalan Nya...mungkin sebelum nih kita lupa atau alpa dan semakin jauh....bila makin kita dekatkan diri kita kepada Allah....insya Allah baru kita sedar yg kita telah jauh menyimpang....Alhamdulillah bila kita di beri kesedaran...maknanya Allah masih sayangkan kita..insya Allah....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 12:13 AM | Show all posts
Ini bukan salah perasaan awak, ada kemungkinan awak terlibat dengan gangguan sihir, sila teliti tanda2 lain semasa sedar...

lepas mimpi terbangun dalam ketakutan atau tidak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2008 12:30 AM | Show all posts
tuju
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 02:23 AM | Show all posts
saka?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 06:23 AM | Show all posts
ada byk kemungkinan...
ambik jer semua nasihat yang dikemukakan oleh forumer2 tuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 11:56 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 15-4-2008 12:13 AM
Ini bukan salah perasaan awak, ada kemungkinan awak terlibat dengan gangguan sihir, sila teliti tanda2 lain semasa sedar...

lepas mimpi terbangun dalam ketakutan atau tidak?


gangguan sihir? janganlah .. dh lah ade bekas rakan sekerja meninggal sebab gangguan sihir..
aku rs aku tak ada masalah dengan org yg dikatakan menyihir tuh.. dia sukakan aku ms aku keje ngn dia...

tak tau la kawan2 ms study dulu.. ramai juga yg suka jumpe bomoh..
kekdang ade jugak buat silap dgn dorang..

lepas bangun dr mimpi tuh, aku tak takut... ambik bantal  dan lari pegi bilik tidur.

kejadian nih kat umah tau
sbnrnya ms tuh aku tido kat bilik komputer ni.. cam takde mood nak balik bilik sebelah.. so tido atas lantai jerlah bertemankan bantal.hehe..
ok.. kakak aku sebenarnya penah siram surah yasin ke seluruh rumah tp yg dia rs bulu roma meremang kat bilik komputer nih n bilik ayah..

[ Last edited by  izza_dude at 15-4-2008 12:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 12:05 PM | Show all posts
mimpi..

kena tgk masa n ketika..

situasi kita tdo macam mana..

ada byk teori..

1) gangguan setan

2) petunjuk

3) peringatan

so.. kena check balik apa yg kita dah buat @ niat nak buat..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 12:08 PM | Show all posts
mimpi..

kena tgk masa n ketika..

situasi kita tdo macam mana..

ada byk teori..

1) gangguan setan

2) petunjuk

3) peringatan

so.. kena check balik apa yg kita dah buat @ niat nak buat..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 12:13 PM | Show all posts
sebenarnya aku jarang mimpi yg seram2..
penah sekali mimpikan mona fendi tukarkan kawasan tpt tinggal aku jadi hutan tp ada cahaya putih dtg membantu..
mimpi yg seseorg tuh akan pegi
dan yg nih.. bagi aku paling seramlah..

sbbnya keadaan mimpi berlaku tpt aku tido, speaker komputer berbunyi (sebelum tido tuh aku melayari internet n bkk radio) semua sama keadaannya dalam bilik komputer cuma ada dua watak tambahan dan kain kapan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 03:00 PM | Show all posts
Originally posted by izza_dude at 15-4-2008 11:56 AM


gangguan sihir? janganlah .. dh lah ade bekas rakan sekerja meninggal sebab gangguan sihir..
aku rs aku tak ada masalah dengan org yg dikatakan menyihir tuh.. dia sukakan aku ms aku keje ...


Mintak2 bukan gangguan sihir lah tu... dan teruskan semprot air yang dibacakan quran di rumah, tempat yang seram bulu roma tu bacakan ayat kursi banyak kali sambil siram air sampai hilang rasa seram.  Dalam bilik yang seram tu sekali sekali pasang CD surah al baqarah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2008 05:06 PM | Show all posts
***   ***
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 07:29 PM | Show all posts

Reply #15 kupia's post

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 07:38 PM | Show all posts
aku nyer makcik pernah cerita ngan aku
dia cakap..dulu2 dia tak dah mimpi pelik2 macam ni..

macam baru2 ni adalah..
dia cakap gini...
setiap kali ada relative nak mati..
dia mesti mimpi org yang tak berkepala...dtg visit kat rumah dia..
pastuh klu dia baca ayat kursi ka apa yasin ..tak berkesan..

pastuh cousin dia cakap...
mulai hari itu..kalau ada relative nak mati...keesokkan hari
makcik aku akan bermimpi..org yang tak berkepala
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 11:09 AM | Show all posts
aahahahaha.. lawak2 ko leh ludah diri sendiri lakkkk

aku pernah miimpi nangis ni.. sedu2 panggil ayah aku... last2 laki ku kejutkannn..

kalau mimpi kencing lak, tu time kecik2 dulu.. sedar2 basah

esoknya konon2 azam tak nak ngompol lagi.. cakap dalam hati kalau aku nak kencing, aku gi toilet dulu bukan terus buang... so malam tu aku mimpi aku nak kencing, aku sempat cakap "eish, bangun gi toilet.. jangan buang kat sini" pastu aku pon gi toilet dan buang.. sekali sedar2 aku bangun, kat katil lagi.. basah tilam

esoknya azam lagi.. cakap kalau aku gi toilet, aku kena pegang lantai ke dinding ker.. kalau sejuk tuh toilet, kalau tak sejuk tuh mimpi.. dan malam tuh aku bermimpi lagi nak tencing.. gi toilet.. rasa sejukk... dan terus tencing.. sekali bangun2, kat katil lagi upenyer...

kena tipu ngan mimpi rupanya aku nii.. esoknya aku niat nak cubit dulu pipi bagi terjaga... tapi kena tipu lagi.. begitulah hikayat si pengompol yang berjaya  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.338499 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list