CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Soal Jawab Agama

   Close [Copy link]
Post time 27-5-2010 11:05 PM | Show all posts
KELIMA: KELUAR DARI RUMAH TANPA TUJUAN (KEPERLUAN TERTENTU)

Larangan tidur di rumah lain mempunyai kaitan dengan larangan yang kelima iaitu tidak dibenarkan keluar dari rumah jika tiada keperluan atau tujuan tertentu yang penting. Hal ini disepakati oleh majoriti fuqaha.

Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan bahawa Jabir bin Abdullah berkata, maksudnya: “Ibu saudaraku telah diceraikan, kemudian dia mahu memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah melarangnya (daripada keluar memetik nakhil), maka ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah s.a.w., maka baginda bersabda: Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik.”

Para fuqaha mengqiyaskan hadis ini dengan wanita yang dalam iddah kematian suami bahawa lebih utama lagi untuk membenarkan mereka keluar rumah terutamanya untuk mencari nafkah kerana tidak ada orang yang menanggung nafkah mereka. [Sila ambil perhatian bahawa wanita yang diceraikan, nafkahnya semasa dalam iddah masih ditanggung oleh suami yang menceraikan. Jika suami engkar, buatlah aduan dan tuntutan di Mahkamah Syariah].

Dalam satu hadis yang lain, isteri-isteri para syuhada Perang Uhud yang tinggal berjiran bertemu Rasulullah s.a.w. dan bertanya, maksudnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berasa gusar di malam hari, bolehkah kami tidur di rumah jiran kami? Apabila siang kami akan pulang ke rumah kami.” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bercakaplah sesama kamu tetapi apabila kamu mahu tidur maka kembali setiap wanita ke rumah masing-masing.”

Dalam kitab-kitab fiqh banyak disebutkan tentang keharusan wanita dalam iddah kematian suami untuk keluar dari rumah pada waktu siang tetapi dengan syarat terdapat tujuan tertentu dan penting. Menurut para fuqaha, antara perkara tersebut ialah seperti untuk mencari nafkah dan membeli barang keperluan rumah. Dalam mazhab Maliki pula ditambah penjelasan bahawa perempuan yang berada dalam iddah dilarang keluar untuk ziarah menziarahi, dilarang keluar berdagang (berniaga) (kecuali jika itu sumber nafkahnya), dilarang keluar untuk mengucapkan tahniah (seperti menghadiri majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan kelahiran bayi), dilarang keluar untuk mengucapkan takziah (seperti menziarahi orang sakit atau kematian) dan dilarang tidur kecuali di dalam rumahnya sendiri. Majoriti fuqaha juga berpendapat bahawa wanita yang dalam iddah dilarang mengerjakan haji atau umrah.

Untuk pencerahan lanjut, lihat Bada’i al-Sana’i, al-Syarh al-Saghir, Nihayat al-Muhtaj fi Fiqh al-Syafii dan Kashshaf al-Qina’.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2010 11:42 PM | Show all posts
'Malah dianjurkan supaya wanita ini mengelakkan diri daripada menjadi perhatian lelaki kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah.'

-boleh diperjelaskan lagi tak makna nya? cth2 yg menjadi perhatian lelaki tu...boleh tak bergurau2 senda dgn lelaki?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2010 07:43 AM | Show all posts
'Malah dianjurkan supaya wanita ini mengelakkan diri daripada menjadi perhatian lelaki kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah.'

-boleh diperjelaskan lagi tak makna nya? cth2 yg menjadi perhatian lelaki tu...boleh tak bergurau2 senda dgn lelaki?

boshit90 Post at 27-5-2010 23:42


bukan haram masa iddah ajer, haram sepanjang masa.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 04:25 PM | Show all posts
Salam,

dari email rakan, merujuk pada file lampiran bertajuk "38 Kesilapan Umum Di Sekitar Solat" http://www.masjidalmukarramah.or ... silapan%20Solat.pdf, sila terangkan/huraikan/bahaskan perkara 30 (muka surat 43), iaitu mengenai "Solat Berjemaah dua orang: imam dihadapan".

Menurut dokumen ini, yg sepatutnya adalah, makmum sebaris bersama imam. Kalau boleh, datangkan nas asal mencadangkan makmum kebelakang sedikit.

terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 02:34 AM | Show all posts
Sembahyang Berjema'ah

Sembahyang berjama‘ah bermaksud menggabungkan sembahyang ma’mum dengan sembahyang imam. Jama‘ah terhasil dengan bilangan dua orang atau lebih.  Hukumnya adalah fardhu kifayah kecuali sembahyang Juma‘at. Oleh itu, ia mesti dilakukan oleh sekumpulan penduduk dalam sesebuah tempat atau kawasan. Namun demikian, terdapat beberapa keuzuran yang dibenarkan syara‘ untuk tidak menghadirkan diri ke masjid bagi mendirikan sembahyang berjama‘ah seperti berikut:

   1.      Keuzuran umum seperti hujan, angin yang kuat pada waktu malam, jalan terlalu becak dan berlumpur.
  
2.      Keuzuran khusus seperti sakit, keadaan yang terlalu lapar dan dahaga, takut kepada orang yang akan melakukan kezaliman ke atas diri dan hartanya, ketika menahan diri daripada berlaku hadath (kecil) disebabkan kencing dan buang air besar. Begitu juga seseorang yang makan makanan yang berbau busuk, atau berpakaian dengan pakaian yang kotor dan berbau yang boleh mengganggu orang lain.


Syarat Imam

   1.      Imam bukanlah seorang ummi yang tidak betul bacaan al-fatihah, cacat dari segi sebutan, ketiadaan syaddah dan sebagainya, sedangkan ma’mum lebih baik daripadanya.
   
2.      Imam bukan dari kalangan wanita jika ma’mumnya lelaki.
   
3.      Imam yang hendak diikuti itu bukanlah sebagai pengikut kepada imam lain.


Cara mengikut Imam

   1.      Ma’mum hendaklah tidak berada di hadapan imam. Makruh sekiranya ma’mum berdiri selari dengan imam, tetapi yang sunatnya ialah di belakang sedikit dari imam. Ukuran yang diambilkira sama ada berada di hadapan atau di belakang ialah tumit kaki.
   
2.      Ma’mum hendaklah mengikut imam dengan tidak mendahului takbiratul ihram imam. Hukumnya makruh jika dilakukan serentak dengan imam pada selain takbiratul ihram.
   
3.      Ma’mum hendaklah mengikuti perbuatan imam dalam semua perpindahan dari satu rukun kepada satu rukun yang berbentuk perbuatan (rukun fi‘liyy) dengan keadaan perbuatan ma’mum hendaklah terkemudian daripada imam, melainkan jika ada keuzuran seperti bacaannya lambat, maka dia boleh tertinggal daripada mengikut imam dengan tiga rukun yang panjang.
   
4.      Ma’mum hendaklah mengetahui perpindahan imam dari satu rukun ke satu rukun sama ada dengan melihatnya atau melihat sesetengah daripada saf atau mendengar suara imam atau muballigh (penyampai takbir imam).
   
5.      Jarak tempat antara ma’mum dan imam itu hendaklah tidak terlalu jauh jika kedua-duanya sembahyang di luar masjid. Jika sembahyang didirikan dalam masjid, maka ikutan ma’mum itu sah walau sejauh mana sekalipun jarak antara kedua-duanya.
   
6.      Ma’mum hendaklah berniat berjama‘ah atau mengikut imam ketika takbiratul ihram.


Sumber :

  Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
  Pasukan Perunding ICT Sektor Awam,
  Aras 4, Blok B2, Parcel B,
  Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
  62502 Putrajaya,
  Malaysia.

  Tel:   603-8872 5124
  Fax:  603-8872 5124
[email protected]
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2010 12:09 PM | Show all posts
Salam.

Bolehkan pemberian yg dahulunya dikatakan ikhlas, tapi bila berlaku perbalahan/persengketaan/kasih sayang sudah hilang, status itu dijadikan sebagai hutang ?
Mengikut kefahaman saya yg jahil lagi hina ini, hukum hutang adalah wajib dibayar, tak masuk syurga kalau tidak dihalalkan. Boleh ke senang2 jer tukar status tu jadi hutang ?

Jawapan sahabat2 semua saya dahulukan dengan terima kasih.

p/s:
Saya sebenarnya tak sure nak letak kat mana soalan saya nie. kat thread baru ker..or menumpang sahaja. Kalau salah tempat, harap diletakkan tempat yg betul. hantam sajalah labuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2010 02:50 PM | Show all posts
Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu
pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah.

Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh
seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa
hidupnya tanpa balasan (iwad). Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.

Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan ciri-ciri hidah adalah seperti berikut:
(i) Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.
(ii) Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
(iii) Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
(iv) Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah.
(v) Ia dibuaT secara sukarela tanpa paksaan.
(vi) Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang
tertentu.

Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan
rushd. Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana pemilik
harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak.

Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
Ia hendaklah barang atau harta yang halal.
Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.

Barang atau harta itu milik pemberi hibah.
Ia boleh diserah milikkan.
Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan.
Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya.

Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan
seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah. Mengikut
mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali, hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak
boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Dalam Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam.

Istilah al-qabd (penerimaan barang) bermaksud mendapat sesuatu, menguasainya dan
boleh melakukan tasarruf terhadap barang atau harta tersebut.
Mengikut mazhab Hanbali dan Maliki, penerimaan barang tidak disyaratkan dalam sesuatu hibah, malah memadai dengan akad semata-mata. Ini bererti apabila berlaku kematian salah seorang atau salah satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebelum penyerahan barang, maka hibah itu tidak terbatal. Sebaliknya, mengikut Abu Hanifah dan Syafie, penerimaan barang merupakan salah satu dari syarat sah hibah. Oleh itu, apabila berlaku kematian salah satu dari dua pihak sebelum penyerahan barang, maka hibah itu terbatal.

Dalam mazhab Syafie, al-qabd merupakan syarat luzum, ertinya akad hibah tidak sempurna dan tidak berkuat kuasa dengan ijab dan qabul semata-mata, kecuali selepas al-qabd.
Sekiranya al-qabd tidak berlaku maka akad hibah merupakan akad yang tidak mengikat.
Oleh itu, pemberi hibah berhak menarik balik hibah tersebut selama mana harta berkenaan
berada dalam pemilikannya.

Cara penerimaan barang (al-qabd) adalah berbeza-beza mengikut jenis harta sama ada harta tak alih atau harta alih. Bagi harta tak alih, al-qabd boleh berlaku dengan cara
mengosongkan harta itu, menguasainya dan melakukan tasarruf terhadap harta tersebut
seperti menyerah kunci dan seumpamanya. Manakala bagi harta alih pula, al-qabd boleh
berlaku dengan cara mengambil harta itu, memindah atau mengasingkan harta tersebut
dengan harta-harta lain.

Hukum Penarikan Balik atau Pembatalan Hibah
Apabila sempurna sesuatu akad hibah dengan memenuhi rukun dan syaratnya serta berlaku penyerahan dan penerimaan barang (al-qabd), maka harta itu menjadi milik penerima hibah sekalipun tanpa balasan (‘iwad). Namun demikian, adakah hibah berkenaan boleh ditarik balik selepas itu menjadi perselisihan di kalangan fuqaha’ seperti berikut:
(i) Menurut pendapat mazhab Hanafi, pemberi hibah boleh tetapi makruh menarik
balik hibah yang telah diberikan dan dia boleh memfasakhkan hibah tersebut
walaupun telah berlaku penyerahan (qabd), kecuali jika hibah itu dibuat dengan
balasan (‘iwad).
(ii) Menurut pendapat mazhab Syafie, Hanbali dan sebahagian fuqaha’ mazhab Maliki
penarikan balik hibah boleh berlaku dengan semata-mata ijab dan qabul. Tetapi
apabila disertakan dengan peyerahan dan penerimaan barang (al-qabd) maka hibah
berkenaan tidak boleh ditarik balik kecuali hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk
juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya selama mana harta
itu tidak ada kaitan dengan orang lain.
(iii) Menurut pendapat Imam Ahmad dan mazhab Zahiri, pemberi hibah tidak boleh
(haram) menarik balik hibah yang telah dibuat kecuali hibah bapa (termasuk juga
ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya.
Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Orang yang menarik balik hibahnya sama seperti anjing yang memakan balik
muntahnya...” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Secara umumnya, para fuqaha’ bersetuju mengenai keharusan pembatalan hibah sekiranya ia dilakukan secara redha meredhai antara pemberi dan penerima hibah atau melalui keputusan hakim.

Para fuqaha’ sepakat tidak mengharuskan hibah yang disyaratkan pemilikannya akan
terlaksana pada suatu tempoh masa yang akan datang. Majoriti ulamak berpendapat hibah yang bersifat sementara seperti hibah ‘umra dan ruqba adalah sah tetapi syaratnya terbatal.
Mereka berhujah bahawa jika syarat itu terpakai maka ia bertentangan dengan kehendak
akad hibah itu sendiri. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Peliharalah harta kamu dan janganlah kamu (menghibahkannya) secara ‘umra kerana
sesungguhnya sesiapa yang (menghibah) sesuatu secara ‘umra, maka ia menjadi milik
orang yang dihibahkan”.

Ini bermakna harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah selepas kematian penerima hibah.
Sementara pendapat lain pula mengambil pendekatan bahawa hibah yang bersifat
sementara pada hakikatnya bukanlah hibah tetapi ia adalah ‘ariyah (peminjaman).

Imam Abu Hanifah dan Imam Malik mengharuskan hibah ‘umra tetapi tidak mengharuskan
hibah ruqba. Pandangan mereka adalah berpandukan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang
telah mengharuskan hibah ‘umra dan membatalkan hibah ruqba. Namun hadis ini dikritik
oleh Imam Ahmad kerana ia tidak diketahui kesahihannya. Mereka juga berpendapat
bahawa hibah ruqba adalah hibah ta’liq ke atas sesuatu yang tidak jelas dari segi tempoh ia akan terlaksana.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa antara isu penting yang
membawa perbezaan pandangan di kalangan fuqaha’ mengenai hibah ‘umra dan hibah
ruqba ialah tertumpu kepada unsur hibah yang bersifat sementara dan hibah sesuatu yang dita’liqkan dengan hayat seseorang. Kedua-dua isu ini telah menimbulkan reaksi yang berbeza di kalangan fuqaha’. Mazhab yang mengatakan hibah ‘umra dan hibah ruqba tidak diharuskan adalah berpandukan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Janganlah kamu memberi (hibah) sama ada secara ‘umra atau ruqba”.
Mazhab yang mengharuskan hibah ‘umra dan hibah ruqba pula berhujah dengan hadis yang bermaksud:
“(Hibah) ‘umra dan ruqba adalah diharuskan bagi mereka”.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 07:05 PM | Show all posts
nak  tanyer pada ahli sunnah wal jammah
mazhab syafiee yer

seorg pi masjid nak tunggu maghrib
tapi waktu tu still dalam tempoh waktu asar
so...sunat tahiyyatul masjid tu kire... tak leh buat laa kan ?
sebab it is haram kan? no solat sunat  after asar?

jadi yer ker tak ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2010 03:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by rdzaccess at 8-6-2010 03:36

Dari hadis-hadis, ulama menjelaskan terdapat lima waktu yang dilarang bersolat, dua berkaitan dengan perbuatan dan tiga berkenaan dengan masa:

1. Larangan bersolat setelah menunaikan solat subuh sehingga terbit matahari.

2. Larangan bersolat setelah menunaikan solat asar sehingga terbenam matahari.

3. Larangan bersolat semasa terbit matahari sehingga ia meninggi.

4. Larangan bersolat semasa matahari tegak sehingga ia condong.

5. Larangan bersolat semasa matahari hampir terbenam sehingga ia tenggelam.

Contohnya jika matahari terbit pada jam 7.00 pagi maka dilarang bersolat sehingga 7.15 pagi (15 minit lebih kurang).
Sekiranya matahari tegak pada jam 12.00 tgh maka dilarang bersolat sehingga 12.15 tgh (15 minit lebih kurang).
Sekiranya matahari terbenam pada jam 7.00 ptg maka dilarang bersolat 15 minit sebelum itu (lebih kurang).

Dari Abu Hurairah r.a., katanya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ وَعَنْ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ


"Bahawasanya Rasulullah SAW melarang solat sesudah solat Asar hingga matahari terbenam, dan sesudah solat Subuh hingga matahari terbit." (H.R Bukhari dan Muslim)

Dari 'Uqbah bin 'Amir Al Juhani r.a., katanya:

ثَلَاثُ سَاعَاتٍ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْهَانَا أَنْ نُصَلِّيَ فِيهِنَّ أَوْ أَنْ نَقْبُرَ فِيهِنَّ مَوْتَانَا حِينَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ بَازِغَةً حَتَّى تَرْتَفِعَ وَحِينَ يَقُومُ قَائِمُ الظَّهِيرَةِ حَتَّى تَمِيلَ الشَّمْسُ وَحِينَ تَضَيَّفُ الشَّمْسُ لِلْغُرُوبِ حَتَّى تَغْرُبَ

"Ada tiga waktu yang Rasulullah SAW melarang kita solat atau menguburkan jenazah pada waktu-waktu tersebut.
Pertama, saat matahari terbit hingga ia agak meninggi.
Kedua saat matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga dia telah condong ke barat.
Ketiga, saat matahari hampir terbenam sehingga dia telah tenggelam sama sekali."

Larangan itu bermula apabila selesai solat asar sehingga terbenam matahari iaitu ketika masuk waktu maghrib.
Apabila telah masuk waktu maghrib, maka tiada lagi larangan tersebut.

Di dalam Mazhab Syafie, dibenarkan solat yang mempunyai sebab dalam waktu larangan ini seperti menganti solat yang tertinggal, solat jenazah, solat sunat wudhu', solat sunat tawaf, solat tahiyat masjid dll. Mereka bersandarkan dalil-dalil yang lain.

Rujukan:
- Sahih Bukhari
- Sahih Muslim
- al-Majmu'
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 07:06 PM | Show all posts
salam nak tanya nak qadaq solat bagaimana ye
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 03:06 PM | Show all posts
Reply  boshit90


Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh seorang perempuan ...
rdzaccess Post at 27-5-2010 23:05


mcm mn dgn kes wanita yg bercerai ketika hamil. tetapi dia tidak tahu dia hamil. dia hanya tahu dia hamil setelah 2 minggu bercerai. Tetapi, dia telah menggugrkan kandungannya yang berusia 5 minggu hanya 2 minggu selepas bercerai. Bagaimana iddahnya dikira?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2010 10:04 PM | Show all posts
assalamualaikum..
saya nak bertanya, apakah perbezaan syarat2 sah mandi wajib mazhab lain dengan mazhab imam syafie?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 12:42 PM | Show all posts
minggu lepas aku jatuh pas 2 kedua2 lutut aku luka
so nk tnye kalau aku xsmbhyg xpe ke??
sbb da try aku xblh nk sujud
kire nye da seminggu jugak aku xsmbhyg

mungkin sehari dua br blh smbhyg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2010 10:51 PM | Show all posts
assalamualaikum..
saya nak bertanya, apakah perbezaan syarat2 sah mandi wajib mazhab lain dengan ma ...
uboat Post at 19-6-2010 22:04


tidak ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2010 10:53 PM | Show all posts
minggu lepas aku jatuh pas 2 kedua2 lutut aku luka
so nk tnye kalau aku xsmbhyg xpe ke??
sbb da tr ...
sAKuRa_204 Post at 21-6-2010 12:42


wajib sembahyang.  boleh duduk atas kerusi atau baring atas katil.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 10:58 PM | Show all posts
Reply 1474# ibnur
terima kasih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2010 08:28 AM | Show all posts
wajib sembahyang.  boleh duduk atas kerusi atau baring atas katil.
ibnur Post at 22-6-2010 22:53



   
xpndi lagi smbyg cara 2
bile cuba rse kekok
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 05:14 PM | Show all posts
assalamualaikum...

saya ada sedikit pertanyaan tentang puasa/fidyah.

tahun 2008 sebulan tidak berpuasa kerana berpantang melahirkan anak,jadi sekarang ni tgh sibuk menggantikan puasa itu.soalan saya brapakah jumlah fidyah yg perlu saya bayar?harap dpt beri pertolongan yer...timakasih.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 10:59 PM | Show all posts
takde orang boleh jwbkan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 08:54 AM | Show all posts
saya bukan la pandai sangat! tapi boleh bantu sikit.. saya pun ada masaalah tinggal puasa gak! saya tanya pihak pusat zakat, cam mane nak bayar fidyah, katanya: fidyahnya setiap sehari puasa yang tertinggal secupak beras atau gandum ataupun boleh di ganti ngan harga secupak beras /gandum (RM1.20) itu dulu... skang ni mungkin harganya dah naik kot? ada lebih baik bertanya pada pusat zakat yang berdekatan. Wangsa maju tel: 03-41429898, lrg Hj Hussian, Chow kit 03- 26936699, Masjid negara 03-26949888. Selamat menunaikan amalan yang wajib.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.060954 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list