Acik plan nak buat menu ni balik kerja nanti. Hari sabtu balik rumah parents, mak acik bagi buah mangga epal besar sebiji. Limau kasturi besar besar, 1 plastic beg. Ayam pun ada dlm freezer. Tapi bergantung tahap kerajinan la juga.
KEK BAKAR BUAH - BUAHAN
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
BAHAN (A) :
3/4 CAWAN MENTEGA (170 GRAM)
1 CAWAN GULA TIMBANG (BROWN SUGAR) (250 GRAM)
BAHAN (???? :
3 BIJI TELUR
BAHAN (C) : DIGAUL SEHINGGA RATA
2 SUDU MAKAN JUS LEMON SUNQUICK
2 SUDU MAKAN JUS ORANGE SUNQUICK
2 + 3/4 CAWAN MIXED FRUITS (480 GRAM)
1 SUDU TEH ESEN VANILLA
1 SUDU TEH SERBUK REMPAH KEK
1/2 CAWAN BADAM FLAKES
1/2 CAWAN MADU
1/2 SUDU TEH GARAM
BAHAN (D) : DI AYAK
2 CAWAN TEPUNG GANDUM (250 GRAM)
1 SUDU TEH BAKING POWDER
1 SUDU TEH BICARBONATE OF SODA
BAHAN (E) :
1/2 CAWAN GULA PASIR DIJADIKAN GULA HANGUS (125 GRAM)
SEDIAKAN PERALATAN INI TERLEBIH DAHULU :
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
DASAR LOYANG DI SAPUKAN DENGAN MENTEGA. KEMUDIAN DI ALASKAN DENGAN 3 HELAI KERTAS. ALASKAN PULA KELILING LOYANG BAHAGIAN DALAM DENGAN KERTAS. KEMUDIAN BALUT BAHAGIAN LUAR LOYANG DENGAN 2 LAPISAN KERTAS MINYAK DAN IKAT DENGAN DAWAI KEMAS - KEMAS ATAU GUNAKAN PAPER CLIP YANG BESAR. DENGAN CARA BEGINI KEK TIDAK AKAN CEPAT HANGUS.
CARA NYA :
PUKUL (A) SEHINGGA GEBU. MASUKKAN (???? SATU PERSATU SAMBIL DI PUKUL SEHINGGA KEMBANG. MATIKAN MIXER. MASUKKAN (C) SERTA (D) DAN GAUL DENGAN SENDUK KAYU SEHINGGA SEBATI. KEMUDIAN DI KETEPIKAN SEBENTAR.
GULA PASIR DI MASAK SEHINGGA MENJADI GULA HANGUS LALU MATIKAN API. KEMUDIAN TERUS TUANGKAN KEDALAM ADUNAN DAN GAUL DENGAN PANTAS SEHINGGA RATA.
TUANGKAN ADUNAN KEDALAM LOYANG DAN BAKAR SELAMA 1 + 1/2 JAM DENGAN SUHU 160 - 180 DARJAH SELSIUS. SUHU KEPANASAN BERGANTUNG KEPADA KETUHAR MASING - MASING.
SETELAH MASAK BIARKAN KEK SEHINGGA SEJUK DI ATAS REDAI. KEMUDIAN MASUKKAN KEK KEDALAM PETI SEJUK. KEK BARU BOLEH DI POTONG PADA KEESOKKAN HARI NYA. TEKNIK INI AKAN MEMBUAT KEK MENJADI LEBIH MOIST.
Cara Membuat Rojak / Pasembur
Bahan Cucur (Keras):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng
Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.
Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul
Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.
Kuah rojak singapore
Bahan-bahan:
450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
2 camt serbuk cili
3 camb gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
1/2 camb asam jawa + 2 camb air (pekat)
2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa je)
Sedikit bijan goreng tanpa minyak
Cara membuat:
- kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
- serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati
- masukkan keledek yg telah diblend dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
- selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat2
- kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah ditambahkan gula
- masukkan sedikit pewarna merah utk kasi naikkan warna
- kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah diblend - letak sikit je utk dptkan rasa)