CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sitoYoL

/ Presidential Suite 24/ AHMAD SHAHIR /CHE AHMAD hoi hoi hoi / JUARA AF8 /

  [Copy link]
Post time 23-4-2011 12:56 AM | Show all posts
as salam shahirianz....masing2 mesti skng ni senyum sampai  ke telinga..
la ni tinggal sorang lagi makcik ita,bila pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2011 10:12 PM | Show all posts
as salam shahirianz....masing2 mesti skng ni senyum sampai  ke telinga..
la ni tinggal sorang  ...
duyung_22 Post at 23-4-2011 00:56



    apa maksud mung? tak pahe teman....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 08:53 AM | Show all posts
Rozita hanya sahabat, bukan cinta - Shahir


Oleh SYALMIZI HAMID
[email protected]

SHAHIR (gambar kecil) menjelaskan dia tidak bercinta dengan Rozita.

KUALA LUMPUR – Juara Akademi Fantasia Musim ke-8 (AF8), Shahir menjelaskan bahawa hubungan dia dengan aktres jelita, Rozita Che Wan tidak lebih hanya sebagai sahabat dan mereka tidak bercinta.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu ketika dihubungi Kosmo! semalam memberitahu, dia dan Rozita hanya kawan rapat kerana sering terlibat dalam beberapa siri penggambaran.

“Kami sering terlibat dalam beberapa penggambaran bersama termasuk drama dan klip video single saya.

“Jujurnya, dia memang sekepala dengan saya dan seorang yang kelakar. Sifatnya yang mudah mesra membuatkan kami lebih rapat. Buat masa ini kami memang hanya rapat sebagai kawan,” jelasnya.

Kosmo! Ahad semalam melaporkan bahawa Rozita mengakui bahawa Shahir kini mempunyai tempat sebagai teman yang akrab di hatinya.

Menurut Shahir, 23, buat masa ini dia belum bersedia untuk memikirkan soal cinta kerana ketika ini kerjayanya baru bermula dan cintanya hanyalah kepada keluarga serta bidang seni yang disertainya.

“Saya tidak berani cakap yang saya tidak akan bercinta dengannya (Rozita) pada masa depan kerana soal jodoh hanya Allah yang tentukan. Kalau ada jodoh, saya tidak menolak tetapi apa yang ingin saya tegaskan (buat masa ini), saya memang tidak bercinta dengan dia dan saya hanya mahu fokus kepada kerjaya dahulu kerana ia (kerjaya) baru permulaan bagi saya,” kata Shahir dengan nada ceria.

-kosmo-


bagus jawapan dia. pentingkan keluarga & kerjaya dulu....heheheheeeee
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 10:47 AM | Show all posts
takde org lagi ke hari?????
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 10:47 AM | Show all posts
takde org lagi ke hari?????
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 11:09 AM | Show all posts
takde org lagi ke hari?????
iena007 Post at 25-4-2011 09:47



    Assalamualaikum dan selamat pagi semua......   che amat dah balas ek statement RCW?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2011 11:47 AM | Show all posts
Assalamualaikum dan selamat pagi semua......   che amat dah balas ek statement RC ...
hironakamura76 Post at 25-4-2011 11:09



adakah akan ada maklum balas dari RCW pula??????????
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 04:17 PM | Show all posts
kalau ada acara balas pantun pun....tak yah beli dah la shahir oiii.....takdak untung....dok diam2 sudeh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2011 04:43 PM | Show all posts
kalau ada acara balas pantun pun....tak yah beli dah la shahir oiii.....takdak untung....dok diam2 s ...
Aserehe Post at 25-4-2011 16:17



kan........esok lusa mesti ada versi balas dari RCW..
sebab hari ni shahir menafikan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 05:01 PM | Show all posts
kalu ada sesi balas2 pantun ni..apa lagi shahirianz..kan korang  pakar kan pantun2 ni...kita semua join ambil bahagian ..ada bran?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 05:16 PM | Show all posts
kalu ada sesi balas2 pantun ni..apa lagi shahirianz..kan korang  pakar kan pantun2 ni...kita semua j ...
junjai Post at 25-4-2011 17:01


nak berbalas pantun dgn siapa?????RCW kah??????
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 09:44 PM | Show all posts
adehhhhh....... ada sesi berbalas pantun pulok
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 09:46 PM | Show all posts
Credit:  Kilafairy Page

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 09:48 PM | Show all posts


Credit:  Kilafairy Page
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 09:48 PM | Show all posts


Credit:  Kilafairy Page
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 09:49 PM | Show all posts

Nantikan KARAK pada tanggal 26th May 2011 akan menghantui pawagam berdekatan anda!

Credit:  Kilafairy Page
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2011 09:52 PM | Show all posts
Di Sebalik Tabir 'KaraK' (Bahagian 02)

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 09:53 PM | Show all posts

Buntang mata Shahir tengok Along
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 10:40 PM | Show all posts
tak sabar nak tengok karak....awat lambat sangat???
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 09:21 AM | Show all posts
BERITA YG MENGEMBIRAKAN HARI ANDA

Selasa April 26, 2011
Rozita Che Wan Tak Mungkin Dengan Shahir

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ



PETALING JAYA: Dua individu yang rapat dengan pelakon Rozita Che Wan dan penyanyi Shahir menjelaskan pasangan artis itu tidak dilamun cinta seperti yang digembar-gemburkan di media tempoh hari.

Ibu kepada Shahir, Mahanum Osman dan pelakon Zain Saidin yang mengenali rapat dengan Rozita akui pasangan itu menjadi mangsa gosip dan kedua-duanya tidak pernah jatuh cinta antara satu sama lain.

"Rozita tak mungkin dengan Shahir kerana saya mengenali dirinya. Kami selalu berlakon bersama-sama dan saya tahu dia bukan (bercinta) dengan Shahir," ujar Zain kepada mStar Online.

Bagaimanapun tidak bermakna penjelasan ini membuat ada yang beranggapan dia cemburukan pasangan sama cantik sama padan itu.

Jelasnya, dia hanya menjawab berdasarkan apa yang dia tahu tentang Rozita berdasarkan hubungan persahabatan yang terjalin antara mereka sebelum ini.



Sengaja diusik sama ada Zain menyintai Rozita seperti yang dikhabarkan sebelum ini, lelaki itu hanya tersenyum lebar dan menjawab: "Saya tidak mengiyakan mahupun menidakkan."

Pelakon drama Duyong Aridinata, Kiah Pekasam dan Mata Ayer ini juga mengakui dirinya sudah mempunyai teman istimewa. Namun enggan mengakui sama ada wanita itu adalah Rozita.

"Biarlah saya rahsiakan tentang perkara ini dan suatu hari nanti ia akan terbongkar sendiri apabila tiba masa yang sesuai," jelasnya lagi.

Sementara ibu Shahir, Mahanum hanya tertawa apabila disoal tentang dakwaan mengatakan anaknya sedang dilamun cinta dengan wanita cantik bernama Rozita itu.

Sebalik tawa itu, dia menegaskan anak sulungnya itu tidak mempunyai hubungan cinta dengan Rozita dan menganggap ia sekadar gosip semata-mata.


Zain Saidin turut dikaitkan bercinta dengan Rozita sebelum ini.

Semalam (Ahad) Shahir ada beritahu saya bahawa hubungan mereka tidak lebih sebagai rakan artis kerana selalu bergandingan sama untuk program Astro. Dia kata, mak dan abah kena percaya yang Shahir tiada apa-apa hubungan (cinta) dengan Rozita. Buat masa ini, Shahir ingin tumpukan kepada kerjaya dan keluarga.

"Sejak tersebarnya cerita tentang hubungan cinta Shahir dan Rozita di akhbar, ramai juga yang bertanya kepada saya termasuk ahli keluarga terdekat kerana mereka mempercayai tentang cerita itu. Tetapi saya telah jelaskan kepada mereka dan tetap tidak percaya dengan kenyataan itu kerana saya lebih mengenali anak saya, Shahir.

"Saya telah banyak kali berbual dengan Shahir dan dia beritahu mereka tiada apa-apa (bercinta). Jadi, sebab itu saya yakin dengan dia," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Mahanum juga meluahkan rasa syukurnya apabila mendengar penjelasan daripada mulut anaknya sendiri dan lebih meyakini jawapan Shahir.

Dia yang kini berada di Ipoh berharap penjelasan ini tidak akan memberikan kesan negatif kepada karier anaknya yang sedang meningkat naik selepas reda dari kontroversi sebelum ini.

Penyanyi itu dikatakan mula menimbulkan masalah apabila beberapa sesi fotografi yang telah diatur dibatalkan pada saat-saat akhir.

Malah dia juga gagal hadir semasa sesi mencabut nombor giliran sempena Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) anjuran TV3 selain tidak muncul dalam Konsert Ria 2010 di I-City, Shah Alam, Selangor pada Disember tahun lalu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.054848 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list