|
Temerloh[Bndr IKAN PATIN] : Pembangunan & Kemajuan
[Copy link]
|
|
dari fb rodong koi
![](https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/t1/1891168_777023908993340_1453041179_n.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
wah surut sungguh air sg pahang. |
|
|
|
|
|
|
|
ye weh.. air surut ..
dah lame temerloh x hujan
koi x keluor pejabat pun kaka..
duk dlm opis sbb ada aircond![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
runaway_dida posted on 14-2-2014 09:11 AM ![](static/image/common/back.gif)
hehehe... meh la balik sini
awok temerloh beloh mane...
koi kat johor. temerloh celup je gitu...hehe![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
rindunya nak gi Temerloh... |
|
|
|
|
|
|
|
Pengusaha ikan patin bina semula kehidupan pasca banjir
TEMERLOH: Menyusuri pekan Temerloh, anda akan merasakan seperti berada di negara pasca perang.
Dinding-dinding bangunan, kedai dan rumah kelihatan kotor dibaluti lumpur mengering.
Longgokan perabot rosak juga menjadi pemandangan biasa di tepi-tepi jalan yang juga berhabuk.
Biarpun rata-rata paras air sudah mula surut di kebanyakan tempat, namun penduduk kini berdepan cabaran paling sukar membina semula apa yang musnah.
Tinjauan Astro AAWANI menaiki bot menyusuri Sungai Pahang turut mendapati kemusnahan cukup ketara khususnya penempatan rumah papan dan sangkar ikan patin di sepanjang sungai itu.
Temerloh yang terkenal sebagai bandar ikan patin, kini sedikit terjejas susulan pengusaha sangkar ikan patin dan pengusaha restoran ikan sungai berkenaan yang terpaksa menanggung kos kerugian tinggi.
Bagi pengusaha sangkar ikan patin, Samsul Anuar, keseluruhan kos yang terpaksa ditanggungnya mencecah lebih RM30,000 akibat sangkar yang rosak dan ikan yang terlepas dibawa arus deras.
"Rasanya banjir ini paling besar kerugian paling banyak melibatkan banyak sangkar rosak," kata Samsul yang telah mengusahakan perniagaan itu selama 5 tahun.
Bersebelahan Sungai Pahang juga terletak gerai ikan patin terkenal Gobang Maju antara paling teruk terjejas dengan air banjir sehingga hampir mencecah paras bumbung.
Menurut pengusaha restoran itu, Mohamad Rizal Mohamad Roseli, sepanjang 4 tahun gerai itu beroperasi, paras air banjir kali ini paling tinggi.
"Dahulu memang pernah banjir tetapi paras lantai, lepas itu paras pinggang, sekarang terus naik sampai paras bumbung" kata Rizal sambil bersyukur tindakan pantas mengosongkan premis gerainya itu mampu mengurangkan sedikit kos kerugian.
Namun kos yang terpaksa ditanggung untuk memperbaiki kedai yang telah ditelenggami air banjir itu mencecah lebih RM20,000 termasuk membayar gaji pekerjanya walaupun kedainya masih tidak dapat beroperasi.
"Apabila terkena banjir ini kita terpaksa bermula dari kosong. Sebelum ini kehidupan harian macam biasa sekarang 2-3 minggu kita tidak boleh berniaga," kata Rizal yang telah memulakan kerja-kerja pembersihan di gerainya itu.
Biarpun rata-rata bersikap positif, segala bantuan yang dapat disumbang khususnya membina semula perniagaan mereka amat dihargai.
"Harapan kita supaya kerajaan meringankan beban kita supaya orang kata jangan dah kena bencana kita terus terduduk. Kalau boleh kita bingkas balik, kita mulakan semula," kata Samsul.
Apapun bencana banjir yang disifatkan paling buruk dalam sejarah itu tidak pernah mematahkan semangat Rizal untuk mendirikan semula kehidupan pasca banjir.
"Benda ini kita kena positif, kita bina kembali, bermula dari bawah semula," kata Rizal yang optimis gerainya dapat dibuka dalam masa seminggu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kan.. sian deme
gobang..ngeteh.. habis lalu tenggelam dek air
ikan sangkor habis.. hanyut dek air deras..
pak usop pun ttp lagi
yg ada jual patin sekarang kaka... apelagi charge mahal sket la..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bnyk selut..bnyk air yg perlukan nk bersihkan selut.
|
|
|
|
|
|
|
|
air semantan naik lagi weh..
harap2 xda ape2
hujan lebat dibentong... raub..
![](https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/v/t1.0-9/10898024_872860576099272_7992078738105920646_n.jpg?oh=6e2bfb8f9e3dfbd2a7378f6b39303a9b&oe=553880E8&__gda__=1429228596_0ee4e31346e0ba0aed99af030702aa2f)
|
|
|
|
|
|
|
|
lokasi : kg buntut pulau
![](https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/v/t34.0-12/10913660_733215246786125_327438752_n.jpg?oh=b7b5c4af35276db6762e0f296cba57a6&oe=54B2538A&__gda__=1420914263_f79cf1e6c4478d79eef74f60b7971988)
![](https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/v/t35.0-12/10912692_733215300119453_279122675_o.jpg?oh=7285dcc5f3973a3d55ce6f40ba9ddcc4&oe=54B24C77&__gda__=1420899752_417156637e2c906b74d099ff1e0bf6f1)
|
|
|
|
|
|
|
|
kg pak sako ..........
semalam raub pun banjir
dgr citer air sungai kat bentong dah mula naik...sbb itu sg semantan naik
harap2 sg pahang jgn la naik lagi...kalau dua2 sg ni naik serentak lumpuh lagi la bandar temerloh
|
|
|
|
|
|
|
|
Bantu peniaga pesisir Sg Pahang
TEMERLOH - Kerajaan akan menyediakan pelan bantuan jangka pendek dan panjang bagi membantu peniaga di pesisir Sungai Pahang yang hilang mata pencarian akibat musibah banjir yang melanda daerah ini baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu akan disegerakan agar peniaga terbabit mendapat kembali sumber pendapatan mereka sekali gus membina semula kehidupan mereka seperti sedia kala.
“Saya sudah meninjau banyak tempat, kemusnahannya agak luar biasa dan ini adalah satu dugaan daripada ALLAH...dari sudut kerajaan kita tidak memandang rendah perkara ini.
“Bagi peniaga ikan patin dan tilapia mungkin Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani boleh bagi bantuan benih ikan.
“Begitu juga agensi-agensi berkaitan seperti Tekun dan Amanah Ikhtiar boleh bagi pinjaman kepada mangsa untuk memulakan semula perniagaan mereka yang terjejas akibat banjir,” katanya ketika berucap pada majlis gotong royong membersihkan rumah mangsa banjir di Taman Sri Lebak, di sini, semalam.
Turut hadir, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Seri Noorainee Abd Rahman, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Muhyiddin turut menasihatkan agar mangsa banjir tabah menghadapi bencana alam itu dan menganggap ia sebagai ujian daripada ALLAH SWT.
“Kerajaan bagaimanapun tidak akan mengambil ringan apa yang terjadi, dianggarkan 300,000 rakyat negara ini terjejas akibat bencana banjir yang melanda Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor, Perak dan Sabah.
“Ini jumlah yang paling besar dalam sejarah...Insya-ALLAH kita akan tangani masalah ini hingga selesai,” katanya. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Sampah punca banjir dibersih segera elak penularan
TEMERLOH - Semua agensi berkaitan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan digerakkan untuk membantu proses pembersihan pasca banjir bagi mengelak penularan penyakit berjangkit terutama yang disebabkan oleh bangkai binatang.
Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPA) dan syarikat konsesinya, Alam Flora Sdn Bhd telah diminta menguruskan sisa pepejal dengan cara terbaik bagi menjamin kesihatan penduduk.
"Sampah selepas banjir adalah meliputi sisa pepejal, bangkai haiwan dan kenderaan rosak yang dikhuatiri mendatangkan mudarat kepada kesihatan penduduk jika lambat dibersihkan.
"Kerja itu pastinya membabitkan perbelanjaan besar dan Kelantan yang paling teruk terjejas dalam bencana banjir di mana kita perlu RM78 juta untuk melakukan kerja pembersihan serta memperbaiki infrastruktur," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Sadique.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata jumlah bagi kos pembersihan sisa-sisa banjir di Pahang dan Terengganu masih dalam perkiraan.
"Kos keseluruhan hanya dapat diketahui bila air sudah surut, tetapi pasti membabitkan kos tinggi dengan mengambil contoh peruntukan RM90 juta untuk membersihkan kawasan di Johor serta Melaka," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Bencana Banjir Temerloh untuk menjadikan 100 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini sebagai pusat penempatan sementara mangsa banjir yang kediaman mereka musnah dalam bencana itu baru-baru ini.
"Kediaman yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air itu agak selesa untuk dihuni oleh mangsa banjir sementara menunggu kediaman kekal mereka siap sepenuhnya.
"Rumah itu sudah siap dan mempunyai pelbagai kemudahan, ia boleh didiami bila-bila masa," katanya.
Beliau berkata, kementeriannya juga akan bekerjasama dengan agensi kerajaan lain untuk memastikan rumah kekal untuk mangsa banjir dapat disiapkan secepat mungkin seterusnya memberi keselesaan kepada mereka.
"Saya difahamkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja membaik pulih rumah terutama di kawasan luar bandar dan kita akan bantu mereka," katanya. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Latihan simulasi hadapi banjir
TEMERLOH - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan menggerakkan latihan simulasi menghadapi banjir membabitkan semua agensi di bawahnya supaya lebih siap siaga berhadapan bencana alam pada masa akan datang.
Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, latihan itu membabitkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bukan sahaja keupayaan tenaga kerja bahkan kekuatan struktur di peringkat akar umbi.
Menurutnya, semua latihan termasuk bekalan ubat-ubatan dan makanan untuk satu tempoh tertentu seperti keadaan banjir sebenar akan dijadikan latihan simulasi berdasarkan pengalaman banjir besar yang dihadapi pada 2014.
“Yang penting persediaan kita selepas ini, semua kakitangan di bawah KKLW termasuk Kesedar, Risda dan lain-lain yang ada beribu-ribu anggota termasuk JKKK akan mengikuti latihan simulasi berhadapan banjir ini.
“Kita ada pengalaman banjir besar 2014 dan kita tahu apabila tiba Disember akan berlaku banjir jadi kita perlukan latihan untuk berhadapan situasi sama selepas ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat kawasan Kampung Bangau Parit, Teluk Ira dan Bintang yang teruk dilanda banjir, di sini semalam.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Dalam lawatan itu, Yayasan Mara menghulurkan sumbangan barangan bernilai RM60,000 kepada mangsa banjir di kedua-dua kampung itu.
Dalam perkembangan sama, Shafie menggesa semua bangunan agensi di bawahnya termasuk Kemas, MRSM dan lain-lain diperiksa dan disahkan keselamatannya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum layak digunakan.
Beliau juga kerja pembersihan dilakukan segera di semua bangunan milik agensi khususnya resort milik agensi di bawah KKLW seperti Kesedar In supaya boleh dijadikan penempatan sementara mangsa banjir.
Menurutnya, semua agensi di bawahnya diminta menghantar nilai kerosakan harta benda akibat musibah banjir minggu depan.
Beliau berkata, setakat ini kerosakan jalan raya, dewan, bangunan dan lain-lain di bawah KKLW telah melebihi RM200 juta. |
|
|
|
|
|
|
|
kaka... air sungai pahang naik nih..
huhu..
hopefully xda apa2..
kesian mangsa2 banjir yg baru je kemas2 |
|
|
|
|
|
|
|
naik lagi ke.......eii semuga hari ni surut
sian kat org temerloh koi
smlm tgk majalah3 kisah banjir... kg koi pun ader tunjuk
|
|
|
|
|
|
|
|
kaka.. skrg yg banjir area mentakab
kg sungai buloh dgn batu kapur..
lanchang pun ander gokyg dah naik.. xsilap kat sungai kepong..
temerloh setakat air je naik.. xda banjir lg...
|
|
|
|
|
|
|
|
goner keadaan temerloh skrg ni dida....dah molek belaka semer kedai2
stesen minyak yg ampuh dek banjir ter dah beroperasi ke
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|