Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pula naik 5.9 peratus pada suku kedua tahun ini," katanya pada sidang media selepas meninjau projek pembangunan Kampung Angkat MADANI di Pulau Tuba, di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Zamzuri Abdul Aziz; Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan, Datuk Shahrol Anuwar Sarman; dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, Datuk Haslina Abdul Hamid.
Beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana Belanjawan 2025 dapat memberi impak positif kepada peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN sebanyak empat kali sebelum ini, iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, prestasi baik itu terbukti apabila kadar pengangguran turut menurun kepada 3.3 peratus pada suku pertama tahun ini, malah angka itu menyamai situasi sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia.
Mengenai Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Oktober depan pula, beliau berkata, kerajaan pasti akan terus memfokus kepada pelaksanaan Ekonomi MADANI.
"Kita akan terus memantapkan pelaksanaan ekonomi MADANI, menyarankan integrasi serantau bagi mengurangkan ketidaksamaan sosial, dan memberi pulangan setimpal kepada rakyat," katanya.
Sementara itu berhubung Kampung Angkat MADANI di Pulau Tuba, Amir Hamzah berkata, pulau memiliki kira-kira 5,000 penduduk itu memperoleh peruntukan RM2.5 juta bagi melaksanakan 12 projek pembangunan.
"Ia termasuk membaiki jeti untuk kemudahan penduduk, selain menyediakan fasiliti lebih baik kepada pelancong yang diyakini mampu melonjakkan daya ekonomi penduduk setempat.
"Projek lain ialah pencerahan jalan-jalan kampung menerusi pemasangan 100 lampu solar membabitkan kerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), serta penggalian telaga tiub untuk kegunaan jemaah masjid," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1304078/ringgit-kukuh-belanjawan-progresif-mampu-lonjak-kewibawaan-malaysia