|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: BEAUTY IS IN THE HEART OF THE BEHOLDER
[Copy link]
|
|
What my guitar wants to sing (sing)
|
|
|
|
|
|
|
|
Take me (take me) to the magic of the moment |
|
|
|
|
|
|
|
1MDB: Bebas atau bela diri, nasib Najib diketahui 30 Oktober ini
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 30 Oktober ini bagi keputusan kes salah guna kedudukan untuk mendapatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM2.3 bilion.
Keputusan sama ada Najib, 71, dilepas atau dibebaskan diakhir pendakwaan kes itu akan ditentukan oleh Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan).
Hakim Collin menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan di akhir kes pendakwaan bermula 19 Ogos lalu, yang berlangsung selama 12 hari.
“Saya berterima kasih kepada semua pihak atas penghujahan yang teliti, saya akan menyampaikan keputusan itu pada hujung bulan ini,” katanya.
Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.
Bekas Menteri Kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.
Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013.
Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/03/1mdb-bebas-atau-bela-diri-nasib-najib-diketahui-30-oktober-ini/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
On a glory night (a glory night) |
|
|
|
|
|
|
|
Where the children of tomorrow share their dreams (share their dreams) |
|
|
|
|
|
|
|
With you and me (you and me) |
|
|
|
|
|
|
|
Take me (take me) to the magic of the moment |
|
|
|
|
|
|
|
On a glory night (a glory night) |
|
|
|
|
|
|
|
Where the children of tomorrow dream away (dream away) |
|
|
|
|
|
|
|
In the wind of change (wind of change) |
|
|
|
|
|
|
|
RM35.29 juta diperuntuk naik taraf jalan kampung seluruh Johor
ZAHARI ketika menjawab soalan Mohd. Yusla (BN-Senggarang) pada Sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.
ISKANDAR PUTERI – Sebanyak RM35.29 juta telah diperuntukkan tahun ini bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf jalan-jalan kampung di kawasan luar bandar, seluruh Johor. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, ini melibatkan projek Jalan Perhubungan Desa (JPD); Jalan Ladang atau Pertanian serta Jalan Kampung Orang Asli. “JPD menyaksikan sebanyak 69 projek telah diluluskan dengan peruntukan berjumlah RM7.49 juta, manakala Jalan Ladang atau Jalan Pertanian melibatkan peruntukan RM26.6 juta bagi melaksanakan 229 projek. “Selain itu, Jalan Kampung Orang Asli pula melibatkan sebanyak 12 projek dengan nilai RM1.2 juta. Projek-projek ini melibatkan kesemua 10 daerah di dalam Johor,” katanya. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Mohd. Yusla Ismail (BN-Senggarang) berhubung jumlah peruntukan bagi menyelenggara jalan-jalan kampung seluruh negeri pada tahun 2024 di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh memaklumkan semua projek tebatan banjir (RTB) yang telah diluluskan akan disiapkan lebih cepat iaitu pada tahun 2027 berbanding jadual asal pada 2029. Katanya, enam projek RTB jangka panjang sedang dalam pelaksanaan manakala tiga projek RTB jangka pendek juga sedang dilaksana dengan satu lagi dalam tahap pra pelaksanaan. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Hasrunizah Hassan (BN-Pulai Sebatang) berhubung projek RTB bagi mengelakkan kejadian banjir di negeri ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/03/rm35-29-juta-diperuntuk-naik-taraf-jalan-kampung-seluruh-johor/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balasan bakar rumah, along dijel 12 tahun enam bulan, denda RM7,000
POH LIANG dijatuhi hukuman penjara 12 tahun enam bulan dan denda RM7,000 selepas mengaku salah membakar tiga buah rumah di Tangkak, 14 September lalu.
MUAR – Perbuatan khianat seorang lelaki yang bekerja dengan sindiket along membakar tiga buah rumah terbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan enam bulan serta denda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Hukuman itu dibuat Hakim Nariman Badruddin selepas tertuduh Goh Poh Liang, 38, mengaku bersalah atas pertuduhan membakar tiga buah rumah bersama seorang lagi rakannya di Tangkak bulan lalu. Rakannya yang juga tertuduh pertama, Li Ao Chen, 30, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibaca bersama oleh jurubahasa. Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, kedua-dua mereka didakwa melakukan khianat dengan api terhadap tiga rumah mangsa berusia 41, 55, dan 52 tahun. Ketiga-tiga kejadian itu berlaku di tiga lokasi berasingan iaitu Taman Tangkak Jaya 4, Taman Tangkak Jaya dan Taman Tiara 2, Tangkak antara pukul 6 hingga 6.18 pagi, 14 September lalu. Oleh itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama mengikut Seksyen 34 kanun sama, hukuman penjara sehingga 14 tahun dan juga denda. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Ariff Marzuki manakala Goh tidak diwakili peguam. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman empat tahun penjara dan denda RM2,000 bagi pertuduhan pertama dan kedua, manakala pertuduhan ketiga, empat tahun enam bulan serta denda RM3,000 dengan semua hukuman penjara berjalan serentak dari dia ditahan, 14 September lalu. Pada masa sama, mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda dikenakan terhadapnya. Sementara itu, mahkamah menetapkan 30 Oktober ini untuk sebutan semua kes terhadap Ao Chen yang diwakili peguam Lau Yi Leong dengan membenarkan ikat jamin RM30,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan. Namun, tertuduh gagal membayar ikat jamin dikenakan terhadapnya sebelum dibawa ke Pusat Koreksional Muar untuk menjalani tahanan sementara. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/03/balasan-bakar-rumah-along-dijel-12-tahun-enam-bulan-denda-rm7000/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Still Loving You
Song by Scorpions
|
|
|
|
|
|
|
|
To win back your love again |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|