CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

Edisi Serbu: Muhibah dinner held in church disrupted

  [Copy link]
Post time 16-8-2011 11:55 AM | Show all posts
Nasrudin lebih layak mengepalai Pas

JIKA diambil kira daripada keberanian memperjuangkan Islam, maka Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP), Nasrudin Hassan, lebih layak mengepalai Pas daripada Datuk Seri Hadi Awang mahupun Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.

Tidak payahlah dibandingkan dengan Mat Sabu yang baru-baru ini dilondehkan seluarnya kerana mendakwa polis melanggarnya, sedangkan video yang dipamerkan oleh PDRM menunjukkan beliau jatuh motosikal. Inilah pemimpin Pas yang ada.

Nasrudin yang begitu lantang mempertahankan tindakan JAIS memeriksa apa yang agak pelik berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) seharusnya segera dinobat untuk mengambil alih jawatan tertinggi itu. Ini penting untuk mengembalikan imej parti itu yang sudah tercemar berikutan pengumuman Hadi bahawa matlamat Pas ini bukan memperjuangkan negara Islam tetapi negara kebajikan.

Bagi Nasrudin, akidah adalah soal masa depan ummah yang akan dihisab di akhirat kelak dan perlu ditangani oleh seluruh umat Islam, khususnya pemimpin.

Beliau mengulangi pendirian DPPP menyokong penuh tindakan JAIS memeriksa gereja yang didakwa mula memurtadkan 12 individu Islam walaupun dikecam pihak tertentu dalam parti itu. Beliau tidak gentar dan sanggup berlainan pendapat dengan pemimpin tertinggi Pas yang dilihat mahu mengambil ‘hati’ kawan terutama DAP.

Nasrudin kekal dengan pendirian tidak mahu menggadaikan maruah Islam hanya kerana kepentingan politik, dengan terus berikrar menjadi benteng mempertahankan akidah Islam.

Mungkin, Nasrudin mahu memikirkan untuk menyertai parti lain kerana Pas kini gagal menjalankan tugasnya untuk menjaga kepentingan Islam seperti mana yang selalu diuar-uarkan oleh pemimpin itu terutama Hadi dan Nik Aziz.

IBRAHIM YAHAYA

Putra Heights
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2011 11:55 AM | Show all posts
itu yg lelaki..yg betinanya...kiok kiok bunyinya..
Anak_Nogori Post at 16-8-2011 10:49


bunyi tongkang macam2 ada..  
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 11:59 AM | Show all posts
Reply 1459# Anak_Nogori

prosedur operasi piawai (SOP) pas no.1 :

i. apabila mana2 ahli pas merasa terbelit akibat kelemahan diri sendiri,
  pastikan dihala tembakan ke umno. diulangi, umno..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 12:09 PM | Show all posts
Minah2 yg dikatakan berada digereja tersebut.



Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 12:14 PM | Show all posts
diaorang tak berkata....diaorang 'dengar' kata....
shamsadis Post at 16-8-2011 09:04



    ooo...patut la.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 12:16 PM | Show all posts
Reply  Anak_Nogori

prosedur operasi piawai (SOP) pas no.1 :

i. apabila mana2 ahli pas merasa  ...
d'zeck Post at 16-8-2011 11:59



    kenapa UMNO????? cercite cercite...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2011 12:17 PM | Show all posts
Nasrudin lebih layak mengepalai Pas

JIKA diambil kira daripada keberanian memperjuangkan Islam, m ...
Anak_Nogori Post at 16-8-2011 11:55

ayat mula2 macam okeh... pastu ade ayat sertai parti lain... trus nmpk penulis ade agenda nak suh join parti keris
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 12:24 PM | Show all posts
kenapa UMNO????? cercite cercite...
lkick2113 Post at 16-8-2011 12:16


atenye,

semue cite ade pade pengarang kitab kebajikan mengkome..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2011 12:30 PM | Show all posts
ayat mula2 macam okeh... pastu ade ayat sertai parti lain... trus nmpk penulis ade agenda nak suh  ...
dino Post at 16-8-2011 12:17


itu pemahaman masing2 lah..bagi AN ianya satu saranan yg mungkin datangnya bukan dari orang UMNO.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 12:34 PM | Show all posts
aku rasa ade seglintir yang pergi ne orang susah, zakat tak bagi duit, so bila gereja dah tolong, kasi dia duit, support semua, hati pun dah terpanggil nak mendekati kristian. Mungkin ade yang dah murtad, cuma tak nak confess, byk hal nanti dengan mahkamah syariah. Kesian ngan puak2 ne...BILA WUJUDNYA BADAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBANTU YANG SUSAH, TIADAK BERFUNGSI SEHEBAT NAMANYA. KITA NE MANUSIA, BILA ADE TANGAN YANG MENHULUR DAN MEMBERI SOKONGAN, HATI PUN LEMBUT.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 12:42 PM | Show all posts
ayat mula2 macam okeh... pastu ade ayat sertai parti lain... trus nmpk penulis ade agenda nak suh  ...
dino Post at 16-8-2011 12:17
seiring dgn topic benang... kes memurtadkan... dlm pada tulis pandangan, ambik pluang utk murtad kan org bulan join keris...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 12:43 PM | Show all posts
aku rasa ade seglintir yang pergi ne orang susah, zakat tak bagi duit, so bila gereja dah tolong, ka ...
nazadiyah Post at 16-8-2011 12:34


ya...duit punya hal...akidah pun boleh tergadai..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 12:44 PM | Show all posts
aku rasa ade seglintir yang pergi ne orang susah, zakat tak bagi duit, so bila gereja dah tolong, ka ...
nazadiyah Post at 16-8-2011 12:34
pemimpin je islam... yg tertindas umat islam dlm negara yg diperintahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 12:47 PM | Show all posts
ya...duit punya hal...akidah pun boleh tergadai..
Anak_Nogori Post at 16-8-2011 12:43
betul... stuju sgt2... dan kerana duit juga manusia sanggup bunuh membunuh sesama manusia... bom orang guna C4 la..dll...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2011 12:47 PM | Show all posts
saifuddin abdullah kata...
identiti mereka2 ni patut dirahsiakan..
mereka menjalankan kaunseling..
rahsia adalah perkara utama dalam kaunseling
tapi ada puak fefeeling jihad pi edarkan gambar2 org yg menjalankan sesi kaunseling ini
budus
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 12:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by asklinux at 16-8-2011 12:58

Salah seorang yg ditahan

Rasyidah Bt Abd Razak (770611-xx-xxxx) - Ibu tunggal
Alamat : No.xx Jalan USJ x/4B, 47600 Subang Jaya
Pekerjaan : Tiada, ±RM450 (JKM, PZS)
Masalah Kesihatan : Asma
Status rumah : sewa, Keadaan rumah : Hajiyat

Tanggungan : anak 3 orang belajar
ps; Siapa yg dok menfitnah kata pzs dan jkm tak tolong ???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2011 12:59 PM | Show all posts
betul... stuju sgt2... dan kerana duit juga manusia sanggup bunuh membunuh sesama manusia... bom or ...
novlin Post at 16-8-2011 12:47


Ya..betul...bukan duit saja boleh akidah terjejas, bunuh membunuh...demo pun sanggup...nak menang undi pilihanraya pun sanggup..hukum sesama islam kapir pun sanggup..amik duit rasuah pi haji pun sanggup..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 01:03 PM | Show all posts
woii..nak berploitik..pi bod boroi Laptop baru la................
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 01:06 PM | Show all posts
Antara masuk gereja, masuk masjid

Oleh MOHD. RIDUAN KHAIRI
PENULIS ialah Ahli Jawatankuasa Biro Multimedia dan Penerbitan Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU)

Majlis penyampaian sumbangan Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching yang didakwa dilakukan di ruang solat utama Surau Al-Huda, Kajang pada tahun lalu.

MANUSIA tidak bijak dalam semua hal. Boleh jadi kita bijak dalam beberapa hal dan bodoh dalam beberapa hal lain. Sebab itu dalam Islam, kita disuruh bertanya kepada orang yang tahu, "Tanyalah kepada pakar, jika kamu tidak tahu."

Orang yang bijak, tahu apa yang mereka tahu dan tahu juga apa yang mereka tidak tahu. Salah satu tanda orang yang bijak ialah mengatakan tidak tahu untuk perkara-perkara yang mereka tidak kuasai. Atau dijawab dengan "Wallahua'lam".

Kita selalu dengar kisah seorang lelaki datang dari jauh membawakan 40 soalan untuk ditanyakan kepada Imam Malik bin Anas.

Imam Malik diberi jolokan Imam Darul Hijrah membawa makna beliau antara orang alim dan bijak dari kalangan pendudukan Madinah yang dihuni orang ramai ilmuwan dan sarjana lain. Namun Imam Malik menjawab hanya beberapa soalan sahaja, dan menjawab "saya tidak tahu" dalam banyak soalan lain. Ini satu tanda orang yang bijak dan pintar, "tahu apa yang mereka tidak tahu."

Setelah usia dunia bertambah dan zaman batu berganti logam, manusia mula memberi ukuran kepada bijak dan pintar. Adanya sekolah dan universiti. Orang bijak menurut sistem sekolah dan universiti dipakaikan 'jubah' dan ada gelaran. Ada doktor dan profesor. Lebih tinggi lagi, ada profesor emeritus dan beberapa lagi.

Setinggi mana pun gelaran yang mereka peroleh, itu bukanlah lesen mutlak buat orang pintar untuk mengulas apa sahaja isu, apa sahaja kes. Setiap bidang punya pakar dan ahlinya masing-masing.

Justeru menjadi kekeliruan bagi orang awam apabila menelan bulat-bulat pendapat atau fatwa dari orang yang bergelar doktor atau profesor. Disangka semuanya benar-benar belaka. Walhal mungkin profesor itu dari jurusan perubatan, mengulas struktur jalan raya dan persimpangan bertingkat.

Baru-baru ini seorang ahli agama yang baru mendapat gelar profesor madya membuat satu kesimpulan mudah terhadap isu serbuan Jabatan Agama Islam (JAIS) terhadap sebuah gereja.

Katanya, "Pihak berkuasa agama bimbang apabila ada orang Islam pergi ke gereja. Risau nanti mereka terpengaruh dengan Kristian.

"Peliknya kenapa dulu mereka menghalang orang bukan Islam masuk ke masjid? Apakah mereka juga bimbang bukan Islam terpengaruh dengan Islam?"

Penat-penat menyelidik, menulis tesis dan mengembara seluruh benua mengaji, namun masih juga Allah mahu menunjukkan bahawa ilmu yang Allah titiskan di dunia ini sangatlah luas.

Kalau boleh kita letak tepi dahulu soal hukum. Kerana yang pasti perbahasannya panjang. Ia tidak semudah satu campur satu. Hatta daging babi pun yang jelas haram dalam al-Quran, tetap diberi kelonggaran dalam kes-kes tertentu untuk di makan. Inikan pula perbahasan Islam-masuk-gereja dan kafir-masuk-masjid.

(Baca soal jawab Jais: http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option>com_content&task>view&id>291&Itemid>91)

Yang ingin dilontarkan ialah salah satu logik yang berlaku dalam hujah sang doktor ini. Ia jelas ketara bukan pertama kali. Bahkan sudah beberapa kali dalam beberapa kes yang lain. Seperti ada sesuatu yang menghalang beliau untuk berfikir dengan jernih dan jelas.

Berdasarkan dalil-dalil yang sahih dari kedua kem penentang dan penyokong memasuki rumah ibadah, menunjukkan bahawa Islam tidak melarang secara mutlak orang kafir untuk masuk ke dalam masjid, begitu juga orang Islam memasuki gereja.

Namun yang diberi perhatian ialah situasi dan keadaan. Dalam keadaan tertentu ia boleh jadi terlarang dan dalam keadaan lain ia boleh jadi dibenarkan.

Salah Faham dalam Logik

Dalam kes orang kafir masuk masjid, yang menjadi masalahnya ialah mereka dimuliakan. Bukan sahaja dimuliakan kerana berminat mendekati masjid atau menjadi tetamu. Bahkan mereka diberi kesempatan untuk berucap di dalam rumah ibadah dan menyampaikan sumbangan.

Sedangkan dalam hadis Thumamah yang dijadikan dalil bolehnya orang kafir masuk masjid, orang kafir itu diikat di tiang masjid dalam keadaan yang hina. Maka, wajiblah perhatikan situasi bukan sekadar boleh atau tidaknya.

Bimbang-bimbang kalau kaedah berfikir ini silap, esok-esok kalau ada orang tersesat dalam hutan tiada makanan, mereka akan sembelih babi untuk makan dan membawa balik lebihan daging itu untuk kaum-kerabatnya merasa. Alasannya, kerana darurat membenarkan.

Manakala dalam kes orang Islam masuk gereja ini, kita percaya sebelum ini sudah banyak kali orang Islam yang sudah masuk gereja namun JAIS tidak tangkap pun. Mungkin tukang kebun, atau boleh jadi tukang cuci, tukang sapu memasuki gereja untuk kerja-kerja mereka. Atau mana-mana ahli yang berhormat melawat kawasan dan singgah ke gereja untuk melawat orang Kristian di dalamnya.

Namun berbeza dengan kes ini, (walaupun masih dalam siasatan) tentu sahaja JAIS punya maklumat dan motif lain untuk membuat serbuan. Bukan sekadar kerana orang Islam memasuki gereja. Di sana ada dakwaan bahawa ada usaha-usaha untuk menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam.

Usaha Menyebarkan Agama Lain kepada Umat Islam

Dan hal ini sama sekali tidak boleh disangkal. Agama Kristian dari satu hal berkongsi ciri yang sama dengan agama Islam. Iaitu sifatnya menyebar. Penganut kedua-dua agama ini menyakini akan tanggungjawab untuk menyebarkan agama mereka.

Seorang pendakyah Kristian Amerika menulis sebuah buku menjelaskan misi dakyahnya, dalam buku, "Mission work has been carried on among the people of the Dutch possessions in Malaysia since 1603. The results have not been very gratifying, owing partly to the methods adopted and partly to the opposition of the government to the use of aggressive measures in evangelization. Dr. Callenbach, a Dutch authority, says that in 1900 there were " some 41 European clergymen and evangelists, aided by 355 ordained natives, native preachers and teachers, working among 234,073 natives of the undenominational Protestant Church of the East Indies."

(The Malaysia Mission of the Methodist Episcopal Church: The rev. John Russell Denyes, Missionary, Singapore Malaysia, 1869)

Sedangkan anak gadis di tepi jalan pun ada yang didakwahi, ibarat 'ikan dihidang kepada kucing' apabila ada orang Islam yang sanggup hadir ke gereja pada acara rasminya. Ini yang kabur pada mata tuan doktor. Semoga Allah melapangkan dadanya dan mencerahkan matanya untuk melihat.

Sekali lagi isunya bukan semudah masuk masjid atau masuk gereja. Ia lebih 'mendalam' daripada itu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 01:07 PM | Show all posts
Ya..betul...bukan duit saja boleh akidah terjejas, bunuh membunuh...demo pun sanggup...nak menan ...
Anak_Nogori Post at 16-8-2011 12:59
yg akidah terpesong sbb duit tu 1 hal la jugak... sanggup terima sumbangan dr gereja..gamaknya duit zakat dh digunakn utk bayar bil guaman org meno... bukan aku yg ckp..tp mashittah yg akui perkara tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.247545 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list